Tag Archives: KRU

LEGENDA POP KRU KEMBALI DENGAN “KASET” – GABUNGAN NOSTALGIA DAN TEKNOLOGI AI

Kumpulan pop legenda Malaysia, KRU, baru sahaja melancarkan album terbaru mereka yang ke-15 bertajuk “KASET” pada 23 April 2025 di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur. Album ini menggabungkan unsur nostalgia era 90-an dengan teknologi moden, menjadikannya sebuah karya yang unik dan bermakna dalam industri muzik tanah air.

“KASET” memuatkan 10 buah lagu baharu yang masing-masing membawakan cerita dan emosi tersendiri. Antara lagu-lagu ini termasuklah “Hambadansa” yang penuh simbolik, “One More Time” yang memotivasikan, serta “Voodoo” yang eksperimental. Pelancaran album ini turut disertakan dengan edisi fizikal dalam bentuk CD dan kaset terhad untuk peminat yang ingin memiliki koleksi nostalgia eksklusif.

Yang menariknya, KRU mencatat sejarah sebagai kumpulan muzik pertama di Malaysia yang menggunakan teknologi AI generatif dalam penghasilan muzik video rasmi mereka iaitu “Voodoo” dan “One More Time”. Penggunaan teknologi ini membolehkan visual yang surreal dan sinematik dihasilkan sepenuhnya menerusi arahan teks kreatif, menawarkan pengalaman tontonan yang lebih imajinatif dan revolusioner.

Album penuh “KASET” akan tersedia di semua platform digital seperti Apple Music, Spotify, YouTube Music dan YouTube bermula 25 April 2025. Bagi peminat yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai album ini atau ingin mengatur temu bual, sila hubungi Jabatan Domestik Sony Music Entertainment Malaysia melalui Veea Norman atau Fitrah Ilahi.

Kesemua lagu dalam album ini dicipta, ditulis lirik dan diproduksi oleh anggota KRU sendiri – Dato’ Norman, Dato’ Yusry dan Edry Abdul Halim, menunjukkan keterlibatan penuh mereka dalam aspek kreatif album ini.

KRU Berkolaborasi dengan Sony Music Malaysia: Membuka Lembaran Baru dalam Industri Muzik

Dunia muzik Malaysia kini bergetar dengan pengumuman kerjasama antara kumpulan legenda KRU dan gergasi industri rakaman, Sony Music Entertainment Malaysia. Berita ini menjadi buah mulut peminat muzik tanah air yang tidak sabar menantikan hasil kolaborasi dua nama besar ini.

KRU, kumpulan yang terdiri daripada tiga beradik Norman, Yusry, dan Edry Abdul Halim, telah menjadi ikon dalam industri hiburan Malaysia sejak penubuhannya pada tahun 1992. Selama lebih tiga dekad, mereka telah menghasilkan pelbagai hits yang menjadi sebutan ramai, antaranya “Awas” dan “Ooh! La! La!”. Bukan sekadar mencatatkan kejayaan dalam bidang muzik, KRU juga telah meluaskan sayap mereka ke dalam produksi filem dan perniagaan media.

Kerjasama dengan Sony Music Malaysia ini merupakan satu langkah berani yang diambil oleh KRU selepas 30 tahun berkecimpung dalam industri. Ia juga menandakan kepercayaan Sony Music terhadap bakat, komitmen, dan kualiti kerja yang telah ditunjukkan oleh KRU sepanjang perjalanan kerjaya mereka.

Pengumuman ini membawa nafas baru kepada peminat muzik Melayu serantau. Ia memberi isyarat bahawa KRU bakal kembali dengan beberapa kejutan yang pastinya dinanti-nantikan ramai. Dengan sokongan dan kerjasama daripada Sony Music Malaysia, kumpulan ini berjanji untuk terus menghasilkan karya yang relevan dan menghiburkan.

Kedua-dua pihak menyatakan keyakinan mereka bahawa kerjasama ini akan menghasilkan pelbagai produk hiburan yang hebat dan luar biasa. Komitmen KRU terhadap inovasi dan kualiti terus menjadi teras dalam usaha mereka untuk mencipta karya yang memukau.

Industri muzik tempatan kini menanti dengan penuh minat akan perkembangan terbaru daripada kolaborasi ini. Peminat-peminat setia KRU dan pencinta muzik tanah air pasti tidak sabar untuk menyaksikan kejutan-kejutan yang bakal diumumkan dalam masa terdekat.

Kerjasama antara KRU dan Sony Music Malaysia ini bukan sahaja menandakan satu era baru dalam kerjaya KRU, tetapi juga membuka peluang untuk mengangkat muzik Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi. Dengan gabungan pengalaman KRU dan rangkaian global Sony Music, kita boleh mengharapkan karya-karya yang bukan sahaja menghiburkan, tetapi juga mampu bersaing di pentas antarabangsa.

Dunia muzik Malaysia kini menanti dengan penuh keseronokan akan hasil daripada perkongsian kreatif ini. Satu perkara yang pasti, kerjasama KRU dan Sony Music Malaysia ini merupakan satu langkah berani yang berpotensi untuk mengubah landskap industri muzik tempatan.

‘MUNGKIN’ Taruhan DIA BAND

Berbekalkan single pertama berjudul “Mungkin”, Dia Band, sebuah kumpulan baru yakin bahawa ini adalah tiket bagi mereka memasuki industri hiburan tanah air.

Dia Band ditubuhkan pada tahun 2012 dianggotai lima pencinta muzik terdiri daripada Rafie (gitaris), Eppy (keyboardist), Fauzi (dram), Yazid (vokal) dan Didin (bassist). Kumpulan ini merupakan artis pertama di bawah naungan Eizi Productions.

dia-band-members-name

Vokalisnya, Yazid merupakan bekas finalis rancangan realiti Akademi Fantasia musim yang ketujuh, seangkatan dengan rakan-rakannya yang lain seperti Hafiz Suip dan Akim Ahmad. Setelah bergelar alumni Akademi Fantasia, Yazid tetap meneruskan minatnya dalam industri seni nyanyian dan tarian di mana dia juga pernah memasuki rancangan realiti tarian Showdown 2011.

Dia Band yang berasal dari Johor, diketuai oleh Fauzi selaku pengasas dan pemain dram pada asalnya menggunakan nama Eizi Band yang kemudiannya ditukar menjadi Dia Band yang lebih komersial.

Memasuki tahun keempat sebagai sebuah band, Dia Band akhirnya muncul dengan single pertama mereka sendiri yang bertajuk ‘Mungkin’. Single ini telah dicipta dan diterbitkan sepenuhnya oleh komposer berprolifik, Edry Abdul Halim.

dia-band-cover

Keputusan mengambil Edry Abdul Halim selaku komposer dan penulis lirik bagi single pertama ini merupakan keputusan mereka bersama untuk bekerjasama dengan komposer yang lebih professional dan berpengalaman bagi melahirkan buah tangan mereka yang pertama.

Dengan konsep muzik pop/ rock balada, Dia Band dipengaruh oleh aliran muzik indo-pop seperti kumpulan Kerispatih dan Ungu, namun tetap mencari kelainan dengan elemen Melayu moden yang begitu mesra dalam kalangan pendengar tempatan.

Dia Band dan Eizi Productions yang juga merupakan sebuah syarikat sound and light rental telah bekerjasama dengan KRU Music sebagai pengedar rasmi. Selain berharap ‘Mungkin’ menjadi tiket bagi mereka memasuki industri hiburan tanah air secara mainstream, kumpulan ini juga berharap peminat dapat menerima kehadiran mereka sebagai Dia Band.

“Mungkin” secara rasminya telah dilancarkan pada 20 Jun 2016 dan sehingga kini video liriknya telah ditonton sebanyak 21,355 kali di laman Youtube KRU Music. Selain itu, lagu ini juga boleh mula dimuat turun di iTunes, Spotify, dan pelbagai platform muzik digital yang lain.

Zizan Berkolaborasi Dengan KRU Dalam “Adiwira”

ADIWIRA2

Adiwira dikenali dengan sifat keberanian dan kebolehan yang tidak terdapat pada manusia biasa. Cicakman merupakan adiwira yang tidak asing bagi penggemar filem tempatan. Setelah 7 tahun selepas Cicakman 2 – Planet Hitam diterbitkan pada tahun 2008, kini KRU Studios kembali menggegarkan industri perfileman tempatan dengan menerbitkan “Cicakman 3” lakonan Zizan Razak, Lisa Surihani dan Fizz Fairuz  yang akan berada di pawagam pada 12 Mac 2015.

Adiwira” merupakan lagu tema bagi filem Cicakman 3 yang menggabungkan dua ikon popular tanah air iaitu Kumpulan KRU dan Zizan Razak, ZizanKRU. Lagu ciptaan Edry Abdul Halim yang bergenre hip-hop ini turut mendapat sentuhan daripada pelawak nombor satu negara iaitu Zizan yang turut sama dalam penulisan lirik. Kolaborasi ini merupakan permintaan peribadi oleh Zizan sendiri untuk bekerjasama bersama KRU dalam penghasilan lagu tersebut. Ternyata kolaborasi vokal dua ikon terkenal tanah air ini dapat dan berjaya menghasilkan sebuah gabungan sempurna melalui ciptaan lagu yang diberi garapan segar dan disesuaikan dengan selera muzik generasi terkini.

ADIWIRA

Adiwira merupakan kolaborasi unik kerana menggabungkan pendekatan muzik hip hop Zizan dengan elemen pop/rnb identiti KRU. Peluang bekerjasama dengan karektor dinamik seperti Zizan membuktikan beliau seorang penghibur serba boleh, meyakinkan kami bahawa projek lagu tema Cicakman 3 ini bakal mendapat perhatian peminat. Kami juga berharap konsep berelemen hip hop sebegini dapat melepaskan rindu peminat KRU yang sudah sinonim dengan muzik rancak dan bertenaga dari awal pembabitan kami dahulu,” ujar Ketua Pegawai Kreatif KRU Music, Edry Abdul Halim .

“Adiwira” diedarkan serentak secara online di iTunes, Spotify, Deezer dan Kkbox pada 28 November 2015. MTV “Adiwira” diterbitkan secara rasmi melalui rangkaian KRU Music iaitu di laman sesawang Youtube pada tarikh yang sama. Tentu para peminat tidak sabar untuk menyaksikan kedua-dua ikon gergasi tanah air ini beraksi bersama sebagai satu kumpulan.

Pelancaran KARTUN STUDIOS

image012

Dengan objektif memperluaskan pasaran diperingkat domestik dan antarabangsa khususnya penerbitan produk-produk animasi 2D dan 3D bagi kanak-kanak; Kumpulan Syarikat KRU mengumumkan penubuhan Kartun Studios Sdn Bhd, anak syarikat ke sebelasnya yang dilancarkan oleh YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Komunikasi & Multimedia Malaysia.

“Untuk mencapai status negara ekonomi berpendapatan tinggi, pembangunan berterusan dan bersepadu sektor Komunikasi, Kandungan dan Infrastruktur adalah amat penting. Oleh yang demikian pelbagai inisiatif telah dilaksanakan oleh Kerajaan termasuk rebat penerbitan 30% yang ditawarkan oleh FINAS bagi menggalakkan pelaburan penerbitan kandungan tempatan dan antarabangsa, penyediaan jalur lebar berkelajuan tinggi, penyediaan rangkaian televisyen digital menjelang 2015 dan pelbagai insiatif yang lain. Saya gembira melihat usaha Kumpulan Syarikat KRU yang bukan saja mempunyai pelan strategik bagi pemasaran produk-produk terbitan mereka diperingkat tempatan dan antarabangsa melalui penubuhan Kartun Studios, tetapi turut juga melatih anak-anak tempatan sebagai modal insan berkemahiran tinggi di KRU Academy” ujar Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek.

image005

Menurut Norman Abdul Halim, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat KRU; penubuhan Kartun Studios bukan saja bertujuan untuk mengkhususkan inisiatif penjenamaan bagi filem-filem serta kandungan siri animasi terbitannya tetapi adalah strategi korporat dan persediaan awal untuk menarik pelabur diperingkat tempatan dan antarabangsa sekaligus memperkasakan kedudukan Kartun Studios didalam tempoh 3 hingga 5 tahun yang akan datang.

“Produk-produk animasi 2D dan 3D memberi prospek terbaik bagi studio-studio tempatan untuk menjadi pemain global. Contohnya, filem Ribbit (filem animasi pertama terbitan KRU) telah mendapat tempahan lebih 80 buah negara dan telah menerima jemputan untuk ditayangkan sebagai World Premiere di Niagara Integrated Film Festival, Canada pada 21hb Jun 2014. Kartun Studios akan menghasilkan sekurang-kurangnya 3 buah filem animasi, 130 siri animasi 3D dan 130 siri animasi 2D didalam tempoh 5 tahun yang akan datang” ujar Norman.

image009

Kartun Studios juga mensasar menyediakan sejumlah 1,000 peluang pekerjaan baru bagi penerbitan animasi 2D dan 3D menjelang tahun 2020. Kini di KRU Academy, seramai 200 pelajar sedang mengikuti program Diploma Kemahiran Malaysia yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia. KRU Academy bakal menerima sekitar 300 pelajar baru didalam tempoh 1 tahun yang akan datang dan menjalankan pelbagai aktiviti kesedaran yang dinamakan sebagai “Kreatif X Press” di sekolah-sekolah menengah bagi memberi pendedahan kepada murid serta ibubapa tentang peluang-peluang pendidikan, pekerjaan dan perniagaan didalam Industri Kreatif.

Untuk maklumat lanjut, sila emel ke hr@kartunstudios.com bagi peluang-peluang pekerjaan di Kartun Studios dan enquiries@kruacademy.edu.my bagi menyertai kursus-kursus peringkat diploma dan sijil di KRU Academy.

Konsert KITA 20FORTEEN

flyer 20FORTEEN

FORTEEN bermula dengan 4 jejaka berbakat besar Izzue, Ariz, One dan Ameer disatukan menerusi ujibakat oleh KRU Music pada tahun 2011. Genap 3 tahun, sebut sahaja nama FORTEEN, pasti ramai terbayangkan alunan vokal yang mantap dengan lagu-lagu pop balada yang sering menjadi hit di corong-corong radio. Ini terbukti melalui kejayaan single pertama mereka ‘Berdua Bersatu’, FORTEEN tersenarai dalam Top 5 Artis Duo/Kumpulan ABPBH 2011. Selepas kejayaan single pertama ini, FORTEEN tampil mempertaruhkan single kedua `Seperti Dulu’ yang juga  merupakan lagu tema filem 3D pertama keluaran KRU Studios `29 Februari’. Industri muzik negara seakan merestui perjalanan seni FORTEEN apabila mereka dinobatkan sebagai Vokal Berkumpulan Terbaik AIM 19 tahun 2012 dan tercalon ke peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 27. Diikuti pula dengan kejayaan single ketiga `Kita’ yang berjaya tercalon ke peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 28 dan Top 5 Vokal Berkumpulan Terbaik AIM 20.

Meneruskan perjalanan seni mereka, FORTEEN telah tampil dengan album debut mereka yang berjudul ‘KITA’ yang dipasarkan pada 23hb Disember 2013 yang lalu. Album `KITA’ memuatkan 6 buah lagu antaranya lagu `Kita’, `Tidak Pernah Berjumpa’, `Dikau Saja’,`Berdua Bersatu’, `Ketika Ini’ dan `Seperti Dulu’. Album `KITA’, mempertaruhkan single terbaru mereka berjudul `Tidak Pernah Berjumpa’ yang memberikan kelainan dari single terdahulu yang berentak  pop akustik `sing –a-long’ yang santai dan “easy listening”. Album `KITA’ telah mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada peminat setia mereka .

Dengan kejayaan demi kejayaan yang diraih oleh FORTEEN dan bagi menghargai kesetiaan peminat yang sentiasa menyokong dan untuk menampilkan bakat FORTEEN, KRU Music Sdn. Bhd. akan menganjurkan Konsert KITA 20FORTEEN yang bakal berlangsung pada 29hb Mac 2014,  Konsert ini bertempat di KL Live, Jalan Sultan Ismail dan pintu masuk akan dibuka pada tepat 3.00 petang. Konsert ini bermula pada jam 5 petang sehingga 7 petang, selama 2 jam ini akan dmenggunakkan khidmat `live band’ bagi memantapkan lagi akan diselangselikan dengan gimik dan kejutan yang bakal diketahui pada hari konsert tersebut. Lebih kurang sebanyak 15 buah lagu bakal dipersembahkan oleh FORTEEN. Tiket konsert ini berharga RM80.00 sahaja. Penjualan tiket konsert telah dijalankan dan boleh didapati di talian hotline United Studios 03 8320 1888, KL Live 03 2162 2570/71/72 dan di Redbox Ria 03 2145 7788. Sebarang pertanyaan boleh diajukan ke enquiries@unitedstudios.net.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari www.facebook.com/utdstudios/info & enquiries@unitedstudios.net , https://www.facebook.com/krustudios https://www.facebook.com/krumuzik  dan juga di Facebook Forteen https://www.facebook.com/officialforteen .