Tag Archives: PETRA

PETRA SERAH ENAM PROJEK RM83.46 JUTA PERKUKUH PERLINDUNGAN SELANGOR

PUTRAJAYA – Selangor menerima suntikan pembangunan infrastruktur apabila Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) menyerahkan enam projek siap bernilai keseluruhan RM83.46 juta kepada Kerajaan Negeri Selangor. Projek ini dijangka memperkukuh perlindungan terhadap risiko banjir dan hakisan pantai sekali gus meningkatkan keselamatan serta kesejahteraan rakyat.

Penyerahan itu melibatkan tiga projek kawalan hakisan pantai, satu projek pemuliharaan pantai dan dua projek mitigasi banjir sungai yang memberi manfaat kepada ribuan penduduk di beberapa daerah di Selangor.

Penyerahan enam projek PETRA bernilai RM83.46 juta kepada Kerajaan Negeri Selangor.

ENAM PROJEK STRATEGIK LINDUNGI KAWASAN BERISIKO

Tiga projek kawalan hakisan pantai disiapkan dengan kos keseluruhan RM9.26 juta di daerah Sabak Bernam dan Kuala Selangor.

Antara projek yang disiapkan ialah pengukuhan benteng pantai di Sungai Haji Dorani, Pantai Batu 23 serta Kampung Sungai Janggut dan Kampung Tok Adam.

Pelaksanaan projek tersebut bertujuan memperkukuh struktur perlindungan pantai serta memulihkan kawasan pesisir yang terjejas akibat hakisan.

Selain mengurangkan ancaman hakisan, projek itu juga membantu mengurangkan risiko limpahan air laut ketika fenomena air pasang besar.

Langkah ini turut melindungi kawasan pertanian, penempatan penduduk dan aset awam di kawasan terlibat.

PROJEK MORIB DAN SUNGAI BERI MANFAAT KEPADA RIBUAN PENDUDUK

PETRA turut menyiapkan Projek Pemuliharaan Pantai Morib bernilai RM60.50 juta.

Projek yang siap pada 1 Julai 2026 itu dijangka memberi manfaat kepada lebih 3,000 penduduk melalui pengurangan risiko hakisan pantai.

Pada masa sama, dua projek mitigasi banjir sungai turut diserahkan.

Projek pertama ialah kerja pengukuhan tebing Sungai Penchala di Petaling Jaya bernilai RM4.3 juta.

Projek itu dijangka mengurangkan risiko runtuhan tebing sepanjang kira-kira 10 kilometer Sungai Penchala serta melindungi lebih 5,000 penduduk.

Sementara itu, Projek Menaik Taraf Sungai Kemensah di Hulu Kelang bernilai RM9.4 juta melibatkan pengukuhan tebing sungai serta peningkatan kapasiti aliran sepanjang 1.6 kilometer.

Pelaksanaan projek tersebut dijangka melindungi kira-kira 200 rumah dan premis selain mengurangkan risiko kerosakan terhadap infrastruktur awam.

25 PROJEK BAHARU RMKE-13 TERUS PERKUKUH SELANGOR

Selain enam projek yang telah siap, Kerajaan Persekutuan turut meluluskan 25 projek di bawah Rolling Plan Pertama Tahun 2026 Rancangan Malaysia Ke-13 (RMKe-13).

Keseluruhan projek itu bernilai RM3.639 bilion.

Daripada jumlah tersebut, 16 projek merupakan projek sambungan manakala sembilan lagi ialah projek baharu.

Pelaksanaan projek melibatkan tebatan banjir, penaiktarafan sistem saliran, pemulihan koridor sungai, kawalan hakisan pantai serta pembangunan infrastruktur mekanikal dan elektrikal.

Usaha berterusan ini membuktikan komitmen Kerajaan Persekutuan dalam memperkukuh daya tahan Selangor terhadap ancaman banjir dan hakisan pantai.

Pelaksanaan projek berimpak tinggi ini bukan sahaja meningkatkan keselamatan rakyat malah menyokong pembangunan sosioekonomi yang lebih mampan selaras aspirasi Malaysia MADANI.

TAK TERJAWAB FILEM AIDILFITRI 2026 BAWA EMOSI DAN KELANGSUNGAN

Filem Aidilfitri 2026, ‘Tak Terjawab’, memukau penonton dengan kisah kehilangan dan pencarian hidayah. Lakonan sensasi Anna Jobling, Julia Farhana, dan Muhsin Nadzli mencetuskan emosi, manakala penampilan istimewa Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, mengangkat naratif ini lebih mendalam.

Poster filem Tak Terjawab lakonan Anna Jobling

KISAH KEPRIHATINAN DAN KELESTARIAN
‘Tak Terjawab’ bukan sekadar kisah manusia, tetapi menyeru masyarakat untuk lebih prihatin terhadap alam sekitar. Babak harian yang dipaparkan menekankan kepentingan pilihan gaya hidup lestari dan peka tenaga. Produksi ini menggabungkan kepimpinan PETRA untuk memperkukuh nilai penjimatan tenaga dalam kalangan rakyat Malaysia.

Poster filem Tak Terjawab lakonan Anna Jobling

KERJASAMA AGENSI DAN KEMENTERIAN
Agensi seperti Indah Water Konsortium (IWK) dan kementerian lain memainkan peranan dinamik dalam melaksanakan misi PETRA. Filem ini menonjolkan bagaimana dasar, penglibatan komuniti, dan tindakan seharian bersatu membentuk masa depan Malaysia yang lebih lestari.

Poster filem Tak Terjawab lakonan Anna Jobling

BAKAT TERSEMBUNYI DAN PENAMPILAN VVIP
YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof mempamerkan persembahan penuh keikhlasan. Begitu juga YBTM YB Dato’ Sri Abdul Rahman Bin Haji Mohamad, KSU YBhg. Dato’ Sri Haji Mad Zaidi Bin Mohd Karli, dan CEO IWK Narendran Maniam. Lakonan mereka menambah sentuhan kemanusiaan dan menjadikan kepimpinan lebih dekat dengan rakyat.

Tak Terjawab’ kini boleh ditonton di saluran rasmi YouTube, Facebook, dan Instagram PETRA. Jangan lepaskan peluang merasai pengalaman Aidilfitri yang menyentuh jiwa dan mempromosikan gaya hidup lestari.