Tag Archives: luxury fashion

AIGNER MERAIKAN DATO’ KHADIJAH IBRAHIM DALAM ACARA EKSKLUSIF DI KUALA LUMPUR

Jenama barangan kulit mewah dari Jerman, AIGNER, meraikan penyanyi legenda tanah air, Dato’ Khadijah Ibrahim, menerusi sebuah acara penghargaan pelanggan yang berlangsung di butik AIGNER, IOI City Mall. Majlis eksklusif itu mengangkat nilai seni, ketukangan dan keanggunan yang menjadi identiti jenama berkenaan.

Pemilihan Dato’ Khadijah Ibrahim sebagai ikon yang diraikan mencerminkan penghargaan AIGNER terhadap individu yang telah membina legasi melalui bakat, dedikasi dan komitmen tinggi dalam bidang masing-masing. Dengan lebih empat dekad mencurah bakti dalam industri muzik, beliau terus menjadi simbol kecemerlangan dan inspirasi kepada generasi baharu.

Dato' Khadijah Ibrahim menghadiri acara eksklusif AIGNER di IOI City Mall Kuala Lumpur.

PENGHARGAAN KEPADA SENI DAN WARISAN

Sejak penubuhannya, AIGNER sentiasa menghargai mereka yang mengutamakan kualiti, keaslian dan ketelitian dalam setiap hasil kerja.

Falsafah itu selari dengan perjalanan seni Dato’ Khadijah Ibrahim yang dikenali bukan sahaja kerana kehebatan vokalnya, malah kerana keperibadian yang elegan serta dedikasi yang tidak pernah luntur terhadap dunia hiburan.

Dato' Khadijah Ibrahim menghadiri acara eksklusif AIGNER di IOI City Mall Kuala Lumpur.

Menurut AIGNER, nilai seperti ketekunan, warisan dan kecemerlangan merupakan asas yang terus memacu jenama itu dalam menghasilkan koleksi berkualiti tinggi untuk pelanggan di seluruh dunia.

PENGALAMAN EKSKLUSIF BERSAMA TETAMU

Acara tersebut memberi peluang kepada tetamu untuk bertemu secara lebih dekat dengan Dato’ Khadijah Ibrahim sambil menikmati pengalaman membeli-belah dalam suasana eksklusif.

Dato' Khadijah Ibrahim menghadiri acara eksklusif AIGNER di IOI City Mall Kuala Lumpur.

Para jemputan turut diperkenalkan kepada koleksi terbaharu AIGNER yang menggabungkan sentuhan moden dengan identiti klasik yang menjadi kekuatan jenama itu sejak sekian lama.

Dato' Khadijah Ibrahim menghadiri acara eksklusif AIGNER di IOI City Mall Kuala Lumpur.

Rekaan yang dipamerkan terus menampilkan ketukangan kulit premium, sekali gus membuktikan komitmen AIGNER dalam mengekalkan standard kualiti yang tinggi.

AIGNER TERUS MENGUKUHKAN NAMA DI PERINGKAT GLOBAL

AIGNER terkenal sebagai antara jenama mewah yang sinonim dengan penghasilan beg kulit dan aksesori premium.

Selain koleksi beg tangan, jenama ini turut menawarkan jam tangan, barang kemas, kasut, pakaian kanak-kanak serta pelbagai produk gaya hidup yang memenuhi citarasa pengguna moden.

Dato' Khadijah Ibrahim menghadiri acara eksklusif AIGNER di IOI City Mall Kuala Lumpur.

Hari ini, AIGNER mempunyai rangkaian butik di pelbagai negara dan terus memperkukuhkan kedudukannya sebagai jenama fesyen mewah bertaraf antarabangsa.

Dato' Khadijah Ibrahim menghadiri acara eksklusif AIGNER di IOI City Mall Kuala Lumpur.

Di Malaysia, jenama tersebut berada di bawah The Melium Group yang mewakili lebih 100 jenama fesyen dan gaya hidup mewah melalui rangkaian butik di beberapa lokasi utama termasuk Pavilion Kuala Lumpur, Suria KLCC, The Exchange TRX, The Gardens Mall, LaLaport BBCC dan IOI City Mall.

Dato' Khadijah Ibrahim menghadiri acara eksklusif AIGNER di IOI City Mall Kuala Lumpur.

Majlis bersama Dato’ Khadijah Ibrahim ini sekali lagi membuktikan komitmen AIGNER dalam meraikan individu yang telah meninggalkan impak besar dalam dunia seni, sambil terus memperkukuhkan hubungan dengan pelanggan setia melalui pengalaman yang eksklusif dan bermakna.