Tag Archives: Kartel Records

“DROP” Single Inggeris terbaru dari Joe Flizzow

Artis Sony-Kartel, Joe Flizzow telah melancarkan video muzik bagi single Inggeris terbaharunya yang berjudul – “DROP”. Single ini telah diterbitkan oleh Alif (sleeQ) dan telah diadun oleh jurutera audio terkemuka dunia, Chris Athens. Video muzik DROP bakal ditayangkan secara umum di laman sesawang YouTube Vevo SonyMusicKartel pada 24 November 2017.

Muzik video ini telah diarahkan oleh Shimy Julaini dan diterbitkan oleh Joe Flizzow sendiri. Dirakam di beberapa lokasi sekitar Phuket, Thailand, video muzik ini memaparkan tempat-tempat menarik lagi indah yang terdapat di pulau tersebut.

“Saya jatuh cinta dengan keindahan pulau Phuket sewaktu bercuti di resort sahabat saya, Sri Panwa dan terus berkata bahawa saya perlu kembali untuk rakaman muzik video saya yang seterusnya. DROP membawa maksud yang positif, di mana setiap hari kita meraikan kehidupan tidak kira apa jua rintangan yang terpaksa dihadapi,” jelas Joe Flizzow.

Lagu dan video Muzik DROP boleh dimuat turun dan boleh didengari melalui penstriman di atas talian dikesemua landasan digital pada 24 November 2017: Laman sesawang: https://lnk.to/JFDrop

SonaOne Melancarkan single terbaru – Firefly

SonaOne Melancarkan single terbaru – Firefly | SonaOne kembali dengan sebuah “single” terbaru yang diberi judul “Firefly”. Lirik lagu dan komposisi muzik merupakan karya SonaOne sepenuhnya. “Firefly” merupakan sebuah lagu yang senang didengari dan berentak rancak yang dijangka mendapat sambutan baik dari peminat tegar beliau yang semakin bertambah di luar sana.

“Firefly diinspirasikan dari kisah benar kisah cinta kedua ibu bapa saya, secara tepatnya tatkala ayah saya pertama kali melabuhkan pandangan matanya pada ibu saya. Saya mengimbau kembali ke awal tahun 80-an dan cuba melakar kisah cinta mereka berdua, yang meyakinkan saya bahawa cinta sejati boleh kekal ke akhir hayat”, ujar SonaOne semasa membicarakan mengenai ilham disebalik lagu ini.

Firefly-SonaOne-iTunes

“Firefly” boleh didapati dalam tempoh yang ekslusif di iTunes pada 30 November 2015 dan secara seturusnya daripada platform digital yang lain pada 4 Disember 2015. Lagu ini turut terdapat dalam album sulung beliau, “Growing Up Sucks” yang dijangkakan akan keluar pada suku pertama 2016.

“Kotarayaku” Buah Tangan Terbaru Altimet

IMG_1929 edited

Boleh digelarkan antara salah seorang pejuang seni bagi genre Hip Hop terkenal di Malaysia bermula dengan penglibatan beliau bersama TEH TARIK CREW, ALTIMET atau nama sebenar beliau Ahmad Bin Abdul Rahman berjaya menjadikan genre ini sebaris dengan irama-irama lain di Malaysia dan mempunyai kalangan pengikut yang ramai terutamanya golongan muda. Kepada yang tidak mengenali ALTIMET, beliau bukan sahaja dikenali sebagai seorang penyanyi  atau rapper malahan beliau adalah seorang penulis lagu, penerbit, komposer, pengacara televisyen dan kini seorang Pengarah Eksekutif Kartel Records.

Setelah sekian lama berkarya, beliau seakan-akan terlupa untuk menghasilkan album untuk dirinya sendiri, maka setelah kemuncak kejayaan beliau dalam menempa sejarah menjadi antara 3 terbaik di Anugerah Juara Lagu ke 28 menerusi lagu “Kalau Aku Kaya” nyanyian duet beliau bersama Awi Rafael, beliau telah muncul dengan album penuh beliau berjudul “ KOTARAYAKU” yang telah pun berada di pasaran bermula 12 April yang lalu.

IMG_1970 edited

Menjadikan tema kembali ke sekolah, ALTIMET telah menjadikan sekolah lama beliau iaitu Bukit Bintang Boys School, Petaling Jaya sebagai lokasi pelancaran album dan mini showcase beliau. Ia menarik minat ramai pengikut setia beliau termasuklah pelajar-pelajar sekolah tersebut. Menjelaskan, tentang idea tersebut, apabila dicadangkan tema tersebut oleh perancang majlis, beliau terlintas untuk menjadikan sekolah lama beliau sebagai satu lokasi kenangan manis untuk beliau dan beliau rasa bersyukur apabila pengetua sekolah tersebut memberikan lampu hijau dan turut sama hadir ke majlis pelancaran tersebut.

IMG_1977 edited

Bernaung di bawah sayap KARTEL RECORDS milik rapper terkenal JOE FLIZZOW, album KOTARAYAKU memuatkan 11 buah lagu di mana 7 lagu beliau merupakan lagu duet ALTIMET bersama-sama artis terkenal tanahair. Antara penyanyi yang membuat penampilan khas untuk 7 buah lagu tersebut antaranya ialah Noh Salleh, Salam, Aman RA, Tomok, Awi Rafael, Imran Ajmain, Mirwana dan The Trisno Trio. Album ini dipasarkan oleh Sony Music Malaysia.

Tracklist:

01 Kotarayaku (feat. Noh Salleh)

02 Syukur

03 Kalau Aku Kaya (feat. Awi Rafael)

04 Hello (feat. Trisno Trio)

05 I Am

06 Kembali

07 Kotarayaku II

08 Aku Tahu (feat. Tomok)

09 Itu Ini Begitu Begini (feat. Mirwana)

10 Maafkan Kami (feat. Imran Ajmain)

11 Belantara Konkrit (feat. Salam & Aman-RA)