Tag Archives: Megadeth

Lebih 3500 Peminat Megadeth Banjiri Stadium Negara

Pelbagai desas desus mengenai kehadiran Megadeth ke Malaysia sebelum ini akhirnya terungkai apabila kumpulan thrash metal terkenal itu mengotakan janjinya untuk singgah ke Malaysia sebagai rangka promosi album studio ke 15 mereka “Dystopia”.  Megadeth yang dibarisi oleh Dave Mustaine selaku vokalis dan gitaris, David Ellefson pemain bass, Kiko Loureiro selaku gitaris dan Dick Verbeuren sebagai pemain drum akhirnya melakarkan sejarah peribadi secara umumnya dan Megadeth khususnya.

Tarikh 4 Mei yang lalu ternyata merupakan tarikh keramat buat fanatika kumpulan yang berasal daripada California untuk melihat band kegemaran mereka beraksi secara langsung di depan mata apatah lagi ianya di adakan di lokasi yang menghimpunkan pelbagai acara hiburan khususnya iaitu di Stadium Negara.

Seawal jam 4 petang lagi ratusan peminat telah mula berada di sekitar Stadium Negara malah sanggup beratur panjang semata-mata untuk mendapatkan cenderamata eksklusif daripada salah sebuah band yang di klasifikasikan “Big Four” dalam arena muzik ekstrim (Metallica, Anthrax, Slayer dan Megadeth).

Tepat jam 8 malam, band tempatan yang bernuansakan metalcore, Massacre Conspiracy telah diberi tanggungjawab sebagai opening act untuk memanaskan suasana.  Komitmen jitu seraya penampilan serta persembahan yang konsisten wajar diberikan kredit kepada band yang dimonopoli oleh  Ash (vokal), Emy (drum), Sonny (gitar, vokal), Godoy (gitar), Daniel (Bass) dan Ax (keyboard, synth).

Massacre Conspiracy juga turut dikenali sebagai MC 16 telah menyampaikan 3 buah lagu yang cukup energatik lantaran mengalirkan adrenalin deras sebelum pentas diberikan kepada Megadeth antaranya ialah Parasite, Rises From The Grave dan Kingslayer.

Sorakan dan teriakan peminat yang telah sekian lama memenuhi segenap ruang di Stadium Negara akhirnya berbaloi apabila kelibat setiap jentera yang memacu jenama Megadeth muncul di atas pentas.  Tanpa prejudis lontaran terus di berikan kepada fanatika menerusi lagu-lagu seperti Hangar 18, Wake Up dead, In My Darkest Hour  dan Threat Is Real  yang sekaligus mengembalikan nostalgia hadirin yang hadir.

Biarpun Usia Dave Mustaine sudah 55 tahun namun lontaran vokalnya masih tidak berubah apatah lagi setiap petikan gitarnya sentiasa menjadi ikutan seraya gabungan melodi yang menjadikan ianya cukup merangsang minda peminat turut bernyanyi bersama.  Inilah kehebatan Megadeth yang selama ini dinantikan oleh ribuan peminatnya di Malaysia.

Conquer or Die, Lying In State, Sweating Bullets dan Trust dihamburkan tanpa rasa belas ikhsan, David, Kiko dan Dick terus memberikan aura yang terus menambat ribuan peminat untuk terus kaku di hadapan pentas.  Lying In State dan Sweating Bullets  adalah lagu yang dipetik daripada album Countdown To Extinction (1992) serta Cryptic Writing (1997).

“Saya memang sudah lama berhasrat untuk beraksi di Malaysia Malam ini, kami berasa sangat bertuah dapat menghiburkan anda semua,” ujar Mustaine

Tanpa rasa penat beberapa buah lagu lagi di alunkan She Wolf, Poisonous Shadows, Fatal Illusion dan Atout Le Monde.

Buaian nostalgia peminat yang membesar dengan lagu-lagu Megadeth pastinya terimbau apabila lagu Tornado, Post American World, Dystopia dan Symphony of Desctruction secara terus mengasak peminat untuk turut serta.  Dentuman drum sering bergantian bersama petikan gitar serta lontaran vokal amarah inilah yang menjadikan jenama Megadeth terus segar sehingga ke hari ini.  Dave selaku ketua kumpulan tidak memberikan sedikit ruang untuk beliau berceloteh, setiap detik dihamburkan dengan persembahan Megadeth yang cukup memukau.  Pesona, aura seta video mapping yang melatari konsert ternyata memberikan kehidupan terhadap konsert.

“Saya harap anda berseronok pada malam ini kerana kami amat seronok dapat datang ke Malaysia. Sudah lama kami menunggu untuk mengadakan persembahan di sini.” ujar Dave Mustaine.

Sebelum menutup tirai persembahan, Megadeth persembahkan lagu yang menjadi penanda aras kepada kumpulan itu iaitu Peace Sells dan Holy Wars… The Punishment Due .  Kepantasan muzik Megadeth seakan tidak terasa biarpun persembahan selama satu jam setengah sudah pun berakhir.  Konsert “Megadeth Live In Malaysia” adalah anjuran IME Malaysia telah berjaya menghimpunkan pelbagai usia serta kerjaya malah turut menyatukan pelbagai kaum.

Penantian selama 15 tahun akhirnya berbaloi apabila Megadeth menghipnosis kira-kira 5000 penonton di Stadium Negara, Kuala Lumpur kelmarin dengan laungan dan iringan muzik yang luar biasa.  Sebelum Malaysia Megadeth terlebih dahulu megadakan persembahan di Singapura.

 

Jualan tiket Konsert “Megadeth Live In Malaysia” 4 Mei Ini Laris

Jika anda tidak tahu lagi, Megadeth akan menggegarkan Malaysia sempena konsert pertama mereka pada Khamis, 4 Mei 2017, jam 8 malam di Stadium Negara, Kuala Lumpur.

Siapa Megadeth? Dianggotai Dave Mustaine sebagai vokalis serta pemain gitar utama, David Ellefson yang bermain bass, Kiko Loureiro sebagai gitaris dan juga pemukul dram Dirk Verbeuren, Megadeth adalah antara kumpulan metal terhebat dunia yang berjaya mempopularkan genre muzik thrash metal.

Konsert ini adalah bersempena dengan jelajah dunia Dystopia, siri jelajah Megadeth yang paling besar setakat ini. Kumpulan yang ditubuhkan pada tahun 1983 akhirnya akan mengadakan tour ke Malaysia selepas sekian lama para peminat menantikan kehadirannya. Bersedialah untuk menyelusuri lagu-lagu hit mereka dari awal penubuhan hingga masa kini.

Dianjurkan oleh IME Malaysia, “Megadeth Live in Malaysia” merupakan konsert yang berskala besar. Kumpulan ini bakal mengembalikan nuansa muzik rock secara luar biasa. Mereka telah mengadakan pengalaman peminat ‘bootcamp’ yang istimewa serta membuat persembahan bersama Scorpions. Tiada lagi waktu lain yang sesuai untuk mengalami saat-saat indah bersama Megadeth secara langsung.

Tiket berharga RM198 (CAT2, tempat duduk bebas) telah habis dijual, manakala RM428 (Deth Pitt Zone, berdiri bebas), RM388 (VIP, tempat duduk bernombor), RM358 (Rock Zone, berdiri bebas) dan RM288 (CAT1, tempat duduk bernombor) dijual dengan pantas. Jadi dapatkan tiket anda sekarang sebelum terlambat.

Siri jelajah ini juga adalah untuk menyokong kemunculan album terbaru mereka, “Dystopia” selepas tiga tahun tanpa album baharu. Ini juga adalah album kelima belas daripada mereka.

Kumpulan ini telah memenangi Anugerah Grammy untuk kategori Persembahan Metal Terbaik 2017 baru-baru ini. Dengan jumlah 49,000 unit yang dijual dalam masa satu minggu, Dystopia mengambil kedudukan ketiga di carta Billboard Top 200 bersama-sama Adele dan Justin Bieber. Ini juga adalah pencapaian tertinggi yang pernah diraih band ini sejak 1992 untuk “Countdown to Extinction” yang berjaya menduduki tempat kedua di dalam carta terbabit. Dystopia turut disenaraikan sebagai salah satu daripada 20 Album Metal Terbaik 2016 oleh majalah Rolling Stone.

Tiket boleh didapati menerusi TicketCharge secara online di www.ticketcharge.com.my atau hubungi talian hotline + 603-92228811. Peminat Megadeth juga dapat membeli tiket dari outlet tertentu Speedy video, Victoria Music, Rock Corner, Chambers Music, PJ Live Arts, kaunter maklumat di The Mines shopping mall atau 1 Shamelin, Eden Ultimate DI Kuantan dan juga Blonde Brunette di Penang. Semua harga tiket adalah termasuk 6% GST tetapi tidak termasuk yuran pemprosesan RM4.

Untuk maklumat lanjut mengenai konsert ini, sila layari @IMEAsia di Facebook, @IME_Asia di Instagram, @IMEProduction di Twitter, atau @IMEProductions di WeChat.

MEGADETH Bakal Gegarkan MALAYSIA Di Bulan Mei

Dianggotai empat figura terhebat yang telah mempopularkan genre muzik thrash metal, Megadeth akhirnya mengadakan konsert pertama mereka di Malaysia!

Dianjurkan oleh IME Malaysia, Megadeth Live In Malaysia akan menggegarkan Stadium Negara pada Khamis Mei 4 jam 8 malam.
Ditubuhkan pada tahun 1983, Megadeth memperkenalkan genre terbabit menerusi album pertama mereka yang diiktiraf sebagai Album Thrash Metal Terhebat Sepanjang Zaman.

“Kuala Lumpur adalah tempat yang kami sentiasa mahu membuat persembahan apabila kami menjelajah Asia,” demikian kenyataan pengasas bersamadan juga ketua kumpulan berkenaan, Dave Mustaine yang dipetik dalam satu temubual baru-baru ini.

“Mereka akan membenarkan kami membawa jenama muzik thrash kami ke sana dania adalahsesuatu yang tidak wajar dilepaskan,”katanya.
Siri jelajah ini adalah bersempena dengan kemunculan album terbaru mereka, Dystopia selepas tiga tahun tanpa album baharu. Ini juga adalah album kelima belas daripada mereka.

Pengkritik muzik rock dan peminat memuji album Dystopia dan menyifatkannya sebagai hasil paling Berjaya daripada salah satu band yang paling sinonim dengan genre muzik berkenaan.

Album tersebut mendapat pencalonan Anugerah Grammy untuk kategori Persembahan Metal Terbaik 2017. Dengan jumlah 49,000 unit yang dijual dalam masa satu minggu, Dystopia mengambil kedudukan ketiga di carta Billboard Top 200 bersama-sama Adele dan Justin Bieber. Ini juga adalah pencapaian tertinggi yang pernah di raih band inisejak 1992 untuk Countdown to Extinction yang Berjaya menduduki tempat kedua di dalam carta terbabit.

Dystopia turut disenaraikan sebagai salah satudaripada 20 Album Metal Terbaik 2016 oleh majalah Rolling Stone. Selain daripada Dave Mustaine yang juga vokalis serta pemain gitar utama kumpulan berkenaan, kumpulan itu turut dianggotai David Ellefson yang bermain bass, Kiko Loureiro sebagai gitaris dan juga pemukul dram Dirk Verbeuren.

Sepanjang tiga dekad lalu, Megadeth telah menjuallebih 50 juta album di seluruh dunia, menerima pelbagai pengiktirafan termasuk 12 pencalonan Grammy serta dianugerahkan dengananugerah platinum untuk lima album berturut-turut.

Tiket untuk menyaksikan Megadeth Live di Malaysia berharga RM428 (DethPitt Zone, berdiri bebas), RM388 (VIP, tempat duduk bernombor), RM358 (Rock Zone, berdiri bebas), RM288 (CAT1, tempat duduk bernombor) dan RM198 (CAT2, tempat duduk bebas ) boleh didapati menerusi TicketCharge online di www.ticketcharge.com.my atau hubungi talian hotline + 603-92228811. Peminat Megadeth just dapat membeli tiket dari outlet tertentu Speedy video, Victoria Music, Rock Corner, Chambers Music, PJ Live Arts, kaunter maklumat di The Mines shopping mall atau 1 Shamelin, Eden Ultimate (Kuantan) dan juga Blonde Brunette (Penang). Tiket akan mula dijual pada 10 Feb 2017 mulai jam 11 pagi. Semua harga tiket adalah termasuk 6% GST tetapi tidak termasuk yuran pemprosesan RM4.

Untuk maklumat lanjut mengenai konsert ini, sila layari @IMEAsia di Facebook, @IME_Asia di Instagram, @IMEProduction di Twitter, atau @IMEProductions di WeChat.