Tag Archives: Kris Dayanti

PENGUMUMAN LOKASI BAHARU KONSERT CINTA NOSTALGIA KRIS DAYANTI DI PUTRAJAYA

PUTRAJAYA, 16 Jun 2025 – Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) kini secara rasminya menjadi pentas baharu bagi KONSERT CINTA NOSTALGIA KRIS DAYANTI, yang akan berlangsung pada 22 JUN 2025 jam 8.30 MALAM. Pertukaran lokasi ini dibuat demi memberikan pengalaman persembahan yang lebih selesa, eksklusif dan memuaskan untuk semua peminat diva ternama Nusantara ini.

Selepas kejayaan Konsert Romansa Kris Dayanti pada 2017, kemunculan semula Primadona Indonesia ke Malaysia kali ini bakal menggamit memori lama dengan dendangan lagu-lagu malar segar, diiringi gubahan muzik orkestra yang diarah sendiri oleh maestro terkenal, ERWIN GUTAWA.

Lebih istimewa, malam nostalgia ini bakal diserikan oleh penampilan artis jemputan sensasi tanah air iaitu MIMIFLY dan KHAI BAHAR, yang terkenal dengan aura persembahan bertenaga serta suara yang merdu, bakal melengkapkan magis pentas CINTA NOSTALGIA ini.

Para peminat dinasihatkan mendapatkan tiket lebih awal melalui platform rasmi UberTickets di pautan berikut:

👉 https://cintanostalgia.ubertickets.asia

Jangan lepaskan peluang menikmati malam penuh emosi, keindahan muzik dan kenangan manis bersama KRIS DAYANTI, MIMIFLY dan KHAI BAHAR di PICC PUTRAJAYA!

KRIS DAYANTI Dan NORYN AZIZ Dalam Satu Konsert

ACO MEDIA dan Asia Momentum Media (AMM) dengan berbesar hati mempersembahkan KRIS DAYANTI & NORYN AZIZ: DUO DIVA LIVE IN MALAYSIA, menampilkan bintang ‘multitalented’ Indonesia, Kris Dayanti dan penyanyi jazz dan R&B terkenal Malaysia, Noryn Aziz.

Konsert duo yang hebat ini akan berlangsung di Mines International Exhibition & Convention Centre (MIECC) pada 29 Oktober (Sabtu) dan tiket akan mula dijual mulai 7 Oktober 2022, 3 petang.Kedua-dua diva yang memenangi pelbagai anugerah ini telah berada dalam industri muzik selama beberapa dekad. Kris Dayanti memulakan kerjaya muziknya pada tahun 1984 manakala Noryn Aziz memulakan kerjayanya pada tahun 1996. Oleh itu, ini pastinya merupakan kerjasama legenda ‘cross-country’!

“Konsert ini merupakan ‘customize concert’. Bagi kami, Kris Dayanti merupakan diva di Indonesia manakala Noryn Aziz pula Diva kesayangan ramai di Malaysia.

Kami percata bahawa kolaborasi dua diva ini akan mengegarkan pentas dan pastinya ada kejutan-kejutan yang bakal diberikan kepada para peminat mereka nanti. Jadi jangan lepaskan peluang menyaksikan dua Diva ini beraksi di sebuah pentas,” ujar Belvas Lee mewakili ACO MEDIA dan Asia Momentum Media (AMM).

Kris Dayanti, penyanyi dan pelakon popular Indonesia, akhirnya bakal mengadakan konsert semula di Malaysia selepas 5 tahun tidak muncul bertemu peminat di Kuala Lumpur khususnya. Diva yang terkenal dengan hits, ‘Menghitung Hari’ mula menyanyi pada usia 9 tahun untuk filem ‘Megaloman’. Lagu-lagu hebat Kris Dayanti dan persembahan langsung yang dinamik telah menjadikannya terkenal di Indonesia dan di seluruh dunia.

Noryn Aziz, salah seorang penyanyi dan penulis lagu jazz dan R&B terhebat di Malaysia, memulakan kerjaya muziknya pada tahun 1996 sebagai ahli kumpulan Sister-Sister dan kemudian menjadi penyanyi solo pada tahun 1997 menerusi album solo pertamanya, ‘Fantasi O Realiti’ . Vokalnya yang sangat kuat telah memukau penontonnya selama bertahun-tahun.

Dalam konsert ini, mereka berdua akan mempersembahkan lagu hits mereka seperti ‘Menghitung Hari’ oleh Kris Dayanti dan ‘Cerita Cinta’ oleh Noryn Aziz. Peminat juga boleh menjangkakan beberapa duet yang mengejutkan daripada duo yang hebat dengan vokal bertenaga ini! Sertai kami untuk malam persembahan yang menarik dan penuh keseronokan di MIECC!

Harga tiket ialah:

VIP – RM 1,188

Cat 1 – RM 988

Cat 2 – RM 788

Cat 3 – RM 488

Cat 4 – RM 288

Dapatkan tiket anda sekarang di https://www.ticket2u.com.my/

Muzika Nusantara – Senadi Dalam Seni

Muzika Nusantara 1Muzika Nusantara tercetus daripada persamaan budaya masyarakat Malaysia dan Indonesia untuk diangkat dalam persembahan muzik dan puisi sebagai jalinan senibudaya dan warisan kepulauan Melayu.

Bertemakan “Senadi Dalam Seni” dengan menggabungkan keturunan Melayu yang berasal dari beberapa suku bangsa atau etnik seperti Jawa, Bugis, Mandailing, Batak, Minang, Boyan, Bengkhulu, Kampar, Rao, Acheh dan Sunda. Malaysia menampilkan persembahan Makyung dan Baba Nyonya. Selain itu, kesenian dari Brunei Darussalam dan Singapura pula di dalam segmen muzika tari dan lagu.

Kombinasi penyanyi-penyanyi dari seberang seperti Krisdayanti, Tegar dan Senator Rafli Kande akan bersama-sama Dato’ Siti Nurhaliza dan Dwen dengan diiringi Orkestra Tradisional Malaysia (OTM), Istana Budaya.

Ticketing Information:

Ticket Prices:

RM 53.00, RM 73.00, RM 103.00, RM 153.00, RM 203.00, RM 253.00, RM 303.00

Ticketing Information: +603 87754666
Online Booking: www.AirAsiaRedTix.com

For More Information:

Phone: +603 40265555
Email: info@istanabudaya.gov.my
URL: www.istanabudaya.gov.my
TW: twitter.com/IstanaBudaya
FB: www.facebook.com/istanabudaya