Tag Archives: IME Production

Dream Theater Adakan Konsert Di Malaysia Oktober Ini

Setelah sekian lama menantikan kehadiran jentera yang cukup disegani di seantaro dunia apatah lagi sebelum ini mereka hanya singgah ke negara jiran tetangga sahaja.  Kini semua persoalan seakan sudah terjawab apabila pihak IME Asia telah berbesar hati untuk membawa band yang bernuansakan progresif metal, Dream Theater ke Malaysia.

Pastinya ia merupakan hadiah paling bermakna buat fanatika Dream Theater di Malaysia khasnya, apatah lagi ianya di adakan di lokasi yang cukup berprestij dan eksklusif iaitu di KLCC  Planery Hall, Kuala Lumpur.

“Images, Words & Beyond 25th Anniversary Tour” adalah merupakan siri jelajah Dream Theater ke seluruh Asia.  Konsert anjuran IME Asia ini akan berlangsung pada 2 Oktober 2017 dan akan bermula sekitar jam 8.30 malam.  Umum mahupun peminat setia Dream Theater sendiri pasti tahu kecemerlangan serta kegemilangan yang telah di capai oleh jentera dambaan mereka.

Sehingga kini kesemua album album yang diriliskan oleh Dream Theater telah terjual lebih 10 milion di seluruh dunia.  Pastinya rangkaian lagu-lagu popular seperti Pull Me Under, Another Day, Metropolis Part 1 dan Under A Glass akan berkumandang di KLCC Planery Hall.

Dream Theater kini dibarisi oleh John Petrucci (gitaris), John Myung (bassis), James LaBrie (vokalis), Jordan Rudess (kibordis) dan Mike Mangini (drum) pastinya bakal memberikan persembahan hebat dan bertenaga bersempena siri jelajah konsert “Images, Words & Beyond 25th Anniversary Tour”.

Sebagai rekod mereka telah merakamkan 13 buah album antaranya ialah When Dream and Day Unite (1989), Images and Words (1992), Awake (1994), Falling into Infinity (1997), Metropolis Pt. 2: Scenes from a Memory (1999), Six Degrees of Inner Turbulence (2002), Train of Thought (2003), Octavarium (2005), Systematic Chaos (2007), Black Clouds & Silver , Linings (2009), A Dramatic Turn of Events (2011), Dream Theater (2013)  dan The Astonishing (2016).

Tiket-tiket untuk “Images, Words & Beyond 25th Anniversary Tour” telah mula di jual pada 11 September  dan ianya boleh di dapati dengan melayari website www.ticketcharge.com.my.  Sebagai info anda boleh mendapatkan tiket yang berharga VIP – RM488, Cat 1 – RM398,,Cat 2 – RM308, Cat 3 – RM238, dan Cat 4 – RM188.  Semua tiket mempunyai tempat duduk dan telah termasuk cukai GST.
Selain membeli secara online peminat juga boleh mendapatkan tiket di ibu pejabat Ticket Charge atau ejen rasmi seperti Speedy video, Victoria Music, Rock Corner, Chambers Music, PJ Live Arts serta di kaunter informasi di The Mines dan 1 Shamelin.

Untuk info terkini berkenaan konsert Dream Theater “Images, Words & Beyond 25th Anniversary Tour”, anda boleh ikuti di IME Asia Facebook, @IME_Asia on Instagram, @IMEProduction on Twitter, or @IMEProductions on WeChat. #dreamtheater #liveinKualaLumpur

 

MEGADETH Bakal Gegarkan MALAYSIA Di Bulan Mei

Dianggotai empat figura terhebat yang telah mempopularkan genre muzik thrash metal, Megadeth akhirnya mengadakan konsert pertama mereka di Malaysia!

Dianjurkan oleh IME Malaysia, Megadeth Live In Malaysia akan menggegarkan Stadium Negara pada Khamis Mei 4 jam 8 malam.
Ditubuhkan pada tahun 1983, Megadeth memperkenalkan genre terbabit menerusi album pertama mereka yang diiktiraf sebagai Album Thrash Metal Terhebat Sepanjang Zaman.

“Kuala Lumpur adalah tempat yang kami sentiasa mahu membuat persembahan apabila kami menjelajah Asia,” demikian kenyataan pengasas bersamadan juga ketua kumpulan berkenaan, Dave Mustaine yang dipetik dalam satu temubual baru-baru ini.

“Mereka akan membenarkan kami membawa jenama muzik thrash kami ke sana dania adalahsesuatu yang tidak wajar dilepaskan,”katanya.
Siri jelajah ini adalah bersempena dengan kemunculan album terbaru mereka, Dystopia selepas tiga tahun tanpa album baharu. Ini juga adalah album kelima belas daripada mereka.

Pengkritik muzik rock dan peminat memuji album Dystopia dan menyifatkannya sebagai hasil paling Berjaya daripada salah satu band yang paling sinonim dengan genre muzik berkenaan.

Album tersebut mendapat pencalonan Anugerah Grammy untuk kategori Persembahan Metal Terbaik 2017. Dengan jumlah 49,000 unit yang dijual dalam masa satu minggu, Dystopia mengambil kedudukan ketiga di carta Billboard Top 200 bersama-sama Adele dan Justin Bieber. Ini juga adalah pencapaian tertinggi yang pernah di raih band inisejak 1992 untuk Countdown to Extinction yang Berjaya menduduki tempat kedua di dalam carta terbabit.

Dystopia turut disenaraikan sebagai salah satudaripada 20 Album Metal Terbaik 2016 oleh majalah Rolling Stone. Selain daripada Dave Mustaine yang juga vokalis serta pemain gitar utama kumpulan berkenaan, kumpulan itu turut dianggotai David Ellefson yang bermain bass, Kiko Loureiro sebagai gitaris dan juga pemukul dram Dirk Verbeuren.

Sepanjang tiga dekad lalu, Megadeth telah menjuallebih 50 juta album di seluruh dunia, menerima pelbagai pengiktirafan termasuk 12 pencalonan Grammy serta dianugerahkan dengananugerah platinum untuk lima album berturut-turut.

Tiket untuk menyaksikan Megadeth Live di Malaysia berharga RM428 (DethPitt Zone, berdiri bebas), RM388 (VIP, tempat duduk bernombor), RM358 (Rock Zone, berdiri bebas), RM288 (CAT1, tempat duduk bernombor) dan RM198 (CAT2, tempat duduk bebas ) boleh didapati menerusi TicketCharge online di www.ticketcharge.com.my atau hubungi talian hotline + 603-92228811. Peminat Megadeth just dapat membeli tiket dari outlet tertentu Speedy video, Victoria Music, Rock Corner, Chambers Music, PJ Live Arts, kaunter maklumat di The Mines shopping mall atau 1 Shamelin, Eden Ultimate (Kuantan) dan juga Blonde Brunette (Penang). Tiket akan mula dijual pada 10 Feb 2017 mulai jam 11 pagi. Semua harga tiket adalah termasuk 6% GST tetapi tidak termasuk yuran pemprosesan RM4.

Untuk maklumat lanjut mengenai konsert ini, sila layari @IMEAsia di Facebook, @IME_Asia di Instagram, @IMEProduction di Twitter, atau @IMEProductions di WeChat.

 

 

 

Penjualan Tiket ‘Thinking Of You’

1780655_657698360957658_1429367994_n copy

IME Production bakal menampilkan G-Dragon,Taeyang dan Seungri dari kumpulan popular korea iaitu Bigbang.Konsert yang diberi nama ‘Thinking Of You Fan Meeting In Malaysia’ bakal diadakan di Sunway Surf Beach,Sunway Lagoon pada 16 Mac 2014 jam 6.00 petang.

Penjualan tiket bagi konsert ini bakal diadakan pada 22 Feruari 2014 di Boulevard Level G, Paradigm Mall bermula jam 11 pagi sehingga 7 malam. Untuk 1000 tiket VVIP yang pertama yang berharga RM750, anda akan mendapat T-Shirt limited edition dan BIGBANG official light stick hanya pada hari penjualan tiket ini.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan tiket secara online dan outlet-outlet lain, ia hanya boleh didapati pada 22 Februari 2014 juga tetapi selepas jam 6.00 petang. Sila dail 03-92228811 atau layari www.ticketcharge.com.my.

Detail Tiket :

  • RM550 (Zone A / Free standing)
  • RM500 (Zone B / Free standing)
  • RM400 (Zone C / Free standing)
  • RM200 (Zone D / Free standing)

seating plan