Tag Archives: Malaysia Book Of Records

PTTI CIPTA KELAINAN ANJUR TAYANGAN PERDANA “SELEKOH AKHIR – THE UNTOLD STORY BEHIND THE A’S” DEMI BANTU CALON SPM

PTTI sekali lagi membuktikan komitmennya dalam membantu kecemerlangan akademik apabila menganjurkan tayangan perdana dokumentari “Selekoh Akhir – The Untold Story Behind The A’s” di GSC Aurum Theatre, The Exchange TRX. Inisiatif itu dianjurkan bagi memberi inspirasi kepada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), khususnya mereka yang masih bergelut dalam pelajaran dan memerlukan suntikan semangat menjelang peperiksaan.

Melalui dokumentari tersebut, Program Selekoh Akhir PTTI membawa penonton menyelami kisah sebenar pengorbanan pelajar, ibu bapa serta tenaga pengajar yang menjadi antara faktor utama kejayaan ribuan pelajar memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM sejak program itu diperkenalkan pada tahun 2019.

Image Alt Text: Program Selekoh Akhir PTTI tayangan perdana dokumentari Selekoh Akhir The Untold Story Behind The A's

DOKUMENTARI PAPARKAN KISAH DI SEBALIK KEJAYAAN PELAJAR

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman atau lebih dikenali sebagai Cikgu Fana, dokumentari tersebut diterbitkan bagi memperlihatkan usaha sebenar yang berlaku di sebalik kejayaan luar biasa pelajar-pelajar PTTI.

Image Alt Text: Program Selekoh Akhir PTTI tayangan perdana dokumentari Selekoh Akhir The Untold Story Behind The A's

“Rakyat Malaysia nampak kejayaan keputusan SPM yang dibina oleh PTTI. Tetapi, semua tidak tahu bagaimana proses kejayaan itu dihasilkan berulang-ulang kali. Itulah sebab kami hasilkan Selekoh Akhir PTTI – The Untold Story Behind The A’s,” katanya.

Beliau berkata, ramai hanya melihat keputusan peperiksaan yang cemerlang, namun tidak mengetahui cabaran, disiplin dan komitmen yang dilalui oleh pelajar serta guru sepanjang mengikuti Program Selekoh Akhir PTTI.

PROGRAM SELEKOH AKHIR PTTI JADI HARAPAN PELAJAR MENJELANG SPM

Program Selekoh Akhir PTTI merupakan program persediaan intensif selama tiga bulan terakhir sebelum peperiksaan SPM yang dibangunkan khusus untuk membantu pelajar yang masih lemah atau ketinggalan dalam pelajaran.

Menurut Cikgu Fana, sejak diperkenalkan, program tersebut berjaya membantu ramai pelajar meningkatkan prestasi daripada gred G kepada A, malah tidak kurang juga berjaya memperoleh keputusan straight A dalam peperiksaan SPM.

Image Alt Text: Program Selekoh Akhir PTTI tayangan perdana dokumentari Selekoh Akhir The Untold Story Behind The A's

Kejayaan yang dicapai secara konsisten itu turut membolehkan PTTI menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records sebanyak tiga kali sebagai pusat tuisyen yang melahirkan jumlah pelajar straight A SPM paling ramai di Malaysia.

TENAGA PENGAJAR BERPENGALAMAN JADI KEKUATAN PTTI

Pada majlis sama, PTTI turut memperkenalkan barisan tenaga pengajar Program Selekoh Akhir PTTI yang menjadi tulang belakang kepada kejayaan program tersebut.

Kesemua guru merupakan tenaga pengajar sepenuh masa yang telah menjalani latihan intensif serta memiliki pengalaman mengajar yang luas. Sebahagian daripada mereka mempunyai pengalaman melebihi 25 tahun dalam subjek Matematik Tambahan, manakala majoritinya mempunyai pengalaman lebih sedekad dalam dunia pendidikan.

Selain itu, barisan tenaga pengajar berkenaan terdiri daripada individu yang memiliki kelayakan Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) dalam pelbagai bidang dengan satu matlamat sama, iaitu membantu setiap pelajar mencapai potensi terbaik mereka.

SETIAP PELAJAR MASIH MEMPUNYAI PELUANG UNTUK BERUBAH

Sementara itu, Ketua Pegawai Pertumbuhan (CGO) PTTI, Sir Race berkata, Program Selekoh Akhir PTTI diwujudkan atas kepercayaan bahawa setiap pelajar masih mempunyai peluang untuk mengubah masa depan mereka selagi peperiksaan belum bermula.

“Di PTTI, kami percaya tiada pelajar yang terlalu lewat untuk berubah. Selagi masih ada masa sebelum peperiksaan, selagi itu masih ada peluang untuk bangkit. Selekoh Akhir diwujudkan khusus untuk membuktikan bahawa dengan bimbingan yang betul, pelajar yang gagal juga mampu mencapai keputusan cemerlang jika dia membuat keputusan yang betul sekarang,” katanya.

Beliau berkata, objektif utama program tersebut adalah membuktikan bahawa setiap pelajar mampu mencipta perubahan sekiranya memperoleh bimbingan yang sistematik serta membuat keputusan untuk berusaha pada saat-saat akhir sebelum peperiksaan.

SELEBRITI DAN ALUMNI TURUT MEMERIAHKAN ACARA

Majlis tayangan perdana itu turut dimeriahkan dengan kehadiran Datuk AC Mizal selaku hos bersama Datin Emylia, MK, Iman, Madammu, Asyraf Khalid dan Tya Arifin.

Turut mencuri perhatian ialah Alyssa Dezek, yang juga merupakan pelajar Program Selekoh Akhir 2025 selepas berjaya memperoleh keputusan 9A dalam peperiksaan SPM. Kehadiran alumni Program Selekoh Akhir PTTI bagi sesi 2019 hingga 2025 turut membuktikan keberkesanan program tersebut dalam membantu pelajar mencapai kecemerlangan akademik.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut atau mendaftar Program Online Selekoh Akhir SPM PTTI boleh melayari laman web rasmi PTTI untuk mengetahui syarat penyertaan dan maklumat terkini.

ZFIX MOBILE FEST CATAT SEJARAH DENGAN REKOD MBOR PENUKARAN BATERI IPHONE

Kuala Lumpur, 7 September 2025 – Suasana di Zfix Mobile Fest di Shah Alam semalam penuh meriah apabila syarikat tempatan itu berjaya melakar sejarah. Dalam masa hanya enam jam lebih, tepat jam 4.22 petang, mereka sudah pun mencapai sasaran 1,000 unit bateri iPhone ditukar. Kejayaan ini sekali gus mengangkat nama Zfix apabila acara tersebut disahkan secara rasmi oleh Malaysia Book of Records (MBOR).

Zfix Mobile Fest diiktiraf MBOR penukaran bateri iPhone

Acara yang bermula sejak jam 10 pagi itu menampilkan kekuatan 30 juruteknik bertauliah yang bekerja pantas dan teliti. MBOR sendiri mengesahkan rekod tersebut selepas melalui proses audit ketat termasuk pengesahan nombor siri bateri, rekod digital, serta rakaman video berterusan. Menariknya, setiap bateri yang ditukar sepanjang program ini turut disertakan dengan waranti 7 hari, sesuatu yang memberi keyakinan tambahan kepada pengguna.

Zfix Mobile Fest diiktiraf MBOR penukaran bateri iPhone

Selain cubaan rekod, Zfix menjadikan festival ini sebagai platform komuniti. Pengunjung bukan sahaja menyaksikan detik bersejarah, malah berpeluang menyertai pemeriksaan telefon percuma, bengkel penjagaan peranti, cabutan bertuah, photo booth dan juga cabaran TikTok. Dengan adanya zon makanan, ruang rehat dan Wi-Fi percuma, acara ini berjaya menarik minat keluarga serta pencinta teknologi yang hadir sejak awal pagi.

Menurut Pengarah Zfix, Muhammad Zulhelmi Mohd Yusof, pengiktirafan MBOR ini menjadi simbol komitmen syarikat terhadap integriti dan inovasi. “Ia bukan sekadar angka 1,000, tetapi mesej bahawa industri servis telefon pintar tempatan juga boleh dijalankan secara sah, telus dan profesional,” katanya.

Zfix Mobile Fest diiktiraf MBOR penukaran bateri iPhone

Zfix turut berkongsi perancangan masa depan untuk membuka sekurang-kurangnya 100 cawangan baharu di seluruh negara. Paling menarik, pelanggan tidak perlu membuat tempahan untuk mendapatkan servis – mereka boleh walk-in terus ke mana-mana cawangan Zfix.

Dengan kejayaan ini, Zfix membuktikan kemampuan jenama tempatan bukan sahaja menetapkan piawaian servis bertauliah, malah berupaya menjadi peneraju dalam industri pembaikan peranti pintar di Malaysia.

PTTI Cipta Rekod Pelajar Straight A Paling Ramai dalam Malaysia Book of Records (MBOR)

Pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), PTTI diiktiraf oleh Malaysia Book Of Records (MBOR) apabila berjaya mencatat jumlah pelajar mendapat semua A pada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022.

Ketua Pegawai Operasi PTTI Group Sdn. Bhd, Muhd Habibunajjar Sazali berkata, seramai 123 pelajar berjaya mendapat semua A pada SPM lalu, termasuk seorang pelajarnya yang mendapat 11 A+.

“Ini adalah satu pengiktirafan besar daripada pihak MBOR kepada PTTI yang sudah bertapak di negara ini sejak 2015.

“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada MBOR kerana mengiktiraf pencapaian kami. Kami akan terus bekerja keras untuk memastikan sebanyak mungkin pelajar kami mendapat keputusan cemerlang dalam SPM tahun ini,” katanya selepas majlis menerima sijil pengiktirafan daripada MBOR di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini, hari ini.

Sijil itu diserahkan oleh dua wakil MBOR, Siti Hajar Johor dan Jeska Seah dalam satu majlis ringkas.

Berkongsi lanjut, Habibunajjar berkata, pihaknya meletakkan sasaran sekurang-kurangnya 1,000 pelajar daripada keseluruhan lebih 10,000 pelajarnya untuk mendapat keputusan semua A dalam SPM tahun ini.

“Kami sedia maklum mengenai keputusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang dalam proses untuk mengembalikan takwin SPM seperti sebelum pandemik Covid-19.

“Kami kini sedang menyusun semula program tuisyen PTTI bagi menyesuaikan dengan pelaksaan peperiksaan berkenaan,” katanya