Tag Archives: KLPAC

Tarian tradisional Malaysia menginspirasi KonTra : Bianglala

Kehangatan Aidilfitri mungkin sudah berakhir tetapi sambutan masih diteruskan. Zhafir Muzani bersama beberapa koreografer terkenal Malaysia akan membawakan sebuah persembahan, KonTra : Bianglala koleksi tarian yang terinspirasi dari tarian-tarian tradisional yang dikembangkan menjadi karya baru dari 16 hingga 19 Jun 2022 di Pentas 2, klpac.

KonTra, merupakan hybrid antara dua perkataan iaitu kontemporari dan tradisional,manakala Bianglala bermaksud pelangi, merupakan sebuah siri persembahan koleksi tarian yang menggabungkan tarian-tarian tradisional, klasik atau tarian rakyat dari komuniti-komuniti yang terdapat di Malaysia dengan elemen-elemen seperti kontemporari, kreasi baru, kreatif, digital atau sebagainya tanpa batasan.

Barisan pengkarya yang terdiri daripada enam koreografer, kebanyakannya pemenang anugerah, akan menginterpretasi pelbagai bentuk tarian seperti Zapin dan kuda kepang yang popular di Johor, tarian tradisional istana Melayu Tari Inai, Terinai, tari joget yang dipercayai berasal dari tarian asal Portugis serta seni mempertahankan diri seperti silat untuk mencipta enam karya unik yang diberikan nafas baru.

Diilhamkan oleh adat dan tradisi yang terdapat di Malaysia, semua tarian ini mempunyai kisah untuk diceritakan termasuk “Raso” (juga bermaksud Rasa) ciptaan Kerol Mohtar,pengasas Nyala Dance Theatre dan pemenang pelbagai anugerah dalam Festival SHORT+SWEET kategori tarian, Festival Tari dan lain-lain. Diilhamkan dari falsafah tradisional Minangkabau, beliau bijak mengahwinkan tarian tradisional yang berbeza dengan unsur Minangkabau.

Satu lagi gabungan yang menarik ialah “Buu-Geng” koreografi Sharm Noh. Dengan latar belakang tarian, gimnastik dan seni sarkas, sebagai Pengarah Artistik Psycusix,beliau membawakan satu pandangan yang menarik terhadap bentuk seni mempertahankan diri tradisional, gerakan Silat dengan menggunakan buugeng yang merupakan alat peraga dalam seni aliran. Perkataan ‘Buu’ bermaksud mempertahankan diri manakala ‘geng’ bermaksud ilusi.

Graduan ASWARA, Yee Teng pula menggunakan pertembungan elemen feminin dan maskulin daripada cerita dongeng popular, iaitu Mulan. Pelajar Ijazah Sarjana Tarian ini bijak menganyam pergerakan feminin dan maskulin daripada tarian tradisional Melayu dengan unsur-unsur kuda kepang dan beberapa pengaruh tarian Iban dalam “MULAN”.

Seterusnya, Dayang Norinah akan mempersembahan “Aku Mau” yang terilham dari Tari Inai serta Izzie Islam dengan persembahan “Nian”, yang diinspirasi dari Tarian Terinai.Walaupun berbeza, namun kedua-duanya adalah bentuk tarian klasik yang dipersembahkan di istana. Tarian Inai sering dilihat semasa upacara berkhatan pembesar istana manakala Tarian Terinai biasanya dipersembahkan dengan lilin.

Akhir sekali, Zhafir Muzani, pemenang lima anugerah untuk persembahan tarian yang terinspirasi dari tari Bali, akan menginterpretasi sebuah karya ciptaannya yang bernama “Sujud”, gabungan tarian Zapin dan Joget serta mempunyai suntikan Nusantara,bereksperimen dengan olahan tubuh, muzik dan vokal.

KonTra : Bianglala merupakan satu inisiatif untuk mengangkat seni budaya tradisional yang terdapat di Malaysia agar tidak berada di takuk yang lama sahaja dan dalam masa yang sama dikembangkan menjadi karya baru agar mampu menarik minat masyarakat terutamanya anak-anak muda di Malaysia disamping mengasah kreativiti penggiat seni tari di Malaysia tanpa batasan. Apabila lambaian tradisi dan arus modenisasi seiring berkembang, barulah duduk sama rendah, berdiri sama tinggi.

Disokong oleh klpac dan MyCreative Ventures, tiket untuk KonTra : Bianglala berharga RM50 dan boleh dibeli atas talian di pautan www.cloudtix.co/org/klpac. Layari www.klpac.org untuk maklumat lanjut, hubungi 03 4047 9000 atau WhatsApp +6018227 7212 bagi sebagai pertanyaan. Sumbangan boleh dibuat melalui https://www.klpac.org/donations/.

“Kandang” Kembali Untuk Musim Kedua

Atas permintaan ramai, The Actors Studio Seni Teater Rakyat akan mempersembahkan semula Teater Kandang sebagai sebahagian daripada ulang tahun ke-30 The Actors Studio. Kandang yang telah diadaptasikan kepada Bahasa Melayu daripada karya asal George Orwell’s Animal Farm akan dipersembahkan dari 25 hingga 28 April 2019.

Arahan semula Omar Ali, pengarah yang pernah mempersembahkan teater ini pada tahun 2017 bersama mendiang Tan Sri Muhammad Ali Hashim. Melalui teater ini, Omar Ali telah memenangi Anugerah Pengarah Terbaik di Anugerah Kesenian BOH Cameronian bersama tiga anugerah lain seperti Persembahan Terbaik 2017, Reka Bentuk Kostum Terbaik dan Pelakon Terbaik.

Kandang memaparkan nilai ketamakan kuasa dalam konteks serantau. Kisah ini turut memaparkan landskap kontemporari tempatan dan luar negara yang berkaitan dengan hal ehwal semasa.

Dianggap sebagai alegori zamannya pada tahun 1945, “Animal Farm” karya Orwell adalah berkisar tentang politik Rusia di zaman pemerintahan Stalin. Ianya adalah satu simbolik yang sangat mendalam yang masih relevan kepada zaman sekarang.

Puncaknya adalah perkataan ‘Kandang’ sendiri, yang secara literal diterjemahkan ke dalam sangkar. Mengembalikan persembahan pada masa ini adalah masa terbaik ketika Malaysia menukar kerajaan yang baru pada tahun lepas.

Omar Ali dikenali sebagai seorang pengarah yang berkebolehan untuk mengadaptasikan karya-karya Bahasa Inggeris ke dalam Bahasa Melayu dengan baik. Karya beliau yang bertajuk Dato ‘Seri, diadaptasikan daripada karya asal William Shakespeare, iaitu The Tragedy of Macbeth yang juga mendapat sambutan baik pada tahun 2016.

Ashraf Zain yang memenangi anugerah Pelakon Terbaik dalam kategori watak utama sebagai “Tunggal” dalam produksi Kandang pada tahun 2017 akan kembali memainkan watak yang sama dan turut dibantu beberapa pelakon lama dan baru seperti Benedict Chin, Chloe Tan, Clarence Kuna, Coebar Abel, Endee Ahmad, Faez Malek, Joe Chin, Nabil Zakaria, Nik Waheeda, Oxford Tong, Riena Aisya, Rosheen Fatima dan Zul Zamir.

Kandang akan membuka tirai pada 25 April dan akan berakhir pada 28 April di Pentas 2, klpac dipersembahkan dalam Bahasa Melayu. Sarikata Inggeris disediakan untuk semua penonton. Layari laman web www.proticket.com.my untuk maklumat berkaitan tiket. Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi 03 4047 9000, ataupun melalui Facebook the klpac.

Dikeluarkan oleh : The Actors Studio (Malaysia)

Pertanyaan Media :

Megann Teoh @ 012 7611629 / megann@klpac.org

Maggie Ong @ 012 382 8583 / maggie@klpac.org

Butiran Persembahan Tajuk

Kandang

Dipersembahkan Oleh

The Actors Studio Seni Teater Rakyat

Sinopsis

KANDANG adalah sebuah adaptasi novela George Orwell

yang berjudul ‘Animal Farm’ ke dalam Bahasa Malaysia

serta konteks budaya kepimpinan tempatan.

Adaptasi ini mengikuti jejak langkah sekumpulan haiwan

ternakan di Ladang Jones yang berjaya mengusir keluar

tuan ladang manusianya dan meraih kemerdekaan. Namun,

janji manis kebebasan dan kemakmuran terbukti janji

kosong apabila mereka sendiri terjebak dengan

pengkhianatan idealisme dalam bentuk korupsi dan

kezaliman.

Pasukan Kreatif

Penerbit eksekutif: Dato’ Dr. Faridah Merican

Pengarah Artistik: Joe Hasham OAM

Penerbit: Rosheen Fatima

Pengarah & Adaptasi: Omar Ali

Adaptasi: Allahyarham Tan Sri Muhammad Ali Hashim

Scenographer: Yusman Mokhtar

Pengarah Pergerakan: Ho Lee Ching

Pereka Bunyi: Khairil Imran

Pengarah Muzik: Coebar Abel

Pelakon

1. Ashraf Zain (Tunggal/ Napoleon)

2. Rosheen Fatima (Bintaga/ Snowball)

3. Joe Chin (Gading/ Squealer)

4. Faez Malek (Jalak)

5. Clarence Kuna (Balau/ Boxer)

6. Nabil Zakaria (Bajak/ Clover)

7. Nik Waheeda (Pendek/ Muriel)

8. Zul Zamir (Markus/ Old Major)

9. Benedict Chin (Taikonang/ Mr. Pilkington)

Dua Persembahan Tambahan Untuk Hi-5 House Hits 2014

Hi4-poster20x30

Kumpulan muzik kanak-kanak paling laris, Hi-5 diakui sangat popular di seluruh dunia dan Malaysia tidak terkecuali. Sejak tarikh persembahan. Hi-5 House Hits 2014 Live in Malaysia diumumkan penghujung September lalu, sambutan yang diterima daripada peminat tempatan sangat menggalakkan dan mencetuskan fenomena.

Bagi memenuhi permintaan mereka yang ingin mendapatkan tiket persembahan kumpulan berkenaan, penganjurnya, Hi-5 Operations telah menambah dua lagi persembahan iaitu pada jam 11 pagi, 11 Disember dan 6 petang untuk persembahan 14 Disember dan menjadikannya 11 persembahan untuk tontonan khalayak. Ini merupakan sebuah berita yang sangat menggembirakan dan melegakan buat kanak-kanak dan juga ibu bapa mereka apabila mempunyai peluang keemasan untuk merasai sendiri pengalaman dihiburkan dengan persembahan unik dan muzikal yang penuh ekstravaganza.

Bersempena dengan pengumuman dua tarikh ini, peminat Hi-5 di Malaysia yang masih belum mendapatkan tiket bolehlah merebut peluang itu untuk mendapatkan tiket dua persembahan itu. 100 pembeli pertama untuk mana-mana kategori dua persembahan yang diumumkan itu bakal menikmati diskaun sebanyak 10 peratus daripada harga asal.

Jualan tiket dikendalikan oleh tiket agensi, Ticketpro dan kesemua tiket untuk dua persembahan tambahan itu boleh didapati menerusi laman web berkenaan serta lokasi persembahan berkenaan iaitu The Kuala Lumpur Performing Arts Centre (klpac) mulai jam 10 pagi, hari Jumaat, 31 Oktober 2014. Hi-5 House Hits 2014 dibawakan bersama oleh UOB Bank dan Hi-5 Learning House, penaja bersama Yakult, Stesen TV Rasmi Disney Junior, Stesen Radio Rasmi Mix FM dan Lite FM, klpac sebagai lokasi rasmi serta Pengurus Acara, The Wonderland+. Hi-5 House Hits 2014 Live in Malaysia bermula pada hari Rabu, 10 Disember 2014 di The Kuala Lumpur Performing Arts Centre (klpac) dan berlangsung sehingga hari Ahad, 14 Disember 2014.

Tiket semakin laris dan jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan sendiri persembahan lima warga Australia ini iaitu Stevie, Ainsley, Mary, Dayen dan anggota baru mereka, Tanika yang akan menyarung sepatu tarian mereka sekali gus menyinar di atas pentas dengan persembahan yang sangat berkesan di hati peminat mereka. Untuk maklumat selanjutnya, sila layari www.ticketpro.com.my atau hubungi talian hotline +603 4047 9000 (klpac) or +603 7880 7999 (Ticketpro).

Maklumat Tiket: Nama Acara : Hi-5 House Hits 2014 Tarikh : 10-14 Disember 2014 (Rabu hingga Ahad) Tempat : klpac, Pentas Satu Masa :10 Disember – 6pm 11 Disember – 11am (Slot Baharu), 2.30pm, 6pm 12 Disember – 2.30pm, 6pm 13 Disember -11am, 2.30pm 14 Disember – 11am, 2.30pm, 6pm (Slot Baharu) Tiket : Kategori 1 – RM 283 (Mosh Pitt) Kategori 2 – RM 203 (tempat duduk bernombor) Kategori 3 – RM 113 (tempat duduk bernombor) Talian Hotine : +603 4047 9000 (klpac) atau +603 7880 7999 (Ticketpro)
* Harga di atas termasuk RM3 untuk yuran pengendalian oleh ejen jualan tiket, Ticket Pro.