Tag Archives: Live Streamer

KAMISEMPOI GOLDEN AWARD 2025 ANGKAT STANDARD LIVE STREAMING MALAYSIA

KUALA LUMPUR KamiSempoi Golden Award 2025 kembali untuk tahun keempat bagi mengiktiraf pencapaian pencipta kandungan digital serta hos TikTok LIVE. Anugerah anjuran KamiSempoi International Agency (KSIA) itu turut membawa misi lebih besar dalam memperkasakan industri live streaming sebagai kerjaya profesional.

Acara kemuncaknya dijadual berlangsung pada 28 Ogos 2026 di Glitz Gala Ballroom, Pusat Perdagangan Mines 2, Mines Wellness City, Seri Kembangan. Tahun ini, sebanyak 20 kategori disediakan bagi meraikan pencapaian pelbagai pihak dalam ekosistem KSIA.

Lebih menarik, acara berkenaan bakal menyaksikan pelancaran KamiSempoi Premier Academy. Akademi itu diwujudkan bagi melahirkan generasi baharu live streamer yang lebih profesional, berkemahiran dan berdaya saing.

KamiSempoi Golden Award 2025 dan KamiSempoi Premier Academy angkat industri live streaming profesional.

20 KATEGORI RAI PENCAPAIAN KOMUNITI

Daripada 20 kategori yang disediakan, 13 dikhususkan kepada Live Host. Tiga kategori pula melibatkan Sub Agency dan Talent Manager, manakala satu kategori diberikan kepada Gifter.

Tiga lagi pengiktirafan utama diberikan mengikut pasaran menerusi Top Host Malaysia, Top Host Singapore dan Top Host Indonesia. Pengenalan kategori mengikut negara menggambarkan perkembangan rangkaian KSIA di peringkat serantau.

Kini, komuniti KSIA merangkumi kira-kira 4,300 live host di Malaysia, 1,500 di Indonesia serta 200 di Singapura. Perkembangan tersebut memperlihatkan potensi live streaming sebagai sebahagian daripada ekonomi digital yang semakin berkembang.

KamiSempoi Golden Award 2025 dan KamiSempoi Premier Academy angkat industri live streaming profesional.

Menurut Pakcik Chin Swee, CEO KamiSempoi International Agency dan Live Host TikTok, penganjuran anugerah berkenaan bukan sekadar meraikan individu yang berada di hadapan kamera.

“KamiSempoi Golden Award kita adakan untuk menghargai semua pihak dalam platform kami. Bukan sahaja live host, tetapi juga sub-agency, gifter dan rakan penaja yang memainkan peranan masing-masing.

“Kami mahu mereka tahu bahawa kerja keras dan pencapaian mereka dihargai. Pada masa sama, anugerah ini juga menjadi motivasi kepada lebih ramai live host untuk meningkatkan prestasi mereka,” katanya.

KAMISEMPOI PREMIER ACADEMY LAHIRKAN BAKAT PROFESIONAL

Pelancaran KamiSempoi Premier Academy menjadi antara perkembangan utama dalam KamiSempoi Golden Award 2025. Akademi itu bakal beroperasi di pejabat KamiSempoi di Quill City Mall, Kuala Lumpur.

Program berkenaan memberi tumpuan kepada latihan, kemahiran komunikasi, penampilan, pembangunan kandungan serta kualiti produksi LIVE. Peserta juga akan didedahkan kepada aspek teknikal, penyampaian, interaksi penonton dan pembangunan prestasi.

Pengambilan peserta dilakukan menerusi proses temuduga dan saringan. KSIA mahu memastikan mereka yang terpilih benar-benar mempunyai minat, kesungguhan serta komitmen untuk menjadikan live streaming sebagai kerjaya.

“Kami tidak kisah mereka datang daripada background apa. Penyanyi, pengacara, pelajar, suri rumah atau orang biasa sekalipun.

“Yang penting mereka mahu belajar, mahu bekerja dan betul-betul serius untuk jadikan live streaming sebagai kerjaya,” jelas Pakcik Chin Swee.

PRESTASI JADI UKURAN, BUKAN SEKADAR POPULARITI

Pemilihan penerima pengiktirafan tahun ini turut dibuat berdasarkan pencapaian dan prestasi. Bagi Live Host, antara ukuran utama ialah pencapaian diamond, prestasi LIVE, komitmen serta perkembangan mereka dalam ekosistem KSIA.

Pendekatan itu memastikan individu yang diraikan mempunyai pencapaian sebenar dan bukan dipilih berdasarkan populariti semata-mata. Rangkaian Rakan Niaga KSIA di Malaysia, Singapura dan Indonesia pula secara keseluruhan telah menghasilkan lebih 150 juta diamond.

Antara kejayaan yang diketengahkan ialah BossKlan, penerima Sub Agency of the Year 2024. Mereka turut menjadi Rakan Kongsi pertama KSIA yang membuka pejabat sendiri di Singapura.

Pencapaian tersebut menunjukkan industri live streaming menawarkan laluan kerjaya lebih luas. Selain menjadi hos, individu juga berpeluang membina pasukan, mengurus bakat serta mengembangkan operasi sebagai Sub Agency atau Rakan Niaga.

SASAR NAIKKAN STANDARD LIVE STREAMING MALAYSIA

KSIA turut mahu membawa standard live streaming tempatan ke tahap lebih profesional. Antara aspek yang diberikan perhatian ialah kamera, audio, pencahayaan, live setup, penampilan, kandungan serta komunikasi seseorang hos.

Pakcik Chin Swee melihat perkembangan platform Douyin di China sebagai gambaran potensi sebenar industri tersebut. Produksi LIVE di sana sudah berkembang sehingga menyerupai program televisyen dan persembahan berskala besar.

KamiSempoi Golden Award 2025 dan KamiSempoi Premier Academy angkat industri live streaming profesional.

“Kalau kita mahu bersaing, kita perlu mula bergerak ke arah live streaming yang lebih profesional,” katanya.

Menurut beliau, kemampuan bercakap dan menghiburkan penonton sahaja belum mencukupi. Keseluruhan persembahan perlu dibangunkan secara profesional supaya pengalaman tontonan menjadi lebih berkualiti.

SATU TAHUN BINA KERJAYA LIVE STREAMER

KamiSempoi Premier Academy dirancang dengan tempoh pembangunan selama setahun. Antara penanda arasnya ialah pencapaian 1 juta diamond dalam tempoh satu tahun sebagai salah satu syarat menamatkan program.

Peserta berprestasi tinggi berpotensi mencapai sasaran lebih awal. Namun, mereka yang belum memenuhi sasaran perlu menjalani penilaian serta latihan seterusnya sebelum dianggap benar-benar bersedia.

KSIA juga mahu mengubah persepsi bahawa bekerja sebagai live streamer dari rumah merupakan pekerjaan mudah. Bidang berkenaan tetap memerlukan disiplin, sasaran, daya saing dan kesungguhan sekiranya mahu dijadikan kerjaya tetap.

Bagi membantu bakat yang belum mempunyai modal, KSIA turut merancang menyediakan kemudahan studio secara sewaan. Kemudahan itu bakal dilengkapi PC, kamera, sistem audio dan keperluan asas bagi menghasilkan LIVE berkualiti.

BINA MASA DEPAN INDUSTRI DIGITAL

Menerusi pendekatan tersebut, KSIA mahu menjadi pusat sehenti untuk individu belajar, bekerja dan membina kerjaya sebagai live streamer profesional. Peluang berkenaan terbuka kepada bakat daripada pelbagai latar belakang.

Penganjuran KamiSempoi Golden Award 2025 bukan lagi sekadar malam penghargaan. Ia menjadi sebahagian daripada usaha membentuk ekosistem live streaming yang lebih tersusun dan mempunyai standard produksi lebih tinggi.

“Kami mahu orang melihat live streaming sebagai satu kerjaya profesional.

“Kami mahu lahirkan generasi baharu yang bukan sahaja boleh mendapatkan tontonan, tetapi boleh menghasilkan sebuah live show yang berkualiti dan mempunyai standard produksi yang tinggi,” kata Pakcik Chin Swee.

Dengan perkembangan komuniti di Malaysia, Indonesia dan Singapura, KSIA percaya potensi industri ini masih luas. KamiSempoi Premier Academy pula menjadi langkah seterusnya untuk melahirkan bakat yang mampu bersaing dalam landskap live streaming global.