Tag Archives: iQiyi

SAFIRA BUKAN NAMA CERITA KEKUATAN SEORANG WANITA

Dunia elit sering disalah anggap sebagai dunia serba indah. Namun di sebalik kemewahan, terselit kisah keberanian dan pencarian diri yang mendalam — itulah inti kepada drama terbaharu Safira (Bukan Nama Sebenar) yang dibawakan khas oleh Mentos dan bakal menemui penonton di iQIYI bermula 7 November ini.

Poster drama Safira menampilkan Datin Elvina Mohamad sebagai Safira dalam dunia glamor T20.

KISAH NILAM YANG MENCARI JATI DIRI

Drama ini mengisahkan Nilam (lakonan Datin Elvina Mohamad), seorang gadis B40 yang tekad mengubah nasib hidup dengan menjejak kaki ke dunia atasan T20. Dalam usahanya itu, dia menukar identiti menjadi Safira, dan mula mengenal dunia baru yang penuh warna — namun tidak semuanya indah seperti yang diimpikan.

Poster drama Safira menampilkan Datin Elvina Mohamad sebagai Safira dalam dunia glamor T20.

Dengan kehadiran watak-watak penting seperti Azam Bakri (Redza Rosli), Dato’ Rahman (Aaron Aziz) dan Datin Laila (Sazzy Falak), Safira mula diuji dengan pelbagai konflik emosi, cinta dan prinsip diri.


KOMITMEN BESAR DARI TENAGA KREATIF LOKAL

Menurut Dinesh Ratnam, Pengarah Urusan iQIYI Malaysia, Singapura dan Indonesia, Safira adalah sebahagian daripada usaha platform itu memperkukuh kandungan tempatan.

Poster drama Safira menampilkan Datin Elvina Mohamad sebagai Safira dalam dunia glamor T20.

“Kami percaya kepada pelaburan dalam ekosistem kandungan Malaysia dan mahu membawa suara tempatan ke peringkat antarabangsa,” katanya.

Sementara itu, penerbit Teo Jason menekankan mesej kekuatan dan ketabahan wanita, manakala pengarah Ejump Mohd memuji dedikasi para pelakon yang memberi “warna dan tenaga tersendiri” dalam setiap babak.


TONTON DALAM 4K ULTRA HD DENGAN PROMOSI MENARIK

Drama Safira (Bukan Nama Sebenar) akan disiarkan setiap Jumaat dan Sabtu, jam 8 malam di iQIYI, dengan dua episod seminggu. Penonton juga boleh menikmati diskaun 40% Premium VIP (RM107.90) sehingga 13 November 2025 — peluang untuk menonton episod akhir lebih awal dalam kualiti 4K Ultra HD.

Poster drama Safira menampilkan Datin Elvina Mohamad sebagai Safira dalam dunia glamor T20.

Mentos mengajak semua untuk berani berubah:

“Rasa bosan kerana rutin sama? Dapatkan transformasi kesegaran dengan Mentos.”

Drama ‘Senyawa’ Membongkar Isu Sensitif Ibu Tumpang

iQIYI, aplikasi penstriman popular dari Asia, bakal mempersembahkan drama bersiri terbaru yang menjanjikan kontroversi dan pengajaran mendalam. ‘Senyawa’, yang akan mula disiarkan pada 25 Oktober 2024, mengangkat isu tabu ibu tumpang dalam masyarakat Islam, membawa penonton meneroka dilema moral dan pergolakan emosi watak-wataknya.

Drama arahan Eyra Rahman ini menampilkan barisan pelakon hebat tanah air, termasuk Trisha Ooi, Shahz Jaszle, dan Siti Hariesa. Ia mengisahkan kehidupan Zabrina, seorang ahli perniagaan wanita yang berjaya namun tertekan dengan masalah kesuburan. Setelah mengalami keguguran dan disahkan menghidap ‘cervical insufficiency’, Zabrina terpaksa berhadapan dengan desakan ibu mertuanya, Dato’ Asmida, yang mahukan cucu.

Dalam keadaan terdesak dan tidak sanggup dimadukan, Zabrina mengambil keputusan untuk mencari ibu tumpang. Pertemuannya dengan Lutfiyah, seorang gadis kampung yang seakan-akan dirinya, membawa kepada satu siri peristiwa yang mencabar pegangan agama dan nilai moral semua yang terlibat.

Trisha Ooi, yang memegang watak utama Zabrina, berkongsi cabaran membawakan watak yang kompleks ini. “Saya perlu bermain dengan emosi dari seorang yang dominan dan pada masa yang sama sangat rapuh hatinya,” jelasnya. Shahz Jaszle pula, yang berlakon sebagai Iskandar, suami Zabrina, menekankan kepentingan agama dalam membimbing keputusan hidup.

Siti Hariesa, yang membawakan watak Lutfiyah, menyatakan bahawa drama ini sarat dengan pengajaran berguna. Beliau menekankan kepentingan ketelusan dalam perhubungan dan bahaya mengikut perasaan sehingga menggadaikan prinsip agama.

Pengarah Eyra Rahman menjelaskan bahawa ‘Senyawa’ mengambil pendekatan yang berani dengan mengangkat isu halal dan haram dalam konteks masyarakat moden. Beliau berharap drama ini akan mencetuskan perbincangan penting tentang nilai-nilai agama dan tekanan hidup dalam dunia kontemporari.

En. Jony Deng, Pengurus Besar iQIYI Malaysia & Singapura, menyatakan harapannya agar ‘Senyawa’ bukan sahaja menghiburkan tetapi juga menjadi wadah pengajaran kepada masyarakat Malaysia. Beliau yakin jalan cerita yang asli dan lakonan yang mantap akan menarik minat penonton.

‘Senyawa’ akan disiarkan setiap Jumaat dan Sabtu pada jam 9:00 malam, bermula 25 Oktober 2024. Penonton boleh memuat turun aplikasi iQIYI di App Store atau Play Store untuk menonton drama ini dan menerima peringatan awal dengan mengklik butang ‘Pesan’.

Dengan mengangkat isu kontroversi ini, ‘Senyawa’ bukan sahaja menjanjikan hiburan, tetapi juga mencabar penonton untuk merenung nilai-nilai agama dan moral dalam menghadapi cabaran hidup moden. Drama ini dijangka akan mencetuskan perbincangan penting dalam masyarakat tentang batas-batas pengorbanan dan kepentingan mematuhi hukum agama dalam mengejar kebahagiaan.

iQiyi Lancar Dua Drama Original Sulung Terbitan Malaysia

Seiring dengan perkembangan pesat pasaran penstriman kandungan di Malaysia, iQiyi International, penyedia perkhidmatan penstriman video Asia atas permintaan telah mula menerbitkan dua drama original tempatan, Sorry Naik Lori dan Rampas Cintaku. Kedua-dua drama ini akan dilancarkan secara global dan disiarkan secara eksklusif di platform iQiyi pada lewat tahun ini.

Sebagai ganjaran untuk pengguna dan peminat drama tempatan, iQiyi juga memberi peluang keemasan kepada mereka untuk bertemu dengan bintang kegemaran mereka di set penggambaran malah turut terlibat dalam drama itu sendiri. Dengan kerjasama Tiktok, iQiyi melancarkan “Cabaran Peragaan iQiyi” (iQiyi Catwalk Challenge) dimana 5 pemenang bertuah akan dipilih untuk muncul dalam drama Sorry Naik Lori, disamping memenangi ganjaran wang tunai RM500. Tempoh peraduan adalah dari 5 sehingga 12 Jun. Maklumat lanjut akan dipaparkan di akaun TikTok dan Instagram rasmi iQiyi.

“Kaedah penstriman OTT terus menjadi pilihandan permintaan bagi kandungan Asia di rantau ini adalah sangat tinggi. Oleh itu , iQiyi komited untuk terus menyediakan hiburan Asia berkualiti tinggi kepada para penonton di samping memberi pengalaman tontonan luar biasa dan berkualiti. Perkara asas yang menyokong kami dalam membawakan pengalaman hiburan terbaik di Malaysia adalah tumpuan kami dalam memastikan bekalan kandungan tempatan yang mencukupi. Sejak iQiyi menceburi pasaran tempatan pada tahun 2020, kami telah mendapatkan hak lesen drama tempatan terbesar daripada rakan-rakan kerjasama kami, iaitu Media Prima dan Astro. Langkah penerbitan drama original sulung merupakan satu lagi kejayaan dan kami akan untuk terus melabur untuk memperkembangkan lagi ekosistem kandungan tempatan kita,” kata Dinesh Ratnam, Pengurus Besar iQiyi Malaysia, Singapura dan Brunei.

“Dalam usaha memastikan pengguna menjadi tumpuan utama, kami juga mewujudkan pengalaman yang serba baharu dan menarik menerusi rancangan original kami untuk memberi peluang kepada peminat mengambil bahagian, berinteraksi dan menyertai bintang-bintang kegemaran mereka sepanjang proses penerbitan, daripada penggambaran kepada pelancaran sesebuah drama. Aktiviti yang kami anjurkan dengan kerjasama Tiktok adalah acara yang pertama dan banyak lagi pengalaman menarik yang akan kami bawakan untuk pengguna kami,” tambah beliau.

Sorry Naik Lori

Drama yang diterbitkan dengan kerjasama firma penerbitan tempatan terkenal Tsar Asia, Sorry Naik Lori menampilkan kisah suami isteri dunia moden yang dipaparkan dalam bentuk drama berunsur jenaka. Drama ini menyusuri kisah hidup Khairul, seorang pemandu lori muda yang tinggal di Pulau Pinang, dan isterinya Nadia, seorang suri rumah. Nadia memendam impian untuk menjadi personaliti berpengaruh di media sosial. Pada satu hari, satu daripada video Nadia di sebuah restoran yang dikongsikannya di NikNok menjadi viral dan menaikkan namanya di media sosial. Tak lama kemudian beliau menerima tawaran daripada sebuah agensi mencungkil bakat. Sementara itu, azam Khairul mendapatkan pendapatan tambahan dihalang oleh beberapa orang pembuli di tempat kerjanya. Semua ini menimbulkan ketegangan dalam hubungan dan menyebabkan Khairul rasa serba kekurangan. Dibarisi pelakon terkenal termasuk Nazim Othman, Ruhainies, Tajul, Nafiz Muaz, Sheila Mambo, Asha Zainul dan Ahmad Saffuan, Sorry Naik Lori pasti mencuit perhatian penonton dengan jalan cerita dan aksi yang tidak diduga. Penggambaran dijalankan di pelbagai lokasi di seluruh negara, justeru para peminat di semua negeri juga pasti tertarik dengan budaya tempatan yang dipaparkan dalam drama ini.

Rampas Cintaku

Karya hasil kerjasama dengan firma penerbitan tempatan terkenal MIG Productions, Rampas Cintaku dibintangi oleh Afieq Shazwan, selebriti tanah air popular Fasha Sandha, Zarul Husin dan Ady Mohammad. Kisah romantik seram ini diadaptasi daripada novel dengan jalan cerita di luar kelaziman. Rampas cintaku berkongsi kisah Riz, jejaka muda yang terdesak untuk keluar dari kemelut hutang, kemiskinan dan gangguan Ah Long. Beliau membuat keputusan bekerja di kelab malam untuk gaji lebih tinggi, Di situ, beliau bertemu dengan ahli perniagaan wanita kaya dan terbilang bernama Datin Safieya. Walaupun sudah berkahwin dengan Dato Jeffri, Datin Safieya menggoda Rizal dan menjanjikannya kehidupan mewah sekiranya sanggup menjadi teman lelakinya. Dengan jalan cerita berliku, Rampas Cintaku pasti membuatkan penonton berdebar dan tertanya-tanya apakah yang akan berlaku seterusnya.