Tag Archives: Marissa Yasmin

FILEM BALAS BALIK BAWA PENONTON MENYELAMI DUNIA PENYIASATAN DAN DENDAM YANG MEMBARA

KUALA LUMPUR, 29 MEI 2025 – Sebuah kematian yang pada mulanya disangka biasa, rupanya menyimpan seribu rahsia dan dendam. Itulah premis utama filem penyiasatan jenayah terbaru bertajuk BALAS BALIK, arahan Feroz Kader dan terbitan Shaibha Vision Entertainment Sdn. Bhd., yang mula menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 29 Mei 2025.

Diterajui oleh pelakon versatil Shukri Yahaya sebagai Detektif Zul, Balas Balik mengisahkan penyiasatan terhadap kematian mengejut seorang CEO syarikat telekomunikasi ternama, Datuk Roslan (Tony Eusoff), yang pada awalnya dikatakan akibat serangan jantung. Namun, kepekaan Detektif Zul terhadap beberapa elemen mencurigakan membawanya kepada penemuan mengejutkan yang menyelak sisi gelap si mati, termasuk penyalahgunaan kuasa dan sejarah hitam yang membabitkan pekerja-pekerja serta ahli keluarga mangsa.

poster filem balas balik

“Cerita ini cuba menekankan bahawa tidak semua kematian adalah penamat. Ada kalanya ia adalah permulaan kepada satu kebenaran yang selama ini dipendam. Kami pilih genre penyiasatan kerana ia membuka ruang untuk emosi, teka-teki dan ketegangan yang lebih berlapis,” kata Feroz Kader, yang turut menjelaskan bahawa skrip filem ini mengambil masa tiga bulan untuk disiapkan demi memastikan naratifnya benar-benar kukuh.

Filem ini juga mengambil inspirasi daripada isu sosial semasa, terutama polemik buli di tempat kerja dan kesannya terhadap mangsa dari segi psikologi dan emosi. Menurut penerbit Datin Sri Shaila V., filem ini diangkat untuk mencetuskan empati dan kesedaran bahawa trauma yang tidak dirawat boleh menjadi benih kepada tindakan luar jangka.

“Buli bukan perkara remeh. Ia boleh merosakkan manusia perlahan-lahan hingga sanggup melakukan perkara yang tidak diduga. Inilah yang ingin kami sampaikan melalui Balas Balik,” ujarnya.

Shukri Yahaya yang sering dikaitkan dengan watak romantis, antagonis dan aksi, tampil dengan sisi baharu sebagai penyiasat yang bergelut dengan dilema dan tekanan mental dalam membongkar kes ini. “Kalau sebelum ni orang tengok saya ‘redflag’ atau kaki belasah, kali ini saya kena nampak bijak dan buat orang percaya saya benar-benar Detektif Zul,” katanya berseloroh.

shukri yahaya sebagai detektif zul
Shukri Yahaya sebagai detektif zul

Antara pelakon lain yang menjayakan filem ini termasuk Marissa Yasmin (Angel), Adam Lee (Adam), Isyariana (Nadia), Zarul Umbrella (Tuan Kamal), Meor Mohd (Inspektor Jauhari), Razman Mahayuddin (Ikhwan), Josiah Lim (Danial) dan Maisara Sufia (Mimi). Setiap watak mempunyai latar belakang tersendiri, menjadikan siasatan Zul seperti menyusun puzzle yang kompleks dan penuh kejutan.

Menyempurnakan pengalaman sinematik adalah lagu tema bertajuk “Balas”, nyanyian Hariz Fayahet dan ciptaan Nurzaidi Abd Rahman, yang mengiringi filem ini dengan nada misteri dan emosi yang mendalam.

Drama Kau Cipta Kasih Di Slot Samarinda TV3

Khadijah, Idris, Ramlah dan Hasnah, empat adik-beradik membesar tanpa kasih sayang daripada kedua-dua orang tua yang melepaskan tanggungjawab mendidik dan menjadi teladan kepada anak – anak. Namun, mereka tidak mudah menyerah dan sentiasa berusaha untuk mencapai kebahagiaan.

Terbaharu di slot Samarinda, drama bersiri 15 episod adaptasi novel ‘Kau Cipta Kasih’ karya Azilah Wahab  menemui penonton TV3 bermula 13 Januari 2022, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam.

Kau Cipta Kasih merupakan terbitan Ansar Creative Media Sdn Bhd, diarahkan oleh Nazir Jamaludin, nukilan skrip oleh Azlina Din dan Azilah Wahab serta menampilkan pelakon – pelakon popular Malaysia seperti Nazim Othman, Uyaina Arshad, Nafiz Muaz, Fify Azmi,  Amanda Amry, Sherie Merlis, Sahronizam, Marissa Yasmin, Dilla Ahmad, Norlia Ghani, Mustapha Kamal, Ikhram Juhari, Nynaa Harizal dan  Izuan Razali.

Ia mengisahkan Samad (Sahronizam) dan Sabariah (Sherie Merlis) yang disatukan atas paksaan keluarga mereka. Perkahwinan paksa ini telah memudaratkan hubungan Sabariah dengan Samad. Sabariah membenci anak-anaknya kerana dia tidak mencintai Samad yang sering mengasarinya.

Idris (Nafiz Muaz) dilahirkan dengan kecacatan di kaki. Dia dibenci dan tidak diakui sebagai anak oleh Samad dan Sabariah. Dia dibesarkan oleh Opah Piah dan Atuk Mat setelah dibuang oleh ibu bapa sendiri. Walaupun kaki tempang, Idris diajar berdikari dan bekerja sejak kecil. Dia seorang yang rajin bekerja, taat pada agama dan hormat kepada orang tua. Opah Piah telah menghadiahkan tanah ladang dan tapak rumah pusaka kepadanya.

Ramlah (Fify Azmi) seorang yang sangat bijak dan berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara atas bantuan Idris. Dia amat menyayangi Khadijah, kakak sulung kepada empat beradik ini yang menjaganya sejak kecil. Ramlah tidak pernah berputus harapan untuk merasa bahagia bersama ibu, ayah serta adik-beradiknya.

Hasnah (Amanda Amry), anak bongsu kepada pasangan Sabariah dan Samad sangat naif dan percaya bahawa Samad menyayanginya. Hasnah juga manja dengan Khadijah dan menganggapnya sebagai ibu. Ketika di Tingkatan 5, Hasnah bercinta dengan  rakan sekampungnya dan berkeras mahu berkahwin dengannya selepas SPM walaupun mendapat tentangan daripada Samad. Sabariah pula bersetuju dengan perkahwinan Hasnah kerana sudah tidak mahu menanggung anaknya itu.

Khadijah (Uyaina Arshad), anak sulung kepada Samad dan Sabariah sanggup berkorban dengan menggalas tanggungjawab menjaga adik-adiknya ketika usia masih muda. Khadijah sering menjadi mangsa kemarahan ibunya. Akibat satu kejadian, Khadijah telah dihalau keluar oleh ibunya walaupun Khadijah telah memberitahu apa yang sebenarnya telah berlaku. Khadijah melarikan diri dan terjumpa dengan Afiq (Nazim Othman), anak kepada seorang usahawan yang berjaya. Sejak itu, perjalanan hidup Khadijah mula berubah. Adakah Khadijah, Idris, Ramlah dan Hasnah dapat menemui kebahagiaan selepas dihujani dengan pelbagai ujian dan cabaran dalam hidup mereka?

Jangan ketinggalan untuk terus menyaksikan Kau Cipta Kasih, satu kisah penuh emosi, sebuah realiti kehidupan pada setiap hari Isnin hingga Khamis, 10.00 malam menerusi slot Samarinda di TV3.

Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, dan Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia.

TAYANGAN AMAL FILEM ”TAKDIR” #2GetHer – Awareness

“Soffiya Ariffin disahkan mengidap kanser ovari, terlalu sibuk dengan tugasan sehingga mengabaikan kesihatan dan keluarganya.”

Jalan cerita ini di lihat dapat memberi motivasi dan kesedaran kepada para wanita tentang pentingnya untuk kita tidak lupa akan tanggungjawab kepada diri kita serta keluarga kita. Perkara ini amat bertepatan dengan misi dan visi Kelab Wanita lkon Malaysia dimana kami memperkasakan wanita, memantapkan ekonomi mereka, memupuk kebajikan kekeluargaan dan menitikberatkan amalan sihat dikalangan wanita Malaysia.

Kelab Wanita lkon Malaysia menyahut seruan kerajaan untuk memperkasakan wanita di Malaysia bersempena dengan ’Tahun Memperkasa Wanita 2018’. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dibawah Jabatan Pembangunan Wanita menjadi rakan strategik Kelab Wanita lkon Malaysia untuk aktiviti-aktiviti program Kelab Wanita lkon Malaysia untuk tahun 2018. Diantaranya adalah Tayangan Amal Filem TAKDIR, Larian #2GetHer Run 2018 yang akan diadakan pada bulan March sempena Hari Wanita Sedunia, Pencarian Wanita lkon Negeri dan akhirnya Anugerah Wanita lkon Malaysia.

Dengan slogan “2GetHer – Awareness”, tayangan filem TAKDIR ini dilihat akan dapat membantu memperkasakan wanita di dalam komponen utama yang di fokuskan iaitu wanita, kesihatan, keselamatan, ekonomi dan budaya.

Filem “TAKDIR” adalah sebuah filem yang lebih menjurus kepada Kasih Sayang dan penyatuan keluarga. Pembangunan sebuah keluarga yang penuh kasih sayang di terapkan peranan suami terhadap isteri bagi memberi keyakinan kepada isteri yang sedang melawan kanser ovari adalah sebahagian dalam realiti kehidupan. Perlu adanya kekuatan dalaman seseorang wanita untuk melawan kanser tanpa ada rasa takut tentang risiko yang bakal dihadapi.

Mesej filem ini mengupas kasih sayang di dalam sesebuah perkahwinan yang uji dengan permasalahan hidup. Sanggupkah seorang suami melihat penderitaan isterinya dan tanggungjawab seorang suami memastikan rumahtangganya terus kekal bahagia walaupun pelbagai dugaan yang harus dilalui.

Kesedaran kepada isteri-isteri yang berkerjaya agar jangan abaikan rumahtangga demi mengejar kerjaya dan cita-cita. Memandangkan kehidupan sekarang ini, banyak berlaku keruntuhan rumahtangga dan kepincangan keluarga.

“TAKDIR” bakal dilihat akan menggalas dan menggambarkan tentang realiti perjalanan kehidupan sesebuah institusi kekeluargaan. la bukanlah mengenai sebesar mana dan sehebat mana filem ini digarap,tetapi bagaimana cerita ini dapat dikongsi, jiwa, rohani serta nilai-nilai kehidupan. Menghargai dan dihargai. Oleh sebab itu, filem ini diharap agar lebih di pandang serius dan bukan hanya hiburan semata.

Sinopsis

Cerita ini mengisahkan pakar motivasi yang terkenal Soffiya Ariffin yang hidUp bahgia disamping suaminya Aziz Azizul. Disebabkan kesibukan karier masing-masing mereka hanya dikurniakan anak tunggal, Shasha dalam usia perkahwinan mereka 18 tahun. Sikap bertolak ansur Aziz dalam rumahtangga tidak merasakan kekurangan keluarga mereka selama ini.Tetapi setelah Shasha melanjutkan pelajaran ke Jerman barulah Aziz meminta Soffiya hamil semula.

Bagaimanapun impian mereka musnah apabila Soffiya menghadapi masalah kesihatan dan takut menerima kenyataan yang dia tidak dapat memberikan Aziz seorang Iagi anak. Soffiya adalah seorang pakar motivasi yang dedikasi, dimana para wanita sering diberikan kaunseling oleh beliau.

Soffiya seorang kaunselor yang memberi semangat pada wanita yang bermasalah, tetapi beliau sendiri tidak terbuka untuk menceritakan masalahnya, lebih-lebih Iagi dengan suaminya Aziz. Ketika Soffiya disahkan mengidap kanser Ovari. Soffiya mengalami dilema apabila Doktor menasihatkan membuang ovari sebagai alternatif awal bagi menyelamatkaan kanser dari terus merebak.

Soffiya amat takut ditinggalkan Aziz dan terlalu memikirkan masa depan keluarganya kerana dia tidak pasti yang dia akan terselamat daripada menjadi mangsa kanser. Tetapi Aziz seorang suami yang benar-benar menyayangi Soffiya dan Aziz memberikan sokongan dan bantuan yang penuh untuk Soffiya melawan penyakitnya.

lni membuatkan Soffiya sedar akan keikhlasan Aziz mencintainya sedangkan Soffiya sering mecurigai Aziz akan berubah kasih apabila emosinya cemburu dengan pekerja Aziz iaitu Alina yang jauh lebih muda daripada Soffiya. Begitu juga Shasha yang salah sangka akan kemesraan Aziz dengan AlinaDemi menjaga hati kedua-dua wanita dalam hidupnya, Aziz teIah memberhentikan Alina. Soffiya berjaya menjalani pembedahan dan Aziz pula mengalami kemalangan. Setelah itu Soffiya takut dia akan pergi meninggalkan Aziz, beliau mula menghabiskan masa dengan suami dan anaknya. Dalam pada itu, Soffiya masih Iemah kerana menjalani rawatan tetapi semangatnya terus kuat dengan sokongan Aziz.

Takdir itu adalah ketentuan dalam hidup Soffiya Ariffin. Apakah beliau akan bertahan melawan penyakit sekaligus memastikan rumahtangganya juga bertahan dengan cinta dan pergorbanan suaminya Aziz yang tidak berbelah bagi?

Skrip/Olahan/Lakonlayar: Shirin Hj Khuzaimi (fdam)

Penerbit Executive: Rousing Muses Sdn. Bhd.
Penerbit: ROUSING MUSES PICTURES. SDN. BHD.
Pengarah: Shirin Hj. Khuzaimi
Idea Asal: Bariah Ishak
Skrip: Shirin Hj Khuzaimi
Pengarah Fotografi: Suhaimi Kama! Anang
Penyunting: Hanif Jhon
Muzik/Scoring: Belle Fatah/Kabbil Raaj
Jurutera bunyi: Kabbil Raaj
Pelakon: Elizad Saifuddin Riezman Khuzaimi, Elisha Sandha, Keena Mentor.
Pelakon undangan khas: Connie Norlida Ahmad, Marissa Yasmin, Edika Yussof, lsma Daniel.
Pelakon Tambahan: Ally Marisha & Qya Hasmy.
Penaja Bersama: Etihad Airways,Triways Travel & Tours,Naza World,Colombia Hospital & Karya Bara Cafe

INFO “TAYANGAN AMAL FILEM TAKDIR”

Tiket untuk tayangan amal “TAKDIR” boleh didapati di:-
i)  Rousing Muses Pictures Sdn. Bhd. Alamat : 2-21, Perdana The Place,
No.1, Jalan PJU 8/56, Bandar Damansara Perdana, 47820, Petaling Jaya, Selangor.
Tel : 03-77323937
Email : info.rousingmusespictures@gmail.com Tarikh Tayangan: 28 Febuari 2018

Harga : RM150 & RM200

Tayangan ini mendapat sokongan daripada KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT.