Tag Archives: Prime Domestic

“Rock Legend 2018” Satukan May dan Prime Domestic

Dua kumpulan rock, Prime Domestic dan May bakal berkolaborasi menerusi siri konsert ‘Rock Legend 2018’ yang akan di adakan di Pintu 2, MAEPS, Serdang pada 5 Mei nanti.

Konsert selama dua jam setengah anjuran Dreamstage ini bakal bermula sekitar jam 8 malam memberikan kelainan kepada peminat rock apatah lagi ianya turut di ‘terjemahkan’ dengan warna serta bunyi yang akan di adaptasikan dengan sistem bunyi yang cukup untuk memecahkan halwa telinga anda selaku penonton.

Disamping lokasi konsert yang luas serta kemudahan tempat letak kereta, peminat juga dijanjikan dengan pelbagai kejutan daripada Prime Domestik yang diterajui oleh ikon-ikon muzik yang berpengalaman seperti Joe (gitar), Aweera (vokalis), Hillary Ang (gitar), Fauzi (bass) dan Ainoll (dram).

Berkolaborasi dengan kumpulan May yang masih lagi bertahan sehingga kini membuktikan bahawa Mus (vokal), Abu (gitar), Yus (bass) dan Man (dram) masih lagi punya peminat. Kemampuan May dengan kelantangan suara vokalisnya Mus menarik peminat menonton persembahan ‘live’ mereka adalah sesuatu yang terbukti.

Untuk menghangatkan lagi pentas “Rock Legend 2018”, Mus akan turut menyampaikan beberapa buah lagu ketika bersama kumpulan Wings. Pihak penganjur iaitu Dreamstage juga mengambil langkah proaktif untuk menggunakan 2 paparan LED gergasi sebagai ‘live feed’ untuk para penonton melihat persembahan di pentas, 6 buah menara sistem bunyi untuk mendapatkan impak yang terbaik dan sistem stereo bunyi keliling versi 5.1 untuk mendapatkan kejelasan butiran bunyi dan ‘ambience’ yang benar benar akan memberi kepuasan kepada telinga yang mendengar.

Semua pelaburan dari pihak penganjur adalah semata mata bertujuan untuk menjadikan “Rock Legend 2018” sebagai sebuah konsert yang boleh diklasifikasikan  ‘epik’  oleh penonton yang hadir.

Sebarang info berkenaan konsert boleh di dapati melalui Facebook zhardreamstage dan Instagram primedomestic .  Bagi menyaksikan konsert “Rock Legend 2018”, peminat boleh dapatkan tiket yang berharga RM120 (rock zone), RM180 (5.1 surround zone) dan RM68 (G zone).

Tiket-tiket boleh dibeli menerusi www.ilassotickets.com , www.dreamstageconcert.com atau hubungi talian 03-21706333 / 017-2630437.

 

 

Prime Domestic dan XPDC Bakal Menggegar Oasis Damansara

Dua jentera hebat yang tidak perlu di perkenalkan lagi, XPDC dan Prime Domestic bakal beraksi di atas satu pentas.  Malah mereka juga bakal berkolaborasi bersama demi sebuah jenama, “Konsert Public Distortion 2017”.

“Konsert Public Distortion 2017”  anjuran J&J Rochestra bersama Life Space di Oasis Damansara yang akan di adakan pada 9 Disember bakal bermula pada pukul 9 malam.

Prime Domestic dibarisi oleh Joe pemain gitar kumpulan Wings dan ScandalHillary Ang yang pernah menganggotai beberapa  kumpulan rock tempatan antaranya Search dan Cromok , Aweera sebagai vokalis dan Fauzi yang bertindak sebagai pemain bass yang begitu berpengalaman dalam persembahan live dan pernah menganggotai kumpulan NRG manakala Ainol pula ditugaskan sebagai pemain drum  yang pernah beraksi bersama Kristal/Deja Voodoo spells dan Bunkface.  Ternyata kesemua mereka adalah berpengalaman luas dalam bidang muzik khususnya muzik rock.

Selain Prime Domestic, konsert ini turut menampilkan kumpulan XPDC yang di terajui oleh Ali , Izo , Lola dan Eddie yang juga mempunyai aura tersendiri malah hampir kesemua anggota barisan penggempur XPDC ini mempunyai peminat setia mereka sendiri.

Prime Domestic

Konsert Public Distortion 2017 akan membawa peminat melatari serta melayari aksi serta persembahan selama 3 jam di dalam tema persembahan rock dalam taman yang mana pernah di lakukan oleh penganjur Woodstock Festival. Demi merialisasikan ianya menjadi kenyataan pihak penganjur telah membelanjakan lebih RM500,000 semata-mata untuk memberikan sistem penataan cahaya yang terbaik serta sistem bunyi yang berkualiti tinggi.

XPDC

Pihak penganjur turut berkerjasama bersama Grab , untuk memudahkan peminat hadir ke Oasis Square dan juga memberikan diskaun . Lokasi Oasis Square juga memudahkan para peminat yang hadir kerana mempunyai lebih 4 ribu tempat letak kereta .Harga tiket yang bermula daripada RM68 boleh didapati secara online di www.ilassotickets.com

Peminat juga boleh memiliki tiket yang berharga RM83 (Tiket + Prime Domestic 1st Album “Prime Domestika”), RM118 (iTiket + Prime Domestic 1st Album “Prime Domestika” dan T-shirt konsert), RM103 (Tiket + T-Shirt konsert) dan RM200 (tiket rooftop + light meal + discount 40%  for official merchandise).