Tag Archives: MAEPS

AIRASIA HAUSBOOM FESTIVAL 2025 GEGAR SERDANG DENGAN 33 ARTIS

KUALA LUMPUR, 27 Ogos 2025 – AirAsia Hausboom Festival 2025 dikuasakan oleh Hotlink kembali menggegarkan Malaysia dengan tema baharu “Paint the Town Red”. Festival muzik dan gaya hidup tahunan ini akan berlangsung pada 11 & 12 Oktober 2025 di MAEPS Serdang, menampilkan 33 artis tempatan dan antarabangsa bersama festival fesyen serta makanan terbesar tahun ini.

Selain hiburan, festival ini turut disokong oleh kolaborasi jenama besar seperti AirAsia, Hotlink, Perodua, 7-Eleven dan KL Foodie, menjadikan acara ini bukan sekadar konsert tetapi pengalaman gaya hidup menyeluruh.

AirAsia Hausboom Festival 2025 di MAEPS Serdang

Festival Muzik Paling Dinanti 2025

Barisan artis tahun ini cukup meriah dengan legenda tanah air Dato’ M. Nasir, Ella, Jamal Abdillah, Slam, Def-Gab-C, Bunkface, K-Clique serta ramai lagi. Turut memeriahkan pentas, artis serantau dari Indonesia seperti Samsons, Kunto Aji, Bernadya, Feby Putri, Nadhif Basalamah dan Ghea Indrawari.

Pengunjung bakal menikmati pelbagai genre muzik, daripada rock, pop hingga indie, yang menjanjikan persembahan penuh tenaga dan vibe luar biasa.

AirAsia Hausboom Festival 2025 di MAEPS Serdang

Tarikan Fesyen & Makanan

Festival ini turut menampilkan Hausboom Lokal Fest 2025 dengan lebih 80 jenama “streetwear” termasuk SVG, Makerz, Kyrex dan koleksi thrift eksklusif oleh SOVO.

Bagi pencinta makanan, Hausboom KL Foodie Fest akan menghidangkan lebih 100 vendor unik — daripada juadah jalanan, hidangan viral hingga sajian istimewa.

Menariknya, setiap pemegang tiket berpeluang memenangi sebuah Perodua Ativa melalui cabutan bertuah eksklusif sepanjang festival.


Harga Tiket & Pembelian

Tiket dijual bermula RM119 (General Admission), RM299 (Rockzone) dan RM1,200 (VVIP) yang menawarkan akses premium termasuk hidangan tanpa had dan laluan ekspres.

👉 Pembelian boleh dibuat di laman rasmi Hausboom Festival 2025.

AirAsia Hausboom Festival 2025 dikuasakan oleh Hotlink bukan sahaja mengangkat hiburan muzik tetapi juga menjadi platform meraikan gaya hidup, fesyen dan kreativiti anak muda Malaysia.

MALAYSIA AUTOSHOW 2023 – MOBILITY REDEFINED

Malaysia Autoshow 2023 sekali lagi akan membuka pintunya kepada orang ramai pada 4 ke 7 Mei 2023, bertempat di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS).

Edisi 2023, bertemakan “Mobility Redefined”, meneruskan tradisi dalam mengetengahkan kenderaan terbaru di dalam pasaran, menonjolkan kemajuan teknologi, keselamatan dan keselesaan kenderaan di dalam pasaran Malaysia.

Malaysia Autoshow yang telah mencapai edisi ke-enam – dianjurkan oleh Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii), bukan sahaja membawakan pameran automotif dan permotoran, malah meluaskan skop meliputi teknologi penting yang boleh dijangkakan oleh rakyat sejajar perkembangan sektor mobiliti di era digital.

“Malaysia Autoshow adalah di antara pameran yang membuka peluang bagi pemain industri untuk berinteraksi secara langsung dengan orang ramai – bagi menonjolkan selok-belok, elemen-elemen di sebalik tabir dan insan yang merekabentuk dan membina kenderaan yang membawa orang tersayang kita setiap hari”, kata Pengerusi MARii, Datuk Phang Ah Tong semasa berucap di Pelancaran Rasmi Malaysia Autoshow 2023.

Turut hadir di pelancaran adalah Datuk Hanafi Sakri, Pengarah Kanan, Bahagian Pembangunan Industri, MITI.

Malaysia Autoshow 2023 kembali dengan tambahan baharu – Malaysia Bike Show, Malaysia EV Show dan Charged.

“Anda berpeluang melihat teknologi dan perkembangan terbaru di dalam industri automotif, dari kenderaan elektrik dan kenderaan berautonomi, kepada kemajuan di dalam keselamatan dan kecekapan (tenaga), industri automotif kini giat membuat kenderaan yang bukan sahaja lebih mesra alam, tetapi lebih selamat dan lebih menyeronokkan untuk dipandu”, katanya lagi.

Dewan A meneruskan tradisi mempamerkan kenderaan terbaru yang ditawarkan di Malaysia, termasuk Kenderaan Cekap Tenaga (EEV). Lebih 100 model dari pembuat kenderaan dijangka dipamerkan. Pengunjung juga akan ditawarkan pakej dan khas, serta pakej kewangan melalui rakan bank di Malaysia Autoshow 2023.

Pengunjung tahun ini juga berpeluang memenangi Perodua Alza di dalam Peraduan Pengunjung Malaysia Autoshow 2023.

Dewan C akan menempatkan Malaysia Bike Show, menonjolkan gaya hidup dua roda – dari

sports bike kepada trail dirt bike. Sementara itu, Dewan D menempatkan Malaysia EV Show dan Charged, kenderaan elektrik, teknologi pengecas, serta aksesori, komponen dan aplikasi digital yang terlibat di dalam ekosistem EV.

Malaysia Autoshow akan mengambil kesempatan penuh kawasan luas MAEPS, bagi membawakan pelbagai aktiviti automotif dan gaya hidup, termasuk:

• Dua laluan pandu uji sepanjang 4.5km (dipanjangkan daripada 3km) bagi membolehkan pengunjung mengalami kereta yang dipandu uji sepenuhnya.

• Dewan Premium yang dikhaskan bagi mempamerkan teknologi termaju yang ditawarkan oleh segmen premium.

• Lebih dari 100 model dan varian kenderaan cekap tenaga, motosikal dan kenderaan elektrik di ruang pameran.

• Pengalaman off-road khas bagi mereka yang meminati pengembaraan.

• Drift Taxi-ride bagi mereka yang inginkan pengalaman kenderaan berkuasa tinggi

• Demonstrasi Teknologi Keselamatan bagi menampilkan teknologi terbaru dalam keselamatan kenderaan

• Food Truck di Malaysia Autoshow Auto Village
• Aktiviti menarik bagi seluruh keluarga di AutoFest, termasuk konsert yang

menampilkan artis ternama, tarian antarabangsa, aktiviti cosplay dan banyak lagi.

Datuk Phang juga menyatakan penghargaan terhadap sokongan menyeluruh industri dalam memastikan Malaysia Autoshow menjadi agenda penting di dalam kalendar automotif Malaysia.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Kementerian (MITI) dan seluruh sektor automotif dan mobiliti kerana memberikan sokongan berterusan kepada Malaysia Autoshow. Penghargaan khas diberikan kepada penaja-penaja, khususnya Perodua, yang merupakan penaja Platinum Malaysia Autoshow 2023. Saya percaya sokongan anda semua akan menjadikan acara ini satu lagi kejayaan, dan ingin juga menghargai pengguna automotif Malaysia – anda merupakan sebab utama acara ini terus dianjurkan”, katanya.

Helloween Bakal Adakan Konsert Di Malaysia April Ini

Kumpulan yang memperjuangkan irama power metal dari Jerman, Helloween akan mengadakan konsert di seluruh dunia dan kali ini mereka akan singgah di Malaysia sebagai destinasi untuk siri “Pumpkins United World Tour 2018”

Helloween yang kini sedang mengadakan konsert jelajah dunia akan mengadakan konsert di  Maeps Serdang (Indoor) pada 28 April ini, pukul 8.30 malam.

Sebelum ini pelbagai desas desus telah di perkatakan oleh peminat muzik ekstrim tempatan mengenai konsert kumpulan Helloween, malah berita mengenai kunjungan mereka ke Malaysia telah meledak beberapa tahun dahulu. Di mana ketika itu Helloween hanya beraksi di negara jiran tetangga iaitu Indonesia dan Singapura.

Namun ianya sekadar fantasi, akhirnya tahun 2018 seakan memberi semangat apabila fantasi itu akhirnya akan berubah menjadi rialiti apabila ada penganjur yang sudi untuk membawa mereka ke Malaysia.

Konsert Helloween “Pumpkins United World Tour 2018 Live In Malaysia” yang dianjurkan RSVP Media bersama Malaysia Autoshow itu bakal menyaksikan kumpulan yang menggabungkan anggota asal Helloween itu beraksi dalam persembahan selama dua jam tanpa henti.

Sebelum mengadakan konsert di Malaysia, Helloween akan mengadakan persembahan mereka di Jepun, Rusia dan Ukraine. Konsert jelajah dunia itu turut diadakan di negara-negara seperti Itali, Sweden, Norway, Finland dan beberapa buah lagi negara.

Apa yang menarik mengenai konsert “Pumpkins United World Tour 2018 Live In Malaysia” ialah penggabungan semula anggota asal Helloween iaitu Weikath, Kiske, Hansen, Grosskopf dan ianya turut di bantu oleh Andi & Michi selaku vokalis, Kai & Weiki & Sascha selaku gitaris dan Markus selaku bassis serta Dani yang akanbertindak sebagai pemain dram.

Kumpulan yang pada mulanya dikenali sebagai Gentry, Second Hell dan Iron Fist itu mempunyai pengalaman mengadakan ribuan konsert di seluruh dunia sejak ditubuhkan lebih 30 tahun lalu.

Helloween tampil dengan album pertama yang telah diriliskan pada tahun 1985 berjudul Walls Of Jericho.  Setelah itu beberapa buah album lagi telah di hasilkan antaranya Keeper Of The Seven Keys Part 1, Pink Bubbles Go Ape, Chameleon, Master of the Rings, The Time of the Oath, Better Than Raw dan beberapa buah album lagi.

Populariti dan kredibiliti Helloween sebaris dengan kumpulan-kumpulan dari Jerman yang lain seperti Kreator, Destruction dan Sodom.

Peminat boleh mendapatkan tiket yang dijual sekitar RM195 hingga RM800 ( pembelian awal sehingga 18 Mac ) dan RM295 sehingga RM900 iaitu selepas promosi pembelian awal berakhir.  Sebarang pertanyaan berhubung pembelian tiket dan konsert tersebut, hubungi 03-78807999 atau layari  www.ticketpro.com.my dan www.soundvalleyfestival.com

 

 

Cromok Kuasai Pentas Metal Legends

Satu lipatan sejarah telah terungkap apabila dua jentera hebat yang mewakili genre masing-masing telah mempamerkan kehebatan dihadapan lebih 5000 peminat setia mereka.  Cromok dan XPDC di satukan di atas sebuah pentas yang cukup hebat di MAEPS, Serdang pada 3 Februari lalu.

Peminat telah mula memenuhi lokasi konsert “Metal Legends” sekitar jam 6 petang semata-mata untuk menyaksikan 2 buah kumpulan yang menjadi ikon lantaran membesar dengan lagu-lagu yang didendangkan oleh mereka.Tepat jam 9.15 malam, empat figura yang cukup dikenali oleh fanatika XPDC iaitu Mael, Zua, Amy dan Jeff berada di atas pentas seraya mendapat sorakan serta teriakan padu daripada peminat yang dahagakan rantaian lagu-lagu dambaan XPDC. Bahalol terus di perdengarkan serta berkesinambungan dengan lagu yang berjudul Penyakit Gatal.

Cromok dari kiri Shah, Sam, Miji dan Karl.

Situasi di hadapan pentas mahupun di ruang hardcore zone masih belum panas lantaran kelihatan hanya sekelumit peminat yang melakukan aksi headbanging. Tanpa banyak bicara XPDC terus melontarkan lagu yang berjudul Jangan Tak Mandi serta sebuah lagu yang berentak perlahan iaitu Nafisa.

“Assalammualaikum Selamat malam..Kuala Lumpur..gua rindu sama lu”, ujar Mael yang cukup mesra dengan peminat setianya.

3 buah lagu kemudiannya dipersembahkan kepada khalayak antaranya Raja Kertas, John Jenin dan Hamba Abdi.  Peminat kemudiannya dihiburkan dengan aksi solo Jeff bersama gitarnya.

“Terima kasih buat semua peminat yang sudi hadir menyokong perjuangan Xpdc sejak tahun 90an hingga kini”, ujar Mael sebelum melontarkan lagu Selendang Merdeka yang nyata membuatkan peminat tidak lagi berpeluk tubuh malah melakukan yang sebaliknya.  XPDC meninggalkan pentas dengan lagu Kita Peng Yu.

Pentas kemudiannya di serahkan kepada lagenda thrash metal Malaysia Cromok.  Kumpulan yang ditubuhkan pada tahun 1987 dan pernah menempa nama di Australia dan seluruh rantau di Asia itu kini hanya menyaksikan Karl, Sam dan Miji sahaja sebagai anggotanya, memandangkan seorang lagi anggotanya, iaitu Din atau nama sebenarnya Khairuddin Mohamad sudah meninggal dunia pada tahun 1997.

The Ulek yang sudah sinonim dengan Cromok menjadi intro untuk aksi mereka kali ini.  Belum sempat peminat hendak melakukan aksi headbanging, masalah teknikal melanda menyebabkan situasi sedikit terganggu. Hasil gabungan gitar yang cukup berharmoni melalui lagu Misty yang di petik daripada album pertama berjudul Image of Purity akhirnya mengundang pelbagai aksi menarik di kalangan khalayak.

Kekuatan vokal Sam masih lagi sama, tanpa banyak bicara lagu The Other di lontarkan. Karisma,energetik itulah yang boleh di lontarkan kepada Cromok.  Meskipun usia pemacunya sudah mencecah ke angka 50 an namun kredibiliti serta komitmen yang di tunjukkn cukup pesonanya.

Journey sudah pasti kedengaran lantas membawa sejuta nostalgia buat peminat yang membesar dengan lagu-lagu cromok. Peminat setia cromok terus di landa keresahan ketika lagu Memories dan Seedling di persembahan.  Ini adalah penanda aras untuk peminat yang baru mengenali Cromok ketika itu.

Kehadiran sahabat serta Pengurus kepada Cromok sewaktu mereka di Australia dahulu, merupakan kejutan buat peminat di Malaysia.  Insan yang mereka maksudkan adalah Daney Kaleda.

Miji meninggalkan posisi dram untuk bersama-sama dengan Syah, Sam dan Karl melalui lagu Another You yang diperdengarkan secara akustik. Sebagai info lagu ini turut dirakamkn oleh Amuk yang diriliskn dalam versi bahasa melayu.

Mereka kemudiannya mempertaruhkan lagi 3 buah lagu sebagai santapan minda,  Final Ticking, Little One dan I Don’t Belong.  Apa yang pasti sejak di awal persembahan mereka peminat tidak jemu-jemu untuk melakukan aksi headbanging.  Begitu juga aksi-aksi gitar daripada Karl dan Syah sentiasa menjadi intipan peminat yang meminati gitar.

Miji pula dilihat cukup konsisten dengan setiap pukulan dan hentakan padu pada dramnya.  Rata-rata peminat memuji vokal Sam yang masih punya aura apatah lagi menyaksikan konsert ini seakan sedang mendengar putaran kaset atau CD rilisan Cromok.

Sebelum meninggalkan pentas Cromok turut mendendangkan  beberapa buah lagu lagi antaranya adalah Unicorn, Stranger dan Obsessed.  Limpahan cahaya lampu serta sistem bunyi yang di pamerkan oleh Cromok cukup meresapi jiwa, jadi tidak hairanlah mengapa mereka menguasai pentas “Metal Legends” anjuran Dreamstage yang pastinya meninggalkan sejuta memori kepada peminat.

*Semua gambar diambil dengan menggunakan EOS #6DMKII

 

 

Konsert Metal Legends Janjikan Sistem Bunyi Canggih

Dua kumpulan yang berlainan genre bakal di satukan di atas sebuah pentas menerusi konsert “Metal Legends Live In Concert” yang akan berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) pukul 8.30 malam pada 3 Februari depan.

Pastinya sebuah konsert yang di nantikan oleh peminat genre thrash metal dan rock apatah lagi ianya dibarisi oleh jentera yang cukup berpengalaman dalam memacu muzik yang dibawa.  Cromok dan XPDC seakan sudah memaku peminat setia mereka untuk memenuhi dan melayari ritma serta melodi yang bakal di persembahkan nanti.

Menariknya, konsert berskala besar ini bakal memberikan impak kepada peminat yang hadir apabila pihak penganjur akan menggunakan sistem bunyi yang cukup canggih malah ianya di import khas untuk konsert itu nanti.  Pastinya ianya bakal meninggalkan nostalgia buat peminat kedua-dua kumpulan itu nanti.

XPDC

Penggunaan sistem bunyi berkuasa tinggi yang cukup mantap dengan sejumlah 64 sub bass dijangka mampu memberi kepuasan kepada peminat di samping dapat menampung situasi lokasi penganjuran konsert.

Usia penubuhan Cromok yang kini memasuki tangga 31 tahun mengukuhkan kredibiliti mereka untuk sentiasa dirindukan peminat.  Band yang di tubuhkan secara rasmi di Australia ini kini dibarisi oleh Sam selaku pemain bass dan vokal, Karl (gitar) serta Miji (dram), Cromok cukup dikenali melalui lagu-lagu seperti Another You, Journey, Misty dan Memories.

Sementara itu, kumpulan XPDC yang sudah beraksi selama 28 tahun dalam industri seni tempatan cukup teruja untuk beraksi bersama dengan Cromok. Biarpun berhadapan kemelut perbalahan antara vokalis XPDC, Mael dan bekas ahli mereka.

Cromok

Selain Mael, XPDC yang juga dikenali dengan gelaran ‘Raja Funfair’ turut dianggotai oleh Zuar selaku bassis, Jeff (gitar) dan Amy (dram).

Tiket konsert kini dijual menerusi www.ilassoticket.com dengan harga bermula RM68 (Thrash Zone), RM120 (Hardcore Zone) dan RM250 (VIP & Backstage Zone).

Tiket-tiket juga dijual di kaunter XPDC Kita Peng Yu Shop di Uptown Kota Damansara dan XPDC Bundle & Alteration Jeans (Kajang).

 

Konsert Metal Legends Cromok – XPDC Live In Concert

Buat kali pertama, dua kumpulan rock lagenda tempatan, XPDC dan Cromok akan berkongsi pentas menerusi konsert Metal Legends Live In Concert yand akan diadakan di Maeps, Serdang pada 3 Februari 2018 bermula pukul 8.30 malam .

Cromok adalah kumpulan yang dianggap sebagai perintis muzik thrash metal tempatan dan kini sudah 31 tahun berada dalam industri muzik.

Dianggotai oleh Sam selaku pemain bes dan vokal, Karl (gitar) dan Miji (dram) Cromok cukup dikenali dengan lagu mereka seperti Another You, I Do Not Belong Here, Misty dan Memories.

Menurut Karl, mereka menganggap konsert ini dapat mengubati kerinduan peminat terhadap muzik Cromok.

“Dah lama kami tidak beraksi di konsert. Jadi, menerusi konsert ini, bukan kami sahaja yang dapat mengubati kerinduan untuk beraksi tetapi peminat juga dapat sama-sama mengenang kembali memori lama mereka bersama Cromok,” katanya.

Sementara itu, kumpulan XPDC yang sudah beraksi selama 28 tahun dalam industri seni tempatan sempat menyatakan keterujaan mereka untuk beraksi bersama dengan Cromok.

“Pastinya XPDC akan memberi persembahan terbaik untuk konsert ini. Kami sendiri tidak sabar untuk beraksi bersama-sama dengan Cromok,” kata Zuar yang juga merupakan pemain bes kumpulan XPDC.

Selain Zuar, XPDC yang juga dikenali dengan gelaran King of Stage ini turut dianggotai oleh Mael selaku vokalis, Jeff (gitar) dan Amy (dram).

Bukan sahaja XPDC dan Cromok sahaja yang akan menjadi tumpulan pada malam itu, sebaliknya konsert malam itu turut menampilkan sistem bunyi yang cukup mantap dengan penggunaan sejumlah 64 Subbass.

Konsert ini juga menelan kos sebanyak lebih RM500,000. Konsep untuk konsert pada malam itu direka oleh Karl Cromok yang pastinya akan membuat penonton terbang dalam arena muzik metal kedua-dua kumpulan.

Tiket sudah mula dijual di www.ilassoticket.com dengan harga bermula RM68 (trash zone), RM120 (hardcore zone) dan RM250 (vip & backstage zone).

Tiket-tiket juga dijual di XPDC Kita Peng Yu Shop (Uptown Kota Damansara) dan XPDC Bundle & Alteration Jeans (Kajang).

Pembelian tiket menerusi agen juga boleh dilakukan dengan menghubungi Yazid (011-35030241), Faizal (016-2598872), Azhar (017-2630437) dan Bro (01136076678).

40 Ribu Pengunjung Serbu Eh Eh Mega Bazaar 2014 Hari Pertama

Attachment-1

Bukan cerita orang atau laporan di laman sosial, tapi ini memang pengalaman saya sendiri yang sempat berkunjung ke bazaar online terbesar Malaysia, EH EH MEGA BAZAAR 2014 yang berlangsung di Hall A MAEPS Serdang semalam.

Memang “havoc” rasanya sejak awal jam 10 pagi ketika majlis perasmian yang dilakukan oleh Timbalan Ketua Pengarah MARA (Usahawan), Puan Salmah Hayati dan Timbalan Presiden Dewan Peniaga Melayu Malaysia, Datuk Ayaluddin Che Hassan hinggalah ke jam 10 malam, pengunjung masih penuh bershopping.Paling seronok apabila kesemua pengunjung yang datang langsung tak serabut kerana laluan shopping disusun kemas dan laluan pejalan kali di antara booth luas membuatkan kesemuanya selesa untuk memilih barangan.

Malah ramai pengunjung juga turut memuji pihak penganjur yang menyediakan perkhidmatan TRAM secara percuma dari parking untuk terus ke pintu masuk dewan. Dua buah bas juga turut dikhaskan untuk membawa pengunjung dari stesen komuter Serdang untuk terus MAEPS. Jadi tak jadi masalah untuk sesiapa yang menggunakan kenderaan perkhidmatan awam untuk sama shopping.Selebriti yang datang seperti Neelofa, Adi Putra, Anita Baharom, Arja Lee, Rosyam Nor dan ramai lagi turut sempat beramah mesra dengan peminat selain sempat mengadakan persembahan khas untuk peminat-peminat. Memang seronok!

Esok adalah peluang terakhir kepada mereka yang masih belum berkesempatan mengunjungi EH EH MEGA BAZAAR 2014 hari ini. Lebih gila diskaun yang disediakan oleh lebih 1000 vendor dan paling penting, lebih banyak hadiah-hadiah istimewa untuk CABUTAN BERTUAH yang disediakan untuk semua pengunjung.

Jangan tunggu lagi, pastikan anda menjadi sebahagian daripada sejarah fenomena bazaar terbesar di Malaysia ini bermula jam 10 pagi ini!Jangan lupa ok!

Eh Eh Mega Bazaar 2014 esok!!!

IMG-20140619-WA0008

Akhirnya saat dinanti tiba juga. Bermula esok hingga Ahad dari jam 10 pagi hingga ke 10 malam anda berpeluang untuk “SHOPPING” sakan di Eh Eh Mega Bazaar 2014.

IMG-20140619-WA0009

Bertempat di MAEPS Serdang, bazaar online terbesar Malaysia ini sedia menanti kunjungan anda ke lebih 1000 booth termasuk 60 selebriti menjual seribu satu barangan pada HARGA PALING RENDAH.

IMG-20140619-WA0010

Pastikan anda meluangkan masa untuk ke Eh Eh Mega Bazaar 2014 esok selain mengambil peluang menyertai cabutan bertuah yang disediakan.

Jumpa anda esok!!!

Kemudahan Untuk Semua Pengunjung Mega Bazaar 2014

MEGA BAZAAR CELEB HIGHLIGHTS 2 EDITED FOR WIDE ALLEYS ALL

Lebih 1200 booth sudah terjual termasuk 60 selebriti terkenal akan turut hadir memeriahkan perhimpunan peniaga online terbesar Malaysia di Eh Eh Mega Bazaar 2014 pada 21 dan 22 Jun ini di MAEPS Serdang.

Tapi persoalannya, adakah pengunjung akan selesa untuk membeli-belah memandangkan terlalu ramai orang yang akan datang nanti?

Mana tahu insiden seperti beberapa bazaar sebelum ini berulang semula yang mana semua orang tak dapat pun nak “shopping” kerana terlalu sesak, susah nak parking dan penat berjalan sebab jauh sangat tempat meletak kenderaan.

Berbeza dengan Eh Eh Mega Bazaar 2014 anjuran syarikat Eh Eh Bazaar Sdn Bhd ini adalah:

1) Lebih 3000 tempat letak kenderaan disediakan di luar MAEPS Serdang. Jadi tak akan ada masalah pengunjung terpaksa meletak kenderaan di tempat tidak sepatutnya.

2) Lebih 10 tram juga disediakan untuk semua pengunjung di tempat meletak kenderaan terus akan membawa anda ke pintu masuk MAEPS untuk “shopping”. Tak perlu jalan jauh dan penat sebelum sempat bershopping!

3) Sebuah bas secara percuma juga akan disediakan di stesen komuter Serdang bagi pengunjung yang menggunakan kenderaan awam untuk ke MAEPS. Bayangkan, tak perlu tunggu bas atau teksi untuk ke MAEPS pada 21 dan 22 Jun ini.

4) Ruang pejalan kaki di antara booth dalam MAEPS juga selebar 10 kaki bagi memastikan pengunjung selesa untuk bergerak dan bershopping. Sure tak kan ada yang pengsan atau sesak nafas kerana terlalu sempit!

5) Lebih 100 hadiah istimewa termasuk barangan elektrik, pakej pelancongan, gajet dan banyak lagi disediakan untuk semua pengunjung untuk CABUTAN BERTUAH!

6) Ada persembahan istimewa selebriti, pertunjukan fesyen, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, sesi minum petang bersama selebriti dan banyak lagi sepanjang 2 hari itu nanti!

50 Selebriti Bakal Meriahkan MEGA BAZAAR 2014

 

MEGA BAZAAR WEB BANNER 500X300 MIX E-1

Bayangkan, bukan setakat pelakon popular seperti Neelofa, Yana Samsudin dan Hanez Suraya saja bakal berada di sana sepanjang dua hari berlangsungnya bazaar nanti, malah pelakon komedi terkenal seperti Afdlin Shauki, Sharol Shiro, Sharifah Shahora dan dramatis Eira Syazira akan turut memeriahkan bazaar ini dengan menjual pelbagai barang mereka.

Penyanyi kelahiran program realiti Akademi Fantasia seperti Adira, Adam, Afiq dan Fitri akan turut serta bersama bintang popular lain termasuk Yatt Hamzah, Heliza Helmi, Fiza Elite, CatrionaRoss dan ramai lagi.Kepada anda semua yang sudah pun membeli booth dan ruang niaga masing-masing, ini adalah peluang terbaik untuk anda bukan saja menjana keuntungan malah ia satu platform terbaik bagi membina jenama produk perniagaan masing-masing kerana pengunjung yang dijangka hadir adalah luar biasa.

MEGA BAZAAR WEB PROMO (1)

Menurut Pengarah Urusan Eh Eh Bazaar Sdn Bhd, Iffah Zaimi, bazaar terbesar di Malaysia ini bakal mencipta fenomena tersendiri selain direkodkan sebagai himpunan peniaga online terbesar malah Mega Bazaar 2014 akan menjadi kayu ukur bagi menilai kemampuan kuasa beli rakyat Malaysia.”Saya sebagai penganjur sendiri tidak sangka sambutan yang kami terima setakat ini. Lebih mengejutkan lagi apabila hampir 100 selebriti ternama sudah pun membuat pengesahan mereka untuk sama-sama menyertai jualan online terbesar ini nanti.

Justeru saya yakin Mega Bazaar 2014 akan berjaya menarik ribuan pengunjung untuk membeli barangan pelbagai jenis dan pilihan pada harga paling rendah lebih-lebih lagi semua sedang sibuk membuat persiapan awal menjelang Aidilfitri.”Kepada mereka yang berminat untuk mendapatkan ruang niaga, kami masih membuka peluang pada saat akhir ini tapi perlu saya ingatkan, kami hanya tingggal beberapa saja lagi booth yang masih kosong kerana lebih 1000 lain sudah lama ditempah. Jangan tunggu lama dan tak perlu fikir lagi. Hubungi kami untuk membina profil keuntungan anda bersama kami,” katanya.

Mega Bazaar 2014 akan berlangsung selama dua hari pada 21 dan 22 Jun depan bertempat di MAEPS Serdang. Jangan lepaskan peluang untuk menghubungi +60 12 292 0131 bagi keterangan lanjut. Jumpa anda di sana!