Tag Archives: MITI

BATERI ASTRA BATERIKU PEROLEH SIJIL SIRIM, MAKMAL KUALITI DIPERKENALKAN


SHAH ALAM, 7 OGOS 2025Bateriku (M) Sdn. Bhd., penyedia utama Perkhidmatan Bantuan Tepi Jalan di Malaysia, hari ini mencatat sejarah baharu menerusi pelancaran rasmi bateri automotif ASTRA yang telah disahkan oleh SIRIM bagi kesemua 28 SKU produknya.

selebritionline portal hiburan

Dalam majlis yang turut menyaksikan perasmian Makmal Kualiti Bateriku, langkah ini dilihat sebagai usaha strategik memperkukuh kepercayaan pengguna terhadap jenama bateri ASTRA yang semakin berkembang dalam pasaran tempatan.

selebritionline portal hiburan

Majlis pelancaran disempurnakan oleh YBhg. Datuk Hanafi Sakri, Timbalan Ketua Setiausaha (Industri), Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan dihadiri wakil dari SIRIM Berhad, pemain industri automotif dan rakan strategik Bateriku.

selebritionline portal hiburan

Sejak diperkenalkan tiga tahun lalu, ASTRA telah merekodkan lebih 1 juta unit jualan — dibantu oleh kekuatan ekosistem Bateriku yang merangkumi 225 pitstop di seluruh Malaysia dan lebih 1,500 juruteknik gig bergerak (BHero) yang terlatih melalui Akademi Bateriku.

selebritionline portal hiburan

Pensijilan SIRIM IEC 60095 mengesahkan ASTRA sebagai satu-satunya jenama tempatan dengan pengiktirafan rasmi bagi semua SKU termasuk Bateri MF, EFB dan AGM. Setiap pembelian ASTRA disertakan Perlindungan Insuran Takaful GPA percuma sehingga RM7,000 — inisiatif pertama dalam industri bateri tempatan.

selebritionline portal hiburan

Pengguna turut menikmati waranti seluruh negara (Nationwide Warranty Assist), membolehkan bantuan segera di mana-mana lokasi Malaysia melalui jaringan teknikal Bateriku.

selebritionline portal hiburan

Penubuhan Makmal Kualiti Bateriku di bawah Makmal Hijau Sdn. Bhd. turut memperkukuh kawalan mutu dalaman dan menepati piawaian keselamatan produk yang tinggi.

selebritionline portal hiburan

Menurut Tuan Haji Azarol Faizi Bin Zakaria Ansari, Ketua Pegawai Eksekutif Bateriku, ASTRA bukan sekadar bateri tetapi simbol kepada kualiti, ketelusan, dan jaminan selepas jualan. Malah, pengguna tidak perlu kembali ke bengkel untuk tuntutan waranti – segalanya akan diuruskan oleh Bateriku melalui sistem yang tersusun.

selebritionline portal hiburan

Tambah beliau, kelebihan utama ASTRA ialah memudahkan mekanik bengkel kerana urusan waranti kini boleh diselesaikan terus melalui talian 24 jam atau mana-mana pitstop Bateriku di seluruh negara.

selebritionline portal hiburan

Kepada pemilik bengkel yang ingin menyertai rangkaian pengedaran ASTRA, boleh hubungi 013-844 2816 atau email ke b2wteam@bateriku.com.

BETAMEK LANCAR PUSAT R&D BAHARU BAGI MEMACU INOVASI AUTOMOTIF

Betamek Berhad (“Betamek” atau “Syarikat”), sebuah Pengeluar Rekaan Asal (“ODM”) dan peneraju dalam perkhidmatan pembuatan elektronik (“EMS”) untuk industri automotif, hari ini mencatat satu pencapaian penting dengan pelancaran rasmi Pusat Penyelidikan & Pembangunan (“R&D”) baharu di Rawang, Selangor. Majlis perasmian ini telah disempurnakan oleh YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Bin Tengku Abdul Aziz, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (“MITI”) Malaysia, sebagai penghargaan terhadap sumbangan Betamek dalam memperkukuh landskap teknologi automotif negara.

Penubuhan Pusat R&D yang canggih ini merupakan langkah strategik Betamek dalam memperkasa keupayaan inovasi tempatan serta membangunkan teknologi automotif generasi baharu. Dilengkapi dengan makmal berteknologi tinggi dan ruang kerja kolaboratif, kemudahan ini bertujuan mempercepatkan penyelidikan dalam bidang telematik, aplikasi mobiliti berasaskan IoT, dan penyelesaian sensor maju yang memenuhi keperluan industri automotif yang semakin berkembang.

Pengembangan R&D Betamek ini sejajar dengan Dasar Automotif Nasional (“NAP”) 2020, yang menyasarkan Malaysia sebagai hab penyelidikan, pembangunan, dan inovasi automotif serantau. Dengan memanfaatkan kemajuan terkini dalam elektronik automotif, fasiliti baharu ini bakal menjadi pemangkin pertumbuhan industri, serta menggalakkan kerjasama dengan pihak berkepentingan utama termasuk pengeluar automotif, rakan teknologi, dan institusi akademik.

Pengerusi Betamek, Encik Ahmad Subri bin Abdullah, berkata, “Hari ini bukan sekadar perasmian sebuah bangunan baharu, tetapi adalah manifestasi visi Betamek dalam memacu kecemerlangan teknologi dalam sektor automotif Malaysia. Dengan pelancaran rasmi fasiliti R&D yang canggih ini, kami menegaskan komitmen kami dalam memacu inovasi, menyokong aspirasi automotif negara, dan memberikan impak yang berpanjangan kepada industri. Ini bukan sahaja satu pencapaian bagi Betamek, tetapi juga satu langkah besar untuk Malaysia dalam usaha menjadi peneraju teknologi automotif.”

Dalam ucapannya, YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Bin Tengku Abdul Aziz memuji usaha Betamek, dengan menyatakan, “Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Betamek Berhad atas komitmen mereka terhadap inovasi dan langkah berani dalam memperkukuh keupayaan industri Malaysia. Fasiliti ini bukan sahaja menandakan fasa baharu bagi syarikat, tetapi juga merupakan langkah penting dalam perjalanan Malaysia menuju ekonomi berteknologi tinggi dan bernilai tinggi.”

Seiring dengan peralihan industri automotif ke arah mobiliti pintar dan berhubung, Pusat R&D Betamek akan memainkan peranan penting dalam pembangunan sistem bantuan pemandu maju (“ADAS”), penyelesaian kesalinghubungan kenderaan, serta teknologi kokpit pintar. Fasiliti ini dijangka meningkatkan keupayaan Malaysia dalam membangunkan inovasi automotif tempatan, sekaligus memastikan pemain industri tempatan kekal berdaya saing dalam pasaran global yang pesat berubah.

Sebagai simbolik perasmian, satu plak khas telah didedahkan dan ditandatangani oleh Menteri, menandakan pelancaran rasmi Pusat R&D Betamek.

Dengan inisiatif baharu ini, Betamek terus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju dalam teknologi automotif, memacu inovasi, dan menetapkan penanda aras baharu untuk masa depan mobiliti di Malaysia dan peringkat global.

MENGENAI BETAMEK BERHAD

Betamek ialah penyedia ODM dan EMS yang mengkhusus dalam reka bentuk dan pembangunan (“D&D”), perolehan dan pembuatan elektronik serta komponen tersuai untuk industri automotif.

Syarikat ini terlibat secara utama dalam D&D serta pengeluaran produk audio kenderaan dan komponennya, termasuk sistem infotainmen kenderaan dan aksesori audio video, serta aksesori kenderaan seperti panel kawalan penghawa dingin, pengecas USB, suis cermin, soket kuasa, kamera undur, dan aksesori lain.

Untuk maklumat lanjut, layari www.betamek.com.my.

MALAYSIA AUTOSHOW 2023 – MOBILITY REDEFINED

Malaysia Autoshow 2023 sekali lagi akan membuka pintunya kepada orang ramai pada 4 ke 7 Mei 2023, bertempat di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS).

Edisi 2023, bertemakan “Mobility Redefined”, meneruskan tradisi dalam mengetengahkan kenderaan terbaru di dalam pasaran, menonjolkan kemajuan teknologi, keselamatan dan keselesaan kenderaan di dalam pasaran Malaysia.

Malaysia Autoshow yang telah mencapai edisi ke-enam – dianjurkan oleh Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii), bukan sahaja membawakan pameran automotif dan permotoran, malah meluaskan skop meliputi teknologi penting yang boleh dijangkakan oleh rakyat sejajar perkembangan sektor mobiliti di era digital.

“Malaysia Autoshow adalah di antara pameran yang membuka peluang bagi pemain industri untuk berinteraksi secara langsung dengan orang ramai – bagi menonjolkan selok-belok, elemen-elemen di sebalik tabir dan insan yang merekabentuk dan membina kenderaan yang membawa orang tersayang kita setiap hari”, kata Pengerusi MARii, Datuk Phang Ah Tong semasa berucap di Pelancaran Rasmi Malaysia Autoshow 2023.

Turut hadir di pelancaran adalah Datuk Hanafi Sakri, Pengarah Kanan, Bahagian Pembangunan Industri, MITI.

Malaysia Autoshow 2023 kembali dengan tambahan baharu – Malaysia Bike Show, Malaysia EV Show dan Charged.

“Anda berpeluang melihat teknologi dan perkembangan terbaru di dalam industri automotif, dari kenderaan elektrik dan kenderaan berautonomi, kepada kemajuan di dalam keselamatan dan kecekapan (tenaga), industri automotif kini giat membuat kenderaan yang bukan sahaja lebih mesra alam, tetapi lebih selamat dan lebih menyeronokkan untuk dipandu”, katanya lagi.

Dewan A meneruskan tradisi mempamerkan kenderaan terbaru yang ditawarkan di Malaysia, termasuk Kenderaan Cekap Tenaga (EEV). Lebih 100 model dari pembuat kenderaan dijangka dipamerkan. Pengunjung juga akan ditawarkan pakej dan khas, serta pakej kewangan melalui rakan bank di Malaysia Autoshow 2023.

Pengunjung tahun ini juga berpeluang memenangi Perodua Alza di dalam Peraduan Pengunjung Malaysia Autoshow 2023.

Dewan C akan menempatkan Malaysia Bike Show, menonjolkan gaya hidup dua roda – dari

sports bike kepada trail dirt bike. Sementara itu, Dewan D menempatkan Malaysia EV Show dan Charged, kenderaan elektrik, teknologi pengecas, serta aksesori, komponen dan aplikasi digital yang terlibat di dalam ekosistem EV.

Malaysia Autoshow akan mengambil kesempatan penuh kawasan luas MAEPS, bagi membawakan pelbagai aktiviti automotif dan gaya hidup, termasuk:

• Dua laluan pandu uji sepanjang 4.5km (dipanjangkan daripada 3km) bagi membolehkan pengunjung mengalami kereta yang dipandu uji sepenuhnya.

• Dewan Premium yang dikhaskan bagi mempamerkan teknologi termaju yang ditawarkan oleh segmen premium.

• Lebih dari 100 model dan varian kenderaan cekap tenaga, motosikal dan kenderaan elektrik di ruang pameran.

• Pengalaman off-road khas bagi mereka yang meminati pengembaraan.

• Drift Taxi-ride bagi mereka yang inginkan pengalaman kenderaan berkuasa tinggi

• Demonstrasi Teknologi Keselamatan bagi menampilkan teknologi terbaru dalam keselamatan kenderaan

• Food Truck di Malaysia Autoshow Auto Village
• Aktiviti menarik bagi seluruh keluarga di AutoFest, termasuk konsert yang

menampilkan artis ternama, tarian antarabangsa, aktiviti cosplay dan banyak lagi.

Datuk Phang juga menyatakan penghargaan terhadap sokongan menyeluruh industri dalam memastikan Malaysia Autoshow menjadi agenda penting di dalam kalendar automotif Malaysia.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Kementerian (MITI) dan seluruh sektor automotif dan mobiliti kerana memberikan sokongan berterusan kepada Malaysia Autoshow. Penghargaan khas diberikan kepada penaja-penaja, khususnya Perodua, yang merupakan penaja Platinum Malaysia Autoshow 2023. Saya percaya sokongan anda semua akan menjadikan acara ini satu lagi kejayaan, dan ingin juga menghargai pengguna automotif Malaysia – anda merupakan sebab utama acara ini terus dianjurkan”, katanya.