Tag Archives: makanan Malaysia

HOCK KEE HERITAGE BAWA NOSTALGIA KOPITIAM KE THE GARDENS MALL

Hock Kee Heritage terus mengembangkan jenamanya dengan pembukaan cawangan kedua di The Gardens Mall, sekali gus membawa pengalaman kopitiam warisan ke lokasi premium di ibu negara. Selepas mendapat sambutan menggalakkan di Medan Pasar, konsep baharu ini diperkenalkan bagi mengangkat semula keunikan budaya kopitiam Malaysia menerusi gabungan seni bina klasik, hidangan eksklusif dan elemen hiburan yang dekat dengan masyarakat.

Pembukaan ini membuktikan komitmen Hock Kee Kopitiam dalam memelihara warisan kulinari tempatan sambil memperkenalkan pengalaman menjamu selera yang lebih moden tanpa menghilangkan identiti asalnya.

Hock Kee Heritage membuka cawangan kedua di The Gardens Mall.

KONSEP WARISAN YANG MEMBAWA PENGUNJUNG MENGIMBAU SEJARAH

Melangkah masuk ke Hock Kee Heritage, pengunjung disambut dengan suasana elegan yang diinspirasikan daripada seni bina era kolonial di Tanah Melayu. Rekaan ruang menampilkan gerbang klasik, ukiran kekisi, jubin bercorak Peranakan, landskap tropika dan halaman yang selesa, sekali gus memberikan pengalaman seolah-olah berada di sebuah bangunan bersejarah.

Konsep ini diwujudkan bagi meraikan warisan Malaysia dalam suasana yang lebih eksklusif, namun masih mengekalkan semangat muhibah yang menjadi identiti Hock Kee Kopitiam. Ia menjadi lokasi sesuai untuk keluarga, rakan-rakan dan komuniti berkumpul sambil menikmati hidangan tempatan dalam suasana yang penuh nostalgia.

Hock Kee Heritage membuka cawangan kedua di The Gardens Mall.

Pengasas Hock Kee Kopitiam, Nick Ng, berkata Hock Kee Heritage bukan sekadar sebuah restoran, malah sebuah destinasi yang mengajak masyarakat menghargai sejarah, budaya dan tradisi Malaysia menerusi pengalaman gastronomi yang unik.

“Kami mahu setiap pengunjung merasai pengalaman seolah-olah melangkah ke lembaran sejarah Malaysia sambil menikmati hidangan berkualiti dalam suasana yang elegan dan mesra,” katanya.

MENU EKSKLUSIF MENJADI TARIKAN UTAMA

Selain dekorasi yang memukau, Hock Kee Heritage turut memperkenalkan beberapa hidangan eksklusif yang hanya boleh didapati di restoran berkonsepkan warisan ini.

Antara menu yang dijangka menjadi pilihan pelanggan ialah Cheesy Jumbo River Prawn Bee Hoon, Herbal Chicken with Rice dan Heritage Fried Basmathi Rice with Chicken Satay.

Hock Kee Heritage membuka cawangan kedua di The Gardens Mall.

Setiap hidangan dihasilkan menggunakan bahan-bahan segar dan berkualiti sebelum dimasak mengikut pesanan pelanggan. Menu-menu ini diinspirasikan daripada resipi tradisional tempatan yang diwarisi turun-temurun sebelum diberikan sentuhan moden bagi memenuhi cita rasa pengguna masa kini.

Gabungan resipi warisan dan inovasi moden menjadikan pengalaman menikmati hidangan di Hock Kee Heritage lebih istimewa berbanding konsep kopitiam biasa.

MUZIK JADI SEBAHAGIAN DARIPADA PENGALAMAN

Majlis pembukaan Hock Kee Heritage turut diserikan dengan persembahan khas daripada kumpulan pop tempatan 1119 TRIPLE1NINE yang mempersembahkan lagu tema rasmi Hock Kee Kopitiam, “KOPITIAM You & Me”.

Lagu ciptaan Danny Koo itu mengetengahkan suasana sebenar budaya kopitiam Malaysia menerusi gabungan muzik yang ceria serta lirik yang dekat dengan kehidupan masyarakat. Sejak dilancarkan, video muzik lagu berkenaan berjaya meraih lebih 260,000 tontonan di YouTube.

Hock Kee Heritage membuka cawangan kedua di The Gardens Mall.

Kerjasama bersama 1119 TRIPLE1NINE turut membuktikan komitmen Hock Kee Kopitiam dalam menyokong industri kreatif tempatan selain mempromosikan budaya Malaysia kepada generasi baharu melalui pendekatan yang lebih segar.

TERUS BERKEMBANG DI SELURUH MALAYSIA

Diasaskan di Johor Bahru pada tahun 2018, Hock Kee Kopitiam kini berkembang menjadi antara jenama kopitiam moden yang semakin dikenali di Malaysia.

Sehingga kini, rangkaian itu mempunyai 22 cawangan di seluruh negara meliputi Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Perak dan Kelantan.

Hock Kee Heritage membuka cawangan kedua di The Gardens Mall.

Momentum pertumbuhan syarikat dijangka berterusan menerusi pembukaan cawangan baharu di Puteri Hill, Johor Bahru dalam masa terdekat sebagai sebahagian daripada strategi memperluaskan jenama ke lebih banyak lokasi strategik di Malaysia.

Dengan pembukaan Hock Kee Heritage di The Gardens Mall, jenama ini bukan sahaja menawarkan pengalaman menjamu selera yang berkualiti, malah menghidupkan kembali nostalgia kopitiam Malaysia dalam suasana yang lebih moden, elegan dan sesuai dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.

SANTAN LANCAR MENU MERDEKA 2025 SEMPENA BULAN KEBANGSAAN

SEPANG, 25 JULAI 2025 – Sempena sambutan Bulan Kemerdekaan 2025, jenama makanan dan minuman tempatan Santan, di bawah naungan Capital A, melancarkan menu Merdeka baharu yang mengangkat citarasa klasik sarapan rakyat Malaysia dalam versi moden, sihat dan berinspirasi nostalgia.

Antara menu baharu yang diperkenalkan termasuk Kaya Butter Coconut Toast, pertama seumpamanya di dunia dalam penerbangan; Pak Nasser’s Nasi Lemak Light (Bungkus); dan ZERO Teh Tarik Kaw Kaw, yang mengekalkan rasa pekat tetapi dengan 70% kurang gula. Menu ini juga memperkenalkan minuman Asam Boi ZERO Kalori dan ZERO Asam Jasmine Tea, yang memberi pilihan lebih sihat kepada penumpang.

SEPANG 21 JULAI 2025. Ketua Pegawai Eksekutif Santan, Catherine Goh menunjukkan menu baharu Kaya Butter Coconut Toast, Pak Nasser’s Nasi Lemak Light, serta siri minuman rendah gula Club Zero sempena sambutan bulan kemerdekaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2, Sepang. NSTP/AIZUDDIN SAAD

Menurut Catherine Goh, Ketua Pegawai Eksekutif Santan, pelancaran ini memberi penghormatan kepada rasa yang mencerminkan budaya dan warisan Malaysia. “Daripada Kaya Butter Toast sehinggalah ke Teh Tarik Kaw Kaw, kami meraikan Malaysia melalui makanan yang sihat, penuh rasa dan unik,” jelas beliau.

Set combo bermula dari serendah RM7.90 termasuk minuman, dan pembelian boleh ditambah dengan ‘Snek Box Kita’ yang mengandungi biskut kelapa, muruku, dan tat nenas — satu sentuhan yang pasti membangkitkan memori zaman kanak-kanak rakyat Malaysia.

Club ZERO, yang dilancarkan tahun lalu, merupakan inisiatif Santan untuk memenuhi permintaan makanan dan minuman rendah gula tanpa menjejaskan rasa. Antaranya ialah ZERO Pistachio Coconut Latte dan OG Burnt Cheesecake versi rendah gula. Kesemua item ini kini boleh didapati dalam semua penerbangan AirAsia dan AirAsia X.

Santan dijangka menyumbang sehingga 10% kepada jualan keseluruhan tahun ini melalui segmen snek dan menu inovatif ini. Dengan strategi menyeluruh termasuk perkhidmatan katering korporat dan runcit di darat, jenama ini juga bakal berkembang ke pasaran Thailand, Indonesia dan Filipina.

Untuk maklumat lanjut, layari airasia.com/santan