Tag Archives: Lobak

Filem Siku 12 – Langkah Derhaka

Filem Siku 12: Langkah Derhaka arahan Azhari Zain memiliki kekuatan tersendiri kerana menon kehebatan seni persilatan Melayy dan Muay Thai untuk menarik penonton ke pawagam.

Naskhah bergenre aksi terbitan power Team Entertainment Sdn Bhd ini menampilkan gandingan hebat dua aktor popular tanah air taitu Syafiq Kyle dan Zahiril Adzim selaku teraju utama.

la dimantapkan lagi dengan penampilan barisam pelakon seperti Moon, Lobak, Tuan Asmawi Tuan Umar, Pon Muay Thai, Anas Mentor, Shahmiey Odd, Pak Salleh, Chiang, Azman Ahmad dan Bai Chot.

Penerbit Eksekutif, Mohd Hafiz Mohd Nafiah berkata, perancangan untuk menerbitkan filem yang membabitkan kos sebanyak RM1.2 juta itu bermula pada penghujung 2019.

Bagaimanapun, katanya, penggambaran filem itu pula hanya dapat dimulakan pada 2021.

“Kami juga mengambil sedikit masa sebelum memulakan penggambaran kerana perlu melakukan kajian mendalam mengenai seni silat siku 12 dan mencari barisan pelakon yang benar-benar sesual dan boleh bersilat untuk beraksi dalam filem itu.

“Penggambaran filem Siku 12: Langkah Derhaka membabitkan tempoh selama 15 hari seperti dijadualkan. la membabitkan lokasi penggambaran sepenuhnya di Pendang dan Alor Star, Kedah.

“Bagii menampakkan suasana sebenar pertarungan ratusan pelakon tambahan digunakan dalam filem Siku 12: Langkah Derhaka. Selain penampilan istimewa seramai 20 penari menora dari Persatuan Manora Kedah dan Manora Kham Kampung Kalai,” katanya.

Mengenal cabaran menghasilkan filem berkenaan pula, kata Mohd Hafiz, dia hanya mengambil alih projek filem itu pada saat akhir.

“Saya bersetuju mengambil alih projek dari produser, Mohamad Pozi Mansor bukan atas dasar persahabatan semata-mata tetapi saya percaya filem ini mempunyai potensi besar dan berpeluang untuk diangkat ke peringkat antarabangsa.

“Siku 12 ini adalah ilmu persilatan seni silat tua Melayu permainan 12 yang jarang diketengahkan dalam filem sebelum ini,” katanya.

Bagaimanapun, menurut Mohd Hafiz, banyak yang perlu diperbaiki untuk memastikan kualiti filem itu sesuai untuk tayangan di pawagam.

“Banyak proses yang perlu dilalui filem ini terlebih dulu sebelum mendapat kelulusan untuk tayangan di pawagam termasuk dengan Kementerian Dalam Negeri dan Skim Wajib Tayang serta wakil pawagam sendiri.

“Saya perlu menyiapkan dari segi proses suntingan, ‘audio mixing’ dan ‘color grading’ filem ini. Pada masa sama, filem ini juga hanya menggunakan teknik imej janaan komputer (CGI) sebanyak 10 peratus.

“Alhamdulillah, selepas melihat maklum balas positif dari semua pihak terbabit, saya dan produser kembali bersemangat untuk membawa filem ini ditayangkan di pawagam,” katanya.

Ditanya soal kutipan filem itu pula, kata Hafiz, dia tidak mahu meletakkan sebarang sasaran, sebaliknya hanya menyerahkan kepada ketentuan Allah.

“Saya memang berdebar menanti tayangan filem ini di pawagam kerana ia filem terbitan pertama saya. Apapun, saya dan produser yang bekerja keras dan berusaha memberikan sentuhan terbark pada filem ini.

“Kami berkarya ikhlas dari hati dan selebihnya kami serahkan pada penilaian penonton dan soal rezeki.

“Selain kekuatan jalan ceritanya saya juga yakin dengan momentum yang ada selepas kejayaan luar biasa filem Mat Kilau Kebangkitan pahlawan, filem genre aksi Siku 12: Langkah Derhaka juga akan mendapat tempat di hati penonton.

“Selepas filem Mat Kilau, semua filem Melayu yang ditayangkan di pawagam juga mencecah kutipan melepasi sejuta. Justeru, saya berharap semua Penggemar filem aksi memberi sokongan pada filem Ini,” katanya.

Filem Siku 12: Langkah Derhaka bakal ditayangkan di 66 pawagam seluruh Malaysia bermula 27 Oktober ini. Selain turut ditayangkan serentak di 7 pawagam di Singapura dan satu pawagam di Brunel Darussalam.

SINOPSIS :

Filem Siku 12: Langkah Derhaka mengisahkan Atid dan A Wut berketurunan Siam adalah dua sahabat baik tinggal di Kampung Siam, Pendang, Kedah.

Mereka sangat meminati seni mempertahankan diri Muay Thai, apatah lagi, pertandingan Muay Thai dianjurkan selepas padi dituai dengan terbuka kepada peninju dari Thailand, setiap tahun.

Bapa Atid, Ayah Man pernah belajar ilmu persilatan Seni Silat Tua Melayu Permainan Siku 12 dengan Tuan Guru Haji Zainal. Semasa berlawan dengan beberapa perompak bersama sahabatnya, Harun, Ayah Man secara tidak sengaja tertikam salah seorang perompak.

Harun menyuruh Ayah Man melarikan diri ke kampung isterinya di Pattani. Kerana peristiwa itu, Harun berkorban dan akhirnya, meninggal dalam penjara. Apabila isterinya meninggal, Ayah Man berpindah ke Pendang bersama Atid dan hidup secara sederhana sebagai petani dan tukang kayu.

Atid dapat melihat ketangkasan bapanya bersilat sehingga dapat menumbangkan lintah darat di kampung. la membuatkan Atid mengetahui apakah jurus persilatan digunakan.

Atid beriya-iya mahu bapanya mengajar jurus persilatan, biarpun Ayah Man cuba mengelak dan merahsiakan ilmu persilatan Siku 12 akibat sejarah hitam bersama Harun.

Atas desakan Atid, Ayah Man bersetuju menurunkan ilmu persilatan Siku 12, jurus yang dapat menjatuhkan musuh sekelip mata laitu jurus Langkah Derhaka walaupun dalam masa sehari.

Namun, Atid tidak menyangka sahabatnya, A-Wut mengkhianatinya apabila mendengar Ayah Man menurunkan ilmu persilatan kerana beranggapan Atid mementingkan diri mempelajari ilmu berkenaan tanpanya. Siku 12, antara dendam, jurus Siku 12 Langkah Derhaka, maruah diri, cinta, persahabatan dan takdir, di sinilah bakal merungkai segala-galanya…

PELAKON UTAMA :

Syafiq Kyle – Atid
Zahiril Adzim – A-Wut
Moon – Nawari
Lobak – Nafisha
Tuan Asmawi Tuan Umar – Ayahman

PELAKON PEMBANTU :

Pon Muay Thal – Chiwadong The Dragon Anas Mentor – Ben Mustaza
Shahmiey Odd – Husin Lang Merah
Pak Salleh – Cikgu Yaakob
Chiang – Boon Mee
Azman Ahmad – Manager Chiwadong
Bai Chot – YB Dato Sulaiman Basha

Review

Filem ini menonjolkan dua seni bela diri iaitu Silat dan Muay Thai sebagai tarikan utama penonton ke pawagam.Sinematografi yang menarik jugak merupakan tarikan kedua untuk filem ini.Penggambaran filem ini dilakukan di Pendang dan Alor Setar,Kedah.

Secara keseluruhan lakonan Syafiq Kyle haruskan diberi pujian kerana IA nampak realistic sebagai seorang peninju Muay Thai.Lakonan Zahiril Adzim memang tidak dapat dijangkalkan lagi.

Cuma pabila filem ini bermain dengan dialek Siam,ada beberapa pelakon agak kekok untuk berbahasa dialek Siam.Filem Siku 12 ini hadir tepat tatkala penonton-penonton di Malaysia dahagakan filem aksi.

 

 

 

“Cabaran Utama Saya Adalah Untuk Kuasai Dialek Siam” – Zahiril Adzim

Aktor terkenal, Zahiril Adzim, 38, tidak akan menghalang jika anaknya Nadi Anaqi, 9, mengikut jejak langkahnya menceburi bidang seni pada masa depan.

Zahiril berkata, dia dan isterinya, pelakon Shera Aiyob sentiasa menyokong apa saja yang menjadi minat anak tunggal kesayangan itu.

“Saya tidak kisah jika Anaqi ingin menceburi bidang seni. Sebagai ibu bapa, kami akan sentiasa sokong apa yang Anaqi minat.

“Apa yang penting, saya akan memberi tunjuk ajar padanya untuk mencari hala tuju yang betul dalam bidang yang diminatinya itu,” katanya.

Namun, kata Zahiril atau nama sebenar, Mohd Zahiril Adzim Mohd Mokhtar, setakat ini, dia tidak nampak Anaqi meminati bidang seni sepertinya.

“Pada pemerhatian saya, Anaqi kurang meminati bidang seni kerana tidak suka berada depan kamera.

“Anaqi lebih pada bidang pelajaran dan sangat meminati subjek Matematik dan seni kraf,” katanya.

Ditanya sama ada Anaqi pernah ditawarkan berlakon mahupun menjadi model iklan komersil, kata Zahiril, belum ada lagi.

“Saya sedia mempertimbangkan jika ada tawaran untuk Anaqi berlakon bersama saya dan Shera,” katanya.

Mengenai Shera, kata Zahiril, isterinya masih terbabit dalam bidang lakonan selepas melahirkan anak.

“Selain menjadi pengurus saya, Shera masih berlakon jika ada kelapangan dan watak bersesuaian dengannya.

“Terus terang, saya selesa isteri menguruskan kerjaya seni sejak dulu kerana senang kami berbincang dan urusan kerja menjadi lebih mudah,” katanya yang sibuk mempromosikan filem terbaru, Siku 12: Langkah Derhaka.

Mengulas filem Siku 12 terbitan Power Team Entertainment Sdn Bhd, Zahiril berkata, dia terima tawaran berlakon kerana tertarik dengan naskhah itu.

Menerusi filem arahan Azhari Zain itu, Zahiril bergandingan dengan aktor terkenal, Syafiq Kyle selaku teraju utama.

Ia dimantapkan dengan barisan pelakon seperti Moon, Lobak, Tuan Asmawi Tuan Umar, Pon Muay Thai, Anas Mentor, Shahmiey Odd, Pak Salleh, Chiang, Azman Ahmad dan Bai Chot.

Pelakon yang mengukir nama menerusi filem Bunohan dan Pekak itu berkata, dia ditawarkan pengarah untuk berlakon dalam filem Siku 12 ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut Azhari, watak pemuda keturunan Siam, A Wut dalam filem Siku 12 sesuai dengannya kerana pernah menonton lakonan dalam filem Bunohan.

“Saya sendiri berminat dengan jalan cerita yang mengangkat seni mempertahankan seni silat Siku 12. Pada masa sama, saya melihat senarai barisan pelakon juga bagus dan berbakat besar,” katanya.

Ditanya pengalaman bekerja dengan Azhari, kata Zahiril, dia sudah tahu cara pengarah itu bekerja kerana pernah bekerjasama dengannya.

“Kami pernah bekerjasama dalam filem Dukun Santet. Selaku pengarah, Azhari menerima cadangan pelakon bagaimana mahu menjiwai karakter.

“Azhari juga akan memberi penerangan kepada pelakon memahami dari segi karakter dan koreografi sebelum penggambaran bermula.

“Walaupun suara Azhari kuat ketika memberi arahan kepada pelakon, tetapi saya tidak pernah tertekan sepanjang penggambaran filem ini,” katanya.

Berkongsi cabaran, kata Zahiril, dia perlu banyak berlatih menjiwai babak pertarungan kerana tiada asas dalam seni mempertahankan diri Muay Thai mahupun seni persilatan Melayu.

“Mujur saya ada pengalaman belajar Muay Thai ketika berlakon dalam filem Bunohan. Sedikit sebanyak membantu saya di lokasi penggambaran filem Siku 12.

“Pada masa sama, saya menjalani latihan bersama ahli Kelab Pon Muay Thai, Kedah untuk menguasai babak bertinju dan pertarungan sebelum memulakan penggambaran.

“Setiap kali berlakon dalam filem aksi, saya tidak boleh mengelak mengalami lebam di tangan dan calar di kaki atau sakit badan.

“Begitu juga dalam filem Siku 12. Ia perkara biasa apabila berlakon dalam filem aksi kerana perlu nampak seperti peninju sebenar beraksi di gelanggang.

“Antara cabaran lain dihadapi ialah saya perlu menguasai dialek Siam untuk menjiwai karakter A Wut. Mujur saya dibantu ahli kelab Pon Muay Thai yang berdarah kacukan Melayu-Siam ketika di lokasi penggambaran,” katanya.

Mengenai gandingan dengan Syafiq, kata Zahiril, pelakon muda itu bagus dan mudah mendapat keserasian dengannya.

“Sebelum memasuki lokasi penggambaran, Syafiq sudah membuat kajian mengenai watak. Syafiq juga berbincang dengan saya bagaimana mahu membangunkan karakter mengikut tuntutan skrip filem.

“Apapun, saya sudah berusaha memberikan yang terbaik mengikut kemampuan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, kata Zahiril, dia gembira melihat sambutan penonton pada filem tempatan di pawagam ketika ini.

“Alhamdulillah, selepas kejayaan luar biasa filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan disusuli filem The Assistant dan Air Force The Movie: Selagi Bernyawa, saya percaya filem Siku 12 akan mendapat sambutan dan diterima peminat filem.

“Saya berharap filem Siku 12 akan membuka mata ramai pihak memperkenalkan seni mempertahankan diri yang ada di Malaysia,” katanya.

Filem Siku 12 akan mula ditayangkan di 66 pawagam seluruh Malaysia bermula 27 Oktober ini. Ia juga ditayangkan serentak di Singapura dan Brunei Darussalam.