Tag Archives: Mia Ahmad

Menjadi tonton VIP bersama Saharul Ridzwan dan Mia Ahmad

Portal video nombor satu Malaysia, tonton dengan lebih 5.9 juta pelanggan, berjaya mencipta era baharu yang melanda dunia hiburan tanah air kita dengan menyajikan pelbagai filem dan drama – tidak kira tempatan mahupun antarabangsa.

Setelah pembaharuan lengkap dilakukan dan memperkenalkan tonton VIP, tonton kini telah bertukar menjadi lebih padat dan canggih. Dua selebriti popular tanah air iaitu Saharul Ridzwan dan Mia Ahmad juga dilantik sebagai duta tonton untuk program Bahasa Melayu sejak 20 April 2016 yang lalu.Selain itu, tonton juga melantik Soo Wincci dan Henley Hii sebagai duta untuk program Bahasa Cina.

MMIM8730

tonton sememangnya dikenali sebagai ‘Raja’ drama-drama tempatan, anda pasti tidak sabar menantikan pelbagai drama hebat yang berdefinasi tinggi (HD) dan juga drama yang disiarkan beberapa bulan awal sebelum disiarkan di kaca TV.Malahan, beberapa program eksklusif untuk Hari Kebangsaan telah disediakan seperti It’s A Date, Cinta Roller Coaster dan Secret Lover. Selain itu, program eksklusif tonton seperti Hijab Chic, Crazee Stupid Stuff, 1001: Celebrity Encounters dan Cinta Masam Manis merupakan program yang tidak harus dilepaskan.

Anda boleh melanggan pakej VIP terbaharu serendah RM3 yang menawarkan program siaran langsung, saluran premium dan arkib video tonton melebihi 23,000 jam tanpa sebarang iklan video. Pelan langganan VIP bermula dari RM3 (sehari), RM5 (seminggu), RM10 (sebulan) dan RM96 (setahun).Pengguna tonton yang bukan VIP, masih boleh menikmati program yang disajikan secara percuma seperti kandungan berita, bual bicara dan program yang bersiaran secara langsung dan banyak lagi. Pengguna tonton juga boleh menonton dua episod pertama setiap drama bersiri lama dan baharu tanpa sebarang bayaran.

MMIM8579 (N)

Sempena Hari Kebangsaan ke-59, tonton turut mengadakan kolaborasi istimewa bersama Harian Metro. Pembaca Harian Metro bakal menikmati keseronokan sebagai pengguna ‘VIP’ secara PERCUMA!. Mereka hanya perlu mendapatkan kod penebusan di muka surat hadapan akhbar Harian Metro pada 31 Ogos 2016 nanti.

“Dengan menawarkan pelbagai program tempatan yang menarik dan hebat, tonton akan menjadi pilihan utama dalam kalangan rakyat Malaysia di mana para pengguna boleh menonton program-program kegemaran mereka ikut keselesaaan masing-masing, di mana sahaja mereka berada,” kata Airin Zainul, Pengurus Besar Kumpulan ntv7, 8TV & tonton.

MMIM8569

“tonton turut menawarkan portal video sehenti untuk orang ramai, di mana mereka dapat menikmati pelbagai jenis pilihan program-program tempatan mahupun antarabangsa yang disediakan,” tambah Airin. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.tonton.com.my dan ikuti laman media sosial:

Facebook: tontonMY

Twitter:  tontonMY

Instagram: tontonMY

Hashtag #tontonMY #tontonMacamVIP

Anda juga boleh menghubungi kami di LIVE chat service atau di talian 03-2717 2020!

Fenomena MIA AHMAD Dan SYARUL RIDZWAN Dalam “Hati Perempuan”

Hati Perempuan, drama yang menjadi bualan hangat para peminat drama melayu yang bersiaran di slot Akasia bakal berakhir pada 14 Mei ini. Drama yang mendapat jumlah tontonan lebih 2 juta setiap hari ini menggandingkan dua pelakon baru yang semakin meningkat naik iaitu Syarul Ridzwan dan Mia Ahmad. Mia Ahmad yang pertama kali memegang watak utama sebagai heroin diterima baik oleh para penonton walaupun pada awalnya dikatakan kaku membawakan watak Yuhanis. Penerimaan baik oleh para peminat apabila Mia Ahmad menjadi fenomena apabila penggayaan tudungnya turut diikuti para peminat. Tudung bawal satin yang menjadi “trademark” Mia di dalam drama itu turut diberi penjenamaan sempena wataknya di dalam drama Hati Perempuan ini iaitu Tudung Yuhanis mendapat permintaan tinggi daripada orang ramai.

HP 15

Fenomena gandingan serasi dua pelakon baru ini juga terbukti apabila siri jelajah bas #dramasangat yang berlangsung pada 18 dan 19 April lalu dipenuhi oleh puluhan ribu peminat yang setia menunggu kehadiran dan sanggup bersesak-sesak di kesemua lokasi jelajah semata-mata untuk menemui si pembawa watak Yuhanis dan Tengku Zaril ini. Keserasian mereka turut menjadi bualan apabila ada yang mengandaikan dua pasangan muda ini sedang hangat bercinta.

HP 20

“Hati Perempuan” menemui para peminat drama Melayu bermula 30 Mac lalu ini merupakan karya yang diadaptasi daripada novelis Nur Ain Al-Abas. Hati Perempuan berkisarkan mengenai Yuhanis (Mia Ahmad), seorang gadis bekerjaya namun tegas dan berdikari yang berkahwin dengan peneraju Paradigma Holding, Tengku Zaril yang menjadi kegilaan gadis-gadis kerana ketampanan dan kekayaannya. Perkahwinan yang terbina bukan atas dasar cinta ini diuji apabila Yuhanis sering meragui kesetiaan kasih sayang Tengku Zaril lebih-lebih lagi apabila bekas kekasihnya, Tengku Amalin pulang ke Malaysia. Tengku Amalin sangat obses terhadap Tengku Zaril dan dia akan melakukan apa sahaja demi memiliki Tengku Zaril. Puas Tengku Zaril menyatakan keikhlasannya mencintai Yuhanis namun sering sahaja hati perempuannya itu ragu dengan kesungguhan suaminya itu. Konflik ditambah lagi dengan kehadiran bekas kekasih Yuhanis, Danial Idrus yang cuba memenangi kembali hati Yuhanis. Drama terbitan Creative Skill Solution dan diarahkan oleh Kas Roshan ini turut membariskan bintang baru yang mula mencipta nama seperti Hafreez Adam, Aidil Aziz, Bella Nazari, Hafeez Mikail dan Nazmi Adhwa.

HP 25

Ikuti penamat kisah cinta penuh berliku di antara Yuhanis dan Tengku Zaril pada 14 Mei ini, jam 6.55 petang hanya di TV3. Satu sesi viewing party akan turut diadakan oleh kelab peminat Hati Perempuan pada hari yang sama bertempat di Finas untuk sama-sama menyaksikan episod akhir bersama para pelakon utamanya bermula dari jam 4 petang hingga 9 malam. Untuk maklumat lanjut sila layari www.tv3.com.my dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter dan Instagram TV3 di @TV3Malaysia untuk informasi terkini mengenai Hati Perempuan.

Drama “Hati Perempuan” Ganti “Teman Lelaki Upahan”

HP 14Drama Teman Lelaki Upahan lakonan Elizad Sharifuddin sebagai Kyra Lydia dan Ungku Ismail sebagai Ezwan Lutfi (EL) telahpun melabuhkan tirainya dengan kesudahan yang manis dan membahagiakan pada 26 Mac lalu. Slot Akasia yang bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Khamis ini akan dihiasi pula dengan sebuah lagi drama menarik yang turut diadaptasikan daripada sebuah novel iaitu “Hati Perempuan”.

“Hati Perempuan” yang akan mula mencuri hati para peminat drama Melayu mulai 30 Mac ini merupakan karya novelis Nur Ain Al-Abas dan arahan Kas Roshan dengan gandingan Syarul Ridzwan dan Mia Ahmad sebagai teraju utama. Drama 28 episod ini turut membariskan bintang yang semakin meningkat naik seperti Hafreez Adam, Aidil Aziz, Bella Nazari, Hafeez Mikail dan Nazmi Adhwa.

HP 7“Hati Perempuan” berkisarkan mengenai Yuhanis (Mia Ahmad), seorang gadis tegas dan berdikari bekerja sebagai seorang arkitek di syarikat Izzudin & Co. Manakala, Tengku Zari (Syarul Ridzwan), jejaka kacak yang juga CEO Paradigma Holding, mempunyai rangkaian perniagaan seluruh dunia. Ketampanan dan kekayaan Tengku Zaril sering menjadi kegilaan gadis-gadis tetapi tidak pada Yuhani. Bagi Yuhanis, Tengku Zaril ialah lelaki kaya yang sinis dan menjengkelkan.

Tetapi entah mengapa Tengku Zaril tiba-tiba melamar Yuhanis sedangkan sering sahaja mereka berselisihan faham sewaktu berurusan. Idea gila Tengku Zaril ditolak kerana Yuhanis masih lagi memendam luka yang masih lagi berdarah di hati setelah ditinggalkan Daniel Idrus (Hafreez Adam). Namun Tengku Zaril tidak putus asa dan cuba memenangi hati Yuhanis dengan alasan mereka saling memerlukan.

Poster Hati PerempuanTengku Zaril mula berubah sikap kerana baginya tiada perempuan lain yang boleh dijadikan isterinya melainkan Yuhanis. Kedatangan rombongan keluarga Tengku Zaril untuk meminang mengejutkan Yuhanis lebih-lebih lagi apabila ibunya turut memerima pinangan keluarga Tengku Zaril. Yuhanis kini terperangkap dengan soal hati bukan sahaja pada Tengku Zaril malah juga pada rakan sekerjanya Nizam (Aidil Aziz) dan Daniel, bekas kekasihnya.

Bakal bersatukah dua jiwa ini jika Tengku Zaril, hatinya masih kosong dengan erti cinta sebenar manakala Yuhanis masih berpaut pada cinta yang lama? Ikuti perjalanan Yuhanis dan Tengku Zaril membina bahagia di slot Akasia setiap Isnin hingga Khamis pada jam 6.55 malam di TV3. Untuk maklumat lanjut sila layari www.tv3.com.my dan www.tonton.com.my untuk mengikuti siaran ulangan. Ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter dan Instagram TV3 di @TV3Malaysia.