Tag Archives: PendidikanDigital

PTTI UKIR SEJARAH 534 PELAJAR STRAIGHT A SPM 2025, TIGA KALI DIIKTIRAF MALAYSIA BOOK OF RECORDS

PTTI Group Sdn. Bhd. terus mengukuhkan reputasi sebagai peneraju pendidikan digital apabila berjaya melahirkan 534 pelajar Straight A dalam SPM 2025, sekali gus mencipta pencapaian luar biasa di peringkat nasional.

Kejayaan ini turut melayakkan PTTI menerima pengiktirafan The Malaysia Book of Records (MBOR) buat kali ketiga selepas rekod terdahulu pada 2022 dan 2024.

REKOD BESAR YANG BUKAN KEBETULAN
Secara keseluruhan, sebanyak 31,987 gred A direkodkan oleh pelajar di bawah bimbingan PTTI bagi SPM 2025, mencerminkan impak besar sistem pembelajaran yang digunakan.

PTTI Straight A SPM 2025 MBOR Putrajaya

Lebih daripada itu, seramai 158,423 pelajar telah mendapat manfaat daripada program seminar SPM sepanjang tahun 2025.

“FOKUS KEPADA HASIL, BUKAN SEKADAR SILIBUS”
Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman menegaskan bahawa pendekatan mereka berbeza daripada kaedah tradisional.

“Kami sentiasa memberi fokus kepada hasil dan kemenjadian pelajar, bukan sekadar menamatkan silibus pembelajaran,” katanya.

KISAH KEJAYAAN: DARI ARTIS KE PELAJAR CEMERLANG
Penyanyi muda Alyssa Dezek antara yang mencuri perhatian apabila berjaya memperoleh 9A dalam SPM 2025 selepas menyertai PTTI sejak tingkatan tiga.

“Teknik pengajaran sangat jelas dan mudah difahami, bantu saya kuasai pelajaran dengan cepat,” katanya.

PTTI Straight A SPM 2025 MBOR Putrajaya

LEBIH 150,000 PELAJAR DIBANTU & SEMINAR PERCUMA MENANTI
Menurut Chief Growth Officer, Race Monsopiad (Sir Race), lebih 158,423 pelajar telah dibantu sepanjang 2025.

Bagi meneruskan momentum ini, PTTI akan menganjurkan Seminar Percuma SPM seluruh negara dari 4 hingga 10 Mei 2026, terbuka kepada semua pelajar.

VISI BESAR: MENUJU 1,000 STRAIGHT A
Pengarah PTTI, Asyraf Khalid menegaskan kejayaan ini adalah hasil sistem yang tersusun dan usaha berterusan.

“Kami bina nama PTTI atas nama pelajar. 534 Straight A bukan kebetulan – ini hasil sistem yang betul,” katanya, sambil menyasarkan 1,000 Straight A sebagai sasaran seterusnya.

MAJLIS GAH DI PICC TARIK RIBUAN HADIRIN
Lebih 4,000 pelajar bersama ibu bapa membanjiri Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) sempena Majlis Anugerah Inspirasi 2026.

Majlis ini dirasmikan oleh Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan turut diserikan kehadiran tokoh serta selebriti seperti Datuk Awie, Datuk M. Nasir, AC Mizal, MK K-Clique, Iman Troye, Hael Husaini dan Bella Astillah, menjadikannya antara acara pendidikan paling berprestij tahun ini.