Tag Archives: Shuib Sepahtu

Pencarian Bakat Ceria All Stars Kini Bermula

Pencarian Bakat Ceria All Stars Kini Bermula | Stesen televisyen terkemuka, Astro meneruskan misi pencarian bakat-bakat cilik tanahair menerusi sebuah rancangan realiti terbaru, Ceria All Stars. Menerusi saluran yang didedikasikan khas untuk kanak-kanak, Astro Ceria sekali lagi tampil dengan konsep baru yang lebih segar dalam meneruskan usaha mereka mengenengahkan bakat-bakat anak muda di Malaysia. Bertitik-tolak dari kejayaan Ceria Popstar dan Ceria Superstar sebelum ini dalam menonjolkan bakat nyanyian dan tarian adik-adik cilik kita, Ceria All Stars membuka peluang lebih luas lagi dalam mempamerkan kepelbagaian bakat generasi muda tanahair melalui formatnya yang lebih terbuka. Ceria All Stars mempunyai misi penting bagi mengupas bakat-bakat luar biasa yang ada di Malaysia.

Peserta boleh hadir ke sesi ujibakat Ceria All Stars dan menampilkan apa sahaja bakat yang mereka ada. Tidak kira dari genre apa sekalipun, Ceria All Stars bersedia memberikan peluang buat adik-adik kita ini mempamerkan kelebihan masing-masing. Dari nyanyian sehinggalah lakonan, aksi akrobatik dan kelincahan di pentas tari, ketangkasan dalam seni mempertahankan diri seperti karate dan taekwondo, silap mata mahupun kemahiran bermain alat muzik; semuanya dijemput menghadiri ujibakat ini. Pendek kata, apa sahaja bakat yang unik dan menarik! Ujibakat akan diadili selebriti-selebriti ternama yang akan memilih 20 calon yang akan layak ke peringkat seterusnya. Inilah masanya untuk menyerlahkan bakat terpendam adik-adik!

Program pertama seumpamanya di Malaysia ini bukan sahaja mencungkil bakat generasi muda tanahair, malahan mengangkat kepelbagaian bakat yang ada di negara kita. Di samping hadiah lumayan menanti pemenang, Ceria All Stars menjanjikan pengalaman tontonan program pencarian bakat cilik terbaik yang akan anda saksikan di Malaysia.

Jadual Ujibakat Ceria All Stars

Tarikh Ujibakat Lokasi Ujibakat Juri Lokasi Masa Pendaftaran
 

17 & 18 Oktober 2015

 

AEON AU2 Keramat, Kuala Lumpur Datuk Aznil Haji Nawawi

Rozita Che Wan

10.00 pagi – 4.00 petang
Kompleks Megamall, Pulau Pinang Shuib Sepahtu 10.00 pagi – 4.00 petang

Syarat- Syarat Penyertaan

  1. Terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 15 tahun dan ke bawah;
  2. Penyertaan individu ataupun berkumpulan tidak melebihi 10 orang;
  3. Bebas dari sebarang kontrak;
  4. Bawa bersama salinan kad pengenalan atau surat beranak berserta dokumen asal;
  5. Gambar profil berukuran 3R / 4R; dan
  6. CD Minus One/ Lagu sendiri bagi persembahan berkaitan muzik.

SUPERLAWAK FC 2014 Jelajah Satu Malaysia

VP5D1850

Perjalanan SUPERLAWAK FC bermula pada tahun 2013 di mana mereka telah mengadakan beberapa sesi jelajah bolasepak  di seluruh negara.  Sambutan yang di terima dari para peminat SUPERLAWAK FC amat luarbiasa sekali.

Lebih dari 100,000 peminat SUPERLAWAK FC telah datang untuk menyaksikan beberapa pertandingan bolasepak persahabatan di antara SUPERLAWAK FC  dengan  Pahang  FC, Astro Arena FC,  The Band FC, Veteran MPKU Kulai dan  UiTM Lecturers.

Sejajar dengan itu, Sony Music Entertainment Malaysia Sdn Bhd dengan kerjasama Rumah Artis Management telah mengambil inisiatif untuk untuk menganjurkan Siri Jelajah Malaysia Superlawak FC 2014.

VP5D1740

Enam buah negeri telah dikenalpasti untuk siri jelajah tersebut bermula dari 27hb September 2014 sehingga 26hb Oktober 2014.

Kali ini SUPERLAWAK FC bakal beraksi menentang bekas pemain bolasepak negeri-negeri yang terpilih dan juga selebriti tempatan.  Dijangka lebih dari 50,000 peminat akan datang menyaksikan perlawanan tersebut di setiap lokasi yang diadakan.

SUPERLAWAK FC amat bertuah kerana mendapat sokongan dari Sinar FM sebagai radio rasmi dan Berita Harian sebagai surat khabar rasmi siri jelajah ini.

VP5D1700

SUPERLAWAK FC juga amat bertuah kerana Admiral, jenama sukan ternama telah bersetuju untuk menjadi pakaian sukan rasmi untuk SUPERLAWAK FC.

Tiket masuk yang dikenakan hanya RM 10.00 seorang sahaja.  Amat berbaloi harga tiket ini kerana anda bakal memenangi pelbagai hadiah menarik yang disediakan menerusi sesi cabutan bertuah.

Acara akan dimulakan dari jam 4.00 petang dan berakhir 12.00 tengah malam. Penonton tidak akan merasa bosan kerana mereka bakal dihiburkan dengan persembahan dari artis-artis Sony Music dan juga berpeluang untuk beramah mesra dengan mereka.

Selain daripada itu, terdapat pelbagai gerai jualan yang di sediakan di mana terdapat pelbagai jenis barangan yang menarik yang boleh di beli dengan harga yang berpatutan.

VP5D1748

SIRI JELAJAH MALAYSIA SUPERLAWAK FC 2014 

Tarikh                                     Tempat                                                           Negeri 

27hb September 2014            Stadium Hang Jebat                                       Melaka

28hb September 2014            Stadium Pasir Gudang                                   Johor

11hb Oktober 2014                 Stadium Likas                                     Sabah

18hb Oktober 2014                 Stadium Darul Aman , Alor Setar                   Kedah

19hb Oktober 2014                 Stadium Perak , Ipoh                                      Perak

26hb Oktober 2014                 Stadium Negeri, Kuching                                Sarawak

VP5D1755

SENARAI PEMAIN SUPERLAWAK FC 2014

  1. Dato’ AC Mizal
  2. Jep Sepahtu
  3. Shuib Sepahtu
  4. Rahim Sepahtu
  5. Fad Bocey
  6. Achey Bocey
  7. Ajak Shiro
  8. Johan Era Radio
  9. Emal School of Lawak
  10. Jali School Of Lawak
  11. Along Cham
  12. Atu Raja Lawak
  13. Akim AF
  14. Zainal Abidin Hassan ( Bekas Pemain Pahang)

Warna Super Spontan 2014

imageResize

Program realiti bercorak permainan yang menampilkan para selebriti bermain komedi secara improvisasi kini kembali dengan judul Warna Super Spontan 2014.

Menurut Pengurus Saluran Astro Warna, Encik Rostam Said, masih mengekalkan format yang asal Super Spontan memilih ‘wrestling’ bersesuaian dengan tema sukan yang diketengahkan oleh program tersebut sebelum ini.

“Kami pilih sukan wrestling kali ini memandangkan Super Spontan memang sinonim dengan tema sukan. Tahun lalu Super Spontan dengan tema sukan Bola Sepak, kali ini sukan gusti kerana negara juga  bakal menyaksikan jelajah siri sukan tersebut tidak lama lagi.

“Jadi saya rasa ianya bersesuaian dengan ‘mood’ penonton dan peserta. Nama juga dipilih mengikut kesesuaian tema dan dari segi pemilihan barisan peserta, mereka yang pernah menyertai Super Spontan sebelum ini layak untuk kembali menyertai di musim akan datang sekiranya mereka tidak pernah dinobatkan juara program Super Spontan,” jelas Rostam Said ketika majlis pelancaran program Warna Super Spontan di Damansara Perdana.

Dua penyampai radio Era FM, Ray dan Haniff bakal menjadi pengacara dan Afdlin Shauki buat pertama kali bakal bergandingan dengan Adlin Aman Ramli sebagai pengulas selain kemunculan Amir Raja Lawak seperti biasa untuk menghangatkan lagi suasana.

Mawas Berduri yang diuruskan oleh Rashid Salleh dan disertai oleh Yus Jambu, Rahim R2, Fad, Didie Alias, Jihan Muse, Johan Raja Lawak dan Syuk Balas. Manakala kumpulan Biawak Laser diketuai oleh Reza dan diwakili oleh Shuib Sepahtu, Taukeh Jambu, Shahrol Shiro, Michael Ang, Achey Bocey, Sharifah Sakinah dan Abam Bocey.

Nasib setiap kumpulan akan ditentukan oleh undian SMS daripada penonton di mana kumpulan yanf dapat markah terendah perlu menyingkirkan salah seorang peserta daripada kumpulan mereka dan kumpulan menerima markah tertinggi akan memenangi RM5,000 dan disalurkan ke badan kebajikan yang memerlukan.

Juara Warna Super Spontan akan membawa pulang wang tunai RM100,000. Layari facebook rasmi www.facebook.com/SuperSpontan dan laman web www.superspontan.com.my bermula 15 Ogos 2014.

Jangan lupa untuk menyaksikan Warna Super Spontan yang akan bersiaran secara langsung di Astro Warna (132) dan Mustika HD (134) bermula 22 Ogos 2014, jam 10 malam!

*Sumber : Portal Murai