Tag Archives: Plenary Hall KLCC

GENDANG PATI, KALI INI DI KUALA LUMPUR!

Ini bukan sembarangan ‘gendang’. ‘Gendang’ yang satu ini auranya sejak dulu dahulu dan sampai bila pun tetap sakti nan tergoyah. Lewat persembahan yang digelar Gendang Pati, figura penuh sakti ini mahu menjadikan ia sebuah pesta rakyat yang mengisi bukan sahaja kegembiraan luaran tapi diikuti jiwa sekali.

Malam itu nanti ‘roh’ dan jiwa jiwa segenap pelusuk dewan plenary bertebaran kegembiraan,
berbahagia menyambut lalu meraikan pesta muzik yang bakal dipersembahkan oleh sang legenda,sang meastro dan sang sifu nan tiada gantinya, Dato M. Nasir.


Keraian muzik yang mengisi seluruh kecanduan pesta Gendang Pati yang telah memberi kesan saat dipersembahkan tempoh hari di Singapura kini mahu dikongsi dan diserapkan ke dalam jiwa sekalian penggemarnya di Kuala Lumpur.
Gendang Pati Dato’ M.Nasir Live in Kuala Lumpur— begitu nama persembahan yang bakal menyapa penggemar di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre pada 18 November 2023, bermula 8 malam.
Tapi percayalah tidak pernah ada yang sederhana dalam pesta dari sang M. Nasir yang selalu berjaya mengajak jiwa menyanyi dan menari di sepanjang pesta.

Di pesta Gendang Pati Dato’ M.Nasir Live in Kuala Lumpur yang dibawakan oleh MND SPORT &
EVENT SDN BHD, M.Nasir tidak perlu menjanjikan persembahan yang spektakular atau luar biasa.
“Hal ini kerana M. Nasir itu sendiri sudah merangkumi seluruh perkara seni yang luar biasa dan hebat. Jadi kami di MND Sport & Event Sdn. Bhd percaya dengan kemampuan penghibur yang satu ini.


“Beliau telah membawa roh yang kuat terhadap karya yang dilahirkan sejak berzaman dan
mendendangkan ia dalam Gendang Pati Dato’ M.Nasir Live in Kuala Lumpur ibarat kerja seni yang akan mengalir dengan lancar dan semula jadi,” ujar Daniel dari MND Sport & Event Sdn. Bhd.


Buat M.Nasir, Gendang Pati diadakan versi Kuala Lumpur kerana sedar kecintaan dan kecanduan
penggemar yang sentiasa mahu melihat beliau beraksi di atas pentas sebagai sebuah lambang
kelangsungan kariernya yang sentiasa ‘hidup’ tak lapuk dek zaman.


“Saya perlu bersyukur kerana meski sudah melakukan banyak persembahan pentas, masih seorang M.Nasir sentiasa ingin disapa, ditonton dan diminta mendendangkan karya yang ada secara langsung.


“Ini bukan tentang saya seorang tapi indikasi sihat industri muzik dan perkembangannya yang
sentiasa positif. Yang pastinya, malam itu nanti akan dipenuhi dengan bunyi-bunyian gendang yang pasti membuatkan semua berdendang bergoyang.
“Saya harap Gendang Pati Dato’ M.Nasir Live in Kuala Lumpur akan menjadi sebuah lagi
persembahan saya di tahun ini yang mampu membantu mengisi kecanduan semua terhadap karya saya,” ujar M.Nasir.

Konsert kali ini akan dibarisi pemuzik-pemuzik hebat yang menjadi tulang belakang M.Nasir iaitu pengarah muzik dan pemain gitar- Nan Alias, gitar rhythm- Rafi Mohd, bass- Norman , keyboard Firdaus Mahmud dan Eddie Slam, dram- Ujang Exists serta penyanyi latar vokal- Eja, Widy, Yuaz & Awe . Ini dikuatkan lagi dengan kehadiran pemain perkusi utama- Paang, perkusi tradisional- Mat Din, pemain perkusi – Che Long dan Anas. Juga ditambah dengan kemunculan Awe selaku pemain perkusi, rebab, serunai dan penyanyi jemputan. Selain mempersembahkan M Nasir, pesta muzik ini akan diterbitkan oleh Roman Abadi Sdn Bhd yang pastinya memperkuatkan Gendang Pati Dato’ M.Nasir Live in Kuala Lumpur bakal mempersembahkan sebuah konsert yang menusuk jiwa dan meninggalkan momen istimewa pada malam itu nanti.

Untuk menyaksikan Gendang Pati Dato’ M.Nasir Live in Kuala Lumpur, tiket dengan beberapa kategori harga boleh didapati di laman web MyTicket.Asia. Tiket-tiket berharga RM228 (Bronze), RM258 (Silver), RM388 (Gold), RM428 (Platinum), RM488 (Diamond) dan RM888 (Meet & Greet). Selain layari MyTicket.Asia, tiket boleh dibeli di support@myticket.asia atau hubungi talian hotline 03 8605 0195.

Untuk sebarang perkembangan terkini mengenai Gendang Pati Dato’ M.Nasir Live in Kuala Lumpur lawati Instagram: @mndsportnevent Temui anda di Gendang Pati Dato’ M.Nasir Live in Kuala Lumpur, sebuah pesta keraian muzik dan jiwa untuk seluruh rakyat.

INFORMASI Gendang Pati Dato’ M.Nasir Live in Kuala Lumpur

LOKASI: PLENARY HALL, KUALA LUMPUR CONVENTION CENTRE

TARIKH: 18 NOVEMBER 2023

MASA: 8.00 MALAM

PENGANJUR: MND SPORT & EVENT SDN BHD PENERBIT: ROMAN ABADI SDN BHD

TIKET: RM228 (Bronze), RM258 (Silver), RM388 (Gold), RM428 (Platinum), RM488 (Diamond) dan RM888 (Meet & Greet)

PEMBELIAN : support@myticket.asia / HUBUNGI TALIAN 03 8605 0195.

MEDIA SOSIAL : INSTAGRAM : @mndsportnevent
Hashtag: #gendangpatiKL

Maksim pentaskan persembahan piano solo sempena jelajah The COLLECTION di Kuala Lumpur

Pemain piano terkenal, Maksim Mrvica bakal mengadakan persembahan solo di ibu kota buat satu malam sahaja sempena jelajah The COLLECTION di Kuala Lumpur yang akan berlangsung pada 14 Februari, jam 8:00 malam di Dewan Pleno, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Pemain piano luar biasa yang pernah merangkul anugerah di Anugerah Muzik MTV serta pelbagai pertandingan muzik antarabangsa berprestij ini akan mempersembahkan pelbagai lagu hit terhebat sepanjang zaman daripada Coldplay, John Legend dan Queen, selain muzik daripada filem seperti The Godfather, Pirates of the Caribbean dan Game of Thrones, karya agung klasikal oleh Liszt dan Chopin, serta karya daripada sepuluh albumnya termasuk Flight of the Bumblebee, Exodus dan banyak lagi.

Dilahirkan di Croatia, Maksim merupakan antara pemain piano ‘classical crossover’ terkenal di dunia. Selepas memperoleh tempat pertama di Pertandingan Piano Rubinstein di Perancis, beliau berpendidikan di The Franz Liszt Academy of Music, Budapest dan Alexander Scriabin Conservatoire, Paris. Kontrak pertama beliau bersama label rakaman EMI menyaksikan rilisan album ‘Piano Player’ yang mencatat jualan lebih 4 juta keping. Beliau turut menerima Platinum Ganda di Hong Kong serta status emas di Singapura dan negara-negara lain.

Beliau pernah menjelajahi sebanyak 20 bandar di Jepun yang boleh dikatakan siri jelajah terbesar oleh seorang artis antarabangsa. Susulan kejayaan jelajah itu, Maksim dijemput Moscow Philharmonic Orchestra untuk persembahan solo dan Chopin Society di Warsaw sempena ulang tahun kelahiran ke-200 Chopin, serta dapat jemputan khas ke Royal Philharmonic Orchestra di London.

Kejayaan Maksim yang tidak terbatas dalam dunia muzik klasik menyebabkan beliau dikenali khalayak ramai. Pencapaiannya terserlah menerusi karyanya yang terangkum dalam album rasmi Sukan Olimpik, menerima anugerah MTV bagi Album Crossover Sulung Terbaik, serta mencecah lebih 150 juta tontonan di YouTube. Gaya muzik Maksim merentas sempadan genre muzik daripada klasikal ke muzik filem, pop dan elektronik. Pada tahun-tahun yang lalu, beliau telah mengadakan persembahan di pelbagai tempat dan acara terkenal termasuk Panggung Opera Sydney.

Kepelbagaian artistik Maksim melangkau dunia muzik ke dunia fesyen seperti yang dilihat dalam kerjasama bersama jenama terkenal seperti Dolce & Gabbana, Armani dan Christian Dior, malah majalah Vogue Homme menamakan beliau sebagai Lelaki Berpakaian Terbaik. Jenama lain seperti American Express, BMW, Samsung dan Star Alliance juga terpesona dengan karisma dan bakat beliau.

Dapatkan tiket anda sekarang di https://tsasia.sales.ticketsearch.com/sales/salesevent/92014 atau hubungi +60175320128 melalui WhatsApp. Untuk maklumat lanjut, ikuti @HarmonieInternational di Facebook.

TULUS…. ‘MANUSIA’ YANG DINANTI DI KUALA LUMPUR

Seperti 1000 tahun lamanya tidak bertemu mata dan mendengar  suara pemenang anugerah AMI Awards 2022 ini. Terakhir dia memberi persembahan yang cukup  bertenaga dan meninggalkan kesan di hati peminat di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala  Lumpur.

Sudah tentu kemenangan Tulus di AMI Awards 2022 menambahkan lagi debaran dan perasaan  peminat tegarnya untuk mendengar lagu-lagu album Manusia dibawakan secara langsung di Kuala  Lumpur. Tak dilupakan lagu-lagu nostalgia pada album-album sebelumnya.

Penyanyi yang membawa pulang piala Album Pop Terbaik, Artis Solo Pria Pop Terbaik, Album Terbaik  Terbaik ini juga membawa pulang anugerah Karya Produksi Terbaik Terbaik untuk lagu Hati-hati Di  Jalan. Lagu yang menjadi tema para peminat dalam bermacam situasi.

Shiraz Projects yang sebelum ini membawakan Tulus secara perdana di Kuala Lumpur melalui Konsert  Tulus Live at Istana Budaya dan seterusnya Konsert Sewindu Tour Kuala Lumpur di Dewan Plenari  merasa terpanggil dan bertanggungjawab melunaskan kerinduan dan kehendak peminat menonton  Tulus mendendangkan lagu-lagu lama dengan dibaluti dengan karya-karya barunya.

Bertempat di Dewan Plenari Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, ambience kali ini bakal mengamit lagi  memori dan momen peminat bersama Tulus dalam persembahan yang dinamakan “Fabulous Friday  presents Tulus”. Bakal diadakan pada 6 Januari 2023, pukul 8.30 malam, tiket-tiket boleh didapati di  www.myticket.asia.

“Adalah menjadi tanggungjawab kami membawakan semula Tulus ke Kuala Lumpur. Kita sedia  maklum bahawa Tulus akan muncul dengan lagu-lagu berkualitinya yang akan dibawakan bersama  bandnya yang cukup kompak. Kehadiran Tulus,saya percaya bukan sahaja akan melunaskan kerinduan  para peminat tegarnya tetapi juga kita dapat belajar tentang produksi dan karya yang baik dari rakan  seni seberang. Saya percaya bahawa hal-hal seperti ini wajar kita kongsi dan bawakan untuk  dipersembahkan bukan sahaja sebagai hiburan tetapi pengalaman,” ujar Shiraz yang merupakan  Pengarah Urusan Shiraz Projects.

Tulus juga sudah tidak sabar untuk bertemu para peminat dengan mempersembahkan lagu-lagu dari  album Manusia buat kali pertama. “Lama betul tidak bertemu dengan para peminat di Kuala Lumpur.  Semoga rindu ini menghilang ketika kita bertemu di Dewan Plenari kelak. Kita bakal menyanyi  bersama-sama,” ujar Tulus yang turut tidak sabar bertemu para peminatnya.

“FABULOUS FRIDAY PRESENTS TULUS” yang merupakan persembahan satu malam sahaja ini  dianjurkan oleh Shiraz Projects Sdn Bhd.

“FABULOUS FRIDAY PRESENTS TULUS”

Tarikh : 6 Januari 2023

Venue : Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur

Laman Web : www.shirazprojects.com

Harga tiket : RM950 (VIP)

RM550 (Diamond)

RM450 (Platinum)

RM350 (Gold)

RM250 (Silver)

Tiket : www.myticket.asia

Contact : 0386050196

Info Hotline : 0122560082

Facebook : fabulousfriday

Instagram : fabulousfriday_shw

Facebook : shirazprojects

Instagram : shirazprojects

Laman Web : www.shirazprojects.com

Persembahan amal Rhythm of Legends himpun artis terkenal

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 2019 lalu memberi impak besar dari segi ekonomi dan kehidupan harian rakyat dalam negara. Ramai yang terjejas hingga ada antaranya yang menderita.

Tidak hanya itu, banjir besar melanda di beberapa negeri pada penghujung tahun lalu dan awal tahun ini cukup meresahkan jiwa dan raga. Dapat dilihat, kesusahan di merata tempat, menagih simpati dan ihsan daripada mereka yang berkemampuan.

Bersimpati dengan nasib yang menimpa, syarikat pengurusan acara CS Excellent dengan kerjasama pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO), Drug Free Malaysia tampil menganjurkan persembahan amal Rhythm of Legends yang bakal berlangsung di Dewan Plenarry KLCC, jam 8.30 malam, pada 29 dan 30 Oktober depan.

Menariknya, konsert  amal Rhythm Of Legends  menampilkan barisan penyanyi terkenal tanah air seperti Datuk Hattan, Zamani, Mawi, One Nation Emcee, Asmidar dan Rojer Kajol.

Pengarah Urusan CS Excellent, Marinatasha Mustapar berkata, tujuan dan matlamat utama konsert Rhythm of Legends diadakan adalah untuk mengutip dana bagi disalurkan kepada enam NGO, tabung amal, banjir, golongan asnaf dan artis veteran.

“Konsert ini adalah persembahan amal yang mana kita nak mengutip dana. Penganjuran acara ini kami berkolaborasi dengan NGO Drug Free Malaysia. Kami menyasarkan 50 peratus hasil kutipan konsert disalurkan kepada enam badan NGO, tabung amal, tabung banjir dan asnaf. 

“Tidak dilupakan juga, golongan artis veteran yang terkesan sama. Kita tahu, mereka ini juga antara yang turut melalui fasa kesukaran sama. Jadi, kita tidak mahu melupakan mereka. Jadi, dengan adanya persembahan amal ini sedikit sebanyak dapat membantu dan berkongsi rezeki dengan banyak pihak. Pendek kata, sumbangan yang bakal disalurkan adalah menyeluruh.

“Rhythm of Legends ini adalah persembahan kedua terbesar yang kami buat. Sebelum ini kami turut menjalankan acara sama iaitu Rock The City di Melaka membabitkan artis antaranya  Caprice,Hujan,Bunkface,MK Clique,Joe Flizzow dan ramai  lagi pada Februari  2020. Sepanjang hampir lima tahun bergiat aktif dalam bidang ini, ada banyak juga program lain yang sudah kami buat,” katanya.

Berkongsi mengenai pemilihan artis, Marinatasha yang juga pengarah program bagi konsert Rhythm of Legends mengucapkan terima kasih atas sokongan dan kesudian mereka menerima tawaran bagi menjayakan persembahan amal itu,

“Sebelum ini ada ramai artis lain juga yang kami jemput untuk terbabit sama, tapi hanya yang tersenarai ini saja yang berkelapangan untuk persembahan dua hari itu. Mereka juga berminat untuk sama-sama terbabit bagi membantu dan beramal.

“Dari segi persembahan, pihak penganjur telah menetapkan konsep dimana persembahan akan diiringi Orkestra Tradisional Malaysia (Istana Budaya) di bawah pimpinan Encik Yazid Zakaria. Jadi, selain daripada  lagu-lagu  popular daripada koleksi album artis  itu sendiri, mereka turut akan menyampaikan lagu-lagu popular artis  terkemuka yang lain  dengan gabungan elemen alat muzik moden dan tradisional yang menjadi kepakaran OTM yang pastinya akan memberi suatu kelainan dan kepuasan kepada penonton,” katanya.

Menurut Marinatasha yang juga Ketua Biro Kebudayaan dan Keseniaan Pertubuhan Skuad Bakti Malaysia, pihaknya turut mengalu-alukan sumbangan daripada badan korporat dan orang perseorangan yang ingin menyumbang.

Dalam masa sama, Marinatasha mengajak orang ramai untuk membeli tiket sekaligus boleh berhibur dan menderma.

“Sebelum PKP lagi saya bersama Pertubuhan Skuad Bakti Malaysia terbabit dalam beberapa program amal. Malah, saya bersama seorang lagi Pengarah Urusan CS Excellent iaitu Qhal Iskandar dan Presiden DFM, Dr Khairudin Aziz, memang aktif. Jadi, apabila PKP dilaksanakan dapat dilihat banyak terjejas dari segi pendapatan, pekerjaan dan banyak lagi.

“Apabila kita sudah masuk fasa endemik dan boleh buat konsert, itu yang kami merancang untuk mengadakan persembahan amal berkonsepkan konsert. Macam dikatakan tadi, ia bertujuan untuk berkongsi rezeki. Tak banyak sikit, apa yang penting hasilnya nanti dapat memberi manfaat kepada pihak yang memerlukan.

“Kepada pembeli tiket nanti, mereka bukan saja boleh berhibur tapi juga beramal. Justeru, kami turut mengalu-alukan dan membuka kepada mana-mana badan korporat dan orang perseorangan jika mahu menaja dan menyumbang,” katanya.

Rhythm of Legends bakal dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Saraya Arbi.

Tiket Konsert Rhythm Of Legends boleh dibeli secara online di https://www.myticket.asia/ bermula jam 2 petang ini.

Berikut harga tiket menyaksikan Rhythm of Legends:

Meet & Greet             : RM979.00

Diamond            : RM879.00

Gold                : RM679.00

Silver                : RM579.00

Bronze                : RM479.00

Premium 1            : RM379.00

Premium 2            : RM279.00

Premium 3            : RM179.00