Tag Archives: Macau Government Tourist Office

Macau Grand Prix Museum

SAMSUNG CAMERA PICTURES

Macau Grand Prix Museum dibuka pada tahun 1993 bersempena ulang tahun ke 40 Macau Grand Prix.Ia terletak di Rua Luis Gonzaga Gomes,431,basement (Tourism Activities Centre-CAT). Ia dibuka mulai jam 10 pagi sehingga 8 malam setiap hari kecuali tutup pada hari selasa.

Terdapat hampir 30 pameran yang terdiri kereta F3,motosikal serta barangan peribadi pelumba. Kereta pelumba terkenal Brazil iaitu mendiang Ayrton Senna turut dipamerkan.Muzium ini juga mempamerkan barangan pelumba seperti Teddy Yip,Paul Du Toit, Arenio Laurel dan John Corsmit.Pada ulang tahun ke 50 Macau Grand Prix, pihak Macau Government Tourist Office telah pun membaiki serta manaik taraf muzium ini.

SAMSUNG CAMERA PICTURES

Tiket-tiket adalah seperti dibawah :

Dewasa : MOP/HKD 10

Kanak-kanak Umur 11 – 18 : MOP/HKD 5

Kanak-kanak berumur dibawah 10 tahun dan Warga Emas lebih 60 tahun : Percuma

Pengangkutan Bas : 1A,3,10,10B,10X,23,28A,28B,28BX,28C,32

*semua gambar adalah menggunakan Samsung Camera NX Mini

 

Pameran Transformers 30 Tahun Di The Venetian Macao

SAMSUNG CAMERA PICTURES

Bagi menyambut ulangtahun yang ke 30 tahun Transformers,satu pameran expo telah dilangsungkan mulai 1 Jun 2014 sehingga 5 Oktober 2014.Pameran ini diadakan di Exhibition Hall F di The Venetian Macao.

Pameran ini dianjurkan oleh The Venetian Macao dan FM Event dan mendapat sokongan dari Macau Government Tourist Office. Terdapat beribu barang permainan Transformers dari pelbagai era dipamerkan.Beberapa patung Transformers juga ada selain tayangan 3D Hologram.

SAMSUNG CAMERA PICTURES

Ia dibuka setiap hari mulai jam 11 pagi sehingga 8 malam.Kadar bayaran tiket untuk seorang dewasa adalah MOP/HKD 100 dan seorang kanak-Kanak MOP/HKD 80.Untuk pakej keluarga iaitu dua dewasa dan dua kanak-kanak iaitu MOP/HKD 324.Bagi mereka yang ingin menyaksikan tayangan 3D seorang berharga MOP/HKD 40.

Untuk keterangan lanjut sila layari www.transformers30.com.Tiket-tiket boleh didapati di www.cotaiticketing.com.

*semua gambar adalah menggunakan Samsung Camera NX Mini