Tag Archives: Rita Rudaini

CJ WOW SHOP Menyambut 2018 dengan Rancangan-rancangan Khas Terbaharu

CJ WOW SHOP, rangkaian beli-belah multi-platform di rumah yang terkemuka menyambut Tahun Baru dengan memperkenalkan rancangan waktu primanya ‘WOW Sangat’ buat julung kali. Rancangan tersebut menampilkan personaliti terkenal, Rita Rudaini sebagai pengacara selebriti jemputan dan bakal disiarkan buat julung kalinya pada 7 Januari 2018, 9.30 malam di TV9. Program baharu ini akan menawarkan promosi dalam talian yang istimewa, di mana pelanggan dapat memperoleh sebanyak 20% Mata Ganjaran WOW sekiranya mereka membuat pesanan melalui laman sesawang CJ WOW SHOP atau aplikasi mudah alih semasa siaran rancangan tersebut sehingga 11.59 malam pada hari yang sama.

Selain itu, CJ WOW SHOP akan memperkenalkan slot tambahan bagi program utamanya, ‘The WOW Show’. Rancangan tersebut menampilkan Yana Samsudin pada setiap hari Isnin, 1.00 petang di TV3 juga akan disiarkan di slot baru pada setiap hari Khamis, 10.00 pagi bermula dari 11 Januari 2018 di TV9.

Rancangan baharu tersebut serta penambahan slot masa mencerminkan iltizam CJ WOW SHOP untuk membekalkan lebih banyak pilihan buat pelanggannya, di samping menyediakan pelbagai tawaran yang lebih mudah diperoleh dan menarik kepada pasaran yang lebih luas.

Para penonton boleh menanti-nantikan gabungan pelbagai produk serta jenama yang terkini dan terlaris, yang merangkumi peralatan rumah dan kediaman, fesyen & kecantikan serta peranti digital.

 

WOW Sangat

TV9: Ahad 9.30 malam – 10.00 malam (Bermula dari 7 Januari)

Pengacara: Jimmy Shanley, Nadia Annuar & Rita Rudaini 

‘WOW Sangat’ merupakan rancangan siaran langsung yang membawa promosi-promosi eksklusif kepada seisi keluarga. Sertailah Jimmy Shanley, Nadia Annuar dan pengacara selebriti jemputan Rita Rudaini yang berkongsikan barangan terkini dan terlaris di CJ WOW SHOP, di samping memberikan tawaran paling hebat kepada para penonton di rumah.

The WOW Show

TV3: Isnin 1.00 petang – 1.30 petang

TV9: Khamis 10.00 pagi – 11.00 pagi (Bermula dari 11 Januari)

Pengacara: Zaim Helmi, Lilly Liyana & Yana Samsudin

The WOW Show’ anjuran CJ WOW SHOP membawa kepada anda gabungan pengalaman membeli-belah serta hiburan paling hebat yang menonjolkan pelbagai produk terkini dan terlaris di CJ WOW SHOP pada setiap minggu. Nikmatilah setiap episod yang menampilkan demonstrasi beraneka jenis produk oleh Zaim Helmi dan Lilly Liyana secara siaran langsung, serta personaliti terkemuka di tanah air, Yana Samsudin yang tampil sebagai pengacara selebriti jemputan.Semasa siaran rancangan-rancangan tersebut, pelanggan berpeluang membeli pelbagai produk yang disiarkan di kaca TV melalui panggilan ke talian pelanggan bebas tol di 1-800-18-0808. Pelanggan juga boleh membuat pembelian secara dalam talian dengan melayari http://www.cjwowshop.com.my/ atau memuat turun aplikasi mudah alih CJ WOW SHOP melalui Android atau iOS.

Remy Ishak Mencari Cinta Di Sarajevo

Satu Hari-remy & sara ali

Drama Satu Hari yang telah mula bersiaran di slot Ratu pada 2 Disember lalu kini sudah sampai ke penghujungnya. Drama yang dibintangi oleh pelakon hebat Remy Ishak dan Sara Ali sebagai pelakon utama mengisahkan mengenai Isfahan (Remy Ishak) yang membawa diri ke Sarajevo setelah isterinya Lia (Rita Rudaini), yang sangat dicintai mengkhianati cinta mereka dan bertemu Sabrina (Sara Ali) sehingga mereka jatuh cinta.

Percintaan mereka diuji dengan berita mengenai penyakit Puteri, satu-satunya cahaya mata hasil perkahwinan Isfahan dan Lia. Kepulangan semula Isfahan dan Sabrina ke Malaysia membuatkan perhubugannya mereka semakin jauh dek kerana kesihatan Puteri yang berada di tahap kritikal dan membuatkan Isfahan memberi sepenuh perhatian kepada Puteri. Lia pula, setelah diceraikan oleh Moez, semakin terdesak dan cuba untuk berbaik semula dengan Is. Lia turut menjadikan Puteri sebagai alasan supaya Sabrina melepaskan Isfahan. Lia yang juga dihimpit rasa cemburu cuba memisahkan Isfahan dan Sabrina. Lia masih berharap bahawa perhubungannya dengan Is akan kembali seperti dulu. Namun luka di hati Isfahan terlalu dalam dan tidak mungkin Lia akan mendapat tempat di hatinya lagi.

Satu Hari-Remy Ishak

Pemergian Puteri telah membuatkan Isfahan lupa pada janjinya terhadap Sabrina. Pertunangan yang dirancang musnah apabila Isfahan tidak hadir pada hari yang ditetapkan. Sabrina yang terluka tekad untuk pergi jauh daripada hidup Isfahan dan pulang ke Sarajevo. Setelah keadaan reda, Isfahan baru tersedar akan janjinya dan mula mencari Sabrina. Isfahan buntu dan kecewa kerana dia masih lagi tidak dapat menjejak Sabrina sehingga ke Sarajevo. Rykarl, kawan baik Isfahan telah memberikan satu idea yang dirasakan akan berkesan jika Is benar-benar ingin mencari Sabrina. Isfahan telah memuat naik satu video “Mencari Sabrina” di Facebook. Video itu telah tersebar dan Sabrina turut menonton permintaan Isfahan yang memohon Sabrina untuk datang menemuinya di Plava Voda, tempat yang menjadi saksi cinta mereka bertaut.

Adakah Sabrina akan melupakan luka yang dicipta Isfahan dan pergi menemui jejaka yang mencuri hatinya di Sarajevo? Segalanya bakal terjawab dalam episod akhir Satu Hari pada 28 Januari ini, Rabu, jam 8.30 malam di TV9. Drama 14 episod ini turut dibantu oleh Rita Rudaini, Miller Khan, Hafizul Kamal dan juga pelakon-pelakon pembantu yang berasal daripada Sarajevo iaitu Mirza Salehozic, Kanita Boskovic dan Elmir Krivelic. Untuk maklumat lanjut sila layari www.tv9.com.my dan ikuti juga laman sosial TV9 iaitu facebook/TV9DiHatiku, twitter dan instagram tv9Malaysia.

Barisan Telefilem & Filem Hebat Sepanjang Minggu Raya Pertama Di TV3

LogoAnugerahSyawal (2)

Hanya tinggal dua minggu lagi sebelum umat Islam menyambut bulan Syawal. Seperti tahun-tahun lepas, TV3 meneruskan tradisi untuk menyediakan pelbagai program menarik menerusi filem, telefilem, majalah & dokumentari, variasi, muzikal dan program kanak-kanak yang bertemakan ‘Anugerah Syawal’ sepanjang sambutan Hari Raya bermula 27 Julai 2014.

Istimewa buat tatapan penonton setia TV3, drama-drama eksklusif yang merupakan kesinambungan daripada drama bersiri popular akan menghiasi kaca TV sepanjang minggu raya pertama pada waktu perdana bermula 9.00 malam menerusi slot Fiesta Raya. Antaranya, Love You Mr. Arrogant Raya, Sebenarnya Saya Isteri Dia Raya, Kampung Girl Raya dan Yes, Boss! Raya. Selain itu, TV3 turut menyiarkan telefilem baharu iaitu Spain Uools. Tidak ketinggalan juga filem blockbuster iaitu Balistik lakonan Dato’ Rosyam Nor yang merupakan tersebut merupakan siaran pertama menerusi TV3!

Poster Love You Mr Arrogant Raya

Fiesta Raya: Love You Mr Arrogant Raya

Menjelang Raya, 9.15 malam

Kebahagiaan rumah tangga Zara dan Irham bersama anak sulung mereka, Nazriel Iman yang baru berusia setahun kembali teruji. Konflik mula melanda hidup Zara dan Irham apabila Zara membuat keputusan untuk berkerja di pejabat lamanya. Irham dan Farizah (isteri Hardy) mula menerima gambar-gambar yang menunjukkan kecurangan antara Zara dan Hardy.

Pelakon: Azlee Khairi, Zara Zya, Idris Md Diah, Mustafa Kamal, Fadillah Mansor, Norish Karman, Azizul Azman.

Poster SSID Raya

 

Fiesta Raya: Sebenarnya Saya Isteri Dia Raya

Hari Raya Pertama, 9.00 malam

Firash (Izzue Islam) dan Syafa (Tiz Zaqyah) telah dikurniakan sepasang anak kembar yang bernama Errand dan Rieya. Bagaimanakah Firash berhadapan dengan situasi baharu ini?

Pelakon: Izzue Islam, Tiz Zaqyah, Azlee Khairi, El Faezah Al Haq, Watie Saldi 

Kampung Girl Raya

Fiesta Raya: Kampung Girl Raya

Hari Raya Kedua, 9.00 malam

Ain sedang sarat mengandung dan mengidam makanan yang pelik-pelik di kampung. Asyraf cuba memenuhi permintaannya dalam mencari nangka dan daging unta walaupun terpaksa menghadapi pelbagai masalah untuk mendapatkan makanan tersebut.

Pelakon: Akim Ahmad, Nad Zainal.

 Poster Yes Boss! Raya

Fiesta Raya: Yes Boss! Raya

Hari Raya Ketiga, 9.00 malam

Apakah yang akan berlaku apabila Aryana dan Irham bertukar perwatakan selepas mereka berkahwin? Aryana menjadi ‘bossy’ manakala Irham hanya mengikut kehendak Aryana. Aryana enggan berkerja dengan Irham dan lebih selesa menjadi suri rumah sepenuh masa. Irham sering meluahkan masalah kepada pembantu peribadi baharunya, Nisya. Irham mula rapat dengan Nisha yang lemah lembut.

Pelakon: Fahrin Ahmad, Emma Maembong, Nur Risteena.

 

Fiesta Raya: Balistik

Hari Raya Keempat, 10.00 malam

Balistik menceritakan kisah Saga, seorang pembunuh upahan dan ahli kongsi gelap. Dengan keadaan hidup beliau yang berisiko tinggi telah memaksa Saga meninggalkan isterinya Salina dan anak mereka. Selepas enam tahun, semasa menjalankan misi, Saga kebetulan bertemu dengan Salina semula, tetapi dia kini isteri Inspektor Nizam, yang merupakan sahabat baik Saga ketika mereka berada di rumah anak yatim.

Tersepit di antara dua pilihan sama ada kawan baik ataupun tugasnya, Inspektor Nizam telah pun memutuskan untuk menangkap Saga, manakala Saga pula telah diperintahkan oleh ketua kongsi gelap untuk membunuh mana-mana pegawai penguatkuasa undang-undang yang menghalang kegiatan mereka.

Pelakon: Dato’ Rosyam Nor, Adi Putra, Rita Rudaini, Rykarl Iskandar, Jack Lim, Gan Mei Yan.

Spain-Uoolss

Fiesta Raya: Spain Uoolss

Hari Raya Kelima, 9.00 malam

Mak Cun telah memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM 10,000 sebagai ibu tunggal terbaik di kampungnya. Dia bercadang untuk memberikan kejutan kepada anak perempuannya yang kini menetap di Sepanyol. Namun, Mak Cun berhadapan dengan masalah di Sepanyol kerana dia telah kehilangan alamat anaknya.

Pelakon: Nora Danish, Shaheizy Sam, Erma Fatima 

Pastikan anda menonton telefilem-telefilem tersebut pada minggu raya pertama di TV3. Layari laman web www.ramadanraya.com.my untuk mengikuti perkembangan terkini #SeindahRamadan dan #AnugerahSyawal.

Untuk mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini, penonton boleh melayari laman sesawang TV3 di www.tv3.com.my serta laman sosial Facebook, Instagram & Twitter TV3Malaysia. Selain itu, penonton yang terlepas menyaksikan program ini boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my.