Tag Archives: sotag

MELISSA TAN & JAYDEN TIANG Win 3rd Edition Of SUPER MODEL UNIVERSE MALAYSIA Post Lockdown

Melissa Tan Jia Ying, a 19-year-old student from Kuala Lumpur, and Jayden Tian Hang Shu, a 29-year-old fitness trainer from Penang, were crowned as the female and male champions of Super Model Universe Malaysia 2021, which was staged in a colourful, exciting and entertaining finale at the Mutiara Ballroom, Royale Chulan Damansara in Mutiara Damansara.

Respectively taking the title for the International male and female categories of Super Model Universe Malaysia 2021 were Luliia Paivim, a 21-year-old student from Russia, and Owono Obono Raul Ncogo, also a 21-year-old student, from Equatorial Guinea. In the kid’s category, 10-year old Puteri Ieman Qharmieylla from Selangor emerged as champion.

Each winner of both the local and international categories took home a crown (female only), sash, a cash prize of RM 1,500.00, diamond earrings worth RM 6,000.00 from Diamonia Jewelry, 2-nights stay at Barat Tioman Resort worth RM 1,000.00, XES Shoes worth RM 1,000, beauty & aesthetic treatments from Bellissima2U worth RM 3,000.00, personal training sessions from Target Fitness PJ worth RM 2,000. photoshoots by Bookd worth RM 699, Grande’ hamper and MD Pharma hamper among many other prizes. The kid’s category winner took home a crown, sash, cash prize of RM 500.00, a 0.5-carat diamond ring from Diamonia Jewelry and various other prizes.


The grand finals saw 49 delegates from Malaysia and other countries including The Philippines, Pakistan, India, Iran and Egypt, vying for a total of 25 awards.

The winners of the competition were selected by a panel of esteemed judges that included Simpson Wong, Founder & MD of XES Shoes, Dato’ Sri Devan Vidondaraja, MD of GVE Asia, Bon Zainal Harun. MBDA Founder & Chairman, Prakash Subramaniam, Director of ERP Elite Model, Shingary, Diamonia Jewelry Founder, Carl Graham. Bookd CEO & Founder, Previtha Rajah, Super Model Universe Ambassador, Alex Lim, La Mode Coiffure Group Founder, fashion designers Jonathan Kok & Farel Mikhail, Deejay Jeevan, Director of urbandjz and International fashion & fitness model Moslem Bouribandeh.

The grand final of the highly anticipated international modelling competition which was organised by Target Fitness PJ and Musica Academy KL was delayed by more than six months after the authorities re-imposed a nationwide pandemic lockdown (MCO 3.0) early this year. Although the auditions were conducted in a closed-door environment before the lockdown, all related activities and challenges had to be conducted virtually under strict guidelines as prescribed by the authorities to ensure the safety of all delegates. Among the competitive challenges and activities that the delegates had to participate in and earn points from the judges, included The Top 25 Reveal – where they had to do their introduction video, Photoshoot Challenge, Comp Card Challenge – where they had to create their comp card, XES Shoe Challenge – where they had to post content as influencers, attend motivational talks and other workshops, fitness training & fitness shoot and also a talent competition, which was all conducted virtually.


Super Model Universe which originates from Bulgaria, is among the biggest international modelling competitions in the world and is held yearly. It was created by the principals of the Mrs Universe pageant to unearth fresh new international supermodels and give them a leg up in this competitive industry. The 2021 edition in Malaysia is the third time it’s been held locally since 2019. The first national winner Thalia Thin went on to make Malaysia proud by winning the world title in 2019. The world final was supposed to be staged in Malaysia last year but unfortunately had to be postponed because of the global pandemic. It was held virtually instead by the principals.

“Super Model Universe provides the opportunity for fresh new talents to experience and discover runway experiences, not only in Malaysia but also at the world stage,” expressed national pageant director and licensee Ammetta Malhotra Begin.


“We are pleased to have discovered so many exciting & capable new talents over the last three years. Our first national winner Thalia went on to become the world champion, and many of our delegates have become sought after runway and commercial models, and also product ambassadors for well-known brands,” beamed a proud Malhotra.

Unfortunately, the local winners of this year’s competition will not be able to compete in the world finals as it was already staged in the first week of November 2021, without any local participation.


“We sincerely hope the world finals of Super Model Universe will be able to be held here in Malaysia next year, once international travellers are allowed to enter Malaysia once again,” Malhotra added.

Also crowned during the competition were various Super Model Universe Ambassadors that included Trini Wong (Fashion Ambassador), Mertinih Ivy Joklis (Elegant Ambassador), Jessie Gan (Wellness Ambassador), Dr Sudhashini Nair (Motivational Coach Ambassador), Marianny Ismail (Beauty & Aesthetic Ambassador) and Evelyn Nadal (Model & Rampwalk Ambassador), all of whom are prominent personalities in the industry.

Among the key sponsors and partners to the competition, this year include XES Shoes, Diamonia Jewelry, TBC Elektrik, ARP Elite Model, AVA Global Network, Bellissima2U, Grande’, urbandjz, Target Fitness, Virtual Event Space, UVeCare, Dancing Art Solutions, GVE Group, Bookd, Onpoint Fotography, Mandy and The Eighth Avenue. The event was streamed live over official media partner Rentak Sejuta’s Facebook Page.

The event was emceed by Super Model Universe 2019 Thalia Thin and Global Asia Model 2019 Melisha Lin.

DJI Lancar Gedung Premium Pertama di Malaysia

DJI, pemimpin global dalam pembangunan dan pembuatan dron awam dan teknologi pengimejan udara untuk kegunaan peribadi dan profesional, telah melancarkan Gedung Pengalaman Premium DJI pertama di Malaysia di Tingkat 5, Pavilion Kuala Lumpur.

Terletak secara strategik di Lot 5.24.01, Pavilion Kuala Lumpur, kemudahan (seluas kira-kira 1,662 meter persegi) ini menawarkan pelbagai peranti pemenang anugerah dan juga produk elektronik pelopor industri. Sebagai gedung runcit rasmi DJI, reka bentuk dalamannya sama dengan yang digunakan di semua pusat runcit antarabangsa DJI untuk menjanjikan pengalaman yang menarik dan menyenangkan pelanggan dan pengunjung.

Gedung serba baharu ini mengetengahkan rangkaian produk yang luas untuk peragaan dan jualan, termasuk produk terkini seperti DJI Mavic 3, DJI Action 2, DJI Air 2S dan DJI FPV untuk membolehkan semua pengunjung menikmati ciri-ciri inovatifnya. Platform peranti udara dan produk pegangan tangan lain yang ditawarkan termasuk DJI Pocket 2, DJI OM 4 SE, dan DJI OM 5

Selain itu, ahli sinematografi profesional dan pengusaha perniagaan boleh meninjau rangkaian gimbal kamera tiga paksi pegangan tangan DJI RS 2 and DJI RSC 2 yang serba canggih dengan reka bentuk yang diperhalusi di gedung ini.

“Kami teruja untuk menawarkan produk pemenang anugerah DJI yang direka cipta untuk memenuhi keperluan individu yang berani, kreatif dan berjiwa kembara di Malaysia, menerusi DJI Experience Store Premium,” kata Johnny Liao, Pengurus Besar Azure Telecommunication Sdn Bhd.

“Para pelanggan boleh mengunjungi gedung kami dan berbual dengan pakar-pakar jenama kami yang sedia untuk membincangkan segala kemungkinan dan kelebihan teknologi dalam hidup anda, sama ada untuk beriadah atau bekerja,” tambah Johnny.

Sempena dengan majlis pembukaan besar-besaran pada hari Ahad, 28 November 2021, DJI akan menawarkan promosi berikut kepada 50 pelanggan pertama:

– DJI Tello: RM399 (Harga asal RM499)

– DJI OM4: RM379 (Harga asal RM459)

– DJI Mini SE: RM1,199 (Harga asal RM1,349)

– DJI FPV Combo: RM4,299 (Harga asal RM5,299)

– DJI Mavic 3 + Beg: RM9,999

Di samping langkah memasuki pasaran Malaysia secara rasmi buat pertama kali menerusi gedung konsep premium ini, DJI akan memperkenalkan rangkaian produk baharu yang dirancang untuk tahun depan, dan beberapa Gedung Pengalaman Premium DJI yang lain akan menyusul, termasuk sebuah Pusat Servis DJI rasmi pertama jenama bagi memenuhi keperluan pelanggan tempatan.

 

 

21North Europ Assistance kini di Malaysia

Penyedia penyelesaian teknologi automotif 21North melaksanakan usaha sama dengan Europ Assistance Malaysia, sebuah unit penyedia bantuan automotif antarabangsa yang terkemuka Europ Assistance Group, untuk melancarkan platform 21North Europ Assistance bagi memperkasakan pemilik kenderaan, pengedar automotif dan bengkel menerusi kemudahan ‘Pick up & Drop’ yang dipacu teknologi digital.

Kenaikan yang tinggi dalam permintaan di India, Singapura dan Indonesia sejak bermulanya pandemik membuktikan bahawa permintaan terhadap keperluan kenderaan kini mengalami peningkatan. Pengeluar peralatan tulen (OEM) terkemuka di negara-negara Asia Tenggara ini menjalankan usaha sama dengan 21North Europ Assistance untuk menyediakan kemudahan pengambilan dan penghantaran digital tanpa sentuh yang selamat dan berkesan kos.

Berikutan pelancaran ini, Malaysia kini merupakan pasaran Asia Tenggara ketiga yang mempunyai akses kepada perkhidmatan 21North Europ Assistance. 21North Europ Assistance mempunyai sekumpulan lebih 9000 penyedia bantuan, yang sehingga kini telah melaksanakan 4.5 juta perjalanan dengan nilai transaksi sebanyak RM264 juta (€55 juta) setahun. Pembangunan platform tersebut juga adalah selari dengan trend perbelanjaan teknologi maklumat (IT) yang kian meningkat dalam industri automotif. Menurut laporan Future of Mobility oleh Frost & Sullivan, perbelanjaan IT dalam bidang automotif akan meningkat daripada $38 bilion dalam tahun 2015 kepada lebih $168 bilion dalam tahun 2025.

Dengan menggunakan 21North Europ Assistance, pemilik kenderaan boleh mendapatkan khidmat servis bagi kenderaan mereka menerusi penyelesaian digital “pengambilan dan penghantaran”. Tempahan boleh dibuat dengan mudah dengan mengimbas kod QR pada kenderaan mereka.

Sebaik sahaja tempahan disahkan, wakil 21North Europ Assistance yang paling hampir akan ditugaskan untuk mengendalikan perkhidmatan tersebut. Beliau akan pergi ke lokasi dengan mematuhi segala protokol keselamatan termasuklah penjarakan sosial, sanitasi, penggunaan pelitup muka dan sarung tangan. Pemilik kenderaan boleh menjejaki dan memantau status kerja yang sedang dilaksanakan dengan mudah secara digital. Mereka juga mempunyai pilihan untuk membuat bayaran secara dalam talian bagi pengalaman tanpa sentuh yang lancar.Perniagaan automotif kini berpeluang meningkatkan hasil pendapatan dan kesetiaan pelanggan di Malaysia menerusi perkhidmatan hingga ke pintu pelanggan oleh 21North Europ Assistance.

Perkhidmatan pengambilan dan penghantaran kenderaan dijangka akan menjadi kebiasaan pada masa akan datang, memandangkan pemilik kereta ingin mendapatkan perkhidmatan servis profesional yang dibuat secara mudah dan selamat dengan pertimbangan yang sewajarnya terhadap prosedur operasi standard COVID-19. Antara ciri-ciri lain platform 21North Europ Assistance termasuklah pandu uji kenderaan baharu dan sewa beli secara terus ke lokasi pelanggan – segalanya dibuat secara maya.

“Dalam menjalankan usaha sama dengan peneraju automotif global semasa berada di fasa kritikal, kami dapat saksikan impak yang begitu ketara dari segi pengekalan pelanggan, pengurangan kos, penggunaan ruang dan jumlah perniagaan di kalangan klien kami. Kemudahan dalam menghubungi pemilik kenderaan dan bakal pelanggan walau di mana sahaja mereka berada menerusi 21North Europ Assistance merupakan kunci bagi penskalaan yang bijak dan bertanggungjawab,” kata Nitin Mehra, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Asia Tenggara di 21North.

Platform 21North Europ Assistance menggunakan teknologi berasaskan lokasi, data masa nyata, kecerdasan buatan dan komunikasi terhubung dari hujung ke hujung, untuk membawakan perkhidmatan bantuan kenderaan yang pantas, selamat dan inovatif kepada klien dan pemilik kenderaan.

Kini, lebih 15 bengkel dan pengedar telah mendaftar bagi mendapatkan perkhidmatan tersebut. Nilai tambah yang dibawakan oleh perkhidmatan pengambilan dan penghantaran ini membantu mereka untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat, pada masa yang sama membantu mereka mendahului pesaing mereka.

“Alat perisian boleh skala, modus operandi yang diperhalus dan pengetahuan domain yang mendalam merupakan kekuatan kami yang membolehkan kami mengatur perkhidmatan kami di pasaran baharu dengan lebih cepat. Kami yakin bahawa perkhidmatan kami akan dapat membantu membawakan nilai tambah kepada pemilik kenderaan dan perniagaan automotif di Malaysia,” kata Philippe Demangeat, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Asia Tenggara di Europ Assistance.

21North Europ Assistance mengajak semua untuk merasai pengalaman yang dibawakan oleh penyelesaian yang selamat tanpa sentuh, tidak menyusahkan dan dipacu oleh teknologi digital dengan menghubungi kami di emberc@europ-assistance.my

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi, anda juga boleh melayari https://21north.world.

TikTok Memperkenalkan Artis TikTok Pertama, Fatia, yang Kelahiran Malaysia!

TikTok, destinasi utama untuk video pendek mudah alih, telah melebarkan sayap dalam industri muzik dengan mengumumkan artis global pertamanya dari Malaysia, Fatia serta single sulung beliau, My World Too.

Dikenali sebagai @thisisfatia di TikTok, Fatia merupakan gadis berusia 21 tahun dari Kuala Lumpur yang mencintai muzik dan meraih pengikut menerusi video duet nyanyiannya di TikTok. Dibesarkan dalam persekitaran irama pop, rock klasik dan musikal, bakat muzik Fatia telah diasah sedari usia muda. Beliau mendapat galakan penuh daripada ibu bapanya dan mula menyedari akan bakat yang ada semasa membuat persembahan koir dan pengucapan berirama di sekolah menengah. Alunan suaranya yang lembut namun bertenaga dalam video nyanyian semula beliau yang dirakam di bilik tidurnya telah menarik perhatian TikTok. Dengan kekuatan vokal dan persona yang meriangkan, kehadiran Fatia dan komuniti di TikTok terus berkembang setiap hari.

“TikTok telah mempelopori platform pencarian muzik, dengan membuka peluang terhadap penemuan ramai artis dan genre baharu. Kami amat teruja dengan kehadiran Fatia sebagai artis pertama di dunia yang bernaung di bawah TikTok! Dalam pada TikTok terus mencipta nama sebagai lubuk bagi bakat muzik, kami juga komited untuk terus menyokong persada muzik tempatan serta memberi platform kepada artis berbakat seperti Fatia bagi mengetengahkan bakat mereka di mata dunia. Apatah lagi misi kami adalah untuk sentiasa membawa kegembiraan kepada komuniti melalui kreativiti serta ekspresi tanpa had,” kata Sheau Mei Cheah, Ketua Pemasaran Muzik Asia Tenggara TikTok.

Lagu ini dihasilkan berdasarkan pengalaman Fatia sendiri yang mencari keberanian untuk membebaskan diri daripada pandangan masyarakat dan kembali menjadi lebih kuat daripada sebelumnya. Diilhamkan oleh gaya vokal ratu pop seperti Taylor Swift, Ariana Grande dan juga artis Malaysia sendiri, Yuna, My World Too menyeru masyarakat untuk sentiasa menjadi diri sendiri serta berani mengukir perjalanan hidup masing-masing.

Fatia berkata, “Debut ini merupakan langkah pertama saya secara profesional dalam industri muzik dan saya teruja dengan apa yang menantikan saya. TikTok telah memainkan peranan penting dalam mengangkat bakat saya, justeru itu saya amat berbesar hati apabila menjadi artis pertama yang bernaung di bawah TikTok. Sejujurnya, saya memuat turun aplikasi TikTok semasa pandemik untuk “mengekspresikan diri” tanpa terlintas walau sedikit pun tindakan tersebut akan membawa saya sejauh ini! Saya sungguh bersyukur atas peluang yang diberikan.”

My World Too digubah dan ditulis oleh komposer lagu terkemuka Malaysia, Aubrey Suwito yang juga telah menghasilkan karya klasik Malaysia seperti Gemilang serta Layarlah Kembali. Lagu ini menandakan kerjasama kedua Suwito dengan TikTok, selepas pelancaran Perihal Dirimu pada awal tahun ini antara artis Malaysia, Haikal Farid dan penyanyi merangkap pencipta lagu dari Indonesia, Weswey.Prapelancaran eksklusif My World Too di TikTok adalah pada 19 November dan tersedia di semua platform penstriman digital mulai 26 November 2021. Bukan itu sahaja, malah sebuah filem pendek eksklusif juga akan dikeluarkan pada 24 November, untuk dinikmati semua! Cabaran tanda pagar #MyWorldToo memberi peluang kepada pengguna untuk menyerlahkan bakat mereka menggunakan efek filter, dalam menggalakkan lebih ramai pengguna mencungkil kelebihan masing-masing.

Muat turun atau layari aplikasi TikTok sekarang untuk mengenali Fatia dan mendengar My World Too. TikTok tersedia secara percuma di iOS dan Android melalui Apple Store, Google Play Store serta Huawei AppGallery.

Pelbagai Tawaran Terhebat Menanti Pelanggan Sempena Sambutan Ulangtahun Ke-7 Go Shop Menerusi Kempen “Happy Together”

Go Shop, peneraju perniagaan beli-belah dari rumah dan e-dagang popular Malaysia hari ini melancarkan kempen sambutan ulangtahunnya yang ketujuh menerusi “Happy Together Live Party” yang akan berlangsung pada hujung minggu ini (30 & 31 Oktober). Program istimewa yang berlangsung selama dua hari ini menampilkan ramai selebriti tersohor tanah air seperti Dato Sri Siti Nurhaliza, Datuk Aznil Hj Nawawi, Datin Hajjah Fouziah Gous, Dato Aaron Aziz, Ustaz Munif Ahmad, Ustaz Shahrizan Daud dan Linda Onn.

Majlis sambutan terbesar Go Shop ini menawarkan RM3.5 juta hadiah percuma dengan promosi “Beli 1, Percuma 1” dan pelbagai hadiah eksklusif. Banyak produk menarik menanti penonton termasuklah barangan terlaris Go Shop seperti produk-produk peralatan rumah termasuklah perkakasan dapur dan makan, fesyen, kecantikan, dan produk digital. Jangan lupa untuk menyaksikan siaran langsung “Birthday Live Party” dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang di Astro Saluran 118. Pelanggan juga boleh strim menerusi aplikasi Go Shop atau layari www.goshop.com.my. Pelancaran siaran “Happy Together Live Party” ini, ia menandakan permulaan sambutan ulangtahun Go Shop yang akan berlangsung selama sebulan sepanjang November ini. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan pelbagai tawaran dan promosi eksklusif di semua platform Go Shop.

Ketua Pegawai Eksekutif Go Shop, Christinne Lim, berkata: “Go Shop pada hari ini telah berjaya melebarkan sayapnya menjadi peneraju perniagaan beli-belah dari rumah dan e-dagang popular di Malaysia, justeru jutaan penghargaan diucapkan kepada para pelanggan kami khususnya, dan rakan-rakan perniagaan dan vendor / pembekal atas kepercayaan dan sokongan anda sepanjang tujuh tahun perjalanan kami ini. Mengangkat tema “Happy Together” untuk sambutan ulangtahun pada tahun ini, kami di Go Shop sentiasa teruja untuk membawakan kebahagiaan dan pengalaman membeli belah yang penuh dengan kegembiraan untuk setiap pelanggan kami di luar sana. Kami sentiasa komited untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan dengan menyajikan kandungan yang menghiburkan, membawakan jenama produk yang dipercayai ramai pada nilai terhebat, dan yang paling utama, memastikan pelanggan mendapat pengalaman membeli belah terunggul dari kami.”

“Lanjutan tempoh fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini secara tidak langsung telah menjadi pemangkin atau penyumbang terbesar kepada lonjakan trend pembelian secara atas talian. Di Go Shop sendiri, kami dapat lihat platform digital kami terus kukuh dan merekodkan peningkatan jualan yang begitu memberansangkan, dicetuskan dari pembelian di atas talian. Tambahan lagi, dengan peningkatan popularity rangkaian produk kesihatan, kecergasan, fesyen dan barangan riadah sepanjang musim PKP, kami berjaya menambahkan banyak lagi jenama-jenama terkemuka untuk kategori-kategori ini. Kolaborasi ini telah menghasilkan/menjayakan lebih banyak program-program menarik yang mengutamakan topik kecergasan dan kesihatan.”

“Go Shop merupakan sebuah platform membeli belah dari rumah yang terkenal dengan sajian produk berkualiti dan sentiasa menawarkan pelanggan dengan pelbagai jenama yang dipercayai ramai, dari produk-produk peralatan rumah ke perkakasan dapur dan makan, demi menepati permintaan ramai yang menginginkan sesuatu yang lebih segar dan moden – kemas, memudahkan, hadir dengan fungsi yang pelbagai dan pada masa yang sama mampu mengekalkan kehidupan yang sihat sejahtera. Menariknya lagi, kami di Go Shop akan sentiasa berusaha untuk menambah lebih banyak produk-produk menarik dan menawarkan pilihan penuh variasi demi menepati kehendak setiap pelanggan. Pada tahun ini, buat julung kalinya, kami telah melancarkan jenama pakaian dan set peralatan tiduri – Royal Field and La Belle; jenama eksklusif Go Shop, untuk memberikan lebih banyak pilihan produk berkualiti kepada pelanggan,” jelas Christinne lagi.

Kempen sambutan ulangtahun ketujuh Go Shop, “Happy Together” ini menawarkan baucar bernilai RM7 juta, selain dari diskaun sehingga 80% dan tawaran-tawaran istimewa pada setiap minggu, bermula dari 1 November ini hingga 30 November 2021. Pelanggan boleh nantikan banyak pelancaran produk-produk terhebat sepanjang November ini. Tawaran-tawaran menarik ini termasuklah dari produk-produk peralatan memasak yang moden dan terkini, barangan perabot, set peralatan tidur dan banyak lagi produk menarik tersedia khas buat pelanggan khususnya untuk menyambut tahun baru tidak lama lagi!

Sepanjang berlangsungnya kempen istimewa ini kelak, pelanggan boleh nikmati tawaran diskaun sehingga RM77 apabila mereka berbelanja RM650 dan ke atas. Selain dari itu, menerusi aplikasi Go Shop, pelanggan juga boleh dapatkan baucar diskaun sebanyak RM7 pada setiap hari dari 1 hingga 7 November dan menyertai permainan “Happy Spin & Win Game” dari 17 hingga 30 November 2021 untuk peluang memenangi pelbagai hadiah menarik bernilai RM170,000! Anda juga boleh mendapatkan diskaun ekslusif serta rebat apabila membuat pembelian dengan GrabPay eWallet dan, kad Public Bank, CIMB serta Standard Chartered ketika berlangsungnya tempoh kempen.

Jangan lepaskan peluang untuk menonton Saluran Go Shop di Astro pada setiap hari – Go Shop RUUMA Saluran 118, GAAYA Saluran 120 dan BAARU Saluran 111 serta di MYTV Saluran 120, untuk nikmati pelbagai tawaran terhebat sempena sambutan ulangtahun Go Shop. Layari laman sesawang rasmi Go Shop di www.goshop.com.my atau muat turun aplikasi Go Shop di Go Shop app di Google Play dan App Store.

 

HIJRAHKAN LAGUKU, JOURNEY BACK TO HIM

TV AlHijrah memperkukuhkan kedudukan stesennya sebagai agen penyebar dakwah di platform penyiaran dengan membawakan sebuah program pertandingan nyanyian berkonsepkan realiti TV berjudul Hijrahkan Laguku.Pertaruhan berani ini dibuat setelah melihat kepada keperluan metodologi dakwah yang lebih kreatif, bersesuaian dengan konsep Keluarga Malaysia, peredaran zaman, kehendak penonton serta selari dengan tuntutan syarak.

Hijrahkan Laguku adalah rancangan pertandingan hiburan Islamik yang menampilkan gabungan lapan orang penyanyi lama-baru dalam industri hiburan tanah air yang akan menyampaikan mesej dakwah menerusi lirik lagu yang digubah hingga akhirnya salah seorang daripada mereka bergelar juara pertandingan.Bercerita mengenai buah tangan terbaru TV AlHijrah ini, Namanzee Harris selaku Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah berkata Hijrahkan Laguku bakal menjadi fenomena yang mampu membentuk masyarakat serta mencetuskan natijah untuk pembangunan jiwa ummah.

“Simbiosis kukuh di antara manusia dan seni muzik tidak dapat dinafikan. Manusia secara fitrah mudah tertarik kepada bunyi-bunyian yang menyenangkan, lirik lagu yang mempesona serta seni persembahan yang memberi kedamaian.

“Rancangan Hijrahkan Laguku mempunyai kekuatan untuk memenuhi kehendak jiwa manusia yang sukakan kepada muzik. Kita tambah elemen hiburan Islamik serta wasilah dakwah kontemporari yang bertujuan menghubungkan penonton setia stesen ini dengan Allah SWT.

Hijrahkan Laguku akan disiarkan secara langsung selama lapan minggu dari Studio Penyiaran Digital TV AlHijrah, pada setiap Sabtu, jam 9 malam mulai 20 November akan datang.Mengangkat tema Journey Back To Him, Hijrahkan Laguku akan disertai oleh Dato Nash Lefthanded, Iwan Shahman, Mark Adam, Pangeran Adam (PG Adam), Zaf VE, Shahir Zawawi, Zack Kool dan Rahmad Mega. Pemilihan artis yang menyertai pertandingan reality TV ini dibuat berdasarkan beberapa kriteria. Antara yang utama adalah kisah penghijrahan mereka yang unik serta mampu mendorong penonton untuk menjadi khalifah Allah yang terbaik di muka bumi ini. Turut diambil kira adalah bakat, aura, karisma serta kekuatan mereka dalam bidang nyanyian.

Maklumat lanjut serta perkembangan terkini rancangan Hijrahkan Laguku boleh didapati di laman sesawang TV AlHijrah, laman media sosial TV AlHijrah, portal HBIT.my serta portal Alhijrahnews.com

 

Haqiem Rusli Sah Milik Anis Sofea

Penyanyi lelaki popular negara, Haqiem Rusli, 24, telah sah bergelar suami kepada gadis jelita, Anis Sofea, 19, dengan sekali lafaz di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah Cyberjaya pada jam 3 petang tadi. Pasangan ini dinikahkan oleh jurunikah Ustaz Zamzuri Ruslan, bersaksikan keluarga tercinta dan rapat pasangan.Haqiem Rusli atau nama sebenar Ridzuan Haqiem bin Rusli menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300, selain lima dulang hantaran berbalas lima dulang hantaran kepada pasangan tercinta Wan Anis Sofea binti Wan Zamzuri, atau lebih mesra disapa Anis Sofea. Pasangan sama cantik sama padan ini memanjat kesyukuran hari bahagianya berjalan dengan lancar dan diraikan dalam majlis tertutup yang hanya dihadiri oleh keluarga tercinta, kenalan rapat dan media sahaja mengikut prosedur operasi standard (SOP) penganjuran majlis perkahwinan dan sosial yang telah ditetapkan dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara Fasa 4.

Meraikan hari yang bahagia ini, pasangan telah memilih untuk mengadakan majlis perkahwinan dan resepsi secara tertutup bertemakan “Wedding in the Sky” atau “Raikan Cinta di Langit Asmara” bertempat di skyGlass Cyberjaya. Bertempat di Aras 22 SkyPark Cyberjaya, skyGlass Designer Event Hall merupakan dewan acara berprestiij berkonsepkan “Glasshouse” dan “Modern Victorian” yang menawarkan pemandangan panorama 360 darjah seluruh Cyberjaya, Putrajaya dan juga Kuala Lumpur City Centre. Menyempurnakan hari yang bersejarah pasangan Haqiem dan Sofea ini, perunding perkahwinan Primadona Events dan juga Ben Signatures Event telah merancang majlis indah ini dalam masa tiga bulan secara privasi.

Majlis perkahwinan yang bertemakan “Garden Wedding” beronakan warna putih dan hijau taman diolah oleh Mega Bridal Creations bagi majlis Ijab dan Qabul yang diadakan di skyLounge, Aras 20 di SkyPark Cyberjaya.Pasangan mengenakan busana indah dari pereka terkenal, Razman Razmi bagi majlis indah ini. Berkongsi rasa kesyukuran dan kegembiraan, pasangan Haqiem dan Sofea turut meraikan hari bahagia ini bersama 200 orang termasuk keluarga tercinta, kenalan rapat, celebriti serta pihak media dalam Majlis Resepsi dan Makan Malam yang diadakan di skyGlass Cyberjaya. Dekorasi majlis yang diberikan nama “The SOFEA” ini berinspirasikan “Floral Garden” persis taman di kayangan dalam rona pastel yang elegan dan mewah merupakan ilham dan sentuhan daripada Primadona Events diilhamkan daripada minat pasangan sendiri, Anis Sofea kepada fesyen dan drama Korea. Pasangan meragakan rekaan busana yang direka khas oleh pereka fesyen tersohor Rizman Ruzaini dalam rona putih berperincian mewah. Turut meraikan detik bersejarah pasangan ini, HABIB Jewels, jenama barang kemas tempatan menyerikan pasangan dengan aksesori berlian dan barangan kemas bernilai RM5 juta bagi kedua-dua majlis. Kedua mempelai merupakan pelanggan HABIB apabila memilih untuk membeli cincin perkahwinan mereka. Cincin berlian Hearts of Fire merupakan berlian terbaik dunia menjadi pilihan kedua mempelai. Persalinan kedua mempelai untuk majlis pernikahan dan persandingan dilengkapi koleksi berlian potongan ekslusif dari HABIB. Nilai keseluruhan majlis perkahwinan dianggarkan lebih RM7 juta.

Dalam suasana majlis gemilang bak taman syurga yang menjelmakan keajaiban dan magikal, Haqiem menghadiahi isteri tercinta sebuah lagu karyanya sendiri “Hitam Saksi Putih” yang didendangkan merdu semasa Majlis Resepsi. Pasangan yang bagai pinang dibelah dua ini telah menjalin percintaan sejak dua tahun lepas,
berkenalan semasa menjalankan urusan perniagaan mereka. “Dia (Anis Sofea) amat sempurna buat saya, dan saya sangat senang dengan sikap, budi pekertinya yang lemah lembut dan ketrampilannya yang telah menambat hati saya untuk memilikinya,” jelas Haqiem. Sofea pula menerangkan, “Sifatnya yang penyayang, prihatin, bertanggungjawab, bercita-cita tinggi dan berbudi pekerti menjadikan saya jatuh hati kepadanya”. Bersempena dengan hari bersejarah bagi pasangan ini, Majlis Resepsi Raikan Cinta di Langit Asmara yang julung kalinya diadakan di taman tergantung (“skypark”) yang terpanjang di Malaysia untuk memori indah pasangan dan semua kenalan. Tetamu dapat merasakan sendiri suasana keajaiban pada saat mereka melangkah masuk. Disambut oleh kakitangan yang mesra dan pihak pengurusan yang profesional, seolah-olah semua orang sedang dibawa ke satu dimensi lain, taman kayangan. Hari istimewa ini dijayakan dengan kerjasama lebih
daripada 10 pakar dalam industri termasuk katerer, perunding perkahwinan, pakar dekorasi, jurufoto berpengalaman dan ramai lagi.

Astro Radio menyegarkan SYOK dengan 60 stesen radio baharu

Astro Radio meraikan ulang tahun ke 25 dengan menyegarkan aplikasi SYOK dan memacu perjalanan trasformasinya ke hadapan. Bermula 1 November 2021, rakyat Malaysia boleh menantikan lebih 60 stesen baharu dalam talian, menawarkan pelbagai jenis dan kompilasi muzik. Tambahan lagi, saluran berita Bahasa Cina baharu ‘YOU-NEIRONG’, untuk berita terkini dan hal ehwal semasa akan bermula Januari 2022. Stesen baharu di SYOK membolehkan pengguna untuk strim genre dan kategori muzik kegemaran mereka merentasi bahasa termasuk balada, klasik, muzik akustik, muzik tarian, muzik senaman, K-pop, hip-hop, kegemaran di tahun 70an, 80an dan 90an, rock, Jiwang, Cintan, Nasyid, Arab, lagu-lagu Bollywood, Irama Malaysia, Dangdut dan banyak lagi. 

(Sila rujuk Lampiran untuk maklumat berkaitan stesen baharu dalam talian) 

60 stesen baharu dalam talian ini akan tersedia tambahan kepada semua jenama Astro Radio di udara dan di TV termasuk ERA, MY, HITZ, RAAGA, SINAR, GEGAR, ZAYAN, MELODY, GOXUAN, MIX, LITE dan banyak lagi; menjadikan Astro Radio dan SYOK pertama di Malaysia untuk melancarkan stesen radio baharu dalam talian dengan jumlah yang tinggi secara serentak. Pengguna juga boleh menikmati banyak ciri baharu yang menarik dan dinaik taraf seperti ‘mod gelap’ (dark mode); ciri ‘penggera’ (alarm) yang membolehkan pengguna menjadualkan stesen radio pilihan mereka untuk distrim secara automatik; saluran ‘video langsung’ (live video), memberikan pengguna kelebihan untuk berinteraksi dengan orang lain semasa sesi video langsung; manakala podcast – carian podcast yang dipertingkatkan berdasarkan kategori, membolehkan pengguna meneruskan penstriman di tempat mereka berhenti, mengatur podcast yang dimuat turun ke dalam simpanan, berkongsi di media sosial; dan banyak lagi.

 Kenny Ong, Ketua Pegawai Eksekutif, Astro Radio, berkata, “Semasa kami memulakan perjalanan transformasi kami untuk berkembang sebagai rangkaian hiburan audio dan infotainmen terbesar serta paling berpengaruh di Malaysia, Astro Radio teruja untuk memperkenalkan pilihan penstriman audio yang lebih relevan dengan kandungan yang disusun mengikut permintaan pendengar kami. Kepesatan perubahan dalam ruang digital terus memacu evolusi kami untuk menawarkan lebih banyak aliran muzik dalam talian yang memastikan jenama-jenama Astro Radio sentiasa relevan. Aplikasi baharu SYOK menawarkan pengalaman yang lebih khusus dengan 60 stesen radio baharu dalam talian baharu kami yang disesuaikan dengan lebih banyak gaya hidup dan pilihan. Kami berharap rakyat Malaysia menikmati pengalaman hiburan baharu ini di SYOK melalui aplikasi dan laman web.” 

Ong meneruskan, “Baru-baru ini, Astro Radio turut bekerjasama dengan TikTok untuk melancarkan tiga rancangan hujung minggu baharu ke udara dan di aplikasi SYOK, untuk meluaskan jangkauan dan mempromosikan silang pilihan (cross-promote) kandungan dan muzik yang lebih luas merentasi platform. Selain itu, kami telah bekerjasama dengan ACO Tech, syarikat peneraju mobiliti pintar terkemuka di Asia Tenggara, untuk menyepadukan aplikasi SYOK dalam sistem infotainmen kenderaan; dan dengan HUAWEI untuk menyepadukan aplikasi SYOK pada HUAWEI WATCH 3 Series yang menawarkan pengalaman jam pintar yang lebih tinggi kepada pengguna. Kami juga akan mengumumkan lebih banyak kerjasama, di mana kami ingin terus berinovasi dan meningkatkan industri radio dan audio Malaysia.” 

Rakyat Malaysia boleh terus strim podcast terkini dalam pelbagai bahasa yang tersedia secara eksklusif di SYOK seperti Confession Bilik Gelap, TechniPod, Moon’s Parenting Tips, Pei Diary with Lingkesvaran dan banyak lagi, dan mengikuti semua kandungan radio langsung (radio atas permintaan) pada bila-bila masa. Aplikasi SYOK juga akan menawarkan rakyat Malaysia akses kepada SYOK Originals, video berbentuk pendek yang memaparkan kisah-kisah menarik seperti Everyday Malaysians, SYOK Busybody, SYOK Food Taster dan banyak lagi. Rakyat Malaysia juga boleh menikmati artikel semasa, berita dan info trafik serta menyertai peraduan untuk peluang membawa pulang hadiah menarik termasuk peraduan SYOK 101 yang tersedia di aplikasi dan ke udara sepanjang bulan November ini, untuk peluang memenangi hadiah wang tunai. 

Muat turun aplikasi SYOK di Google Play, Apple App Store atau Huawei App Gallery, juga layari lawan web SYOK. https://syok.my/

‘GV8’ Medan Penentu 13 Pesaing Dari Tiga Negara Serumpun

‘Gegar Vaganza’ atau ‘GV’ ialah satu-satunya program realiti berkonsepkan pertandingan nyanyian terbitan Astro Ria yang menyediakan platform komersial penjenamaan semula kerjaya seni khusus untuk barisan penghibur berpengalaman di Malaysia.

Bakal membuka tirai menerusi penganjuran edisi kelapan dengan tagline ‘Bintang Kembali Menyengat’, pentas berprestij ‘GV8’ akan menjadi medan penentu bagi 13 pesaing utama mewakili tiga negara serumpun iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia yang pernah menempa nama di persada seni hiburan suatu ketika dahulu.Kemampuan 13 bintang utama yang bakal menjadi pertaruhan edisi kali ini terdiri daripada enam penyanyi solo lelaki, lima penyanyi solo wanita dan dua penyertaan secara duo atau berkumpulan.

Enam bintang solo lelaki yang akan memberi saingan sengit untuk musim ini ialah Aweera, Azan Scan, Dato’ Fazley Yaakob, Shidee, Bandi Amuk dan Aliff Aziz (Singapura).Sementara senarai penyanyi solo wanita yang menyahut cabaran untuk berentap dalam ‘GV8’ ialah Adibah Noor, Ani Maiyuni, Suki, Nikki dan Upiak Isil (Indonesia).

Musim ini juga turut meriah dengan kehadiran pelawak terkenal, Saiful Apek & Yassin serta Nico yang mewakili penyertaan secara duo dan berkumpulan.‘GV8’ masih mengekalkan format asal penjurian yang diadili berdasarkan sistem pemarkahan 100% oleh barisan juri profesional. Peserta yang mendapat markah terendah pada setiap minggu akan disingkirkan.

Rangkaian program ‘GV8’ akan disiarkan secara eksklusif di saluran Astro Ria (104) atau strim di platform digital menerusi aplikasi Astro Go dan portal Gempak.Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza S8’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang mulai 15 November 2021.

Bagi yang terlepas untuk menonton, program ‘Kompilasi Kapsul Gegar Vaganza S8’ akan disiarkan khas pada setiap hari Sabtu, jam 7.00 malam mulai 20 November 2021.Konsert mingguan ‘GV8’ pula akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam mulai 21 November 2021.

Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV8’ bermula 21 November 2021.Istimewa untuk pelanggan NJOI, konsert minggu pertama ‘GV8’ juga bakal disiarkan secara serentak di saluran Astro Prima (105). Selain itu, siaran penuh konsert minggu pertama juga boleh distrim menerusi program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ di platform Gempak pada hari tersebut.

Bagi memberi pilihan yang lebih fleksibel, siaran konsert penuh minggu pertama ‘GV8’ juga boleh distrim melalui aplikasi sooka secara percuma menggunakan peranti mudah alih. Untuk melanggan pelan VIP Entertainment bagi menikmati keseluruhan musim ini sepanjang 10 minggu, muat turun aplikasi sooka di Apple AppStore dan Google PlayStore atau layari www.sooka.my

Episod kedua LAGU CINTA KITA tular tempat kelima teratas di Twitter dengan capaian penonton 3.2 juta

Episod kedua tular tempat kelima teratas di Twitter dengan capaian penonton 3.2 juta, telah membuktikan Lagu Cinta Kita Musim Ketiga mendapat tempat di hati penonton. Lima pasangan yang berentap Ahad lalu telah menjadi bualan di platform media sosial terutamanya Twitter ketika siaran langsung bermula dari pukul 9.00 malam hingga 10.30 malam.

Persembahan kelima-lima pasangan ini berjaya mencuit hati ramai penonton. Walaupun ini merupakan persembahan pertama mereka, keserasian dapat dilihat antara mereka. Persembahan dimulakan dengan pasangan Malhamka dan Yuveena (Ikhmal Hamka dan Yuveena Gunainthran) dengan lagu Cinta Luar Biasa (nyanyian asal Admesh Kamaleng). Walaupun Malhamka nampak kurang fokus kerana baru sahaja kematian ayahanda tersayang sebulan lalu, namun keserasiannya dengan pasangan iaitu Yuveena yang merupakan kacukan Cina dan India berjaya membuatkan mereka kekal untuk ke peringkat seterusnya. 

Pasangan lain adalah Achik dan Maria (Achik Asrain dan Maria Khairul) membawakan lagu Risalah Hati nyanyian asal Dewa 19 serta Pasya dan Puteri (Faizul Asyraf dan Puteri Khareeza) dengan lagu Dealova nyanyian asal Once Mekel. Persembahan daripada Pasya dan Puteri mendapat pujian daripada dua juri tetap iaitu Ajai dan Mas Idayu. Namun terdapat dua pasangan tidak berjaya mencantumkan pentas! Dua persembahan tersebut ialah Syafeek dan Zazo (Shafeek Ikhwan dan Zaleha Zolkepli) membawakan lagu Canggung nyanyian asal Wani Hasrita serta Norman dan Hazreen (Norman Hafizi dan Hazreena Amreena) mempersembahkan lagu Gundah nyanyian asal Ernie Zakri. 

Namun, kegigihan setiap peserta membuatkan kedua-dua juri tetap telah berlembut hati dan memberi peluang kepada mereka untuk terus beraksi dengan lebih bersemangat untuk episod seterusnya.

Lagu Cinta Kita Musim Ketiga diketuai oleh Russell Mark Rodrigues sebagai pengurus projek, Shazreena Binti Mohd Kassim sebagai penerbit eksekutif dan Muhammad Saiful Bin Saharudin sebagai penerbit. 

Kepada sesiapa yang tidak berkesempatan menyaksikan siaran langsung pada setiap Ahad, pukul 9.00 malam hingga 10.30 malam ini boleh terus strim live HD di www tonton.com.my dan Youtube TV3Malaysia Official.Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia dan Instagram @LaguCintaKitaOfficial. Gunakan #LaguCintaKita3 untuk menghangatkan lagi perbualan di laman media sosial.

CETAPHIL SKIN HEALTH Festival Meraikan Para Peminat Penjagaan Kulit

Jualan akhir tahun kini lebih meriah kerana Cetaphil telah meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan kulit, lantas memberi pengalaman bermakna buat mereka yang bakal menyertai Skin Health Festival LIVE pada 10 November 2021 jam 8 malam, secara langsung hanya di laman Facebook Cetaphil Malaysia dan stor rasmi Shopee.

Menjelang tahun baharu yang bakal tiba, Cetaphil akan menganjurkan sambutan secara maya untuk memperingati usaha rakyat Malaysia menempuh tahun kedua berdepan pendemik. Acara secara maya ini akan dihoskan oleh duta Cetaphil Malaysia, Lisa Surihani dan Lizz Chloe bersama pakar dermatologi klinikal jemputan dari Fakulti Perubatan Hospital UiTM, Dr Liyana Dhamirah Aminuddin. Sambutan ini turut dimeriahkan dengan persembahan oleh kumpulan penyanyi wanita Malaysia yang sedang meningkat naik, DOLLA sempena siaran langsung Skin Health Festival Cetaphil Malaysia.

Pengurus Pemasaran Galderma Malaysia Sdn. Bhd, Jessica Chan berkata, “Kami perhatikan ramai orang sedang mengalami tekanan hidup dan norma baharu yang mula kita sedari. Objektif kami adalah untuk menyalurkan pengetahuan kepada orang ramai, supaya mereka meningkatkan kesihatan kulit dan melindungi kulit daripada 5 Tanda Kulit Sensitif, iaitu Pelindung Kulit Lemah, Kekeringan, Iritasi, Kekasaran, dan Ketegangan.”

Cetaphil Malaysia turut memaklumkan bahawa mereka telah menjemput perunding dermatologi untuk sesi Q&A menerusi Ask A Derm IG Stories secara mingguan. Ianya diadakan di laman Instagram Cetaphil Malaysia pada setiap hari Jumaat sejak Oktober. Hal demikian telah dilaksana berdasarkan tinjuan Cetaphil Skin Health Survey 2021 yang dijalankan pada April 2021. Seramai hampir 7,000 rakyat Malaysia yang mengambil bahagian, kebanyakannya mengalami 5 Tanda Kulit Sensitif dan didapati:

  • 62% merasa kepedihan selepas menggunakan alat solek atau produk penjagaan kulit, menandakan pelindung kulit lemah.
  • 73% mengalami kekeringan. Peserta mendapati terdapat tompok-tompok kulit kering yang muncul pada muka, tangan, kaki dan bahagian badan yang lain.
  • 68% memaklumkan kulit mereka mudah mengalami iritasi, kegatalan dan kemerahan.
  • 86% sedar mereka mengalami masalah kulit tidak sekata dan kusam pada sesetengah bahagian muka dan tubuh, dan ini adalah petanda kekasaran pada kulit.
  • Yang terakhir, 68% merasa kulit menjadi tegang selepas membersih.
  • Lebih daripada 50% rakyat Malaysia pernah mengalami salah satu tanda kulit sensitif.

Tambahan pula, para peminat pasti menyedari bahawa DOLLA telah mengambil alih laman rasmi Instagram Cetaphil untuk sesi IG LIVE bersama Dr Liyana. Para peminat amat berpuas hati dengan kemunculan mengejut DOLLA, menjadikan sesi IG LIVE kali pertama Cetaphil Malaysia sebuah perkongsian yang menarik. Selain itu, lebih daripada 20,000 sampel produk percuma telah diberikan melalui Facebook dan TikTok Cetaphil melalui trivia dan permainan mengenai 5 Tanda Kulit Sensitif. Para peminat penjagaan kulit boleh merasa teruja kerana Cetaphil bersedia memberi promosi seperti diskaun hebat, baucar dan hadiah untuk sesi siaran langsung di masa akan datang.

Galderma dan Cetaphil sedar bahawa untuk memperoleh kulit yang cantik dan sihat bukanlah bergantung kepada produk semata-mata. Sebab itulah, syarikat ini dengan bangganya ingin mengumumkan Clear Skies, sebuah inisiatif impak sosial keberlanjutan dengan komitmen jangka masa panjang demi menuju persekitaran lebih sihat, dengan mengurangkan impak kepada alam sekitar serta menggunakan pembungkusan yang lebih baik. Selama lebih sedekad, Cetaphil telah maju dalam usaha mengurangkan jejak alam sekitar. Ini menandakan arah tuju global syarikat dalam menerapkan sikap bertanggungjawab di dalam perniagaan seiring matlamat untuk mencapai penggunaan 100% tenaga boleh diperbaharui di kilang miliknya menjelang 2022, dan mempunyai kemudahan pengeluaran karbon neutral.

Jessica Chan turut berkata, “Pencemaran udara dan air lagi perubahan cuaca faktor persekitaran yang mempengaruhi kulit semua orang. Sebagai peneraju dalam merawat kulit sensitif selama lebih 70 tahun, penting untuk kita peka terhadap keperluan alam sekitar serta memastikan adanya perubahan positif agar pelanggan, pekerja dan masyarakat dapat menikmati kehidupan yang lebih baik.”

Untuk maklumat lanjut mengenai Cetaphil Skin Health Festival LIVE pada 10 November jam 8 malam nanti di Facebook dan Shopee, layari completecarewithcetaphil.com  dan ikuti media sosial kami di https://www.facebook.com/cetaphilmalaysia atau https://www.instagram.com/cetaphilmy/

Netflix kini di Astro

Astro hari ini mengumumkan ‘Pengalaman Baharu Astro’, yang mana membenarkan pelanggan untuk strim Netflix di TV Astro dan nikmati lebih nilai dan penjimatan menerusi pek-pek langganan terbaharu yang diperkenalkan ini. Pek-pek terkini Astro ini direka khas untuk para pelanggan yang gemarkan dunia penstriman dan sentiasa berhubung di antara satu sama lain, membenarkan mereka untuk strim segala program kegemaran masing-masing menerusi Ultra Box, dan akan datang di Ulti Box. Kini, pelanggan boleh menikmati program-program popular kegemaran masing-masing menerusi satu platform utama Astro; dari perkhidmatan penstriman terkemuka dunia seperti Netflix, Disney+ Hotstar, HBO GO, iQIYI, TVBAnywhere+ ke program-program kebanggaan Astro dan acara sukan berprestij dunia secara langsung, semuanya ini menerusi skrin besar dan alat peranti masing-masing.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Astro & Ketua Pegawai Eksekutif TV Astro, Euan Smith berkata, “Kami di Astro sentiasa peka dan dengar akan kehendak pelanggan, justeru kami memperkemaskan dan hari ini memperkenalkan pengalaman baharu Astro, khas buat pelanggan yang menginginkan sesuatu yang mampu menepati kehendak mereka, dengan menawarkan lebih banyak pilihan menerusi kelbagaian kandungan yang lebih hebat dan menarik, namun begitu pada masa yang sama memiliki faktor lebih nilai. Kami begitu teruja kerana dapat berkolaborasi bersama Netflix dalam membawakan pelbagai jenis kandungan terhebat menerusi Astro seterusnya merealisasikan misi kami untuk menjadi pusat sehenti utama dunia hiburan. Kami akui, sejak kebelakangan ini, kesederhanaan telah menjadi teras utama kami di Astro, justeru kami telah mempergiatkan usaha untuk mentransformasikan keseluruhan pengalaman Astro secara holistik kepada lebih mudah, ringkas, menjadi platform utama pilihan pelanggan, dan memastikan setiap dari mereka dapat menikmati variasi hiburan dengan lancar. Ciri-ciri terkini dan menarik yang hadir pada Ultra Box ini membolehkan pelanggan menikmati lebih banyak program-program tempatan dan acara sukan berprestij secara langsung dari skrin Astro, dan kini disertakan sekali bersama Netflix Originals, filem dan dokumentari. Edisi terbaharu ini akan menyertai kolaborasi sedia ada kami di antara Disney+ Hotstar, HBO GO, iQIYI dan TVBAnywhere+, serta banyak lagi perkhidmatan penstriman terkemuka yang akan turut bekerjasama di masa akan datang.”

Naib Presiden Pembangunan Perniagaan, APAC, Netflix, Tony Zameczkowski, berkata, “Kami di Netflix begitu teruja untuk membawakan pengalaman hiburan lebih hebat ke alat peranti yang pelbagai kepada lebih ramai rakyat Malaysia di luar sana. Di Netflix, misi utama kami adalah untuk menyajikan hiburan terhebat yang tiada tandingannya kepada setiap pelanggan kami, oleh yang demikian, kami begitu gembira apabila kolaborasi bersama Astro ini mampu membuka peluang kepada lebih rakyat Malaysia merasai pengalaman terbaharu dan menikmati katalog kandungan kami yang pelbagai – dari filem-filem pecah panggung Hollywood seperti ‘Red Notice’, siri-siri popular Sepanyol seperti ‘Money Heist’, sajian kandungan terhebat Korea seperti ‘Squid Game’, yang kini berjaya mencetuskan satu fenomena dan cukup popular di kalangan peminat di Malaysia.”

Tambah Euan lagi, “Kami kini terus memacu inisiatif berinovasi tinggi demi memastikan setiap pelanggan kami dapat menikmati sebuah pengalaman tontonan yang tiada tolok bandingnya di setiap skrin, menerusi Ultra Box dan Ulti Box juga di Astro GO. Mana-mana pelanggan yang menggunakan produk-produk yang dinyatakan ini akan dapat menikmati ciri-ciri dan fungsi terkini pengalaman tontonan Astro ini di platform linear (TV), On Demand, Rakaman Awan (‘Cloud Recording’) dan fungsi Tontonan Tanpa Henti (‘Continuous Viewing’), secara serta merta. Manakala untuk pelanggan baharu Ultra dan Ulti Plug & Play Boxes pula, seperti yang kami umumkan sebelum ini, anda boleh membuat pemasangan sendiri dan ia akan berfungsi sepenuhnya menerusi perkhidmatan jalur lebar, yang mana dalam erti kata lain, pelanggan tidak lagi memerlukan piring satelit. Astro merupakan yang pertama di rantau ini melancarkan perkhidmatan keupayaan 4K High Dynamic Range dan Dolby Atmos bagi membolehkan peminat sukan menikmati pengalaman tontonan bertaraf premium dengan kejelasan kristal dalam versi 4K UHD. Hari ini pula, kami sekali lagi melakarkan sejarah apabila mengagregatkan aplikasi Netflix secara terus ke Ultra Box bagi memudahkan pelanggan untuk strim sajian kandungan Netflix dengan lebih lancar, dan ditonton secara terus di skrin besar di kediaman masing-masing. Selepas ini, akan ada lebih banyak aplikasi seperti Disney+ Hotstar bakal menyusuli inisiatif ini, menjadikan kami di Astro sebagai pengagregat perkhidmatan penstriman nombor satu negara.”

Pengarah Komersial Astro, Azlin Arshad, menjelaskan, “Pek-pek terbaharu yang diperkenalkan Astro pada hari ini direka khas untuk menepati citarasa pelanggan yang sentiasa menginginkan variasi dalam sajian kandungan hiburan mereka, pada kadar atau nilai yang lebih berpatutan. Jangan lepaskan peluang untuk menonton banyak judul-judul tayangan perdana Netflix seperti ‘Red Notice’ dan ‘Squid Game’ secara sebelah-menyebelah dengan sajian popular Disney+ Hotstar, ‘Shang Chi and the Legend of the Ten Rings’ dan ‘Jungle Cruise’ atau tonton judul HBO pula, ‘And Just Like That’ dan ‘Succession’, selain dari banyak lagi program-program terhebat di Astro yang dibawakan dari Korea, negara-negara Asia Tenggara mahupun rancangan popular tempatan terbitan Astro sendiri seperti ‘Maharaja Lawak Mega’, ‘Gegar Vaganza’, ‘Dukun Diva’ dan banyak lagi. Pelanggan dibolehkan membuat pilihan untuk terus melanggani pek-pek sedia ada, namun kami merasakan ramai yang akan tertarik dan berminat untuk menaik taraf pek langganan masing-masing kepada pek-pek terbaharu ini agar mereka boleh strim lebih banyak kandungan menarik dari rakan-rakan perkhidmatan penstriman kami, dan nikmatinya di skrin besar kediaman masing-masing. Pek-pek baharu kami ini hadir dengan kontrak perjanjian yang cukup fleksibel, sama ada 0, 12 atau 24 bulan langganan, terpulang kepada pilihan yang mampu menepati kehendak pelanggan. Tambah menariknya lagi, kami ingin turut menjemput pelanggan untuk mendaftar pakej jalur lebar kami, dan nikmati akses Netflix secara komplimentari selama 3 bulan*.”

Pakej-pakej terbaharu Astro ini adalah Pek ‘Primary’, ‘Entertainment’, ‘Sports’, ‘Movies’, ‘Entertainment Plus’, ‘Premium 1, 2, 3’ dan ‘Platinum’. Untuk Pek ‘Entertainment Plus’, ‘Premium 2, 3’ dan ‘Platinum’, ia akan disertakan bersama Netflix, dan sajian kandungan dari Korea serta rancangan-rancangan Seram, serta variasi hiburan seperti HGTV HD, Cartoon Network HD dan program-program terhebat Asia. Pengalaman Baharu Terhebat Astro ini direka khas untuk menggalakkan pelanggan strim program-program kegemaran masing-masing di satu platform utama, dengan antara muka yang intuitif, dan semuanya ini dalam satu bil sahaja. Daftar hari ini di www.astro.com.my.