Tag Archives: RAKU

Single Terbaru : ‘Pantas’ – Hanie Soraya

Hanie Soraya Taha atau nama pentasnya Hanie Soraya merupakan seorang penyanyi wanita generasi baru yang berbakat besar yang dilihat terus melangkah ke hadapan dengan gaya tersendiri. Dengan kemahirannya bermain gitar dan ukulele, penyanyi kecil molek yang berumur 20 tahun ini telah menerima sambutan yang hangat hingga akhirnya mendapat tumpuan superstar, Faizal Tahir. Dengan adanya panduan dan nasihat daripada Faizal, Hanie Soraya mula mekar didalam industri muzik tanah air sehingga dia berjaya melancarkan single pertamanya “Hujung Dunia” pada Mac tahun lalu, diikuti dengan single keduanya “Rasa Sayang” pada Januari tahun ini.

Setelah berjaya melancarkan 2 buah lagu hit, kini Hanie tampil dengan buah tangan yang baru. Warner Music Malaysia dengan bangganya mempersembahkan single terbarunya yang berjudul ‘Pantas’. Single ‘Pantas’ mengandungi lirik-lirik yang memberi inspirasi kepada pendengar serta memberi mesej tentang kehidupan dan keberanian untuk mengejar cita-cita.

Hanie Soraya - Pantas BTS 2

Lagu ‘Pantas’ ini telah dicipta oleh komposer terkenal dan juga mentor Hanie iaitu Faizal Tahir serta Mike Chan, Ezra Kong dan Hanie sendiri. Muzik yang dihasilkan menerusi lagu ini mempunyai kelainannya yang tersendiri. Kiranya, sekali dengar, pendengar sudah boleh ‘tangkap’ melodinya. Lagu ‘Pantas’ ini merupakan sebuah lagu yang menyeru generasi muda untuk terus beranikan diri untuk mengejar impian dan menjadikannya satu realiti. Lirik yang mengisahkan tentang nasihat itu amat mudah difahami kerana disampaikan secara tersurat serta sulaman melodi yang segar, bersesuaian dengan aliran muzik semasa.

Lagu ‘Pantas’ telah dilancarkan di seluruh stesen radio Malaysia dan sering menjadi permintaan oleh peminat Hanie untuk dimainkan di corong-corong radio. Muzik video untuk lagu ini juga kini sudah berada di YouTube. Muzik video yang berdurasi lebih kurang 3.59 minit itu memaparkan sisi karakter Hanie bersama rakan-rakan yang ceria dan bersahaja dalam menikmati kehidupan diusia remaja. Dalam pada menikmati keindahan hidup, mereka tahu bahawa di usia remaja ini lah masa yang paling tepat untuk mengejar dan menggapai impian. Muzik video bagi lagu ‘Pantas’ ini telah dirakamkan pada September lalu di Pantai Morib, Banting, Selangor.

Hanie Soraya - Pantas BTS 4

Pihak Warner Music Malaysia ingin mengucapkan terima kasih kepada Zalora Malaysia atas tajaan busana Hanie Soraya untuk menjayakan muzik video ‘Pantas’.‘Pantas’ ini merupakan satu lagi edaran digital daripada Warner Music (M) Sdn Bhd dan Faithful Music Sdn Bhd. Lagu ini juga sudah boleh didapati di iTunes, KKBOX, Raku, Joox dan juga Spotify.

Para pendengar dan peminat juga sudah boleh memuat turun nada dering dengan kod-kod yang tersedia seperti berikut:

Cara-Cara Muat Turun:

Maxis Caller Ringtones                   : Dial *131*479375# dan tekan call/send

Celcom Call Me Tones   : Dial *888*248852# dan tekan call/send

DiGi Caller Tunes              : Dial *233*1803724# dan tekan call/send

Lirik lagu PANTAS – Hanie Soraya:-

 

Benarkah kita belajar dari kesungguhan?

Atau hanya belajar dari segala kesilapan?

Semua yang aku tempuhi menjadikan diri ini,

Ini waktu ku, maaf ku tak tunggu,

 

Pantas waktu kan berlalu,

Lantas kan ku kejar mu,

Berlari takkan berhenti,

Berani ku mengejar mimpi,

 

Maafkanku kiranya pernah melukaimu,

Andai ada saat ku terleka untuk seketika,

Pasti satu hari nanti akhirnya kau kan fahami,

Pantas waktu kan berlalu,

Lantas kan ku kejar mu,

Berlari takkan berhenti,

Berani ku mengejar mimpi,

 

On and On,

We are all one,

Started from the bottom,

Now we’re here we made it,

 

Pantas waktu kan berlalu,

Lantas kan ku kejar mu,

Berlari takkan berhenti,

Berani ku mengejar mimpi,

Ini waktu ku, maaf ku tak tunggu

 

RAKU Tawarkan Kandungan Islamik di sepanjang bulan Ramadan

Pencinta muzik Malaysia kini boleh menikmati perkhidmatan penstriman muzik dan radio Malaysia yang tersendiri menerusi telefon pintar, tablet dan komputer peribadi mereka menerusi aplikasi RAKU. RAKU menawarkan platform terkini buat artis Malaysia untuk meningkatkan prestij industri muzik tempatan, dengan membolehkan hasil karya mereka lebih mudah dicapai pleh para pendengar dan peminat muzik tempatan mahupun antarabangsa.

Sempena Ramadan dan Raya, RAKU turut menawarkan kandungan istimewa hasil kesinambungan kempen #kosongkosong Astro yang diterajui oleh Astro Oasis pada tahun ini. Antara kandungan istimewa RAKU sempena Ramadan dan Raya ini ialah playlist Surah dan audio bacaan Al-Quran yang lengkap, playlist Ramadan hasil gubahan kandungan podcast dan audio yang diterbitkan oleh Sinar FM dan THR Gegar, dan stesen radio Raya di mana para pendengar boleh merekod dan menghantar dedikasi dan ucapan mereka kepada RAKU, yang akan diselang-selikan dengan dendangan lagu-lagu raya.

RAKU terdapat dalam dua versi; Percuma dan Premium. Semua rakyat Malaysia boleh menghayati RAKU secara percuma dan mendapat akses kepada jutaan lagu-lagu antarabangsa dan tempatan, podcast, dan kandungan berciri tempatan seperti komedi, berita, sukan dan laporan trafik terkini di mana jua, pada bila-bila masa.

IMG_8514

Rakyat Malaysia kini boleh strimkan jutaan lagu, video serta menikmati lebih daripada 20 stesen radio dan podcast secara langsung. Mereka boleh mendengar stesen radio kegemaran mereka, dan juga nikmati senarai lagu-lagu kegemaran artis, kugiran dan selebriti tempatan. Jadi pendengar bukan sahaja boleh dengarkan suara Akim, mereka juga boleh tahu Akim sedang mendengar lagu apa! Bagi memudahkan pencinta muzik yang gemar mendengar muzik dan rancangan bual bicara menerusi peranti pintar mereka, app tersebut akan menampilkan maklumat terkini berkaitan komuniti tempatan seperti berita, laporan trafik serta sukan. RAKU memiliki paparan antara muka berciri tempatan dan terdapat dalam bahasa Malaysia, Inggeris, Mandarin dan Tamil.

Pengguna yang inginkan lebih banyak fungsi tambahan boleh melanggan RAKU Premium. RAKU Premium hadir dengan pelbagai ciri-ciri inovatif seperti akses tanpa had kepada jutaan lagu daripada katalog muzik yang luas, senarai lagu yang boleh diubahsuai, radio atas-permintaan, dan pelbagai tambahan istimewa lain seperti kemudahan muat turun muzik ke dalam peranti mereka sewaktu berada di luar talian akan dilaksanakan dalam masa terdekat. Dengan akses Premium, mereka boleh mencipta stesen radio dan senarai lagu kegemaran mereka sendiri dan berkongsi senarai peribadi mereka dengan rakan-rakan di media sosial. RAKU direkabentuk untuk pendengar Malaysia kerana ia membolehkan pengguna memilih bahasa kesukaan bagi paparan antara muka, dan kemudian mencipta dan mengolah stesen radio mereka sendiri, dengan campuran muzik dan lain-lain kandungan pilihan mereka.

Jake Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Astro Radio, berkata, “Saya gembira kerana RAKU berupaya mengukuhkan komitmen untuk menyokong artis dan kugiran indie Malaysia dengan menawarkan satu cara terkini untuk berhubung dengan peminat mereka, bukan sahaja menerusi rakaman muzik, tetapi juga persembahan secara langsung mereka. Para pendengar kini boleh menikmati aksi ‘live’ tanpa perlu berada di tempat persembahan itu sendiri.”

Antara artis-artis tempatan yang sudah memiliki senarai lagu kegemaran di dalam RAKU ialah Love Me Butch, Massacre Conspiracy, Tres Empre, Bittersweet, Enterprise, Man Bai, Alleycats, Dasha Logan dan banyak lagi kugiran indie seperti Paper Plane Pursuit, Pop Shuvit dan Bunkface. DJ tempatan dengan senarai lagu di dalam perkhidmatan penstriman radio antaranya ialah Ean, Jin dan RD (hitz), Haniff dan Hani (Era), Jack Lim (MY FM) dan Aanantha (THR Raaga).

RAKU versi percuma dan RAKU Premium boleh dinikmati menerusi web di raku.my dan dimuat turun menerusi Google Play serta Apple App Store.

Jadual Perbezaan Raku versi Percuma dan Premium

Percuma Premium
·       Pilihan menukar lagu di album dan playlist·       Nikmati stesen radio kegemaran anda

·       Dengarkan radio ciptaan komuniti anda

·       Podcast tempatan dan antarabangsa

·       Sokongan iklan

·       Nikmati muzik atas permintaan·       Cipta stesen radio anda sendiri

·       Gubah playlist peribadi

·       Langkau mana-mana lagu

·       Audio berkualiti tinggi

·       Bebas iklan

 

 

Harga
Bukan Pelanggan Customer  ·       Google Play – RM14.90·       Apple App Store – USD5.99
Pelanggan Astro Superpack Plus ·       Percuma
Pelanggan Astro biasa ·       Google Play – RM9.90·       Apple App Store – USD3.99