Tag Archives: industri automotif

FNF MOTORSPORTS BINA EKOSISTEM AUTOMOTIF MASA DEPAN

SEPANG – Hanya tujuh hari diperlukan untuk mengubah sebuah idea menjadi realiti. FNF Motorsports kini muncul sebagai platform baharu yang membawa visi lebih besar daripada sekadar membentuk sebuah pasukan perlumbaan.

Diasaskan oleh Ali Imran Che Ahmad Shakri, FNF Motorsports mahu menghubungkan dunia perlumbaan dengan industri automotif, perniagaan, sport tourism, gaya hidup serta pembangunan bakat. Falsafah “Built in 7 Days. Built for the Future.” menjadi asas kepada perjalanan tersebut.

FNF Motorsports bangunkan ekosistem automotif dan motorsports Malaysia

Menurut Ali Imran, tempoh tujuh hari itu mencerminkan keberanian membuat keputusan serta mengambil peluang. Namun, matlamat sebenarnya adalah membangunkan sebuah ekosistem yang mampu berkembang untuk jangka panjang.

“Dalam perniagaan, kadangkala kita tidak boleh menunggu segala-galanya sempurna. Kita perlu berani bermula. FNF Motorsports dibina dalam tujuh hari, tetapi apa yang kami mahu bina selepas itu adalah sesuatu yang jauh lebih besar dan berjangka panjang,” katanya.

FNF MOTORSPORTS BUKAN SEKADAR PERLUMBAAN

FNF tidak melihat motorsports hanya sebagai pertandingan di litar. Sebaliknya, ia mahu menjadikan sukan permotoran sebagai platform untuk menghubungkan jenama, perniagaan, komuniti dan gaya hidup.

Strategi itu merangkumi sektor automotif, fesyen, hiburan, kandungan digital serta pengalaman pelanggan. Pada masa sama, FNF mahu mendekati generasi muda dan komuniti peminat automotif menerusi identiti yang lebih segar.

FNF Motorsports bangunkan ekosistem automotif dan motorsports Malaysia

“We don’t just want to race. We want to build a lifestyle.”

Dalam perancangan jangka panjang, FNF turut melihat peluang meneroka industri automotif termasuk Approved Permit (AP). Penajaan, kolaborasi strategik serta kerjasama dengan pemain industri juga menjadi antara fokus utama.

FNF turut membuka ruang kepada perniagaan pihak ketiga melalui model sponsorship, collaboration dan partnership. Pendekatan itu membolehkan motorsports digunakan sebagai platform pemasaran serta engagement kepada pelbagai jenama.

SPORT TOURISM JADI PEMACU BAHARU

Selain perlumbaan, FNF Motorsports melihat sport tourism sebagai sektor yang mempunyai potensi besar. Acara motorsports mampu menarik peminat, peserta, penaja dan pelancong ke Malaysia.

Konsep itu boleh menggabungkan perlumbaan dengan hospitality, makanan, hiburan, kandungan digital dan aktiviti komuniti. Ia sekali gus mewujudkan pengalaman lebih menyeluruh kepada pengunjung.

“Apabila kita bercakap tentang sport tourism, kita bukan bercakap tentang perlumbaan sahaja. Kita bercakap tentang orang datang ke sesuatu lokasi, tinggal di hotel, makan, membeli-belah, menikmati hiburan dan membawa pulang satu pengalaman.

FNF Motorsports bangunkan ekosistem automotif dan motorsports Malaysia

“Itulah lifestyle ecosystem yang kami mahu bina,” kata Ali Imran.

FNF turut menyasarkan untuk bergerak daripada sekadar menyertai perlumbaan kepada memiliki platform pertandingan sendiri. Langkah itu berpotensi membuka ruang kepada bakat baharu, penaja serta pemain industri automotif.

Matlamatnya adalah membangunkan sebuah motorsports property yang mempunyai identiti sendiri. Platform tersebut juga diharapkan mampu berkembang secara konsisten dalam tempoh panjang.

https://selebritionline.com/automotif/fnf-motorsports-masa-depan/

TVET BANGUNKAN BAKAT AUTOMOTIF

Pembangunan bakat menjadi satu lagi komponen penting dalam perancangan FNF. Antaranya ialah cadangan mewujudkan TVET Academy yang memberi fokus kepada kemahiran automotif dan motorsports.

Akademi itu berpotensi menyediakan latihan teknikal serta pendedahan industri kepada generasi muda. Bidang terbabit termasuk mekanik, kejuruteraan automotif, pengurusan pasukan serta bidang sokongan berkaitan.

“Kalau kita mahu membina industri motorsports yang sebenar, kita tidak boleh hanya membina kereta dan pasukan. Kita perlu membina manusia.

“Sebab itu TVET adalah sebahagian daripada visi kami. Kami mahu memberi peluang kepada anak muda untuk melihat motorsports sebagai industri dan kerjaya, bukan hanya sebagai hobi,” katanya.

Pendekatan tersebut penting untuk melahirkan lebih ramai tenaga mahir. Pada masa sama, ia boleh membuka laluan kerjaya baharu dalam industri automotif dan sukan permotoran.

FNF Motorsports bangunkan ekosistem automotif dan motorsports Malaysia

BUILT IN 7 DAYS, BUILT FOR THE FUTURE

Walaupun dibentuk dalam masa tujuh hari, perjalanan FNF Motorsports baru sahaja bermula. Setiap perlumbaan, cabaran, kemenangan dan kolaborasi akan digunakan untuk membina jenama secara berperingkat.

FNF kini membuka ruang kepada penaja, pelabur, jenama automotif, syarikat korporat dan pemain industri untuk bersama membangunkan ekosistem tersebut.

“Ini baru permulaan. Tujuh hari pertama sudah membuktikan bahawa kita boleh bermula dengan pantas.

“Sekarang cabarannya ialah bagaimana kita membina sesuatu yang mempunyai nilai, mempunyai komuniti dan boleh bertahan untuk jangka panjang,” kata Ali Imran.

Daripada sebuah pasukan perlumbaan, FNF mahu berkembang menjadi platform yang menghubungkan automotif, motorsports, sport tourism dan pembangunan bakat. Jika perancangan itu diterjemahkan dengan konsisten, FNF Motorsports berpotensi membina identiti tersendiri dalam ekosistem permotoran tempatan.

BATERI ASTRA BATERIKU PEROLEH SIJIL SIRIM, MAKMAL KUALITI DIPERKENALKAN


SHAH ALAM, 7 OGOS 2025Bateriku (M) Sdn. Bhd., penyedia utama Perkhidmatan Bantuan Tepi Jalan di Malaysia, hari ini mencatat sejarah baharu menerusi pelancaran rasmi bateri automotif ASTRA yang telah disahkan oleh SIRIM bagi kesemua 28 SKU produknya.

selebritionline portal hiburan

Dalam majlis yang turut menyaksikan perasmian Makmal Kualiti Bateriku, langkah ini dilihat sebagai usaha strategik memperkukuh kepercayaan pengguna terhadap jenama bateri ASTRA yang semakin berkembang dalam pasaran tempatan.

selebritionline portal hiburan

Majlis pelancaran disempurnakan oleh YBhg. Datuk Hanafi Sakri, Timbalan Ketua Setiausaha (Industri), Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan dihadiri wakil dari SIRIM Berhad, pemain industri automotif dan rakan strategik Bateriku.

selebritionline portal hiburan

Sejak diperkenalkan tiga tahun lalu, ASTRA telah merekodkan lebih 1 juta unit jualan — dibantu oleh kekuatan ekosistem Bateriku yang merangkumi 225 pitstop di seluruh Malaysia dan lebih 1,500 juruteknik gig bergerak (BHero) yang terlatih melalui Akademi Bateriku.

selebritionline portal hiburan

Pensijilan SIRIM IEC 60095 mengesahkan ASTRA sebagai satu-satunya jenama tempatan dengan pengiktirafan rasmi bagi semua SKU termasuk Bateri MF, EFB dan AGM. Setiap pembelian ASTRA disertakan Perlindungan Insuran Takaful GPA percuma sehingga RM7,000 — inisiatif pertama dalam industri bateri tempatan.

selebritionline portal hiburan

Pengguna turut menikmati waranti seluruh negara (Nationwide Warranty Assist), membolehkan bantuan segera di mana-mana lokasi Malaysia melalui jaringan teknikal Bateriku.

selebritionline portal hiburan

Penubuhan Makmal Kualiti Bateriku di bawah Makmal Hijau Sdn. Bhd. turut memperkukuh kawalan mutu dalaman dan menepati piawaian keselamatan produk yang tinggi.

selebritionline portal hiburan

Menurut Tuan Haji Azarol Faizi Bin Zakaria Ansari, Ketua Pegawai Eksekutif Bateriku, ASTRA bukan sekadar bateri tetapi simbol kepada kualiti, ketelusan, dan jaminan selepas jualan. Malah, pengguna tidak perlu kembali ke bengkel untuk tuntutan waranti – segalanya akan diuruskan oleh Bateriku melalui sistem yang tersusun.

selebritionline portal hiburan

Tambah beliau, kelebihan utama ASTRA ialah memudahkan mekanik bengkel kerana urusan waranti kini boleh diselesaikan terus melalui talian 24 jam atau mana-mana pitstop Bateriku di seluruh negara.

selebritionline portal hiburan

Kepada pemilik bengkel yang ingin menyertai rangkaian pengedaran ASTRA, boleh hubungi 013-844 2816 atau email ke b2wteam@bateriku.com.