Saluran Ceria Anda, ntv7 bakal membawakan anda pelbagai rancangan menarik termasuklah judul filem blokbuster dan rancangan khas tempatan sebagai tawaran hebat bagi meraikan perayaan Aidilfitri serta menjadikan percutian anda lebih terisi.
Antara filem yang bakal menemui anda ialah Sherlock Holmes, How To Train Your Dragon, Inkheart, Super 8, The Files Of Kindaichi – Lost In Kowloon, dan Devdas.
Manakala rancangan hiburan kelas dunia yang bakal menyerikan raya anada pula ialah rancangan berdurasi 30 minit menampilkan penyanyi terkenal Yuna.
Diterbitkan pengarah berbakat, Nik Amir Mustapha, #askYuna merupakan rancangan unik yang memberikan peluang kepada para peminat di seluruh dunia untuk menghantar soalan mereka untuk dijawab oleh penyanyi kegemaran mereka ini. Soalan yang telah dipilih nanti akan dijawab menerusi rancangan ini di mana kebanyakannya mungkin belum pernah dikongsi sebelum ini. Yuna yang semakin bersinar di dalam kerjaya seni sejak kemunculannya pada tahun 2008 turut akan menyanyikan beberapa lagu daripada album barunya, Nocturnal khas buat para peminat dan penonton setia ntv7.
Manakala rancangan temubual wanita, Bella turut menyiarkan lima buah episod istimewa sempena Hari Raya dimana para pengacaranya termasuklah Vanessa Chong dan Lisa Wong yang bakal melakukan aktiviti menarik yang bakal memberi inspirasi kepada para penonton.
Selain itu, rancangan variasi dan hiburan terbitan ntv7 seperti e7, Women’s Zone, dan Good Morning Tai Tai turut akan memilih topik menarik untuk dibincangkan ketika perayaan ini nanti.
Ntv7 juga kan menyiarkan sebuah rancangan permainan TV berjudul “Raya Fun Together”, di mana selebriti berbangsa Cinanya akan bersaing mendapatkan hadiah raya.
Bagi kanak-kanak pula, mereka kana dihiburkan dengan kisah dari karakter kegemaran mereka seperti Doraemon, BoBoi Boy dan Winx Club.
Raya Fun Together
29 July, Tuesday, 6.03pm – 7.00pm
Rancangan permainan yang akan menampilkan dua buah pasukan yang merebut hadiah Raya mereka. Antara personality yang mengambil bahagian – Adrian Tan, Leslie Chai dan Karena Teo (pasukan A) & Nicholas Ong, Jack Yap serta Yoon Ng untuk pasukan B. Siapakah yang bakal menang?
Berikutan penerimaan baik kisah siri dongeng popular Amerika, Once Upon A Time, Edward Kitsis dan Adam Horowitz menghasilkan sebuah lagi siri sampingan berjudulOnce Upon A Time In Wonderland, yang merupakan drama fantasi yang bersiaran setiaphari Khamis jam 8.30 malam di ntv7(Saluran 107) yang memberi tumpuan kepada sebuah lagi watak dongeng kegemaran. Watak yang dimaksudkan adalah Alice yang merupakan pendukung utama dalam karya – Alice’s Adventures in Wonderland – yang diperkenalkan oleh penulis Lewis Carrol pada tahun 1865.
Tidak seperti adaptasi lain daripada karya klasik ini, Once Upon A Time In Wonderland menjanjikan kelainan dan pilinan jalan cerita yang berbeza.
Peter Gadiot Sebagai Cyrus
Siri ini dibintangi Sophie Lowe, Peter Gadiot, Michael Socha dan Emma Rigby, yang mengisahkan kisah Alice yang lengkap di mana para penonton akan dibawa ke dalam kehidupan peribadi Alice di mana lebih banyak rahsia dan kejutan bakal didedahkan di dunia Wonderland.
Seperti siri tunjang seangkatan dengannya seperti Once Upon A Time dan siri Lost yang merangkul anugerah Emmy, Once Upon A Time In Wonderlandmenggunakan latar dan pendekatan yang sama iaitu teknik imbas kembali dari dunia kini dan dunia sumpahan di Wonderland.
Jika anda benar-benar peminat siri Once Upon A Time, anda pasti gembira kerana beberapa watak yang terperangkap di Storybrooke, Maine juga akan diselitkan di dalam beberapa episod.
Peminat siri Lost pula akan gembira melihat pelakon kegemaran mereka iaitu Naveen Andrews memegang watak Jafar yang merupakan watak jelmaan di dalam kisah dongeng Aladdin. Selain dari Jafar, beberapa lagi watak dari siri klasik dan dongeng turut bakal muncul dalam kisah ini.
Once Upon A Time In Wonderlandmengisahkan Alice yang dalam perjalanan mencari cintanya – yang merupakan seorang “genie” yang dikenalinya ketika jatuh ke dalam lubang arnab sebelum ini. Alice mengatakan bahawa dia pernah mengembara ke dunia Wonderland di mana pelbagai pengembaraan ajaib ditempuhinya.
Antara yang bakal ditemui dalam pengembaraan Alice adalah kucing halimunan, kad permainan yang boleh berbicara, makanan dan minuman yang boleh berubah rupa dan pelbagai lagi perkara pelik yang akan dialaminya setelah jatuh ke lubang arnab.
Setelah kembali ke dunia sekarang, Alice cuba meyakinkan ayahnya mengenai alam yang dijumpainya di mana tiada apa yang mustahil. Namun sukar bagi ayahnya memahami Alice dan meminta seorang ahli terapi, Dr Lydgate yang berjanji untuk menyembuhkan alice dengan sebuah rawatan yang menyebabkan Alice melupakan segalanya.
Alice yang hampir bersedia untuk melupakan segalanya serta kesedihannya terhadap memori bersama kekasihnya Cyrus (Peter Gadiot) tiba-tiba dipertemukan semula dengan Knave of Hearts (Michael Socha) dan White Rabbit (suara oleh John Lithgow) yang dating untuk menyelamatkannya. Mereka ketiga kemudiannya melompat ke lubang arnab dan kembali ke dunia Wonderland untuk mencari Cyrus, namun watak antagonis Jafar dan Red Queen (Emma Rigby) mempunyai rancangan lain buat Alice.
Kisah menarik ini bakal membawa anda ke pengembaraan yang misteri, cinta dan fantasi serta perbezaan dua dunia dalam Once Upon A Time In Wonderland. Saksikan siri baru menarik ini setiap hari Khamis jam 8.30 malam di ntv7(Saluran 107).
Rehat, rawat dan rileks! Itu antara kebanyakan idea percutian pendek buat mereka yang memiliki gaya hidup yang sibuk. Percutian juga mampu memberikan anda idea-idea baru selain mengurangkan tekanan dari tempat kerja. Namun halangan utama di dalam menunaikan impian percutian anda pastinya dalam menentukan bajet mengikut kemampuan sendiri. Namun itu bukan lagi satu masalah kerana rancangan log pengembaraan Destinasi Bajet yang kini memasuki musim ke-4 bakal memberikan anda tips tentang bagaimana anda boleh mendapatkan percutian yang bermakna walaupun dengan bajet yang rendah.
Diana Rusdi
Bersiaran sejak 11 Mac lalu, jenama Destinasi Bajet tetap utuh dengan memberikan pelbagai tips tentang bagaimana para penonton boleh menikmati percutian idaman mereka dengan bajet yang berpatutan. Rancangan log pengembaraan setiap hari Selasa jam 9.00 malam di ntv7 itu mengekalkan tiga pengacara sama sejak musim ketiga – Qi Razali, Razif Hashim dan Diana Rusdi – bakal membawa para penonton menjelajah di dalam dan di luar negara. Mengambil tugas mengacara bersilih ganti untuk setiap episod, kali ini mereka akan ke Singapura, Jakarta, Surabaya, Macau, Hong Kong, Chiang Rai dan banyak lagi.
Qi & Razif
“Semua orang memang gemarkan percutian namun bagaimana anda menghabiskan percutian itu juga suatu yang penting. Perancangan yang baik bakal membuahkan percutian yang lebih bermakna. Menerusi rancangan Destinasi Bajet, kami berharap kami dapat memberikan idea kepada para penonton untuk bagaimana menghabiskan masa percutian mereka dan apakah tempat yang harus dilawati mereka di setiap destinasi pilihan,” kata Pengurus Besar Kumpulan ntv7 & 8TV, Airin Zainul.
Saksikan Qi Razali serta rakan pengacaranya – Razif Hashim dan Diana Rusdi di ntv7, setiap hari Selasa, jam 9.00 malam untuk mendapatkan tips percutian yang bakal membawa anda ke destinasi pilihan dengan bajet yang ekonomi. Serta ulangannya setiap hari Sabtu jam 11.30 pagi.
Daniella Sya sebagai Tan Siew Lan, Nadiah M Din sebagai Hani Rahmat dan Cheryl Wee sebagai Elizabeth Tan
Rancangan apresiasi khas buat wanita diteruskan oleh stesen Saluran Ceria Anda, ntv7. Sebelum ini saluran itu menerbitkan dokumentari khas mengenai lima wanita berkredibiliti di dalam Bella Hopes. Malah laporan istimewa tentang peranan wanita dalam pasukan polis juga diselitkan di dalam rancangan temu bual popularnya, Bella sempena Hari Polis ke 207. Sinonim dengan stesen yang mengangkat martabat golongan wanita, maka tidak hairanlah jika ntv7 mendedikasikan sebuah lagi rancangan buat golongan itu dalam drama bersiri khas Singapura, Mata-Mata yang mengisahkan pasukan pegawai polis wanita pertama yang ditubuhkan ketika pasca perang pada tahun 1950an – 1960an di Singapura yang juga dipanggil sebagai mata-mata.
Mata-Mata diinspirasikan daripada kisah kehidupan seorang Assistant Superintendent wanita dalam pasukan pada tahun 1961, Mary Quintal nee Voon. Kisah menarik ini diterajui oleh tiga watak utamanya yang dibawa oleh pelakon yang berbakat Elizabeth Lee (lakonan Cheryl Wee), Hani Rahmat (lakonan Nadiah M Din), Tan Siew Lan (lakonan Daniella Sya) selain bergandingan dengan Lim Seng Hock (lakonan Daren Tan), Henry Ridley (lakonan Jason Godfrey) dan Yoke Lien (lakonan Aileen Tan). Mata-Mata telah pun bersiaran pada 31 Mac 2014, setiap hari Isnin jam 8.30 malam.
Bagi gadis berusia 26 tahun, Cheryl Wee, Mata-Mata merupakan ruang terbaik dalam menyerlahkan bakat lakonannya walaupun sebelum ini dikenali menerusi pertandingan ratu cantik (Pemenang Miss Singapore Universe 2009 dan naib johan Miss Chinese International Pageant 2012) selain kerjaya nyanyiannya menerusi album sulungnya, ‘One Fine Day’ yang diterbitkan pada tahun 2012. Cheryl amat bersungguh-sungguh dalam mendapatkan watak sebagai ‘Elizabeth Tan’ kerana pernah ditolak dalam ujibakat sebelum ini dan gembira kerana berjaya ditawarkan peranan tersebut.
Manakala pelakon dan model kelahiran Malaysia, Daniella Sya pula bersedia memainkan watak sebagai seorang pegawai yang tangkas kerana pernah mempelajari ilmu silat gayung sebelum ini. Malah dia juga pernah membawakan watak gadis feminin dan watak yang memerlukan dia beraksi lasak ketika di Malaysia. Apabila dia ditawarkan watak ‘Siew Lan’, dia amat teruja kerana dia dapat melihat watak sebgai gabungan kedua-dua perwatakan yang sering beliau lakonkan.
Nadiah M Din pula memang tidak asing dalam pengalaman bidang lakonan malah pernah memainkan pelbagai watak dari watak serius mahupun kepada watak lucu. Gadis berusia 23 tahun ini juga pernah memainkan watak sebagai pelakon sampingan menerusi drama bersiri The Kitchen Musical yang pernah disiarkan di ntv7 suatu ketika dahulu. Pada mulanya dia kurang yakin bahawa uji bakatnya sebagai ‘Hani Rahmat’ berjaya namun bakatnya berjaya membuat Nadiah terpilih. Di antara produksi yang pernah melibatkan nadiah adalah seperti Anak Metropolitan (2012), Balik Sekolah (2012), Step Puteri (2011) di mana siri yang diterbitkan di Singapura ini semuanya di dalam Bahasa Inggeris.
Penggambaran untuk Mata-Mata kebanyakannnya adalah di Batam di mana siri ini mengisahkan tiga pegawai polis wanita yang baru menyertai pasukan itu dilayan secara berasingan di mana mereka hanya lebih kepada diberikan tugasan pejabat.
Drama ini bermula dengan watak Elizabeth Lee, gadis berusia 19 tahun yang baru sahaja menamatkan Cambridge O’ Levels yang kemudiannya dipaksa ibunya, Yoke Lien untuk membuat keputusan sama ada untuk bekerja atau terus berkahwin. Memang menjadi kebiasaan gadis era itu berkahwin dalam usia muda namun Elizabeth, gadis yang sukakan cabaran memilih untuk menyertai pasukan polis. Turut sama menyertai keputusannya itu adalah dua rakan wanitanya, Tan Siew Lan dan Hani Rahmat yang bertekad untuk berjaya di dalam lapangan itu walaupun tidak mendapat sokongan keluarga.
Namun, setelah berjaya menempatkan diri di dalam pasukan tersebut, mereka kecewa kerana mereka diberikan tugasan dalam menyediakan kertas kerja dan tugasan pejabat berbanding menyelsaikan masalah jenayah di kawasan mereka. Namun di sebalik kekecewaan itu mereka berazam untuk mendapatkan kepercayaan pihak atasan bahawa mereka juga bersedia untuk berhadapan dengan cabaran fizikal dalam mengendalikan tugasan di lapangan. Walaubagaimanapun, semuanya tidak semudah yang disangkakan. Elizabeth yang bersifat vokal dan idealistik menyebabkan perbalahan dalaman di antara pasukannya manakala Siew Lan pula mengalami konflik apabila salah seorang ahli keluarganya mula terlibat dengan sekumpulan geng jahat.
Drama ini pastinya bakal memperlihatkan usaha pihak polis pada era itu dalam membendung jenayah. Antara kes yang bakal mereka tangani adalah maslah yang diwujudkan oleh dua buah kumpulan jenayah yang bergeseran iaitu kumpulan Ang Huay dan The Red Butterfly. Malah rusuhan juga terjadi apabila seorang kanak-kanak wanita yang dibesarkan keluarga Melayu diarahkan untuk kembali kepada ahli keluarga kandungnya yang sebenar. Elizabeth dengan pantas sentiasa cuba menyelesaikan setiap kes dan usahanya itu mula dilihat dan mendapat perhatian oleh pegawai atasan. Manakala Hani masih tersekat dengan tugasan pejabat dan mula memikirkan cabaran sebenar sebagai pegawai polis.
Konflik percintaan juga tidak lari daripada drama ini apabila salah seorang geng Ang Huay, Seng Hock jatuh cinta pada Elizabeth namun kerana perbezaan dunia dan latar belakang, mereka saling menyembunyikan perasaan.
Kisah hidup Siew Lan pula jauh berbeza sebelum menyertai pasukan itu. Siew Lan yang hidup bersama adik lelakinya mula menghadapi pelbagai kesukaran hidup selepas kematian ayahnya. Lebih memburukkan apabila kerana janjinya untuk berkahwin dengan rakan ayahnya menyebabkan dia lebih sengsara kerana penderaan fizikal dan mental suaminya. Ternyata andaian mendiang ayahnya berbeza kerana walaupun berkahwin dengan pemilik restoran yang disangkakan mampu membawa kebahagiaan.
Siew Lan semakin terseksa apabila sebagai isteri ketiga, di dihalau keluar oleh madu-madunya selepas kematian suami. Namun kekecewaan itu menyebabkan dia lebih bersemangat dalam meneruskan hidupnya. Peluang menyertai pasukan polis tidak akan dipersiakan Siew Lan untuk kebaikan adik dan dirinya.
Sementara itu kerjaya Elizabeth semakin berkembang manakal Hani pula bergolak dalam membuktikan kepada ayahnya bahawa dia mampu menjadi pegawai polis yang berkredibiliti tinggi. Tetapi prestasi hani jika dibandingkan dengan Elizabeth jauh berbeza. Walupun bersahabat baik sejak dari dulu lagi, hubungan persahabatan mereka semakin teruji. Apatah lagi apabila Elizabeth ditawarkan untuk mengikuti latihan di akademi Polis London walaupun tawaran itu pada mulanya diberikan kepada Hani. Adakah pergeseran diantara dua orang sahabat ini bakal terlerai. Adakah tiga orang polis wanita ini berjaya menjadi pegawai polis yang disegani?
Saksikan siri yang padat dengan aksi serta cabaran pasukan polis wanita di Singapura dalam Mata-Mata di Saluran Ceria Anda, ntv7setiap hari Isnin jam 8.30 malam. Mata-Mata mula bersiaran sejak 31 Mac 2014.
ENAM BELAS pasukan, 10 episod, 2 pengacara dan 1 pemenang – Rancangan no. 1 edisi permainan buat pelajar sekolah rendah, Mandarin Battle Star kini kembali dalam musim ke-5 dengan menampilkan seorang lagi pengacara baru dan lebih ramai pasukan pelajar yang akan bersaing sengit dalam merebut gelaran juara selain cabaran menarik yang menanti mereka. Rancangan mingguan itu akan bersiaran di ntv7 (Saluran 107) bermula 7 Jun, setiap Sabtu jam 6.00 petang.
Seramai 390pelajar menyertai sesi ujian bertulis termasuk dari Sabah dan Sarawak namun hanya 16pasukan terpilih yang terdiri daripada sejumlah 48 orang pelajar yang dipilih menerusi keputusan ujian itu. Setiap pasukan terdiri daripada tiga orang peserta. (Senarai lengkap 16 buah sekolah yang bertanding disertakan di akhir siaran berita ini)
Para finalis yang menyertai sidang media hari ini di Sri Pentas, Bandar Utama diberikan peluang menonton klip video istimewa sebelum siaran musim kelima ini. Diperakui oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan disokong oleh Chinese Language Standardisations Council of Malaysia dan Alumni Association of Kuala Lumpur and Selangor Chinese School Training Teachers, rancangan bersiri berdurasi sejam setiap episod ini akan menguji para peserta dalam soalan berkaitan pengetahuan am, hal ehwal semasa, sejarah dan kesusateraan, matematik, kefasihan bahasa Mandarin dan pengucapan awam.
Rancangan berbentuk mendidik ini ditaja oleh Vitagen yang bakal memberikan peluang kepada para peserta sekolah rendah dari darjah 4 hingga 6 untuk mendapatkan pendedahan dalam menemui pendekatan baru dalam pembelajaran dan memajukan para peserta melalui pelbagai cabaran yang diberikan di dalam rancangan itu nanti.
“Pelajar cilik seperti para peserta kita bakal memerlukan kemahiran kritikal dalam berkomunikasi dan pengucapan awam sementara meningkatkatkan lagi pengetahuan am mereka yang sedia ada termasuklah kefasihan dalam berbahasa Mandarin menerusi pelbagai topik yang disediakan di dalam rancangan Mandarin Battle Star,” kata Lai Cheah Yee, Pengurus Kumpulan Pengurusan Jenama, ntv7.
“Rancangan ini bukan sahaja diterima baik oleh semua sekolah yang bertanding, guru-guru dan para pelajar sejak musim pertama malah rancangan ini mendapat maklum balas positif dan memberi manfaat serta inspirasi kepada para semua pelajar dan semua yang terlibat di dalam bidang pendidikan kerana kandungannya yang bernas dan praktikal yang memberi pendedahan dalam memperkukuhan pembelajaran mereka,” tambah Cheah Yee.
Musim ini bakal terus membawakan konsep segar dan menampilkan seorang lagi pengacara baru iaitu Dylan Liong yang bakal bergandingan dengan pembaca berita Mandarin 7, Tan Ley Teng yang telah mengacara sejak musim ke-3. Dylan Liong bukan nama asing bagi mereka yang mengenali beliau yang mempunyai pengalaman pengacaraan dalam rancangan seperti Step Forward dan I Wanna Be A Model.
Peserta Mandarin Battle Star musim ke-5 akan diberi ujian baru dalam cabaran harta karun di mana mereka akan di hantar ke kawasan pedalaman selama sehari untuk mempelajari dan menimba pengalaman mengenai cara hidup dan kebudayaan masyarakat seperti mencanting batik, penanaman padi, pembuatan wau dan layang-layang. Kemudian mereka akan diuji mengenai tugasan berkaitan berdasarkan lawatan dan pemerhatian tersebut.
“Kami sentiasa mempromosi kepentingan tentang pentingya sistem penghadaman yang sihat sebagai sebahagaian daripada kempen kami. Bekerjasama dengan Mandarin Battle Star bukan sahaja memberikan kami saluran untuk mendekati minda anak muda malah kami berpeluang mendidik mereka tentang kebaikan penghadaman yang sihat dengan cara yang menyeronokkan,” kata Pengurus Senior Jenama, Puan Nordina Baharum. “Apa yang lebih penting adalah VITAGEN merupakan minuman susu kultur yang sebenar kerana setiap botol VITAGEN mengandungi berbillion-billion bakteria yang baik”.
Lebih menarik adalah peningkatan hadiah wang tunai kali ini iaitu sejumlah RM53,000 akan diberikan kepada para pemenang untuk membantu mereka dalam program sekolah. Pasukan yang menang akan menerima sejumlah RM30,000, manakala tempat kedua RM10,000, ketiga RM5,000 dan keempat RM2,000. Hadiah saguhati pula ialah kepada pasukan yang tinggal dimana mereka akan menerima RM500.
Saksikan anda menonton Mandarin Battle Star musim 5 di ntv7 (Saluran 107), bermula 7 Jun 2014 setiap hari Sabtu jam 6.00 petang.
Misi murni rancangan Bella Hopes yang bertujuan untuk memberikan inspirasi kepada para penonton diteruskan dengan sebuah lagi usaha stesen itu dalam mengadakan projek tanggungjawab sosial korporat dengan kerjasama PERTIWI Soup Kitchen untuk membawa keceriaan kepada warga kota yang memerlukan.
Menariknya lagi, PERTIWI Soup Kitchen diusahakan oleh Puan Munirah Abdul Hamid iaitu salah seorang daripada lima orang wanita yang dipaparkan menerusi rancangan dokumentari Bella Hopes terbitan stesen ntv7 yang bertujuan untuk menyuntik semangat kepada para penonton untuk melakukan perubahan positif.
Projek yang berlangsung pada 10 Mac itu diadakan di sekitar Kuala Lumpur dan disertai oleh pengacara rancangan temubual Bella, Elaine Daly, pembaca berita Edisi 7 dan 7 Edition – Nina Jamil dan Melissa Ong serta kakitangan ntv7.
Antara sumbangan yang diberikan ialah dalam bentuk makanan yang akan diedarkan kepada masyarakat gelandangan dan jalanan sekitar ibu kota selain pemberian pakaian. Seiring dengan slogan Saluran Ceria Anda, stesen ntv7 juga membawakan aktiviti menarik seperti sesi ‘mini–makeover’ dan acara menggunting rambut oleh pasukan artistik Derina buat beberapa warga kota yang terpilih bagi mengukir senyuman dan keceriaan kepada mereka yang memerlukan.
Bermula 2 Mac yang lalu, ntv7 menyiarkan rancangan dokumentari khas sempena Hari Wanita Sedunia – Bella Hopes – yang menyentuh kisah lima orang wanita yang penuh aspirasi untuk dijadikan tauladan dan menyuntik semangat penonton untuk mula melakukan perubahan positif tidak kira sama ada terhadap manusia, haiwan mahupun alam sekitar. Lima wanita tersebut adalah Puspa Rani, Pengasas Malaysia Independent Animal Rescue (MIAR), New Su Shern, dari Projek Liber8 iaitu seorang aktivis berkaitan isu anti pemerdagangan manusia, Munirah Hamid, Pengasas PERTIWI Soup Kitchen, Diana Rose, Pengasas ‘Lamin Dana’ yang mempertahankan seni kebudayaan dan Choo Poh Leem, seorang ahli biologi marin yang cuba memulihara alam sekitar.
Selain menonton kisah menarik kehidupan lima orang wanita berkaliber ini menerusi rancangan dokumentari Bella Hopes setiap hari Ahad, jam 8.30 malam, para penonton juga boleh menyaksikan temubual eksklusif bersama kelima-lima tokoh wanita ini di rancangan temubual Bella. Bella yang bersiaran setiap hari Isnin sehingga jumaat jam 11.00 pagi hingga 12.00 tengah hari akan mendedikasikan temubual eksklusif ini menerusi slot istimewa Bella Society setiap hari Selasa. Perantara bagi rancangan temubual ini adalah Elaine Daly, Daphne Iking dan Vanessa Chong. Manakala rancangan dokumentari itu pula akan menggunakan suara daripada setiap wanita itu sendiri sebagai teknik penceritaan yang lebih menarik. Bagi mereka yang terlepas menonton kedua-dua rancangan ini ketika disiarkan boleh menontonnya semula di www.tonton.com.my