Tag Archives: Jabra

Jabra Bawa Pembaharuan dalam Teknologi Nirwayar Sebenar dengan Era Baru Fon Telinga Elite

Jabra, peneraju dalam bidang penyelesaian audio peribadi dan pejabat, hari ini mengumumkan empat produk yang membentuk rangkaian nirwayar sebenar Elite yang baharu – Elite Pro, Elite Active dan rangkaian teras Elite. Pembaharuan bermakna terus mara ke arah kemajuan dan inilah yang dilaksanakan oleh Jabra untuk teknologi panggilan, padanan di dalam telinga, pengalaman audio dan reka bentuk.

Antara tambahan kepada rangkaian tersebut ialah Jabra Elite 7 Pro, produk revolusioner yang menampilkan teknologi Jabra MultiSensor VoiceTM, yang menawarkan prestasi panggilan yang terbaik dalam kelasnya. Jabra juga akan melancarkan Elite 7 Active dengan lapisan ShakeGripTM perintis, yang sesuai untuk gaya hidup aktif. Tambahan ketiga kepada rangkaian tersebut adalah Jabra Elite 3, yang membawakan bunyi yang hebat di mana sahaja untuk pendengar yang lebih ramai. Tambahan terakhir kepada rangkaian Elite adalah Jabra Elite 2, yang sesuai untuk mereka yang menginginkan bunyi yang hebat di mana sahaja, pada harga yang berpatutan. Rangkaian Elite yang diperbaharui ini menunjukkan kemajuan terkini dalam bidang teknologi nirwayar sebenar: setiap satunya direka khusus untuk membawa pembaharuan dalam pengalaman nirwayar sebenar dengan memperkenalkan teknologi baharu unik yang dioptimakan bagi penggunaan yang spesifik dalam reka bentuk yang bergaya dan moden.

Sebagai salah satu syarikat yang merupakan perintis bidang teknologi nirwayar, Jabra mempunyai pengalaman pembelajaran selama enam generasi dan membawa pembaharuan kepada teknologi nirwayar untuk disesuaikan dengan keperluan jutaan pengguna nirwayar pada hari ini. Rangkaian Elite baharu ini direka khusus untuk senario penggunaan yang spesifik. Kategori Pro baharu oleh Jabra direka untuk mereka yang menginginkan keunggulan dari segi panggilan dan muzik, yang membolehkan pengguna menikmati pengalaman nirwayar sebenar tanpa batasan. Kategori Active dari Jabra pula dikhususkan untuk sukan dan gaya hidup aktif, dan fon telinga tersebut direka supaya ia kekal pada kedudukannya bila anda berpeluh. Elite 3 yang merupakan antara produk dalam kategori teras Jabra, menampilkan standard baharu untuk audio peringkat permulaan, di mana sahaja. Akhir sekali, Elite 2 adalah untuk mereka yang lebih menyukai reka bentuk berkualiti, menonjol dengan output bunyi bertenaga dan keselesaan, pada harga yang berpatutan.

Jabra Elite 7 Pro

Jabra MultiSensor VoiceTM – Jabra  Elite 7 Pro

Teknologi inovatif Jabra MultiSensor VoiceTM yang diperkenalkan bagi Elite 7 Pro membawakan panggilan yang begitu jelas, walau di tempat yang paling bising sekalipun.  Kini lebih ramai pengguna berhubung melalui panggilan – penggunaan panggilan suara meningkat dari tahun ke tahun pada 2021, dan berada di kedudukan kedua dari segi penggunaan selepas muzik**. Jabra MultiSensor VoiceTM menggabungkan sensor konduksi tulang, empat mikrofon dan algoritma untuk memastikan panggilan yang benar-benar jelas. Hasil dari kepakaran Jabra dalam mewujudkan algoritma pintar, terciptalah fon telinga yang merupakan antara yang pertama direka untuk pengguna dengan menggunakan teknologi hibrid ini.

Sensor pengesan suara (VPU) yang termaju di dalam kedua-dua fon telinga menjadikan Jabra MultiSensor VoiceTM begitu berkesan. Algoritma pintar sentiasa menganalisis jenis bunyi yang dikesan oleh mikrofon yang terbina dalam, dan apabila ia mengesan bunyi angin, sensor VPU akan diaktifkan secara automatik. Teknologi Konduksi Tulang digunakan untuk menyalurkan suara melalui getaran pada tulang rahang, dan algoritma pintar tersebut kemudiannya menggunakan kombinasi terbaik dari sensor konduksi tulang dan mikrofon untuk menghasilkan panggilan yang amat jelas.

Di samping itu, Pembatalan Hingar Aktif (ANC) yang boleh dilaraskan menghasilkan pengalaman yang benar-benar imersif. Bunyi juga boleh dikhususkan lagi menurut pengguna dengan mewujudkan profil audio tersendiri dengan teknologi Jabra MySound dan menggunakan HearThrough – teknologi ini membolehkan pengguna menentukan sebanyak mana bunyi dari luar yang dapat didengar.

Fon telinga Elite 7 Pro adalah 16 peratus lebih kecil daripada Jabra Elite 75t yang begitu popular di kalangan pengguna dan merupakan fon telinga Jabra terkecil setakat ini. Dengan menggunakan pangkalan data Jabra yang merangkumi 62,000 imbasan telinga yang unik, perintis teknologi tersebut berupaya menghasilkan pemetaan telinga manusia dan menggunakannya untuk mereka semula fon telinga. Setelah menjalankan begitu banyak ujian, Jabra berupaya menghasilkan fon telinga yang membawakan kualiti bunyi luar biasa dan keselesaan yang optimum.

Fon telinga komprehensif ini membawakan tempoh penggunaan tanpa henti selama 9 jam dengan ANC dan 35 jam dengan bekas pengecas, termasuklah pengecasan pantas yang dapat memberikan kuasa bateri selama 1.2 jam dalam tempoh hanya 5 minit sahaja. Elite 7 Pro didatangkan dengan Alexa yang terbina dalam, Siri dan Google Assistant* (*Android sahaja).

Jabra Elite 7 Active

Teknologi Jabra ShakeGripTM – Jabra Elite 7 Active
Bagi yang menginginkan fon telinga yang paling sesuai untuk gaya hidup aktif, Jabra Elite 7 Active adalah pilihan yang tepat. Melainkan teknologi Multisensor Voice, versi Active menampilkan pengalaman berkuaiti tinggi yang sama seperti Elite 7 Pro, dengan empat mikrofon terbina dalam bagi teknologi panggilan dan dua lagi mikrofon tambahan untuk disesuaikan dengan pengguna serta ANC yang boleh dilaraskan. Di samping itu, berdasarkan pemahaman Jabra yang unik mengenai telinga, penggunaan getah silikon cecair, dan reka bentuk tanpa sayap, Elite 7 Active dengan lapisan ShakeGrip direka untuk memberikan padanan yang terbaik walau bagaimanapun pergerakan anda, membawa perubahan dalam cara pengguna bersenam. Bagi mereka yang ingin aktif ketika berada di luar, jejaring mikrofon menyingkirkan bunyi angin daripada panggilan, sementara itu audio yang meningkatkan prestasi pula memastikan pengalaman muzik yang hebat semasa bersenam.

Jabra Elite 3

Jabra Elite 3
Jabra Elite 3 adalah pilihan yang tepat untuk mereka yang menginginkan bunyi yang hebat, bes yang bertenaga dan panggilan yang jelas pada harga yang lebih rendah. Melihat kepada jurang yang terdapat di pasaran bagi fon telinga pada harga yang lebih rendah tetapi masih dapat membawakan kualiti bunyi yang hebat, Jabra menggunakan pengalamannya yang luas supaya dapat memberikan kehebatan bunyi kepada semua. Fon telinga direka untuk membawakan muzik yang hebat dengan pembesar suara 6mm dan panggilan yang begitu jelas dengan teknologi panggilan 4 mikrofon, penyama muzik yang termaju dalam kelasnya, di samping audio HD Qualcomm aptXTM dan bateri yang tahan selama tujuh jam (28 jam jika digunakan bersama bekas pengecas). Fon telinga ini menawarkan pengasingan bunyi yang luar biasa dan dengan kepekaan HearThrough, pengguna boleh mendengar bunyi persekitaran mereka. Elite 3 juga didatangkan dengan padanan yang selesa yang kekal pada kedudukannya sepanjang hari, rekaan Denmark yang bergaya dan rangkaian warna yang baharu termasuklah Dark Grey, Navy, Lilac dan Light Beige.

Jabra Elite 2

Jabra Elite 2

Tambahan terakhir dalam rangkaian baharu tersebut, iaitu Jabra Elite 2, sesuai untuk mereka yang menginginkan bunyi yang hebat di mana sahaja, pada harga yang paling rendah di kalangan fon telinga Jabra. Jangan tertipu dengan saiz pembesar suaranya, kerana walaupun ia hanya sekecil 6mm, ia mampu membawakan kualiti audio yang tinggi dan bes yang bertenaga. Fon telinga Jabra Elite 2 mempunyai EQ boleh laras dan pengasingan bunyi yang disertakan dengan audio HD Qualcomm aptXTM. Reka bentuk Jabra yang menonjol juga tidak menjejaskan keselesaan yang terbaik dalam kelasnya dan padanan yang kekal di tempatnya sepanjang hari, dan bunyinya yang bertenaga bukanlah satu-satunya keistimewaan fon telinga Jabra Elite 2. Dengan teknologi panggilan 2 mikrofon, pengaktifan Alexa serta-merta, main semula Spotify dengan satu sentuhan* dan teknologi Google Fast Pair membolehkan pengguna kekal terhubung sepanjang hari. Ini disokong pula oleh perlindungan kalis hujan IP55, fon telinga Jabra Elite 2 terdapat dalam warna kelabu dan biru kelasi dan mempunyai bateri yang tahan selama 7 jam (21 jam jika digunakan bersama bekas pengecas).

*Android sahaja

Daniel Yeow, Pengarah Jualan, Peruncitan & Dalam Talian, Asia Tenggara, Taiwan & Hong Kong di Jabra berkata, “Pengguna pada hari ini ingin mendapatkan produk yang bukan sahaja menawarkan pengalaman audio yang termaju, tetapi juga yang dapat disesuaikan dengan gaya hidup aktif mereka. Kami berasa teruja untuk mengumumkan rangkaian Elite baharu, yang merupakan kombinasi terbaik antara keselesaan yang premium dan ciri-ciri yang menonjol seperti MultiSensor Voice, teknologi ShakeGrip, yang membawakan pengalaman panggilan dan muzik yang tiada tolok bandingnya. Ia benar-benar mencerminkan kemajuan Jabra dalam segmen nirwayar sebenar”Ciri-ciri utama dan spesifikasi Elite 7 Pro:

  • Jabra MultiSensor VoiceTM untuk audio gred profesional
  • ANC boleh laras untuk pengalaman bunyi yang benar-benar imersif
  • Tempoh penggunaan tanpa henti selama 9 jam dengan ANC, 35 jam dengan bekas pengecas
  • Nilai ketahanan IP57
  • BT ver. 5.2
  • Menggunakan sama ada fon telinga & pelbagai sambungan (menerusi naik taraf)
  • Alexa terbina dalam, Siri dan Google Assistant* (Android sahaja)

Elite 2 dan Elite 3 akan berada di pasaran mulai September, manakala Elite 7 Pro dan Elite 7 Active akan mula berada di pasaran dalam Suku ke-4 2021. Kesemua produk akan boleh didapati di cawangan runcit terpilih dan di gedung rasmi Jabra di Lazada dan Shopee. Harga produk tersebut adalah seperti berikut:

  • Elite 7 Pro : Harga runcit yang disyorkan oleh pengeluar RM999
  • Elite 7 Active: Harga runcit yang disyorkan oleh pengeluar RM899
  • Elite 3 : Harga runcit yang disyorkan oleh pengeluar RM389
  • Elite 2 : Harga runcit yang disyorkan oleh pengeluar RM299

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.jabra.com/elite

Jabra Speak 710 Lebih Imersif & Prestasi Audio Terbaik

Peneraju dalam dunia pembangunan produk audio dan komunikasi terkemuka, Jabra hari ini memperkenalkan produk baharu, Jabra Speak 710. Fon pembesar suara premium dan mudah alih ini direka khas untuk kegunaan profesional dan peribadi, sekali gus menjanjikan kualiti audio terbaik ketika bersidang atau menikmati muzik.

Jabra Speak 710 merupakan peranti untuk persidangan peribadi dan profesional pertama seumpamanya bagi pihak pengurusan syarikat dan golongan eksekutif bertaraf C. Menariknya, produk ini hadir dengan mikrofon berarah Omni yang boleh menampung kegunaan sehingga enam pengguna sebilik, bateri yang boleh bertahan selama 15 jam dan rasailah pengalaman Komunikasi Bersepadu terbaik. Selain itu, pembesar suaranya yang bergred HiFi juga menjanjikan kualiti muzik dan perbualan sejelas kristal.

Lebih hebat berbanding produk sebelum ini, siri Jabra Speak 710 ini hadir dalam reka bentuk bersaiz kompak dan kecil serta dilengkapi penegak boleh lipat bersepadu untuk kadar fleksibililiti tambahan. Dengan bantuan Bluetooth, sambungan boleh dibuat sekelip mata pada komputer riba pintar. Sambungan pada komputer peribadi juga boleh dilakukan dengan USB atau anak kunci yang disertakan. Sebaik disambung, pengguna mempunyai jarak liputan wayarles sejauh 30 meter bagi komputer riba atau 10 meter untuk telefon pintar.

Jabra Speak 710 direka khusus berdasarkan kejayaan luar biasa jualan produk siri Speak yang melebihi sejuta unit di serata dunia. Produk terkini ini menjanjikan prestasi audio yang dua kali ganda sehebat peneraju pasaran Jabra, Jabra Speak 510. Hadir dengan satu fungsi pintar luar biasa, Jabra Speak 710 membolehkan dua unit disambung secara wayarles melalui satu sentuhan jari. Padankan dua peranti untuk menikmati prestasi audio imersif atau memperluaskan liputan di dalam bilik bagi menampung enam hingga 12 orang pengguna.

Sesuai untuk semua jenis gajet pintar, Jabra Speak 710 yang mudah digunakan ini dilengkapi fungsi pasang dan main serta menjanjikan pengalaman fon pembesar suara dengan prestasi audio premium baik bagi kegunaan di pejabat mahupun di bilik persidangan kecil. Penukaran antara panggilan dan muzik boleh dibuat dengan mudah, sekali gus menjadikan Jabra Speak 710 sebuah fon pembesar suara yang hebat! Hanya sambungkan pada perkhidmatan penstriman muzik atau pustaka muzik pada peranti mudah alih.

Spesifikasi & Ciri-Ciri Produk

  • Fon pembesar suara direka khas untuk audio, muzik dan multimedia
  • Mikrofon berarah Omni untuk prestasi audio 3600
  • Kualiti audio bergred HiFi
  • Bateri bertahan sehingga 15 jam
  • Liputan dalam bilik untuk kegunaan maksimum 6 pengguna
  • Sambungan dalam sekelip mata: USB, Wayarles (Bluetooth® atau dengan anak kunci PC)
  • Jarak wayarles sejauh 30 meter (komputer peribadi) dan 10 meter untuk telefon pintar
  • Fungsi pasang & main dengan kawalan intuitif panggilan pada peranti
  • Pilihan sambungan secara wayarles dengan unit tambahan untuk pengalaman stereo menyeluruh atau memperluaskan ruang persidangan sehingga 12 pengguna
  • Interaksi bijak dengan Pembantu Digital Peribadi – Hanya dengan satu sentuhan butang Smart untuk mengaktifkan MS Cortana, Siri atau Google Now
  • Sesuai untuk semua platform UC terkemuka – Diperakui untuk Avaya, Cisco dan Skype for Business dan sebagainya

Penyelenggaraan dalam talian dan sokongan sambungan mantap Kesington pilihan

Jabra Speak 710 kini boleh didapati di pasaran pada harga RM1,750 (tidak termasuk GST).Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web http://www.apac.jabra.com/speak710

Jabra Elite Sport Menawarkan Kebebasan Sebenar Tanpa Gangguan

Berikutan kejayaan global Jabra Elite Sport, produk terkini daripada Jabra ini kini tiba di Malaysia dan bakal menaikkan taraf senaman anda ke tahap yang lebih tinggi. Jabra Elite Sport merupakan produk pertama dalam generasi baharu rangkaian set alat pendengaran Jabra tanpa tali tercanggih.

Sebagai penanda aras terkini dalam aspek teknologi dan menawarkan pengalaman baharu bagi pengguna, Jabra Elite Sport merupakan teman setia sebenar bagi golongan peminat sukan. Ia menawarkan kebebasan pergerakan sebenar dan analisa kecergasan bina dalam tercanggih serta membolehkan anda bersenam sambil menikmati muzik. Antara ciri-ciri menarik produk ini termasuk

  • Prestasi audio terbaik menerusi empat mikrofon untuk pertukaran pintar ketika menerima panggilan
  • Gaya pemakaian tanpa tali dan selamat baik dengan satu ataupun dua penggunaan alat pendengaran
  • Analisa kecergasan peribadi canggih menerusi pemantau kadar degupan jantung bina dalam
  • Jaminan perlindungan tambahan bertaraf IP67 selama tiga tahun. Kalis peluh dan air*. Diuji masih berfungsi sekurang-kurangnya 30 minit ketika direndam dalam air setinggi satu meter.
  • Aplikasi kadar degupan jantung dengan 90 peratus ketepatan bacaan
  • Tempoh berbual dan menikmati muzik sehingga tiga jam termasuk enam jam tambahan jika dicas menerusi bekas bimbit

Sesuai untuk semua golongan pengguna, Jabra Elite Sport yang hadir dengan Sport Life App adalah teman terbaik anda ketika bersenam. Pengguna boleh menilai tahap kecergasan mereka menerusi ukuran VO2 Max, selain memperbaiki tempoh larian melalui peramal tempoh larian. Malah, anda juga boleh merancang jadual senaman demi menikmati keberkesanan maksimum melalui penasihat pemulihan. Perkembangan terkini akan dihantar pada masa nyata menerusi bimbingan khusus pintar terus dari alat pendengaran bagi memastikan kelancaran senaman anda tanpa sebarang gangguan.

Aplikasi Jabra Sport Life juga merekod dan menjejaki kadar perkembangan kecergasan anda dari semasa ke semasa dan menyediakan maklumat menyeluruh bagi membantu anda memperbaiki tahap kecergasan anda di masa hadapan. Ini merangkumi jarak larian, kelajuan, perjalanan, jumlah kalori yang dibakar dan hasil daripada latihan anda.

Setakat hari ini, sambutan global terhadap Jabra Elite Sport sangat menakjubkan dan kebanyakan peminat sukan dan kecergasan memilih produk ini sebagai teman setia terbaik ketika bersenam di luar atau di gimnasium. Berikutan sambutan global yang memberangsangkan, gajet ini turut mendapat respons serupa di pasaran Malaysia.

Jabra Elite Sport telah direka khusus untuk 77 peratus** pengguna yang gemar bersenam tanpa gangguan gajet bertali dan 69 peratus** pengguna yang kerap menikmati muzik sambil bersenam.

Fungsi panggilan dan muzik pada Jabra Elite Sport ini berupaya menyokong semua system operasi telefon pintar utama menerusi bantuan Bluetooth. Aplikasi kecergasan dan penjejak prestasinya pula boleh didapati dalam kedua-dua telefon berplatform Android dan iOS. Ketahui lebih lanjut tentang Jabra Elite Sport di laman web : http://www.apac.jabra.com/elitesport

Tanpa Wayar, Tanpa Gangguan – Kebebasan Sepenuhnya

Sebagai alat pendengaran sukan sebenar tanpa tali, Jabra Elite Sport menawarkan pengguna pengalaman audio tanpa sebarang gangguan bertali. Selain itu, produk ini juga menjanjikan prestasi audio terbaik ketika menjawab/membuat panggilan atau mendengar muzik serta menawarkan segala fungsi menyeluruh ketika anda bersenam. Terdapat tiga pilihan ear gel, tiga saiz span alat pendengaran dan tiga pilihan hujung sayap untuk keselesaan serta kesesuaian terbaik mengikut lengkuk dan bentuk telinga anda. Tiada lagi masalah alat pendengaran tercabut atau terjatuh ketika menjalani senaman intensif.

Kualiti Audio Terbaik dengan Fungsi Penyingkiran Bunyi Bising 

Alat pendengaran (earbud) yang canggih ini menawarkan prestasi audio terbaik ketika menikmati muzik atau membuat/menerima panggilan tanpa tali. Hadir dengan dua mikrofon, setiap earbud direka khas untuk ‘menangkap’ suara anda melalui mikrofon pertama, manakala mikrofon kedua pula mengangkat bunyi-bunyi bising luaran. Jabra Elite Sport berupaya bertukar-tukar earbud bagi mengesan bunyi yang kurang bising. Produk ini juga mampu menyingkirkan bunyi bising latar dengan membezakan bahan berasingan yang diterima di setiap alat pendengaran, sekali gus membolehkan anda mendengar dengan jelas dalam apa jua keadaan.

Fungsi panggilan suara dan audio pula membantu anda menguruskan panggilan terus tanpa perlu menyentuh telefon ketika panggilan masuk semasa anda berlari.

Rasai Persekitaran Anda Ketika Berlari

Teknologi HearThrough Elite Sport membolehkan pembesar suara bina dalam menghasilkan semula bunyi-bunyi persekitaran semula jadi selepas diaktifkan. Ini bagi memastikan pengguna sentiasa peka terhadap persekitaran mereka termasuk kehadiran kenderaan atau ancaman bahaya lain yang tidak dijangka ketika menggunakan alat pendengaran.

Mono dan Stereo

Elite Sport hadir dengan dua alat pendengaran (earbud) tunggal. Ini membolehkan pengguna memilih untuk menggunakan satu alat pendengaran (mendengar semula secara mono) dan membuat panggilan melalui earbud utama (kanan) yang berkomunikasi terus kepada telefon pintar pengguna menerusi bantuan Bluetooth. Alat pendengaran sekunder (kiri) pula berhubung dengan alat pendengaran utama melalui teknologi Near Field Communication (NFC) yang boleh digunakan dengan sebarang pengimbas kad jalur magnet akan terus menghubungkan kedua-dua alat pendengaran secara automatik jika diletakkan dalam lingkungan jarak 25cm. Ini sekali gus membolehkan peralihan tak berkelium antara perbualan dan muzik stereo.

Kredibiliti Bertaraf Perubatan

Sebagai peneraju dalam pengeluaran produk audio khususnya alat pendengaran sukan dan bantuan pendengaran, Jabra yang merupakan sebahagian daripada Kumpulan GN telah memahami kepentingan kualiti audio terbaik ketika mereka dan menghasilkan Jabra Elite Sport. Produk ini telah direka dengan kerjasama barisan jurutera dari ReSound yang memiliki kepakaran dalam penghasilan solusi produk audio bertaraf perubatan dan peneraju Smart Hearing Aids. Jabra Elite Sport terhasil daripada kepakaran melebihi 145 tahun dalam bidang pengeluaran produk pendengaran.

Menerajui Produk Jabra Generasi Baharu

Jabra Elite Sport dilancarkan selepas dua gajet audio sukan pertama di dunia diperkenalkan.

Produk terkini ini dikhususkan untuk mengoptimumkan tahap kecergasan pelari, Jabra Sport Pulse Edisi Khas (alat pendengaran sukan pertama di dunia yang menawarkan penilaian kecergasan VO2 Max secara automatik dan berterusan). Jabra Sport Coach Edisi Khas yang dikhaskan untuk mengoptimumkan tahap kecergasan pengunjung gymnasium pula merupakan alat pendengaran sukan pertama di dunia yang menawarkan pengiraan berulang secara automatik melalui pengesan pergerakan TrackFitÔ. 

Menerusi semua peranti ini, Jabra menawarkan satu rangkaian pilihan menyeluruh set alat pendengaran tanpa tali bagi sesiapa saja yang ingin aktif bersenam. Seperti Jabra Elite Sport, kedua-dua peranti ini memberi jaminan perlindungan tambahan selama tiga tahun terhadap peluh. Rangkaian produk ini turut mengukuhkan kedudukan Jabra sebagai peneraju dalam bidang pengeluaran solusi audio pintar khususnya bagi golongan yang mengamalkan gaya hidup aktif.

Pengedar Jabra Terkini di Malaysia

Sementara itu, GN Netcom baru-baru ini telah melantik AMT PC Distributors Sdn Bhd sebagai pengedar tunggal bagi semua produk Jabra di Malaysia. Langkah ini merupakan sebahagian daripada strategi pengagihan dan penjenamaan bagi mengangkat jenama Jabra dan mendekatkan pengguna dengan produk Jabra, khususnya bagi segmen gajet sukan dan kecergasan yang sentiasa pesat berkembang.

Harga Elite Sport di Pasaran

Jabra Elite Sport kini boleh didapati pada harga RM1,259 di semua kedai dan pengedar sah produk Jabra terpilih seperti All IT Hypermarket, ViewNet Computer, Thundermatch Technologies, Mobile Arena, NOP Cellular, HLK Superstore dan Lazada.

JABRA SPORT COACH WIRELESS

Ingin menikmati muzik kegemaran atau mendahagakan motivasi tambahan daripada jurulatih peribadi? Tidak lengkap aktiviti senaman anda baik burpee, lunge, plank ataupun cangkung tanpa bertemankan Jabra Sport Coach Wireless. Peneraju produk yang menawarkan solusi senaman wireless dengan bimbingan menerusi corong telinga beserta teknologi audio Dolby premium ini menjanjikan pengalaman senaman silang yang lebih menarik.

Blue_Jabra_Sport_Coach_Wireless_Lifestyle_02

Seramai 81 peratus pengguna dilaporkan1 bersenam dengan muzik. Maka, Jabra Sport Coach memudahkan mereka mengecapi motivasi tambahan ketika bersenam. Dengan adanya teknologi Dolby Sound, pengguna dapat menikmati irama kegemaran menerusi prestasi audio terbaik melalui alat pendengaran wireless. Pendek kata, tiada lagi alasan untuk tidak bersenam dengan khusyuk!

181% daripada 1328 responden kaji selidik pengguna Jabra, April 2014.

Blue_Jabra_Sport_Coach_Wireless_Wearing_Style_02

Produk audio pertama untuk latihan silang      

Sebagai produk gabungan muzik dan bimbingan senaman dalam bangunan pertama seumpamanya, Jabra Sport Coach inovatif ini adalah solusi audio untuk aktiviti sukan terkini daripada Jabra. Jabra telah menerajui bidang ini dengan memperkenalkan produk yang membolehkan pengguna memantau kadar degupan jantung buat julung kalinya menerusi produk pemenang anugerahnya, set alat pendengaran Jabra Sport Pulse Wireless. Menerusi Sport Coach Wireless, Jabra kini memperluas rangkaian produk audio sukan yang menawarkan solusi bimbingan melalui pendengaran. Malah, ia turut menyelitkan kehangatan trend terkini iaitu latihan silang dalam produknya.

Members of the Media Trying Out the All New Jabra Sport Coach Wireless (s)

Berlatih bersama ‘Jurulatih Peribadi’

Direka untuk memenuhi keperluan golongan penggemar latihan silang, Jabra Sport Coach Wireless boleh mereka senaman mengikut kehendak peribadi berdasarkan lebih 40 jenis senaman sedia ada. Hanya menggunakan telefon pintar, aplikasi Sport Life boleh dimuat turun dan anda boleh mereka senaman peribadi serta mengikuti latihan audio waktu nyata melalui alat pendengaran yang unik. 

Red_Jabra_Sport_Coach_Wireless_Lifestyle_01

Setiap Detik Senaman Lebih Berbaloi

Bagi memastikan matlamat kecergasan serta prestasi optimum dicapai ketika anda menggabungkan aktiviti larian dengan latihan silang, pengesan pergerakan TrackFitTM yang bersepadu akan berfungsi ketika anda menggabungkan aktiviti larian dengan latihan silang. TrackFitTM berupaya mengesan kadar kelajuan, jarak, jumlah langkah, rentak serta kalori yang dibakar menerusi kaedah terkini agar setiap detik senaman anda berbaloi.

Kecapi Hasil Dalam Masa Tersingkat

Menurut pakar-pakar kesihatan & senaman dari Kolej Perubatan Sukan Amerika, latihan silang atau latihan berjeda yang ekstrem merupakan trend senaman paling popular pada tahun 2015 2. Kaji selidik telah menunjukkan keberkesanan kaedah senaman ini sebagai cara terbaik untuk memperbaiki prestasi, kadar kelajuan, tenaga dan menegangkan otot serta memberi hasil yang ketara dalam masa tersingkat.

Linora Going Through Her Workout With Support from the Jabra Sport Coach (pic2 )(s)

2Thompson R. Walter. Kaji Selidik Trend Kesihatan & Senaman Dunia bagi 2015: Apakah Yang Memacu Pasaran. Jurnal ACSM Health & Fitness. November/Disember 2014 – Jilid ke-18 – Isu 6.

Latihan silang boleh dilakukan di mana-mana saja, maka ia menjadi antara punca senaman ini cukup popular dalam kalangan penggemar sukan. Jabra Sport Coach Wireless dapat membantu anda menikmati senaman, tetap bersemangat dan mencapai sasaran prestasi yang diingini tidak kira di mana anda bersenam – di rumah, gimnasium ataupun di dalam bilik hotel.

“Bagi kategori sukan, kami sentiasa komited untuk menghasilkan produk audio berinovatif demi memberi pengalaman bersenam yang lebih menarik kepada golongan penggemar sukan. Sasaran awal kami adalah golongan pelari. Kini, kami berusaha untuk menghasilkan produk yang lebih baik untuk golongan penggemar latihan silang pula. Gabungan produk audio in-ear dengan biometrik adalah produk yang berpotensi besar,” kata ketua pegawai eksekutif Jabra, René Svendsen-Tune.

Jabra Sport Coach Wireless9

Ciri-cirinya:

  • Aplikasi Jabra Sport Life memudahkan penyepaduan pengurusan latihan
  • Advanced Motion Sensor mampu merakam semua aktiviti dan prestasi data ketika anda berlari
  • Aplikasi Jabra Sound hadir dengan teknologi Dolby® Sound Enhancement bagi merancakkan senarai pilihan lagu serta saluran YouTube anda
  • Prestasi audio Stereo Tanpa Tali yang premium (A2DP)
  • Mudah menjawab dan membuat panggilan
  • Kawalan pada set alat pendengaran membolehkan panggilan dan muzik dikawal dari jarak jauh (AVRCP)
  • Ultra ringan (16 g. / 0.56 oz.)
  • Kalis peluh, debu dan tahan lasak untuk keadaan ekstrem. Diuji mengikut piawaian ketenteraan Amerika Syarikat dan hadir dengan perlindungan Gred Taktikal IP55
  • Sambungan mudah dengan 2 peranti secara serentak menerusi Advanced Multiuse™
  • Padanan mudah dengan peranti yang menyokong NFC
  • Tempoh berbual & menikmati muzik yang lama – tempoh berbual selama 5.5 jam/menikmati muzik, tempoh bersedia boleh bertahan sehingga 10 hari
  • Boleh disepadukan dengan aplikasi kesihatan daripada jenama terkemuka lain bagi menyatukan data sejarah latihan
  • 3 pilihan warna: Biru, Merah dan Kuning

Jabra Sport Coach Wireless3

Kini, Jabra Sport Coach Wireless boleh didapati di semua IT Hypermarket Sdn Bhd, epiCentre, Machines, Radioshack dan Viewnet Computer Systems pada harga pasaran RM649 setiap satu. Jabra juga merupakan rakan rasmi acara Kejohanan Triathlon Antarabangsa 2015. Temuilah kami di sana!

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web: http://my.jabra.com/Products/Bluetooth/JABRA_Sport_Coach_Wireless/Jabra_Sport_Coach_Wireless_Blue

https://www.youtube.com/watch?v=T6jZLQ1lVLo&feature=youtu.be

JABRA Lancar JABRA SPORT ROX WIRELESS

Jabra_Sport_Rox_IN_BOX_NA

Nikmati prestasi audio premium tanpa wayar sambil bersenam dengan bebas menerusi produk Jabra Sport Rox Wireless terkini yang telah diperbaharui.

Tahan lasak dan menawarkan prestasi audio premium, Jabra Sport Rox adalah sama dengan produk pemenang anugerah Jabra Rox Wireless. Namun, prestasi produk ini lebih baik dan memenuhi kehendak para peminat sukan yang ingin menikmati muzik sambil bersenam tanpa sebarang gangguan.

Produk Sport Rox ini hadir dengan perlindungan Gred Taktikal (Ketenteraan) IP54 lebih tinggi dan satu armband. Seperti Rox Wireless asal, rangkaian produk sukan ini tampil dengan alat pendengaran Bluetooth in-ear bagi prestasi audio yang lebih mantap.

Jabra_Sport_Rox_Lifestyle_01

Alat pendengarannya diperbuat daripada keluli tulen agar tahan lasak.

Tiada lagi alasan untuk tidak bersenam kerana produk ini terbukti kalis air, ribut, debu dan impak akibat jatuh dengan perlindungan bertaraf piawaian ketenteraan Amerika.

Senarai pilihan EarGels™ dan EarWings™ pula memastikan alat pendengaran ini boleh dipakai dengan selesa dan amat selamat ketika anda bersenam sambil menikmati muzik.

Jabra_Sport_Rox_Lifestyle_02

Pembesar suara yang berkuasa tinggi pula memberi anda prestasi muzik bertaraf dunia menerusi teknologi Dolby®. Hanya dengan satu sentuhan ringkas pada alat pendengaran, anda boleh jawab panggilan atau menyelaraskan volum atau mendengar semula rakaman muzik. Untuk berehat seketika, anda hanya perlu sepitkan alat pendengaran di sekeliling leher untuk menjimatkan bateri. Untuk kembali bersenam dan menikmati muzik, anda hanya perlu tarik serta pisahkan alat pendengaran itu. Bersenamlah dengan bebas tanpa sebarang gangguan wayar. Dapatkan Jabra Sport Rox hari ini dan kecapi gaya hidup baharu hari ini. Fungsi lain termasuk:

  • Padanan mudah fungsi Near Field Communication (NFC)
  • Kualiti audio yang mantap dengan teknologi Dolby® dan aplikasi Jabra Sound memberi prestasi serta dimensi kepada muzik anda. Wujud dan kongsikan senarai lagu pilihan anda dan selaraskan latar penyama.
  • Mikrofon dengan penyingkir bunyi bising bina dalam
  • Bluetooth 4.0
  • Tempoh Berbual: Sehingga 5.5 jam
  • Tempoh Bersedia: Sehingga 18 hari
  • Tempoh Muzik Dimainkan: 6 jam

Jabra_Sport_Rox_wireless_03

Jabra Rox Wireless kini boleh didapati di semua kedai berikut di seluruh negara pada harga RM469.

Senarai kedai di Malaysia:

  1. ALL IT Hypermarket Sdn Bhd
  2. epiCentre
  3. Harvey Norman
  4. Machines
  5. Radioshack
  6. Viewnet Computer System