Tag Archives: Sara Ali

BETO Cari Rezeki Di Jalanan

Slot Iris TV3, membawakan sebuah drama terbaharu lakonan Beto Kusyairi dan Pian Kepoh iaitu Rubber Band bermula 18 Mei ini, setiap Isnin hingga Khamis pada jam 6.30 petang. Rubber band mengisahkan mengenai Rahim (Beto Kusyairi) lelaki buta yang gemar bermain gitar dan menyanyi. Rahim tinggal di kampung bersama ibunya, Mak Nah. Satu hari, Alimin (Ezany Nizariff) iaitu rakan sekampung Rahim telah pulang ke kampung dan mengajak Rahim untuk bekerja di Kuala Lumpur. Rahim dijanjikan pekerjaan sebagai penyanyi. Pada mulanya Mak Nah keberatan apabila memikirkan keselamatan Rahim lebih-lebih lagi anaknya itu berbeza dengan orang lain. Tetapi setelah didesak dan dipujuk, Mak Nah benarkan. Setelah tiba di Kuala Lumpur, rupa-rupanya Rahim menjadi penyanyi jalanan. Alimin mengambil kesempatan atas kekurangan Rahim untuk mengaut keuntungan tetapi masih lagi menjaga Rahim dengan baik. Satu hari, Rahim telah ditinggalkan dengan sengaja oleh orang-orang suruhan Alimin yang sering mengenakannya. Rahim akhirnya sedar, dia telah dipergunakan Alimin dan akhirnya melarikan diri. Rahim tidak tahu hendak menuju ke mana dia hanya menurut gerak hatinya untuk melangkah demi mencari rezeki yang akhirnya menemukannya dengan Basir (Suffian).

RB 16

Basir seorang lelaki yang gagap dan bekerja di sebuah kedai makan. Basir sering sahaja dimarahi oleh majikannya sehingga dia diberhentikan kerja. Setelah itu, Basir mengikuti Rahim menjadi penyanyi jalanan sambil menjual ubat. Oleh kerana kecatatan mereka, mereka dipandang rendah oleh masyarakat. Namun, kecacatan tersebut tidak melemahkan azam mereka untuk menjadi seseorang yang dikenali dalam masyarakat. Menyedari hakikat bahawa kecacatan merupakan satu-satunya batu penghalang bagi kejayaan mereka, mereka mengambil keputusan untuk bergabung tenaga bagi menubuhkan sebuah kumpulan musik dengan bantuan Jelita (Sara Ali), seorang produser yang telah melihat bakat mereka menyanyi.

RB 23

Jelita ingin membantu mereka dan membuka mata masyarakat walaupun mereka cacat, mereka masih punya sesuatu yang istimewa untuk dikongsikan. Dari situ, mereka mula membina strategi bagaimana untuk menjadi terkenal meskipun mempunyai kekurangan fizikal. Mereka menamakan kumpulan mereka sebagai “Rubber Band”. Dalam perlahan-perlahan mendaki tangga kemasyuran, satu-persatu kisah lucu terjadi dan menduga persahabatan Rahim dan Basir. Adakah mereka akan terus kekal bersatu dan berjaya melalui rintangan demi untuk populariti yang diangankan? Ikuti perjalanan dua insan istimewa ini dalam drama arahan Sabri Yunus yang turut dilakonkan oleh Sara Ali, Bil Azali, Ezany Nizariff, Sura Sojangi ini dalam Rubber Band.

Senarai Penuh Top 5 ABPBH 2014

Credit photo : NSTP
Credit photo : NSTP

Pencarian Bintang Popular untuk setiap 15 kategori yang dipertandingkan dan Bintang Paling Popular bermula dari 18 Februari hingga 25 Mac 2015. Borang undian pusingan kedua akan disiarkan di akhbar BH dan BH Ahad untuk pembaca memilih artis kesukaan mereka bagi setiap kategori.

Pemenang Bintang Popular dan Bintang Paling Popular dipilih berdasarkan kiraan undi tertinggi yang diterima oleh BH. Mekanisme yang sama juga digunakan untuk pemilihan pemenang kategori online yang turut bermula dari tarikh yang disebut tadi.

Undian boleh dibuat menerusi laman web ABPBH; www.abpbh.com.my. Selain dari siri jelajah yang diadakan di lokasi seperti Village Mall, Sungai Petani Kedah (6 & 7 Mac), Kompleks Pasir Gudang Johor (13 & 14 Mac) dan lokasi terakhir Berjaya Mega Mall, Kuantan Pahang (20 & 21 Mac), ABPBH tidak ketinggalan meneruskan Program Tanggungjawab Sosial pada tahun ini.

Beliau turut mengumumkan peraduan #abpbhcinta di laman sosial instagramnya bermula 2 Februari hingga 25 Mac depan.

Peraduan yang berlangsung selama empat minggu ini membawa empat tema yang berlainan iaitu minggu pertama, adalah ‘Cinta Alam’ yang bermula pada 2 hingga 11 Februari, minggu kedua ‘Cinta Fauna’ pada 16 hingga 25 Februari, seterusnya ‘Hubungan Akrab’ pada 2 hingga 11 Mac dan yang terakhir adalah ‘Gaya Hidup’ pada 16 hingga 25 Mac.

UMW Toyota Motor Sdn Bhd pula menaja kereta Toyota Camry dan Vios bagi pemenang utama. Stesen Televisyen Malaysia Berhad (TV3) sebagai penyiar televisyen rasmi, HotFM sebagai radio rasmi dan TonTon sebagai platform digital rasmi.

Rakan penaja lain seperti Resorts World Genting yang menaja lokasi rasmi ABPBH 2014 dan Hotel The Royale Chulan Kuala Lumpur yang menaja lokasi sidang media rasmi serta HTC Malaysia Sdn Bhd dan The Swatch Group (Malaysia) Sdn Bhd.

Anugerah ‘People’s Choice’ terunggul ini yang sudah memasuki edisi ke-28 akan bersiaran secara langsung dari Arena of Stars, Kota Keriangan Genting Highlands dan disiarkan secara langsung di stesen televisyen TV3 dan radio HotFM pada jam 9 malam, 5 April 2015.

Berikut ialah senarai pencalonan top 5 ABPBH 2014:

1 – Artis Baharu Lelaki Popular
Hafreez Adam
Hisyam Hamid
Nazrief Nazri
Shukri Yahaya
Syarul Ridzwan

2 – Artis Baharu Wanita Popular
Aisyah Aziz
Amyra Rosli
Ayda Jebat
Indah Ruhaila
Puteri Balqis

3 – Pengacara TV Lelaki Popular
AG
Awal Ashaari
Datuk AC Mizal
Datuk Aznil Nawawi
Zizan Razak

4 – Pengacara TV Wanita Popular
Fara Fauzana
Heliza Helmi
Jihan Muse
Neelofa
Scha Alyahya

5 – Penyanyi Lelaki Popular
Aizat Amdan
Akim
Asfan
Hafiz
Hazama

6 – Penyanyi Wanita Popular
Adira
Alyah
Dayang Nurfaizah
Fynn Jamal
Stacy

7 – Artis Duo/Berkumpulan Popular
6ixth Sense
Akim & The Magistrate
Azhael
Black & RJ
Hijjaz

8 – Pelakon TV Lelaki Popular
Aaron Aziz
Adi Putra
Amar Baharin
Shah Iskandar
Sharnaaz Ahmad

9 – Pelakon TV Wanita Popular

Atikah Suhaime
Ayda Jebat
Emma Maembong
Nad Zainal
Siti Saleha

10 – Pelakon Filem Lelaki Popular
Aaron Aziz
Adi Putra
Shaheizy Sam
Zizan Razak
Zul Ariffin

11 – Pelakon Filem Wanita Popular
Atikah Suhaime
Cristina Suzanne
Neelofa
Sara Ali
Siti Saleha

12 – Artis Komedi Lelaki Popular
Abam
Achey
Jep Sepahtu
Shuib Sepahtu
Zizan Razak

13 – Artis Komedi Wanita Popular

Didie Alias
Dottie
Enot
Ifa Raziah
Jihan Muse

14 – Penyampai Radio Lelaki Popular
AG (Hot)
Deen (Hot)
Ebby Halim (Klasik)
Johan (Era)
Salih Yaccob (Sinar)

15 – Penyampai Radio Wanita Popular
Abby Fana (Sinar)
Adibah Noor (Suria)
Anisma Azwati Ahmad (Klasik)
Dina Nadzir (Era)
Fara Fauzana (Hot)

Remy Ishak Mencari Cinta Di Sarajevo

Satu Hari-remy & sara ali

Drama Satu Hari yang telah mula bersiaran di slot Ratu pada 2 Disember lalu kini sudah sampai ke penghujungnya. Drama yang dibintangi oleh pelakon hebat Remy Ishak dan Sara Ali sebagai pelakon utama mengisahkan mengenai Isfahan (Remy Ishak) yang membawa diri ke Sarajevo setelah isterinya Lia (Rita Rudaini), yang sangat dicintai mengkhianati cinta mereka dan bertemu Sabrina (Sara Ali) sehingga mereka jatuh cinta.

Percintaan mereka diuji dengan berita mengenai penyakit Puteri, satu-satunya cahaya mata hasil perkahwinan Isfahan dan Lia. Kepulangan semula Isfahan dan Sabrina ke Malaysia membuatkan perhubugannya mereka semakin jauh dek kerana kesihatan Puteri yang berada di tahap kritikal dan membuatkan Isfahan memberi sepenuh perhatian kepada Puteri. Lia pula, setelah diceraikan oleh Moez, semakin terdesak dan cuba untuk berbaik semula dengan Is. Lia turut menjadikan Puteri sebagai alasan supaya Sabrina melepaskan Isfahan. Lia yang juga dihimpit rasa cemburu cuba memisahkan Isfahan dan Sabrina. Lia masih berharap bahawa perhubungannya dengan Is akan kembali seperti dulu. Namun luka di hati Isfahan terlalu dalam dan tidak mungkin Lia akan mendapat tempat di hatinya lagi.

Satu Hari-Remy Ishak

Pemergian Puteri telah membuatkan Isfahan lupa pada janjinya terhadap Sabrina. Pertunangan yang dirancang musnah apabila Isfahan tidak hadir pada hari yang ditetapkan. Sabrina yang terluka tekad untuk pergi jauh daripada hidup Isfahan dan pulang ke Sarajevo. Setelah keadaan reda, Isfahan baru tersedar akan janjinya dan mula mencari Sabrina. Isfahan buntu dan kecewa kerana dia masih lagi tidak dapat menjejak Sabrina sehingga ke Sarajevo. Rykarl, kawan baik Isfahan telah memberikan satu idea yang dirasakan akan berkesan jika Is benar-benar ingin mencari Sabrina. Isfahan telah memuat naik satu video “Mencari Sabrina” di Facebook. Video itu telah tersebar dan Sabrina turut menonton permintaan Isfahan yang memohon Sabrina untuk datang menemuinya di Plava Voda, tempat yang menjadi saksi cinta mereka bertaut.

Adakah Sabrina akan melupakan luka yang dicipta Isfahan dan pergi menemui jejaka yang mencuri hatinya di Sarajevo? Segalanya bakal terjawab dalam episod akhir Satu Hari pada 28 Januari ini, Rabu, jam 8.30 malam di TV9. Drama 14 episod ini turut dibantu oleh Rita Rudaini, Miller Khan, Hafizul Kamal dan juga pelakon-pelakon pembantu yang berasal daripada Sarajevo iaitu Mirza Salehozic, Kanita Boskovic dan Elmir Krivelic. Untuk maklumat lanjut sila layari www.tv9.com.my dan ikuti juga laman sosial TV9 iaitu facebook/TV9DiHatiku, twitter dan instagram tv9Malaysia.