Tag Archives: Siti Nurhaliza

NGO SEBAGAI TUNJANG NEGARA: ANUGERAH PERDANA MARTABATKAN WIRA MASYARAKAT

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) memainkan peranan besar dalam membentuk kesejahteraan masyarakat Malaysia. Namun, sumbangan ini sering berlaku tanpa sorotan dan pengiktirafan sewajarnya. Atas kesedaran itu, Anugerah Perdana NGO Malaysia diwujudkan sebagai platform rasmi untuk menghargai dedikasi luar biasa gerakan masyarakat sivil yang selama ini bekerja di barisan hadapan.

Majlis Anugerah Perdana NGO Malaysia mengiktiraf sumbangan NGO tempatan

Majlis berprestij ini telah berlangsung di Sunway Resort Hotel, Petaling Jaya, dan disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, sekali gus memberi pengiktirafan tertinggi kepada NGO sebagai rakan strategik negara dalam pembangunan sosial.

PENGIKTIRAFAN TERHADAP SUMBANGAN SENYAP NGO

Anugerah ini dianjurkan oleh Gabungan NGO-NGO Malaysia dengan sokongan Yayasan Generasi Malaysia serta UPM Press, bertujuan mengangkat peranan NGO yang selama ini membantu masyarakat tanpa mengharapkan publisiti.

NGO sering menjadi pihak pertama turun ke lapangan ketika krisis melanda. Mereka kekal membantu walaupun selepas perhatian awam beralih. Realiti inilah yang menjadikan pengiktirafan ini amat bermakna, kerana ia meraikan jasa yang selama ini dilakukan secara senyap dan konsisten.

YAYASAN NURJIWA DAN TOKOH SENI DALAM MISI KEBEBAJIKAN

Antara penerima perhatian pada malam penganugerahan ialah Yayasan Nurjiwa, yang dinobatkan sebagai Yayasan Terbaik (Kebajikan Komuniti). Yayasan ini diwakili oleh pengasasnya, Dato’ Seri Siti Nurhaliza, yang turut dikenali bukan sahaja sebagai ikon seni, tetapi juga tokoh kemanusiaan yang aktif menyantuni golongan memerlukan.

Majlis Anugerah Perdana NGO Malaysia mengiktiraf sumbangan NGO tempatan

Pengiktirafan ini membuktikan bahawa sumbangan sosial mampu merentasi dunia hiburan dan memberi impak nyata kepada komuniti, khususnya dalam aspek kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

NGO SEBAGAI RAKAN STRATEGIK PEMBANGUNAN NEGARA

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerja Anugerah, Tan Sri Prof. Datuk Wira Dr. Abdul Latiff, NGO bukan sekadar pelengkap kepada dasar kerajaan, malah berfungsi sebagai pemangkin perubahan sosial. Mereka membantu mengisi jurang yang tidak mampu ditangani sepenuhnya oleh sektor awam, khususnya di peringkat akar umbi.

Majlis Anugerah Perdana NGO Malaysia mengiktiraf sumbangan NGO tempatan

Sebagai nilai tambah kepada penganjuran ini, Buletin IMPAK NGO Malaysia turut dilancarkan. Penerbitan ini menghimpunkan dokumentasi, analisis dan kisah kejayaan NGO tempatan, sekali gus menjadi rujukan penting kepada pembuat dasar, penyelidik dan pemain industri sosial.

Anugerah ini secara jelas menghantar mesej bahawa pembangunan negara yang mampan memerlukan kerjasama erat antara kerajaan, sektor swasta dan gerakan NGO yang berintegriti serta berdaya saing.

Senarai TOP 5 AIM 21

aim20

Penyanyi Dato’ Siti Nurhaliza berjaya mendominasi lapan pencalonan dalam tujuh kategori pada Anugerah Industri Muzik ke-21(AIM21). Sekaligus membuktikan bahawa biduanita itu masih mampu menarik perhatian juri selepas bertahun-tahun bekerjaya dalam industri muzik.

Siti Nurhaliza dicalonkan dalam kategori Kulit Album Terbaik (Fragmen), Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Lagu (Wanita) (‘Lebih Indah’), Rakaman Album Terbaik (Fragmen), Lagu Pop Etnik Terbaik (Popaleh Weh), Lagu Pop Terbaik (‘Jaga Dia Untukku), Susunan Muzik Terbaik di Dalam Lagu (‘Lebih Lagu’) dan Album Terbaik (Fragmen).

Sementara Joe Flizzow dengan enam pencalonan termasuk dua pencalonan untuk kolaborasi beliau bersama kumpulan Sleeq menerusi kategori Persembahan Vokal Duo/ Kolaborasi Terbaik di Dalam Lagu (‘Tepi Sikit’), Kulit Album Terbaik (Havoc), Video Muzik Terbaik (‘Apa Khabar’) dan Lagu Hip Hop Terbaik (Havoc).

Manakala Poova dan The Venopian Solitude, dua nama yang agak kurang dikenali ramai tapi masih mampu meraih 3 percalonan setiap seorang, menjadikan mereka antara yang teratas di dalam senarai.

AIM21 mempertandingkan sebanyak 17 kategori. Pada tahun ini juga seramai 67 orang juri yang diketuai oleh komposer Dato’ Adnan Abu Hassan telah dilantik bagi menilai setiap pencalonan yang dihantar.

Selepas tiga tahun AIM diadakan di stadium, tahun ini ibarat sireh pulang ke ganggang, AIM21 akan berlangsung di PWTC pada 6 Disember 2014 jam 8 malam dan akan disiarkan menerusi saluran ASTRO.

Senarai TOP 5 AIM21:

Album Terbaik
#1 – Stacy
Aku – Salamiah Hassan
Fragmen – Dato’ Siti Nurhaliza
Salam Musik – Salam
Stacy – Stay-C

Vokal Terbaik Lelaki Dalam Lagu
Ahmad Ahmad – Dah
Akim Ahmad – Mewangi
Faizul Sany – Perempuan
Kroll (Persis) – Ruang Hati
Riz Zaizizi – Sempurnakanlah Aku dan Dia

Vokal Terbaik Wanita Dalam Lagu
Liza Hanim – Egoismu
Adira – Hilang
Poova – Just Another Day
Dato’ Siti Nurhaliza – Lebih Indah
Shila Amzah – Masih Aku Cinta

Vokal Terbaik Berkumpulan Dalam Lagu
Hani & Zue – Biar
Forteen – Dikau Saja
Azhael – Hujung Waktu
Tiga – Pengakuan
Suwara – Racun Termanis

Lagu Pop Terbaik
Dato Siti Nurhaliza – Jaga Dia Untukku
Alif Satar – Kerna Dia
Ali Satar – Kesempatan Kedua
Alyah – Sesal Separuh Nyawa
Shila Amzah – Tulus

Lagu Hip Hop Terbaik
Joe Flizzow feat SonaOne – Apa Khabar
Joe Flizzow feat Altimet & SonaOne – Havoc
Altimet feat The Trisno Trio – Hello
Haiza feat Filsuf – Kerana
Sleeq & Joe Flizzow – Tepi Sikit

Lagu Rock Terbaik
S.O.G – Amat Mudah Untuk Hanyut Dibawa Arus
Spider – Ayat Penyengat
Drama Band – Jiwa
Bunkface feat Amy Search – Rentak Laguku
Mojo – Romancinta

Artis Baru Terbaik
Azmarul Azuan
Fakhrul Razi
Poova
Russell Curtis Project
SonaOne

Lagu Inggeris Tempatan Terbaik
Poova – Faketown
Nadhira feat David Cook – Fire
Razlan Shah feat One Night Service – Flowers
SonaOne – No More
Russell Curtis Project – Sons

*Kredit : Malaysian Digest