Tag Archives: Rickworks

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Dan RichWorks Mertai Perjanjian Persefahaman Usahasama

Polikrisis yang berlaku ketika ini telah & sedang menekan ramai perusahaan kecil dan sederhana (PKS) hingga menyebabkan jualan merudum malah hingga ada yang tutup perniagaan.

Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Norsyahrin Hamidon berkata, polikrisis yang dibangkitkan mentor usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman adalah tepat pada masanya untuk usahawan sedar bahawa cabaran dihadapi mereka lebih besar kerana banyak faktor termasuk disrupsi teknologi, pengliberalisasian perdagangan dan juga peningkatan koskos input perusahaan termasuk kos buruh serta pekerja.

Katanya, di Malaysia kira-kira 60 peratus PKS gagal dalam tempoh lima tahun penubuhan, menurut artikel Jurnal Keusahawanan ASEAN yang dikeluarkan 7 Ogos lalu.

“Enam daripada 10 PKS pula menghadapi cabaran yang berkaitan dengan pertumbuhan mereka.

“Usahawan berdepan banyak cabaran ketika ini dengan kenaikan harga barangan, kekurangan bekalan bahan mentah ditambah kadar pinjaman di bank menyebabkan kos operasi sesebuah perniagaan makin meningkat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman Usahasama antara DPMM dan RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) diwakili Norsyahrin bersama Dr. Azizan merangkap Pengerusi RichWorks.

Yang turut hadir, Setiausaha Agung, Ahmad Yazid Othman; Pengarah Eksekutif RichWorks, Hasnita Ahmad dan Ketua Pegawai Perniagaan, Radz Mohd.

Tambah Norsyahrin, tekanan semasa kepada usahawan itu memerlukan perubahan dan langkah yang tepat dalam memastikan tiada usahawan tercicir dan kecundang.

“Saya percaya kolaborasi dengan RichWorks yang berpengalaman dalam membimbing usahawan PKS akan membantu ahli-ahli Dewan Melayu  untuk lebih dinamis dan mampu berkembang (scale-up) dalam bidang yang mereka ceburi.

“Kami percaya kesemua kolaborasi dengan pakar-pakar seperti RichWorks dan agensi-agensi kerajaan akan membantu mencapai hasrat untuk membina masyarakat ekonomi bumiputera (BCIC) yang lebih berpotensi.

Sementara itu, Dr. Azizan memberitahu, usahawan saat ini tiada pilihan lain untuk tingkatkan ilmu, kemahiran dan strategi bagi berdepan polikrisis yang dijangka akan berpanjangan.

Katanya, polikrisis ini benar dan bukannya dibangkitkan untuk menakut-nakutkan orang ramai terutama usahawan.

“Apatah lagi, hasil perbincangan dalam World Economic Forum (WEF) di Davos, Switzerland menjangkakan keadaan ekonomi akan lebih teruk pada September ini.

“Moga jangkakan ini tidak berlaku namun jika berlaku macam mana? Sebagai usahawan 80 peratus kejayaan sebenarnya datang daripada persediaan mereka,” jelasnya.

Sehubungan itu, Azizan memberitahu, RichWorks ambil inisiatif melancarkan program yang membantu usahawan-usahawan dalam memberikan solusi langsung kepada permasalahan dihadapi mereka dalam 10X Bina Bisnes Berjaya dari 2 & 3 September nanti.

Mengulas mengenai perjanjian persefahaman bersama DPMM, pihaknya menghargai jemputan DPMM untuk berkolaborasi dengan satu matlamat jitu iaitu membangun dan memperkasakan usahawan Melayu dan Bumiputera.

“Alhamdulillah, melalui pengalaman dan kepakaran kami bermula 2008 yang terbukti berjaya melahirkan ribuan jenama tempatan dan usahawan jutawan.

“Kami akan berkongsi kepakaran dan pengalaman yang ada untuk bantu dalam usaha membawa perniagaan-perniagaan ke peringkat yang lebih tinggi,” jelasnya.

Ada Berani? “RichWorks” berani buat lompatan dari Ketinggian 13,000 Kaki Di Udara Dubai

Memang gila-gila! Ahli lembaga pengurusan tertinggi RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) membuat terjunan udara dari ketinggian 13,000 kaki di Dubai kelmarin.

Ini adalah bersempena pelancaran program Berani Bina Bisnes Berjaya 2022 (BBBB2022) pada 3 petang hari Jumaat ini (waktu Malaysia)!

5 pengurusan tertinggi RichWorks antaranya Pengerusi Eksekutif, Datuk Zafrol Rizal Mat; Pengarah Eksekutif, Hasnita Ahmad; Ketua Pegawai Operasi, Suley Nordyana Yahya dan Ketua Pegawai Perniagaan, Radz Mohd. yang menyahut cabaran #BeraniChallenge ini.

Menurut Radz, terjunan tersebut merupakan simbolik kepada erti ‘berani’ buat kami malah semua orang di luar sana.

“Perasaan takut pasti ada, apatah lagi sebenarnya ‘gayat’ di tempat tinggi bagaimanapun saya berdepan dan dapat mengatasinya.

“Saya dan rakan-rakan yakin dengan tenaga pengajar yang berpengalaman dan pakar dalam soal terjunan udara lantas berserah kepada proses dari awal hingga kembali jejak ke bumi,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Pasukan RichWorks pergi ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) bagi mengunjungi Ekspo Dubai 2020 disamping mengadakan program Inner Circle Meeting Titan Premier bersama 46 usahawan jutawan yang dibimbing secara dekat oleh Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman.

Tambahnya, terjunan itu juga menjadi penanda supaya RichWorks lebih berani untuk tempuh 2022 yang pastinya mencabar dengan banyak lagi kejayaan.

“Terjunan ini sebenarnya sama seperti proses bina bisnes berjaya dengan percaya kepada pengajar atau mentor yang akan bimbing dan tunjuk perkara perlu dilakukan untuk selamat sampai ke destinasi.

“Alhamdulillah, kami sudah membantu lebih 1.5 juta orang sejak 2008 dan nak bimbing lebih ramai orang lagi untuk ubah hidup mereka dan bina bisnes yang berjaya melalui kepakaran RichWorks,” ujarnya.

Sehubungan itu, orang ramai diseru untuk ikuti siaran langsung pelancaran dan menonton terjunan ini di semua platform media sosial Azizan Osman Official pada 3 petang, Jumaat ini.

Anda berpeluang memenangi hadiah istimewa disediakan termasuk 5 pemenang bercuti ke Dubai bagi pasangan selama 5 hari 4 malam.

Layari laman web richworks.com/berani bagi mendapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai BBBB2022 yang akan diadakan pada bulan Februari tahun depan.