Tag Archives: Pertubuhan Peduli Insan Malaysia

Kempen Musim Sejuk Oleh Pertubuhan Peduli Insan Malaysia Masuki Tahun Ke 12

2023 Syria Humanitarian Needs Overview (HNO) menganggarkan lebih 15.3 juta orang memerlukan bantuan kemanusiaan di Syria, menjadikan jumlah itu adalah jumlah tertinggi dari bermulanya krisis di Syria. Manakala lebih 6.8 juta telah menjadi pelarian akibat kehilangan tempat tinggal di dalam Syria sendiri.

Sehubungan dengan itu, Pertubuhan Peduli Insan Malaysia telah melancarkan Kempen Musim
Sejuk yang memasuki tahun ke 12 bertujuan mengumpul dana sumbangan untuk penyaluran
bantuan kepada negara Syria serta dua negara lain yang turut mempunyai krisis kemanusiaan
terburuk; Palestin yang berterusan diserang rejim Israel tanpa henti bermula dari tahun 1948
dan Yaman yang dikategorikan sebagai negara Arab termiskin setelah terperangkap dalam
perang sivil yang berpanjangan mengakibatkan jutaan rakyat di negara itu di am bang kebuluran.

“Bantuan akan diutamakan kepada dua jenis, Suapan Kasih dan Selimut Kasih. Seperti tahun sebelumnya, Suapan Kasih akan diberikan di dalam bentuk makanan dan bekalan makanan ruji untuk kegunaan harian mereka manakala Selimut Kasih diberikan di dalam bentuk pakaian dan barangan khusus musim sejuk supaya dapat memberi kehangatan kepada saudara kita,” kata Pengerusi Peduli Insan, Mohd Luqmanulhakim Mohd Redzuan yang ditemui ketika acara pelancaran kempen ini.

Misi Peduli Insan | bantuan musim sejuk (11) & bantuan gempa Syria – Turkiye 1444H – 2…

Bantuan Suapan Kasih:

– Set hidangan panas

– Kotak makanan bekalan 2 minggu bagi setiap keluarga

– Infaq Pembinaan Telaga air di Yaman

Bantuan Selimut Kasih:

– Selimut tebal

– Set pakaian musim sejuk (Jaket, stokin, kasut & mafla)

– Alat Pemanas

– Bahan bakar (Minyak diesel, birin;hampas kering zaitun)

Bantuan lain juga turut diberikan mengikut keadaan seperti bantuan kesihatan bagi golongan
kurang upaya dan mereka yang terkesan akibat perang dan memerlukan rawatan atau pembedahan ekoran dari tragedi gempa bumi yang melanda bumi Turkiye dan Syria beberapa
bulan yang lalu. Selain itu, Peduli Insan juga meningkatkan usaha mereka dalam memastikan
kanak-kanak ini mendapat pendidikan sewajarnya.

https://www.facebook.com/peduliinsan.my/posts/pfbid0327SHQ5ysqrN3otTwSweezSxjM5MPo2
dgJvDhW4pyZKRZ3NsU9NRavamRJgMHnxjdl

“Kita semua sedar pendidikan adalah salah satu cara untuk membuka ruang dan peluang buat
anak-anak ini mengubah nasib hidup mereka dan juga keluarga mereka. Kita dengar sendiri luahan anak-anak di kem pelarian Syria menyatakan hasrat mereka ingin ke sekolah ketika pasukan menyertai misi yang lalu tetapi keadaan kehidupan mereka yang terlalu dhaif tidak mengizinkan.” tambah beliau lagi.

Kempen Musim Sejuk (12) ini mensasarkan kutipan dana RM5 juta ringgit bermula dari tarikh pelancaran 15 September 2023 yang lalu sehingga bulan Febuari 2024. Bagi orang ramai yang ingin membantu ibu tunggal, anak-anak yatim, fakir miskin, orang kurang upaya serta warga tua di tiga negara yang terlibat di dalam kempen ini boleh salurkan sumbangan melalui:

BANK ISLAM

0704 3011 0620 82

PERTUBUHAN PEDULI INSAN MALAYSIA

Ihsan Demi Insan

www.peduliinsan.org

Pertubuhan Peduli Insan Malaysia Gerakkan Misi Bantuan Musim Sejuk 3 Negara

Pertubuhan Peduli Insan Malaysia, salah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) berdaftar telah berlepas menuju ke Lubnan pada pagi ini bagi menggerakkan Misi Bantuan Musim Sejuk 3 Negara yang memfokuskan kepada rakyat Syria yang menjadi pelarian di negara itu. Pasukan Peduli Insan akan menyantuni serta mengedarkan bantuan kepada lebih 10,000 pelarian Syria berbentuk bantuan keperluan ketika musim sejuk yang ketika ini sedang di dalam saat kritikal. Susulan gempa bumi yang terjadi di Turkiye dan telah menyebabkan banyak kemusnahan terutama di wilayah Gaziantep, Ankara serta negara Syria, Peduli Insan akan turut melaksanakan Misi Bantuan Kecemasan Gempa Syria Turkiye.

Menurut Pengerusi Pertubuhan Peduli Insan Malaysia, Mohd Luqmanulhakim Mohd Redzuan, beliau memaklumkan perancangan ini sudah dilakukan lebih dari sebulan yang lalu. “Pasukan Peduli Insan akan pergi ke Lubnan dahulu untuk memberikan bantuan musim sejuk di mana alatan seperti alat pemanas, bahan bakar, set pakaian musim sejuk, kotak makanan serta makanan panas siap hidang akan diagihkan mengikut keadaan mereka dan keperluan mendesak ketika ini.”

Manakala bagi Misi Bantuan Kecemasan Gempa Syria Turkiye, ianya dilancarkan sejurus selepas mendengar khabar duka yang melanda Turkiye dan Syria yang mengakibatkan kemusnahan serta kerosakan hampir 30,000 bangunan. Menurut beliau juga, fokus utama bantuan kecemasan gempa ini diberikan kepada rakyat Syria sendiri serta pelarian Syria yang berada di Turkiye selepas melihat bantuan dunia lebih tertumpu kepada Turkiye. Bagi tujuan penyelarasan dan koordinasi bantuan yang diperlukan, Peduli Insan akan melihat rencana keperluan daripada Kementerian Pengurusan Bencana dan Kecemasan Turkiye (AFAD).

“Kami juga akan bergerak ke Turkiye dan Syria di dalam usaha menyampaikan bantuan daripada para penyumbang untuk mangsa gempa yang kini angka kematian sudah mencecah 36,000 mangsa. Peduli Insan telah mengeluarkan dana kecemasan awal berjumlah RM250,000 untuk kegunaan segera dalam memberi bantuan kepada mangsa gempa di Syria dan Turkiye bermula hari pertama berlakunya bencana ini. Setakat ini kami menerusi pasukan di pejabat Peduli Insan di Syria dan Turkiye telah mengedarkan bantuan dari segi sokongan peralatan mencari dan menyelamat, makanan panas siap hidang, selain daripada agihan bantuan musim sejuk berbentuk set pakaian musim sejuk, selimut tebal serta sokongan perubatan dan pemulihan trauma kepada kanak-kanak dan kini keseluruhan dana yang telah berjaya dimanfaatkan adalah melebihi RM600,000.

Peduli Insan turut memaklumkan hasil dana kecemasan itu telah berjaya disalurkan melalui lebih 10,000 makanan panas yang diusahakan sendiri melalui dapur Peduli Insan di Azaz, Syria. Selain daripada itu, 14,000 liter diesel bagi kegunaan alatan pemanas telah diberikan kepada masjid-masjid yang menempatkan mangsa gempa bumi, 11,950 set pakaian musim sejuk telah diagihkan, 2,000 selimut tebal telah diberikan dan pasukan Peduli Insan sedang berusaha mendapatkan lebih banyak bantuan.

“Kami juga sedar tentang trauma yang dihadapi oleh kanak-kanak terutamanya apabila berlaku bencana seperti ini, dan pasukan kami telah memberikan sokongan pemulihan trauma kepada 865 kanak-kanak melalui permainan, gula-gula serta coklat dan juga program penceritaan buku kanak-kanak bagi memastikan mereka dapat berada di dalam keadaan tenang.”

Pengarah Jabatan Projek Peduli Insan, Azfar Abdullah turut memaklumkan pasukan Peduli Insan juga memberi fokus bantuan terhadap kanak-kanak yang terkesan akibat bencana itu dan telah mengenalpasti serta memberi bantuan berbentuk lampin bayi, susu formula untuk bayi kepada lebih 200 keluarga yang mempunyai bayi serta anak kecil.

Justeru itu, orang ramai yang ingin menyalurkan bantuan bagi bantuan kecemasan gempa bumi Syria Turkiye boleh membuat sumbangan menerusi akaun rasmi Bank Islam Pertubuhan Peduli Insan Malaysia bernombor akaun 07043011062082 atau menerusi www.peduliinsan.org.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan penjelasan lanjut mengenai Kempen Bantuan Kecemasan Syria Turkiye boleh hubungi talian Peduli Insan melalui nombor 0133968840.

Pertubuhan Peduli Insan Malaysia Teruskan Misi Bantuan Musim Sejuk Tahun 2022

Pertubuhan Kemanusiaan, Peduli Insan meneruskan misi bantuan musim sejuk tahun 2022 yang mensasarkan tiga negara iaitu, Syria, Palestin dan Yaman.

Pengerusi Pertubuhan Peduli Insan Malaysia (Peduli Insan) Ustaz Mohd Luqmanulhakim Mohd Redzuan  dalam kenyataan hari ini berkata melalui Ikon Kemanusiaan mereka, Inteam, berjaya mengumpulkan dana bantuan untuk Syria sebanyak RM1,025,252.75 sepanjang tahun 2022.

“Dana yang terkumpul itu telah dimanfaatkan kepada 10,000 pelarian Syria sepanjang tahun 2022 di dalam bentuk bantuan berupa kit makanan, membaik pulih khemah, pendidikan, bantuan kecemasan serta alat pemanas dan bahan bakar yang amat penting untuk mengharungi musim sejuk,” katanya.

Inteam yang ditemui ketika Majlis Pelancaran Lagu & Muzik Video Selimut Kasih menzahirkan rasa syukur di atas sokongan peminat yang turut sama menyumbang bagi membantu pelarian Syria berharap agar kerjasama yang terjalin bersama Peduli Insan ini dapat diteruskan dengan usaha yang pelbagai di masa hadapan yang mampu memberikan impak positif melalui nilai kreatif. Lagu Selimut Kasih telah tercalon di dalam kategori Lagu Nasyid Terbaik menerusi Anugerah Industri Muzik ke-23 (AIM23) pada September lalu.

“Alhamdulillah Inteam telah menghasilkan sebuah lagu berjudul Selimut Kasih yang menceritakan keperitan hidup sebagai seorang pelarian melalui bait lirik tulisan yang diilhamkan oleh air tangan Fedtri Yahya. Muzik video lagu ini juga dirakamkan ketika Inteam menyertai misi kemanusiaan Musim Sejuk Syria bersama Peduli Insan pada awal tahun ini,” kata Syah selaku ketua kumpulan dan pencipta lagu Selimut Kasih.

“Pengalaman menyertai misi kemanusiaan di kem pelarian Syria yang terletak di kawasan utara Syria di mana Inteam dapat melihat dan merasai sendiri kesusahan dan penderitaan yang dialami pelarian menjadikan kami semakin menghayati tiap bait lirik lagu ini,” kata Hazamin pula.

Melihat kepada muzik video yang dikongsikan secara rasmi buat pertama kali kepada pihak media, jelas menimbulkan rasa simpati terhadap pelarian Syria yang hilang segalanya dalam sekelip mata akibat dari kesan peperangan dan krisis ini telah berlanjutan sehingga hampir 12 tahun.

Dalam pada itu, Inteam berharap melalui lagu Selimut Kasih ini mampu meningkatkan kesedaran kepada masyarakat untuk terus membantu pelarian Syria serta pelarian yang menghadapi nasib serupa di Palestin dan Yaman. Pengerusi Peduli Insan juga menzahirkan rasa terima kasih kepada semua kumpulan media yang telah menyokong kempen-kempen kemanusiaan yang dilaksanakan Peduli Insan dan berharap agar kerjasama ini dapat diteruskan pada masa akan datang supaya nilai ihsan demi insan dapat diterapkan kepada masyarakat.

Orang ramai yang ingin membantu meringankan penderitaan pelarian Syria, Palestin dan Yaman boleh menyumbang ke dalam akaun rasmi Bank Islam 0704 3011 06 2019 di atas nama Pertubuhan Peduli Insan Malaysia.