Tag Archives: lagu raya

ISTIMEWA SYAWAL INI : #SyawalSW4G

Syawal merupakan bulan untuk menerapkan rasa kasih, kesatuan dan juga nilai-nilai positif sesama kita. Selaras dengan ini, Tune Talk telah mengambil inisiatif untuk melancarkan lagu Hari Raya terbaru sempena musim perayaan ini bagi memeriahkan dan menceriakan suasana disamping menerapkan nilai-nilai murni. Lagu Hari Raya terbaru yang bertajuk #SyawalSW4G ini adalah bertepatan dengan misi Tune Talk untuk menjadikan tahun 2015 sebagai tahun inovasi dan muzik juga adalah antara elemen terbesar syarikat ini. 

Lagu #SyawalSW4G ini akan dinyanyikan oleh Oh Chentaku (OCK), kumpulan genre rock yang telah berjaya meraih sokongan hebat dari kalangan para remaja. Di samping itu, lagu ini juga akan menampilkan De Fam, penyanyi kumpulan wanita di bawah pengurusan Tune Studios, yang telah baru-baru ini menakluki industri muzik tanah air dan muzik mereka giat dimainkan di corong-corong radio. Gandingan dua kumpulan ini dengan lirik dan rentak contemporari akan membawakan elemen baru untuk sambutan Aidilfitri pada tahun ini dan mungkin pada tahun-tahun yang akan datang.

Lagu istimewa ini juga merupakan elemen penting dalam kempen yang Tune Talk sedang jalankan sepanjang bulan Ramadhan dengan misi untuk menggalakkan semua membina keyakinan diri positif supaya tindakan ini akan dijadikan inspirasi oleh orang-orang sekeliling. Kami ingin menerapkan perubahan yang baik dari segi penampilan dan juga sikap semua semua setelah mendengar dendangan lagu ini. Kami berharap #SyawalSW4G akan mengubah definisi Syawal urban kepada sesuatu yang lebih baik! Untuk maklumat lanjut mengenai kempen yang sedang dijalankan sila ke halaman Facebook Tune Talk : https://www.facebook.com/tunetalk ataupun www.tunetalk.com  

 

Single Terbaru : Joget Selfie Raya – L’Zzay

Melihat saja tajuknya, anda sudah boleh menjangka konsep dan kandungan lagu ini. Kali ini, L’Zzay mempertaruhkan lagu Raya buat pertama kalinya selepas bertahun berkecimpung dalam muzik industri.

Jika dilihat kecederungan penyanyi terbaru, kebanyakan mereka gemar menghasilkan lagu Raya yang berbunyi lebih kepada genre muzik terkini, Tetapi, L’Zzay yang sinonim dengan lagu-lagu urban dan rancak pula telah membuat keputusan yang agak berani dengan mempertaruhkan lagu berentak joget.

Lagu ini menyelitkan unsur-unsur nasihat, sindiran, hiburan dan kejadian yang sebenar berlaku ketika menyambut hari Raya. Anda boleh kaitkan diri anda sendiri dengan lirik yang dihasilkan oleh L’Zzay.

Kata L’Zzay, ‘Idea lagu ini datangnya daripada kawan pengurus saya, Ellyna. Kami saja-saja melepak dan berbincang tentang lagu Raya dan saya sendiri memang dibesarkan dengan lagu-lagu nostalgia Raya yang berbunyi lama. Tapi, saya still mahukan sesuatu yang trendy dengan topic yang fun dan berkait rapat dengan pendengar. Jadi, Elly pun suggest lah untuk buat lagu yang berkaitan dengan ‘selfie’ dan disokong oleh manager saya. Sebab, obviously sekarang kita boleh tengok sesiapa pun tidak kira golongan umur dan jantina, memang suka ber’selfie’, kadang-kadang sampai lupa diri. Saya sendiri pun macam tu. Tambah-tambah ketika waktu Raya. Haha. So, it’s a hot topic.”

“Kandungan lagu sudah berbunyi terkini, tapi saya memang berpendirian bahawa lagu Raya harus mempunyai nilai-nilai tradisional Melayu. Jadi, saya pun gabungkanlah lyrics bertopik ‘selfie’ di hari Raya dengan muzik rentak joget, dibantu oleh seorang produser muzik muda yang talented, Rudy Halim. Lagu ini diedarkan oleh Sony Music. Alhamdulillah, mereka percayakan keunikan lagu ini. Saya juga harap apa yang mereka rasakan, anda juga rasakan yang sama.

Please do hashtag semua topik-topik Raya yang berkaitan : #selfieraya #ootdraya #throwbackraya #bajuraya #kuihraya #duitraya #unblockhati #wakdoyok #janganselfiedipusara #mohonterasa #selamathariraya. Semua ini ada dalam lagu ni. Kena dengar tau!”

Khabarnya, lagu ini akan berada di dalam album kompilasi raya istimewa dengan otai-otai yang lain seperti Amy Mastura, Alyah, Dato AC Mizal, Noh Salleh, Aweera dan sebagainya, terbitan Sony Music yang akan berada di pasaran tidak lama lagi. Dan bila dilihat balik lirik lagu ‘JOGET SELFIE RAYA’ ini, ada sebut nama Wak Doyok.