Tag Archives: MAEPS Serdang

ART OF SPEED 2025 BAKAL GEGARKAN MAEPS SERDANG PADA 26 & 27 JULAI

KUALA LUMPUR, 3 JULAI 2025 – Festival tahunan terbesar negara yang meraikan budaya Kustom Kulture dan gaya hidup alternatif, Art of Speed 2025, bakal kembali menemui peminatnya pada 26 dan 27 Julai ini di Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS). Acara yang telah menjadi penanda aras dalam kalendar automotif dan seni jalanan ini menjanjikan pengalaman luar biasa sepanjang dua hari penganjurannya.

Dengan keluasan dewan tertutup 452,084 kaki persegi serta kawasan luar seluas 320 ekar, penganjuran tahun ini tampil dengan lebih banyak segmen, lebih ramai tetamu antarabangsa serta kolaborasi menarik yang menjadikan AOS 2025 lebih meriah. Antara nama besar yang bakal hadir termasuk Shige Suganuma dan Wildman dari MOONEYES Jepun, Brendon Vetuskey dari Hot Wheels Amerika Syarikat, serta pembina kustom terkenal seperti Yuichi Yoshizawa, Ben Forster dan Masa Sugihara. Mereka akan mempamerkan motosikal modifikasi khas seperti BMW R18 “Ground 0”, Harley-Davidson Knucklehead, serta Flathead Kustom yang belum pernah dilihat sebelum ini di Malaysia.

selebritionline portal hiburan

AOS 2025 turut memperkenalkan segmen baharu dinamakan World of Wheels (WOW) hasil kerjasama dengan MotorTakaful.com, membawakan persembahan “Show & Shine” lebih eksklusif dan pengalaman fotografi profesional kepada pemilik kereta serta motosikal. Di samping itu, pengunjung juga bakal disajikan dengan pelbagai aktiviti dari luar negara, antaranya “BEETLE BATTLE” bersama Volkswagen Beetle Club Indonesia, dan Collectible Alley yang mengetengahkan jualan barangan diecast serta koleksi edisi terhad.

Tahun ini juga menyaksikan kolaborasi eksklusif seperti Art of Speed x Hot Wheels, Art of Speed x High Cultured, dan Art of Speed x MOONEYES bersempena ulang tahun ke-10 kerjasama mereka. Dalam masa yang sama, AOS 2025 akan menjadi tuan rumah kepada edisi ketiga Hot Wheels Collectors Convention Malaysia (HWCCM), yang bakal menghimpunkan kolektor dari seluruh rantau dengan aktiviti seperti zon aktivasi, pameran koleksi langka, sesi jual beli, serta pertandingan kustom Hot Wheels.

selebritionline portal hiburan

Bagi peminat muzik pula, suasana festival tahun ini bakal digegarkan dengan SoundCircus Takeover yang akan berlangsung di Dewan A sepanjang dua hari. Barisan artis terkenal seperti Noh Salleh, Ruffedge, Romantic Echoes, Luqman Podolski, Sabda Alam, Chronicalz dan ramai lagi bakal menghiburkan pengunjung dengan persembahan secara langsung. Elemen gaya hidup turut diserlahkan melalui pertandingan B-Boy Respect Culture SEA, serta forum Kustom & Koffee Talk yang membincangkan tren industri bersama tokoh-tokoh antarabangsa.

Kemudahan dan zon khas seperti Zon Test Ride, Flea Market Automotif, Payung Kopi, medan selera serta pertunjukan fesyen oleh Sunburst Tribe menjadikan AOS lebih daripada sekadar acara automotif, tetapi satu festival menyeluruh gaya hidup kontemporari. Tambahan pula, pemenang kategori terbaik untuk kereta dan motosikal akan menerima ganjaran istimewa — mewakili Malaysia ke acara Yokohama Hot Rod Custom Show 2025 di Jepun, satu penghargaan tertinggi dalam dunia kustom.

selebritionline portal hiburan

Tiket Early Bird kini boleh dibeli menerusi laman rasmi www.artofspeedmy.com dengan harga serendah RM35 untuk Weekend Pass dan RM40 untuk Sunday Pass (tidak termasuk caj pemprosesan RM3). Kanak-kanak di bawah 12 tahun dan pemegang kad OKU diberi kemasukan percuma. Tahun ini turut memperkenalkan VIP Valet Parking Ticket berharga RM30 untuk kemudahan parkir khas berhampiran Dewan D.

Menurut Asep Ahmad Iskandar, selaku Pengarah Festival Art of Speed Malaysia, tahun ini merupakan simbol kejayaan dan kesinambungan semangat kustom di Malaysia. “Kami amat berbesar hati menjadi tuan rumah HWCCM buat tahun ketiga berturut-turut. Kehadiran pembina motosikal terkemuka Jepun serta pelbagai kolaborasi ikonik menjadikan AOS 2025 sebagai platform utama peminat automotif dan gaya hidup bersatu.”

selebritionline portal hiburan

Maklumat lanjut serta permohonan vendor dan korporat boleh dibuat melalui laman web rasmi atau menghubungi Rafiq di talian +6012-2620405. Untuk media sosial, ikuti perkembangan di Instagram dan TikTok rasmi @artofspeedmy, serta saluran YouTube dan Facebook mereka.

BAZAR NOSTALGIA RETRO RAYA DI MAEPS SERDANG

Sempena persediaan menyambut Aidilfitri, Berqat Media Sdn Bhd dengan Kerjasama MARDI Corp menganjurkan Nostalgia Retro Raya yang akan diadakan selama 10 hari bermula 7 April 2023 sehingga 16 April 2023 di Dewan D,MAEPS Serdang, Selangor.

Bertemakan ‘Menggamit Memori Indah’, acara 10 hari ini akan membawa anda mengimbau kembali suasana menyambut Aidilfitri di era 70, 80 dan 90an dengan pelbagai reruai jualan dan aktiviti menarik.

Lebih 60 peniaga akan menyertai acara ini yang menawarkan pilihan barangan, pakaian dan kuih-muih untuk para pengunjung membuat persediaan Aidilfitri.

Terdapat juga jualan oleh para artis dan selebriti yang turut memeriahkan sepanjang acara berlangsung , antaranya –  Syura, Haiza, Ashraf Muslim, Mimi Ernida, Fifi Azmi, Syed Ali, Fendi Bakri, Nafiz, Afzan dan Da’ie Azrin yang menjual pelbagai persiapan raya dari pakaian hingga kuih raya.

Nostalgia Retro Raya bukan sahaja menawarkan suasana yang menggamit memori, penganjuran di MAEPS juga menjanjikan suasana yang selesa untuk membeli belah, kemudahan awam yang baik seperti tandas , surau dan mesra pengunjung kurang upaya selain menawarkan kawasan letak kereta yang luas dan percuma.

Apa yang pasti, Nostalgia Retro Raya mahukan pengunjung membeli belah dengan ceria dan selesa.

MAHA BUFFET

Projek MAHA BUFFET 2023 ini melibatkan dua otai dalam dunia F&B, iaitu Restoran Mak Kimbong dan Experiment Kitchen yang berpengalaman lebih sedekad dalam bidang masakan. Mereka yang terkenal dengan menu tengaharl seperti Sotong gergasi bakar & western food telah bergabung bagi menjayakan projek mega Ramadhan ini. Projek MAHA BUFFET inl bermula pada Ramadhan ketiga laitu 25 Mac 2023 sehingga 20 April 2023 bermula 6.30 petang — 9.30 malam di Dewan C, MAEPS Serdang.

MAHA BUFFET mempunyai lebih 200 jenis menu setiap hari dan 20 stall Live cooking menu yang terdiri dari masakan kampung, western, pencuci mulut, kuih-muih & menariknya di MAHA BUFFET turut menyediakan Kids Food Station supaya kanak-kanak juga turut menikmati menu berbuka yang lazat & menepati citarasa anak-anak.

Dengan tagline “Family Friendly Buffet”,mereka menawarkan pelbagai aktivitl menarik untuk dilakukan seisi keluarga sebelum dan selepas waktu berbuka. Antaranya seperti Arcade Game, Bouncing Castle, PS4 Game Station, Origami & pelbagai lagi aktiviti menarik. Lebih menarik setiap hari akan diserikan dengan persembahan dari LIVE BAND, artis nasyid & perkongsian dari penceramahpenceramah serta ustaz terkenal tanah air seperti Ustaz Shamsul Debat, Ustazah Siti Nor Bahyah dan ramai lagi sepanjang bulan Ramadan.

MAHA BUFFET juga ada menyediakan Al  Quran di ruang solat orang kurang upaya untuk mereka yang ingin menghabiskan masa membaca Al Quran sementara menunggu waktu berbuka puasa.

Ruang makan yang luas dan berhawa dingin sepenuhnya pasti akan memberi keselesaan kepada keluarga yang datang untuk meluangkan masa iftar bersama. Kemudahan lain seperti surau yang luas, ruang parking luas dan percuma, malah MAHA BUFFET turut menyediakan ruang parking VIP & Valet Parking untuk memudahkan semua pengunjung yang datang.

Setiap masakan itu dimasak dengan penuh kasih sayang & teliti penyediaanya dan anda tidak akan menyesal.Harga yang ditawarkan juga sangat berbaloi. Hanya RM89.90 SAHAJA untuk dewasa & RM49.90 untuk kanak-kanak/OKU/Warga emas serta PERCUMA bagi kanak-kanak berumur 4 tahun kebawah. Sangat berbaloi untuk nikmati.

Malaysia Autoshow 2017 Tampilkan Kelainan

Gandingan Malaysia Autoshow 2017 bersama Festival SoundValley dijangka akan memberi nafas baru bagi peminat muzik dan permotoran apabila ia di gabungkan di bawah satu bumbung.  Malah ianya melakar sejarah tersendiri apabila sebuah festival muzik yang luar biasa akan berlangsung selari dengan Pameran Permotoran Terbesar di Malaysia.

11 kumpulan muzik tempatan dan antarabangsa dari Malaysia, Indonesia, Jepun dan England bakal membuat persembahan di Festival SoundValley 2017. Festival yang akan berlangsung selama dua hari ini menawarkan kepelbagaian genre muzik kepada semua pengunjung.

Festival SoundValley ini dianjurkan oleh Malaysia Automotive Institute (MAI) dengan kerjasama RSVP Media Sdn Bhd, akan berlangsung pada 11 dan 12 November 2017, dari 2.30 petang. hingga 11:30 malam bertempat di Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS) bersempena Malaysia Autoshow 2017.

Pengunjung Festival SoundValley akan menerima tiket percuma ke Malayia Autoshow 2017, sekaligus mendapat peluang untuk mengunjungi pameran automotif yang dianjurkan.

Pada hari pertama, peminat indie khususnya tidak harus melepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan hebat daripada Bloc Party (UK) , kumpulan indie tempatan iaitu Hujan , Bunkface juga tidak ketinggalan memeriahkan suasana festival muzik ini . Kumpulan daripada Indonesia, Barasuara  dan juga  elektro rock , The Otherside Orchestra akan beraksi pada 11 November.

Manakala pada 12 November peminat genre rock pastinya akan memenuhi pentas apabila  gergasi Heavy Metal daripada Asia iaitu Loudness akan beraksi buat kali ke dua di Malaysia. Tidak ketinggalan jentera rock yang sentiasa menjadi ikon di sanubari fanatika rock tempatan Wings dan May. Metalasia yang bertunjangkan genre Progresif Metal pastinya akan memberikan kelainan dalam konsert ini.  Cassandra dan kumpulan FiftyOne50  juga turut diberi ruang untuk beraksi di acara yang pastinya memberi impak kepada muzik dambaan mereka.

Persembahan artis tempatan dan antarabangsa ini adalah sempena Malaysia Autoshow 2017 yang akan berlangsung 9 November hingga 12 November , para peminat yang datang bukan sahaja dapat menikmati festival muzik yang diadakan tetapi turut menikmati pameran kereta dan pelbagai aktiviti menarik yang diadakan pada hari tersebut .

TICKETS PRICE

PRICE CATEGORY Day 1

11th Nov 2017

Day 2

12th Nov 2017

2 Day

Passes

Remarks
VVIP

 

RM 588 RM 288 RM 836 – Chill Out Zone with Rooftop

– Light Refreshments & Finger Food

– Festival T-shirt

– Poster

– Free Autoshow Ticket

– Express Entry Lane

VIP

 

RM 348 RM 188 RM 496 – Rock Zone

– Festival T-shirt

– Poster

– Free Autoshow Ticket

– Express Entry Lane

Normal

 

RM 288 RM 128 RM 386 – Free Autoshow Ticket
Early Bird

 

RM 248 RM 98 – Free Autoshow Ticket

Pembeli tiket Festival SoundValley akan menikmati harga istimewa bermula 10 Okt sehingga 18 Okt 2017. Peminat juga boleh mendapatkan tiket-tiket yang berharga RM98 hingga RM836. Untuk maklumat lanjut mengenai Festival SoundValley Festival 2017, layari www.airasiaredtix.com 

 

*Kredit photo @lensaayid

Tinggal 30 Hari Lagi Mega Bazaar 2014

MEGA BAZAAR WEB BANNER 500X300 MIX E-1

Pejam celik, pejam celik dah tinggal sebulan saja lagi untuk kita sama-sama memeriahkan bazaar terbesar di Malaysia, Mega Bazaar 2014 anjuran syarikat Eh Eh Bazaar Sdn Bhd.Siapa sangka, sudah lebih 900 orang mendaftar sebagai vendor pada 21 dan 22 Jun ini bertempat di MAEPS Serdang. Awalnya macam tidak percaya, tapi itulah hakikatnya apabila kesemua peniaga online berebut-rebut mendapatkan ruang niaga di Mega Bazaar 2014 ini.

Menurut Pengarah Urusan Eh Eh Bazaar Sdn Bhd, Puan Iffah Zaimi, pihak penganjur sendiri tidak percaya dengan sambutan yang  diterima.”Tinggal lagi 100 saja gerai yang masih kosong dan belum ditempah lagi. Dalam masa seminggu selepas Sidang Media Mega Bazaar 2014, lebih 500 booth kami sudah ditempah. Ini kerana harga yang kami tawarkan begitu berbaloi untuk dua hari berniaga,” katanya.

EEB MEGABAZAAR MAEPS LAYOUT 100 LEFT
Tinggal 100 Booth sahaja yang masih ada

Menariknya, Mega Bazaar 2014 berbeza daripada kebanyakan bazaar lain kerana ia adalah paling besar dan bakal direkodkan dalam sejarah penganjurannya sendiri.Malah lebih 50 selebriti terkenal seperti Neelofa, Hanez Suraya, Yana Samsudin, Adira, Afdlin Shauki, Amer Forteen dan ramai lagi akan turut memeriahkan Mega Bazaar 2014 ini dengan membuka gerai masing-masing.

Kenapa tunggu lagi? Kepada anda yang begitu aktif berniaga secara online di laman sosial Instagram dan Facebook umapamanya, ini adalah peluang keemasan untuk kita berniaga secara offline.Jangan tunggu lagi. Dapatkan gerai anda sekarang dengan menghubungi +60 12 292 0131. Jumpa anda di sana!