Tag Archives: Mentor Milenia

QODY, WANIE & FAREEZ Layak Ke Final Mentor Milenia

Teka teki sudah terjawab! Tahniah kepada Wanie (Black), Qody (Black) & Fareez (Hazama) kerana berjaya menewaskan Zetty (Azlan) dan Ebba (Akim) untuk melayakkan diri ke peringkat akhir yang bakal berlangsung pada 6 Mac 2016 nanti.

Selepas lima saingan yang telah berlangsung, akhirnya hanya tinggal Wanie dan Qody dari Kumpulan Black serta Fareez dari Kumpulan Hazama yang masih bertahan untuk merebut gelaran juara Mentor Milenia sekaligus membawa pulang sebuah trofi dan juga hadiah wang tunai sebanyak RM 100,000!

Wanie - Juara Konsert Mingguan (Separuh Akhir)

Separuh akhir Mentor Milenia menyaksikan persaingan yang sangat sengit antara kelima-lima protege. Selain bernyanyi secara solo, mereka juga berduet dengan artis pilihan untuk membuktikan kemampuan masing-masing dalam usaha menempah tiket ke peringkat akhir.Wanie yang muncul sebagai juara mingguan pada hari Ahad lepas sekali lagi berjaya mencuri tumpuan barisan juri dan juga para penonton. Prestasi Wanie sangat konsisten sejak permulaan pertandingan dan konsep persembahan yang menggunakan elemen Cabaret dengan penampilan istimewa daripada Farhan dan Achey sangat terhibur dan menerima pujian yang tinggi daripada juri.

Qody pula telah menunjukkan sisi yang berlainan apabila memilih Haiza sebagai pasangan duet serta mendendangkan lagu dangdut. Fareez juga kelihatan lebih yakin di atas pentas dengan elemen lakonan dan juga Muay Thai dalam persembahan nyanyiannya.Berikut ialah senarai para protégé dan lagu yang dinyanyikan secara solo dan duet bersama artis pilihan mereka:-

PROTÉGÉ MENTOR TAJUK LAGU / PENYANYI ASAL
Zetty & Awera Azlan Ku Akui (Hafiz Suip) & Sejati (Wings)
Fareez & Eyza Bahra Hazama Berhenti Berharap (Sheila on 7) & Mentera Semerah Padi (Datuk M.Nasir)
Wanie & Farhan Black Diam Diam Jatuh Cinta (Ramlah Ram) & Medley Bujang Dara (Sam Saimun) & Nilai Cinta (Saloma & Ahmad Daud)
Qody & Haiza Black Medley Hakikat Sebuah Cinta & Gerhana Cinta Luka ( Iklim) & Dag Dig Dug (Haiza)
Ebba & Azhael Akim Terukir Di Bintang (Yuna) & My Heart (Acha Saptriasa & Irwansyah)

Tirai konsert separuh akhir Mentor Milenia dibuka dengan persembahan istimewa daripada pengacara Mentor Milenia sendiri, Marsha dan Issey dengan lagu Paling Comel.Turut memeriahkan suasana di studio ialah segmen peserta uji bakat pilihan iaitu Arif yang juga merupakan rapper busker dengan persembahan lagu Medley Syukur & Chantek (Altimet). Persembahan penutup diakhiri dengan rangkaian lagu popular Akim iaitu Bengang dan Inilah Cinta oleh kesemua protege.

Jika sebelum ini keputusan protégé hanya ditentukan oleh jumlah markah juri awam dan undian daripada penonton, bagi peringkat separuh akhir dan konsert akhir Mentor Milenia, juri profesional telah dijemput untuk membuat penilaian. Jumlah permarkahan dibahagikan kepada juri profesional (50%), juri awam (20%) dan jumlah undian daripada penonton sebanyak 30% menerusi laman web rasmi Mentor Milenia (www.tv3.com.my/mentormilenia).

Fareez

Juri profesional untuk separuh akhir Mentor Milenia ialah Ajai dan Azmeer.Mentor Milenia yang dihoskan oleh Issey Fazlisham dan Marsha Milan Londoh menyaksikan empat mentor dengan barisan protegenya berentap untuk merebut gelaran juara Mentor Milenia dan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 100, 000.

Sejak diperkenalkan pada tahun 2005, program Mentor kini dianggap nadi utama program realiti di TV3 khususnya dan tempatan pada amnya. Lebih membanggakan, Mentor Legend telah diangkat sebagai Rancangan Realiti Terbaik di Anugerah Skrin 2015. Selepas mengharungi tujuh musim yang memberangsangkan, Mentor muncul dengan konsep dan format baharu iaitu Mentor Milenia yang membariskan Akim, Azlan, Black dan Hazama sebagai barisan mentor.

Qody

 

Nantikan konsert akhir Mentor Milenia yang akan bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2 pada 6 Mac 2016 (Ahad), jam 9.00 malam – 11.30 malam (siaran ulangan pada setiap hari Jumaat berikutnya pada pukul 9.30 pagi). Jurnal Mentor Milenia yang memaparkan aktiviti mentor dan protégé disiarkan pada setiap hari Ahad, pukul 6.02 petang.

 

Tiada Penyingkiran di Minggu Kedua Mentor Milenia

Sekali lagi Mentor Milenia memberi kejutan kepada para protégé dan penonton dengan mengekalkan kesemua lapan protégé untuk mara ke pertarungan minggu ketiga. Keputusan pada malam tersebut telah memberi peluang kepada dua protégé Wanie (Black) dan Mya (Hazama) yang mendapat tempta terendah untuk mempertingkatkan mutu persembahan mereka pada minggu akan datang.

Pertarungan minggu kedua ini menyaksikan Qody (protégé Black) berjaya membawa pulang hadiah mingguan berupa wang tunai sebanyak RM1,000. Keunikan Qody dalam mempersembahkan lagu medley Zapin Usik Mengusik & Zikir Kasih berjaya mencuit hati para penonton dan juga juri awam apabila muncul dengan baju Melayu lengkap dan menari zapin.

Turut memberi saingan yang bertenaga pada malam itu adalah Nuri dengan lagunya Bang Bang dari filem Pitch Perfect 2, Han (Laskar Pelangi-Nidji), Ebba (No One-Alicia Keys), Zetty (Khayalan-Black Dog Bone), Fareez (Rindu Serindu Rindunya-Spoon), Mya (Apakah Ini Cinta-Judika).

Qody Juara Mingguan (Battle 2)

Persembahan mantap daripada setiap protégé telah membuatkan tiada penyingkiran diumumkan di akhir siaran langsung Mentor Milenia. Ini cukup membuktikan bahawa kesemua protégé yang dipilih untuk berentap di pentas Mentor Milenia adalah berkualiti dari segi persembahan, vokal dan mempunyai daya tarikan tersendiri.

Keputusan yang tidak disangkakan ini sekurang-kurangnya dapat memberi peluang kepada para mentor memperbaiki tahap persembahan protégé mereka. Pada masa yang sama, keputusan malam tersebut juga dapat memberi tahap keyakinan tinggi dalam diri setiap protégé dan terus berusaha untuk menjadi terbaik.

Mentor Milenia yang mengandungi Sembilan episod ini dihoskan oleh Issey Fazlisham dari kumpulan Titan dan Marsha Milan Londoh. Pemarkahan bagi setiap protégé adalah berdasarkan kepada undian daripada juri awam di studio sebanyak 30% dan selebihnya (70%) menerusi laman web rasmi Mentor Milenia (www.tv3.com.my/mentormilenia). Protégé yang mendapat undian terendah akan disingkirkan setiap minggu. Hadiah wang tunai sebanyak RM 100,000 dijadikan habuan untuk pemenang Mentor Milenia di peringkat akhir nanti.

Nuri
Nuri

Mentor Milenia ini dipancarkan oleh Pamoga Qu Puteh selaku Penaja Utama manakala Tonton sebagai Geng Digital, Hot FM sebagai Geng Radio dan Harian Metro sebagai Geng Media.

Siapakah yang bakal tersingkir untuk pertarungan seterusnya? Untuk mendapat keputusannya, jangan lupa untuk saksikan Mentor Milenia yang disiarkan secara langsung dari Studio Sri Pentas 2 pada setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam hingga 11.00 malam (siaran ulangan pada setiap hari Jumaat berikutnya pada pukul 9.30 pagi). Sementara itu, Jurnal Mentor Milenia turut memaparkan aktiviti mentor dan protégé dan disiarkan pada setiap hari Ahad, pukul 6.02 petang.

Layari laman web rasmi www.tv3.com.my/mentormilenia serta Facebook, Twitter dan Instagram TV3Malaysia untuk mengikuti perkembangan dan gunakan hashtag #MentorMilenia untuk menghangatkan lagi perbualan tentang program ini di laman social. Penonton yang terlepas menyaksikan program ini juga boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my