Dianggotai empat figura terhebat yang telah mempopularkan genre muzik thrash metal, Megadeth akhirnya mengadakan konsert pertama mereka di Malaysia!
Dianjurkan oleh IME Malaysia, Megadeth Live In Malaysia akan menggegarkan Stadium Negara pada Khamis Mei 4 jam 8 malam.
Ditubuhkan pada tahun 1983, Megadeth memperkenalkan genre terbabit menerusi album pertama mereka yang diiktiraf sebagai Album Thrash Metal Terhebat Sepanjang Zaman.
“Kuala Lumpur adalah tempat yang kami sentiasa mahu membuat persembahan apabila kami menjelajah Asia,” demikian kenyataan pengasas bersamadan juga ketua kumpulan berkenaan, Dave Mustaine yang dipetik dalam satu temubual baru-baru ini.
“Mereka akan membenarkan kami membawa jenama muzik thrash kami ke sana dania adalahsesuatu yang tidak wajar dilepaskan,”katanya.
Siri jelajah ini adalah bersempena dengan kemunculan album terbaru mereka, Dystopia selepas tiga tahun tanpa album baharu. Ini juga adalah album kelima belas daripada mereka.
Pengkritik muzik rock dan peminat memuji album Dystopia dan menyifatkannya sebagai hasil paling Berjaya daripada salah satu band yang paling sinonim dengan genre muzik berkenaan.
Album tersebut mendapat pencalonan Anugerah Grammy untuk kategori Persembahan Metal Terbaik 2017. Dengan jumlah 49,000 unit yang dijual dalam masa satu minggu, Dystopia mengambil kedudukan ketiga di carta Billboard Top 200 bersama-sama Adele dan Justin Bieber. Ini juga adalah pencapaian tertinggi yang pernah di raih band inisejak 1992 untuk Countdown to Extinction yang Berjaya menduduki tempat kedua di dalam carta terbabit.
Dystopia turut disenaraikan sebagai salah satudaripada 20 Album Metal Terbaik 2016 oleh majalah Rolling Stone. Selain daripada Dave Mustaine yang juga vokalis serta pemain gitar utama kumpulan berkenaan, kumpulan itu turut dianggotai David Ellefson yang bermain bass, Kiko Loureiro sebagai gitaris dan juga pemukul dram Dirk Verbeuren.
Sepanjang tiga dekad lalu, Megadeth telah menjuallebih 50 juta album di seluruh dunia, menerima pelbagai pengiktirafan termasuk 12 pencalonan Grammy serta dianugerahkan dengananugerah platinum untuk lima album berturut-turut.
Tiket untuk menyaksikan Megadeth Live di Malaysia berharga RM428 (DethPitt Zone, berdiri bebas), RM388 (VIP, tempat duduk bernombor), RM358 (Rock Zone, berdiri bebas), RM288 (CAT1, tempat duduk bernombor) dan RM198 (CAT2, tempat duduk bebas ) boleh didapati menerusi TicketCharge online di www.ticketcharge.com.my atau hubungi talian hotline + 603-92228811. Peminat Megadeth just dapat membeli tiket dari outlet tertentu Speedy video, Victoria Music, Rock Corner, Chambers Music, PJ Live Arts, kaunter maklumat di The Mines shopping mall atau 1 Shamelin, Eden Ultimate (Kuantan) dan juga Blonde Brunette (Penang). Tiket akan mula dijual pada 10 Feb 2017 mulai jam 11 pagi. Semua harga tiket adalah termasuk 6% GST tetapi tidak termasuk yuran pemprosesan RM4.
Untuk maklumat lanjut mengenai konsert ini, sila layari @IMEAsia di Facebook, @IME_Asia di Instagram, @IMEProduction di Twitter, atau @IMEProductions di WeChat.
Penyanyi rock tanahair yang tengah meningkat naik dan sedang hangat berjuang baru-baru ini melalui pertandingan rancangan realiti TV terbitan Astro Duo Star, Aweera tampil dengan single terbaru berjudul ‘Wanita Cinta Teragung’.
Bekas vokalis kumpulan Mojo yang pernah popular dengan lagu “Andai Ku Bercinta Lagi” dan ‘’Romancinta’’ dengan tontonan melebihi 12 juta di laman YouTube ini kini muncul dengan taruhan baharu menerusi lagu ciptaan sepenuhnya oleh beliau sendiri dan diterbitkan oleh Taja dari kumpulan Meet Uncle Hussein.
‘Wanita Cinta Teragung’ merupakan single kedua Aweera selepas single pertamanya ‘’Terhakis’’ di bawah naungan Sony Music Entertainment Malaysia dan juga setelah beliau bergerak secara solo sebagai seorang penyanyi.
Lagu ini menceritakan tentang hati seorang lelaki yang mempunyai perasaan yang mendalam terhadap kekasihnya disamping memohon kepada-NYA agar perhubungan ini dijaga sehingga ke akhir hayat.
“Single ini merupakan luahan jiwa saya yang raw kerana pengertiannya yang sangat dalam. Ia menceritakan apa yang saya rasa terhadap wanita yang saya cintai dan sanjungi. Biarlah maksudnya hanya saya sahaja yang ketahuinya dan tidak ditujukan pada mana-mana wanita,” ujar Aweera.
Menerusi lirik dan melodi rock yang ditampilkan, pihak Sony Music Entertainment Malaysia yakin bahawa single ini dapat mengubati hati peminat Aweera yang lama dambakan lagu terbaru darinya.
Menurut Taja pula, dia sangat berpuas hati dengan pembikinan single terbaru ini.
https://www.youtube.com/watch?v=lgIL3FeYV2Y
“Saya sangat senang bekerja dengan Aweera kerana kami telah lama berkawan. Saya faham apa yang Aweera mahu dan mudah bagi kami untuk menghasilkan single ini,” katanya.
‘Wanita Cinta Teragung’ boleh dimuat-turun di iTunes dan stream menerusi portal muzik terpilih antaranya Apple Music, Deezer, JOOX Music, KKBox, Raku, Spotify dan Yonder Music.
Jangan lupa untuk mendengar luahan jiwa Aweera paling dalam menerusi lagu ‘Wanita Cinta Teragung’ ilham sepenuhnya oleh beliau dan Taja di saluran radio tempatan anda!
Misi pencarian bakal protégé untuk berentap di pentas Mentor Milenia 2017 telah berakhir pada awal bulan Januari lepas. Masih lagi mengekalkan format yang sama, Mentor Milenia 2017 menampilkan empat penyanyi popular tanah air sebagai barisan mentor. Namun, musim baharu ini menyaksikan Tomok tersenarai sebagai mentor buat pertama kali di samping mengekalkan Black, Hazama dan Akim. Siapakah yang bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000?
Tertumpu kepada golongan muda dalam lingkungan umur antara 17 hingga 21 tahun, Mentor Milenia bertujuan mencari dan mengasah bakat-bakat baharu untuk menjadi penghibur yang berjaya dan berkemampuan melakar nama mereka di dunia seni.
Barisan mentor, Tomok (kiri), Black, Hazama dan Akim Ahmad pada Sidang Media Mentor Milenia 2017 di Empire Hotel Subang Jaya. NSTP/ AZIAH AZMEE
Lebih mengujakan, Mentor Milenia 2017 dibawakan khas oleh Neffos, Telefon Pintar Generasi Milenia selaku penaja utama manakala tonton sebagai Geng Digital, Harian Metro dan ZIP sebagai Geng Media dan Hot FM sebagai Geng Radio. Menariknya kali ini, TV3 akan bekerjasama dengan Smule, yang merupakan aplikasi karaoke popular untuk menjayakan Mentor Milenia 2017. Jangan lepaskan peluang untuk menyanyi bersama mentor pilihan anda bermula pada bulan Mac ini menerusi aplikasi Smule ini.
Mentor, Tomok (dua dari kiri) bersama protege, Adam (kiri), Qhalysa dan Rozaimi pada Sidang Media Mentor Milenia 2017 di Empire Hotel Subang Jaya. NSTP/ AZIAH AZMEE
Mentor Milenia 2017 bakal menyusul di kaca televisyen pada 5 Februari 2017, setiap hari Ahad selama dua jam bermula dari pukul 9.00 malam hingga 11.00 malam. Mentor Milenia ini akan dihoskan oleh Issey Fazlisham dan Marsha Milan Londoh.
Lebih seribu orang peserta telah menghadiri sesi uji bakat yang telah berlangsung selama lima minggu di Horizon Hotel, Kota Kinabalu, Sabah (10 Disember 2016) dan Theatrette Sri Pentas, Bandar Utama (17 & 18 Disember 2016 – Tomok; 24 & 25 Disember 2016 – Black; 31 Disember 2016 & 1 Januari 2017- Akim; 7 & 8 Januari 2017 – Hazama) Menerusi ujibakat ini, pihak penerbitan telah merakam pelbagai aksi lucu dan ragam para peserta untuk diimbas kembali dalam episod pertama Mentor Milenia 2017.
Tiga bakal protégé kepada Tomok, Akim, Black dan Hazama akan membuat persembahan solo mereka di konsert pengenalan pada 12 Februari (Akim & Hazama) dan 19 Februari (Black & Tomok) untuk merebut gelaran protégé. Hanya dua orang protégé akan dipilih oleh mentor masing-masing untuk mara ke peringkat seterusnya di pentas Mentor Milenia 2017.
Mentor, Akim Ahmad (dua dari kanan) bersama protege, Angelica (kiri), Farhan dan Jannah pada Sidang Media Mentor Milenia 2017 di Empire Hotel Subang Jaya. NSTP/ AZIAH AZMEE
Selepas itu, lapan protégé akan dipilih untuk bertanding dalam 9 konsert mingguan bermula 26 Februari yang disiarkan secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral bagi melayakkan diri ke pentas akhir. Berbeza dengan musim yang lepas, Mentor Milenia 2017 menampilkan Datuk Hattan sebagai juri tetap dan seorang juri professional jemputan setiap minggu. Manakala Azmeer pula dipilih sebagai penasihat dan Sazlan Mat Adnan atau lebih dikenali sebagai Sazlan, selaku koreografer Mentor Milenia 2017.
Mentor Milenia 2017 juga turut menampilkan Faizal Uzir atau lebih dikenali sebagai Lok-U sebagai pengarah muzik.
Mentor, Hazama (dua dari kiri) bersama protege, Balqis (kiri), Saiful dan Iffah Syahira pada Sidang Media Mentor Milenia 2017 di Empire Hotel Subang Jaya. NSTP/ AZIAH AZMEE
Keputusan persembahan para protégé terletak kepada jumlah markah daripada juri profesional dan juri tetap sebanyak 50%, menerusi laman web rasmi Mentor Milenia sebanyak 30% dan 20% lagi daripada juri awam di studio. Protege yang gagal meraih jumlah markah tinggi akan disingkir. Pada peringkat akhir nanti, Juara Mentor Milenia bakal membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 100,000.
Mentor, Black (dua dari kanan) bersama protege, Afif (kiri), Syaheera dan Faiszal pada Sidang Media Mentor Milenia 2017 di Empire Hotel Subang Jaya. NSTP/ AZIAH AZMEE
Berikut ialah senarai mentor dan para peserta:
Mentor
Kriteria Protégé
Nama Bakal Protege
Tomok
Boleh menyanyi dalam pelbagai genre dan versatil
Ingin mencuba sesuatu baharu
Mohamad Rozaimi Rosli
(20 tahun, Kuala Kedah, Kedah)
Nur Qhalysa Syazreena Zainuddin
(17 tahun, Kinarut Papar, Sabah)
Adam Malek Shamsuddin
(21 tahun, Petaling Jaya, Selangor)
Black
Bakat pertama, rupa nombor dua
Serba boleh
Boleh menyanyi lagu asli
Mohamad Afif Ikmayahya
(20 tahun, Pasir Mas, Kelantan)
Ahmad Nuzul Faiszal Mohamad
(17 tahun, Kota Bharu, Kelantan)
Nur Syaheera Abd Aziz
(19 tahun, Shah Alam, Selangor)
Akim
Berani dan fokus
Stail dan gaya tersendiri
Mempunyai misi untuk melangkah lebih jauh
Noor Jannah Abu Hanipah
(18 tahun, Petaling Jaya, Selangor)
Angelica Paujin
(17 tahun, Tambunan, Sabah)
Mohd Farhan Mohd Mustapha
(20 tahun, Kuantan, Pahang)
Hazama
Suara unik,
Boleh berlakon, menyanyi dan main alatan muzik
Mempunyai tahap mental yang kuat
Muhammad Saiful Naim Muhd Noor
(20 tahun, Lunas, Kedah)
Iffah Syahira Ariffen Kamal Ariffen
(21 tahun, Petaling Jaya, Selangor)
Nor Balqis Ahmad Tajudin
(18 tahun. Kemaman, Terengganu)
Krew penerbitan Mentor Milenia diketuai oleh Muhamad Sufian Isa sebagai Pengurus Hiburan Primeworks Studios merangkap penerbit eksekutif Mentor Milenia 2017 dan Khirul Fikry Mustafa sebagai penerbit.
KUALA LUMPUR 02 FEBRUARY 2017. Pengurus Besar Kumpulan pengurusan dan Jenama TV3 dan Tv9, Zurina Othman (kiri) bersama barisan Mentor, Black, Tomok, Akim Ahmad dan Hazama pada Sidang Media Mentor Milenia 2017 di Empire Hotel Subang Jaya. NSTP/ AZIAH AZMEE
Mentor Milenia 2017 bakal menemui penonton TV3 bermula 5 Februari 2017 pada setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam – 11.00 malam dan Jurnal Mentor Milenia juga akan bersiaran pada 12 Februari 2017, setiap Ahad selama 30 minit bermula dari 6.00 petang.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.tv3.com.my/mentormilenia dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, Youtube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia dan gunakan hashtag #MentorMilenia untuk menghangatkan lagi perbualan tentang program ini di laman media sosial. Para penonton juga boleh menyaksikan program ini melalui strim secara langsung definisi tinggi di www.tonton.com.my.
Bermula hari ini, juara sebuah program realiti komedi, Lawak Solo iaitu Danial, secara rasminya memulakan pekhidmatannya sebagai penyampai radio ERA fm dan mengendalikan segmen #ERASolo setiap Isnin hingga Jumaat bermula jam 10 pagi hingga 1 tengahari.
Program realiti komedi Lawak Solo yang pernah disertai Danial merupakan sebuah program yang ingin mencari pelapis bagi memeriahkan lagi dunia komedi solo atau pun stand-up comedy yang sememangnya mendapat perhatian para peminat komedi di Malaysia.
Danial, berasal dari Bayan Baru Pulau Pinang berumur 24 tahun mempunyai minat yang mendalam bidang seni. Beliau pernah menyertai beberapa ujibakat program-program realiti yang dikendalikan oleh Astro. Bukan itu sahaja, beliau juga merupakan seorang pengarah muzik video.
Pastinya ramai yang tidak sabar menantikan celoteh Danial mengendalikan segmen baharunya di ERA fm! Dengarkan setiap Isnin hingga Jumaat, 10 pagi hingga 1 tengahari bersama Danial di segmen #ERASolo. Ikuti segala cerita-cerita menarik mengenai penyampai ERA fm, kandungan terkini ERA fm dan macam macam lagi di laman sosial ERA fm (Facebook, Instagram dan Twitter). Anda juga boleh layari www.era.fm untuk kandungan terkini yang disajikan oleh ERA fm
Infaq Channel Sdn. Bhd, telah melancarkan satu aplikasi yang akan menghubungkan badan-badan kebajikan, individu, mahupun organisasi yang memerlukan bantuan, tidak kira dari segi kewangan, manfaat yang diperoleh dari wakaf, dan kemudahan asas. Aplikasi E-INFAQ ini telah dibina dan dimajukan oleh INFAQ Channel Sdn. Bhd. Sejajar dengan maksud disebalik perkataan INFAQ ( membelanjakan harta ke jalan Allah), ia juga membawa objektif utama penubuhan aplikasi ini, iatu ingin membantu masyarakat diluar sana membuat amal dengan mudah dan cepat. Aplikasi ini mengenengahkan 3 (tiga) kaedah utama iatu INFAQ , Zakat, dan Wakaf. Untuk perkhidmatan Zakat, ia adalah satu projek koloborasi yang akan datang dalam membantu dan memudahkan proses pungutan dan pemberian zakat dengan badan-badan yang di iktiraf oleh kerajaan Malaysia.
Manakala untuk perkhidmatan wakaf, pada masa ini, kitab tafsir Ibnu Kathir digunakan sebagai medium untuk diberikan kepada mereka yang memerlukan. Disamping itu, aplikasi ini akan memudahkan dan mempercepatkan pengumpulan dana kepada yang memerlukan, dengan telus dan saksama. Ketua Pasukan Teknologi Infaq Channel Sdn Bhd, En Mohd Izzairi Yamin, menceritakan idea tertubuhnya aplikasi ini,
“ Saya amat berminat untuk membina aplikasi yang akan memberi impak besar dan mampu membantu masyarakat. Seringkali, situasi dimana terlalu ramai pihak yang memohon bantuan, menggunakan platform FACEBOOK, mahupun aplikasi Whatsapp, dimana cara tersebut kurang efisyen dan pemproses pencarian dan pemberian dana yang lambat. Dari permasalahan tersebut, rakan-rakan sepasukan dan saya, memikirkan cara yang terbaik, mudah dan cepat dalam melakukan transaksi amal jariah ini. Disitu lahirnya E-INFAQ. Tidak perlu lagi untuk mengingati nombor akaun yang panjang atau menghantar cek ke satu organisasi yang mereka ingin dermakan. Hanya gunakan aplikasi ini! Kami mahu menjadikan „INFAQ‟ atau bersedekah, satu rutin dan bukan sahaja budaya.”
Perbezaan utama dan kekuatan aplikasi ini, adalah konsep telus dan saksama. Ia amat dititk beratkan kerana ia melibatkan amanah dari pihak luar. Oleh yang demikian, aplikasi ini mempamerkan transaksi secara langsung (live transaction), untuk setiap pengeluaran mahupun kemasukan wang kedalam aplikasi ini di laman web mereka iatu di www.einfaq.com. Selain itu, Ketua Pegawai Eksekutif Infaq Sdn Bhd, En Tajuddin Idris, menegaskan,
“ E-Infaq amat berhati-hati dalam menempatkan individu ataupun organisasi yang ingin memohon dana menggunakan aplikasi kami. Kami telah menemui satu proses mekanisma dalam memastikan kesemua pihak yang terlibat dalam memohon bantuan menggunakan aplikasi kami adalah sahih dan tiada unsur-unsur penipuan.
Para pengguna aplikasi tidak harus khuatir dengan pihak yang terlibat dalam E –INFAQ kerana, pasukan kami telah menjalankan penilaian pasaran (market assessment) sebelum mereka dibenarkan menggunakan platform ini.”
Aplikasi ini boleh dimuat turun di ‘Google Play Store’ untuk pengguna Android dan ‘Apps Store’ untuk pengguna IOS, dengan hanya mencari kata kunci ‘einfaQ’. Besar harapan untuk menjadikan aplikasi ini sebagai medium utama dalam menggalakkan orang ramai membelanjakan harta ke jalan yang diredhai Allah S.W.T.
GT Dollar merupakan sebuah syarikat berpengkalan di Singapura telah di lancarkan buat pertama kalinya di Malaysia dan dirasmikan oleh YB Datuk Mas Ermieyati Samsudin , Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia yang bertempat di Sime Darby Convention Centre , Bukit Kiara KL pada 16 Jan 2017 yang lalu.
Telefon baru GT 888 yang berkuasa dengan cip pemprosesan Mediatek MT6735P berkelajuan 1.00GHz 64-bit quad-core processor dan dipacu dengan system pengoperasian Android 5.1 Lollipop.GT 888 mempunyai skrin 5.5 inci berdefinisi tinggi (Full HD 1280 x 720 pixels) berteraskan Corning® Gorilla® Glass 3 yang tahan lasak dan mempunyai kamera belakang 8MP manakala dibahagian hadapan 5MP.
Smartphone GT 888 mempunyai teknologi ‘Quick Charging’ yang membolehkan ia mengecas bateri 2,550mAH sekitar 35% dalam masa 15 minit.
Fokus utama syarikat GT Dollar melancarkan servis mereka di dalam negara ini melalui applikasi e-wallet serta beberapa gadget berteknologi tinggi antaranya GT Mobile iaitu koleksi pilihan telefon pintar berteknologi kini yang dilengkapi dengan pelbagai fungsi menarik, GT Wonder Boy iaitu robot sosial berteknologi tinggi yang mampu berinteraksi dan berfungsi seperti manusia dan juga, GT Watch iaitu koleksi jam tangan pintar mesra kanak-kanak yang mempunyai fungsi untuk memantau dan mengesan kedudukan seseorang melalui teknologi GPS, panggilan kecemasan, amaran pintar dan lain-lain lagi. Manakala applikasi e-wallet yang dimaksudkan adalah applikasi telefon pintar yang diberi nama GT Dollar. Yakni sebuah platform mudah alih e-dagang yang membolehkan pengguna dan penjual berinteraksi melakukan aktiviti jual beli tanpa tunai dengan lebih mudah dan teratur.
Jejaka moden hari ini sememangnya menjalani kehidupan yang penuh cabaran. Mereka inginkan keistimewaan tersendiri dan mahu sentiasa berada di hadapan dalam hidup. Penampilan segak dan keyakinan adalah penting kepada jejaka bagi mengatasi cabaran dan menyerlah dalam setiap keadaan. Wangian maskulin yang unggul merupakan senjata tersembunyi bagi menyerlahkan keyakinan dan personaliti mereka. Kejayaan seterusnya diraih apabila mereka mengawal keadaan dan menikmati setiap fasa kehidupan sama ada dari aspek profesional, peribadi ataupun kehidupan sosial – mereka ialah Jejaka ROMANO.
Jejaka ROMANO semestinya cemerlang dalam pekerjaannya. Mereka berkeyakinan tinggi, dan menguasai setiap perkara yang dilakukan dengan tenang dan berkarisma. Mereka menjadi tumpuan ke mana sahaja mereka pergi. Dihormati, bersemangat waja dan sentiasa di puncak, jejaka ROMANO adalah epitome sebenar kejayaan.
ROMANO Eau De Toilette baharu untuk jejaka moden menyerlahkan nilai tersebut dengan haruman maskulin sebenar yang tersendiri. Wanita disekelilingnya pasti tertarik dan menyedari kehadiran mereka. Peranan utama haruman maskulin ini adalah bagi mengaktifkan tarikan serta menciptakan keserasian sesama lelaki untuk saling berkomunikasi.
ROMANO Eau De Toilette didatangkan dalam dua pilihan; FORCE dan UNIQUE untuk disesuaikan dengan sifat jejaka kontemporari.
Untuk jejak berkeyakinan tinggi dan penuh potensi. Sentiasa berada di hadapan dalam apa jua keadaan. Kejayaan dan kebolehannya membuatkan orang sekeliling tertarik kepadanya. UNIQUE menyerlahkan kesegaran adunan Lavender dan Bergamot. Wangian disempurnakan dengan ekstrak Woody serta kombinasi Sandalwood dan Patchouli. Wangian moden ini memancarkan magnetisme, keyakinan dan memberikan aura tersendiri kepada sang jejaka.
Wangian ROMANO EDT ternyata adalah sentuhan terakhir bagi menyempurnakan keunggulan personaliti anda.
ROMANO Eau De Toilette dijual pada harga RM40.60 dan boleh didapati di semua farmasi utama, pasar raya besar dan pasar raya di seluruh negara.
Malique Ibrahim merupakan seorang rapper Malaysia, penerbit lagu, penulis lirik dan komposer yang amat disegani khasnya di dalam dunia hip hop. Beliau mula menjadi popular dipersada muzik tanahair ketika bersama Too Phat yang membawa genre muzik hip hop dan rap. Antara lagu-lagu ciptaan beliau yang menjadi siulan anak-anak muda adalah seperti lagu Mentera Beradu (M. Nasir), Teman Pengganti (Black),Bawaku Pergi (Zizan & Kaka) dan Aku Maafkan Kamu (Dato Jamal Abdillah). Hasil ciptaan lagu Malique telah banyak memenangi anugerah antaranya Anugerah Industri Muzik (AIM), Anugerah Juara Lagu (AJL), Shout Awards dan Voize Award (VIMA). Album ‘OK’ adalah album solo terkahir beliau yang dipasarkan dalam tahun 2008.
Kini, Malique tampil dengan album terbaru beliau berjudul TKO: Pejamkan Mata yang telah dipasarkan hanya menerusi online storeQarma Musiq pada 22 Disember 2016 yang lalu. Album ini menghimpunkan lagu-lagu yang telah dipasarkan dahulu dengan memuatkan tiga lagu baru iaitu Muzik Buatku High, Bukan Mudahbersama Nukilan dan Pejamkan Mata feat Dayang Nurfaizah.
Lagu ‘Pejamkan Mata’, menampilkan salah seorang penyanyi wanita popular Dayang Nurfaizah yang amat dikenali menerusi beberapa buah lagu yang menjadi hit di antaranya ‘Seandainya Masih Ada Cinta, ‘Dayang Sayang Kamu’ dan ‘Lelaki Teragung’ yang memenangi AJL31 (Anugerah Juara Lagu) baru-baru ini. Manakala lagu ‘Bukan Mudah’ pula menampilkan kumpulan Nukilan iaitu kumpulan pertama yang bernaung di bawah Qarma Musiq. Kumpulan yang diberi nama Nukilan ini terdiri daripada tiga orang ahli iaitu Kirana, Kelana dan Agenda. Mereka mula dikenali menerusi lagu ‘Rindu’ kolaborasi bersama Shae artis Indonesia yang sebelum ini terkenal dengan lagu hitnya ‘Sayang’.
Album Malique kali ini menampilkan kulit album yang telah menjadi topik bualan di media sosial sekaligus, menjadi tanda tanya kepada peminat-peminat beliau diluar sana. Namun peminat Malique yang setia sahaja yang benar-benar akan memahami dan mengintepretasikan konsep kulit album ini secara positif.
Lirik-lirik yang penuh bermakna samada yang tersurat mahupun tersirat adalah nukilan sepenuhnya oleh Malique. Oleh yang demikian tidak hairanlah album ini sangat dinanti-nantikan oleh ramai peminat beliau. TKO : Pejamkan Mata terjual lebih 2,000 unit dalam tempoh kurang tiga minggu dilancarkan di laman web rasmi Qarma Musiq.
This is the album link Spotify on Malique TKO : Pejamkan Mata
Berikut merupakan senarai lagu-lagu yang terkandung di dalam TKO: Pejamkan Mata:
Bryan Adams ‘The Get Up Tour’ live di Kuala Lumpur telah diadakan pada 21 Januari 2017 jam 8.30 malam di Stadium Tertutup Malawati, Shah Alam. Konsert ini telah di anjurkan oleh Fat Boys Malaysia dan di promosikan oleh Midas Promotions. Konsert ini telah mendapat sambutan yang luar biasa dari peminatnya di Malaysia – di anggarkan lebih 7,000 peminat yang menghadiri konsert ini untuk menyaksikan penyanyi dan penulis lirik Kanada berusia 58 tahun yang masih gah itu.
Bryan Adams telah menyanyikan 31 buah lagu dari lagu hits beliau dari tahun 1984, ‘Heaven’ juga lagu baru beliau dari album Get Up, ‘Brand New Day’.
Sebagai duta terkemuka di Kanada, Adams telah menghabiskan tiga dekad yang lalu mencipta sejarah muzik. Beliau telah menjual lebih dari 65 juta rekod, membuat konsert jelajah ke enam benua dan mencapai status #1 di lebih 40 negara di seluruh dunia. Beliau telah di anugerahkan Order of Canada, juga terpilih untuk dimasukkan ke dalam Canadian Music Hall of Fame dan mempunyai bintang pada Canada’s Walk of Fame. Adams juga telah dicalonkan untuk – dan memenangi beberapa Anugerah Akademi, Golden Globes dan Anugerah Grammy. Beliau mempunyai bintang di Hollywood Walk of Fame dan telah dimasukkan ke Wembley’s Square of Fame.
Pemilik syarikat Nur Sajat Aesthetic Sdn Bhd, hari ini mengumumkan pembelian keseluruhan rumah banglo mewah milik Dato’ Aliff Syukri dalam satu temubual khas di Hotel Royal, Kuala Lumpur. Dato’ Aliff Syukri turut mengumumkan berkenaan pembelian tersebut oleh Nur Sajat tanpa menyatakan nilai tunai dalam laman Instagram miliknya hari ini.
Kehidupan gadis ini tidak bermula dengan emas permata. Membesar dalam didikan sempurna oleh kedua ibu bapanya yang hanya merupakan peniaga di tapak pasar malam, Nur Sajat bertekad ingin mengubah nasib keluarganya ketika itu. Fizikal Nur Sajat menjadi bahan tawa, namun dorongan ibunya menjadi sumber kekuatan untuk gadis ini terus bertahan dan mencapai impiannya.
Menerusi laman Instagram miliknya @nursajat02, beliau turut berkongsi suka duka kehidupannya yang rumit berbanding orang lain. Dihentam dengan tohmahan sehingga hari ini, Nur Sajat bangkit menerima qada & qadar Tuhan selepas terlantar dalam kemalangan. Berbekalkan modal cuma RM500 di ibu kota Kuala Lumpur, gadis ini mula membina empayar jenamanya sendiri tanpa menoleh ke belakang.
Jenama kosmetik Let’s Cantik by Nur Sajat merupakan langkah pertama beliau berkecimpung dalam industri perniagaan bermula pada 2015. Penat lelah selama 2 tahun akhirnya menjadikan gadis ini antara JUTAWAN MUDA di Malaysia hari ini. Nyata strategi pemasaran viral berbekalkan modal wang saku RM500 membuahkan hasil. Nur Sajat kini turut memiliki Pusat Kecantikan Nur Sajat Beautician yang terletak di Ampang dan Shah Alam.
Berbekalkan pengalaman perniagaan sukses, Nur Sajat hari ini mengumumkan penganjuran SEMINAR BICARA USAHAWAN BERSAMA NURSAJAT di seluruh negara bermula Mac 2017. Seminar dengan yuran terendah hanya RM50 ini bertujuan membentuk usahawan baharu dan berkongsi tips pemasaran efektif untuk yang mahu menjana sumber pendapatan menerusi cabang perniagaan.
JADUAL SEMINAR BICARA USAHAWAN BERSAMA NURSAJAT SELURUH NEGARA
Hotel Tropicana Inn, Johor Bahru (Sabtu) 04 Mac 2017 10 pagi – 2 petang
Melaka / Negeri Sembilan (Seremban) (Sabtu) 25 Mac 2017 10 pagi – 2 petang
Kuantan / Terengganu (Sabtu) 08 April 2017 10 pagi – 2 petang
Kelantan (Sabtu) 29 April 2017 10 pagi – 2 petang
Perak (Sabtu) 06 Mei 2017 10 pagi – 2 petang
Kedah / Pulau Pinang (Sabtu) 20 Mei 2017 10 pagi – 2 petang
Kuala Lumpur / Selangor (Sabtu) 29 Jun 2017 10 pagi – 2 petang
Sabah (Sabtu) 08 Julai 2017 10 pagi – 2 petang
Sarawak (Ahad) 09 Julai 2017 10 pagi – 2 petang
Terhad kepada 50 peserta terawal, mereka yang berminat hanya perlu membuat pembayaran sebanyak RM50.00 ke akaun bank RHB NURSAJAT AESTHETIC SDN BHD: 2122-73000-5272-1 dan mendaftar nama penuh, nombor kad pengenalan serta nombor telefon ke Puan Wati di talian 011-11938834 atau Puan Akmal di talian 016-9888217.
Ikuti laman Instagram @nursajat02 untuk maklumat lanjut serta perkembangan semasa mengenai lokasi terkini seminar di setiap negeri.
FIFTH HARMONY ‘The 7/27 Tour’ LIVE IN MALAYSIA 2017
From the stage of The X Factor to opening for Cher Lloyd, Demi Lovato and Austin Mahone to headlining tours all around the world, the beautiful and incredibly talented girl group Fifth Harmony will be touring South East Asia for the very first time.
After leaving The X Factor, Fifth Harmony has gained rapid success with their debut single “Miss Movin’ On”, which was certified gold by the Recording Industry Association of America (RIAA). Its music video won the group the MTV Video Music Award for Artist to Watch. Their debut extended play (EP), Better Together (2013), had a first week position of number six on the US Billboard 200. The group released their debut studio album Reflection in 2015,
debuting at number five on the Billboard 200 and receiving a gold certification from the RIAA. The album included the platinum singles “Boss”, “Sledgehammer” and “Worth It”. The latter achieved triple platinum certification in the United States and reached the top-ten in thirteen countries. “Work from Home”, the lead single from their second album 7/27 (2016), became the group’s first top-ten single on the US Billboard Hot 100 and the first top-five by a girl group in a decade on that chart.
Fans can expect Ally Brooke, Normani Kordei, Dinah Jane and Lauren Jauregui perform their mega hits LIVE at Surf Beach, Sunway Lagoon on April 7th, 2017. Doors open at 7pm.
SEATING PLAN
TERMS & CONDITIONS
Ticket prices shown are in MYR (Malaysian Ringgit). All prices shown are INCLUSIVE Ticketing Fee and GST.
Booking Fee (RM10.00) is charged for ticket purchase made with Call Centre or Internet Webshop.
1 ticket admits 1 person ONLY, no sharing seats.
Once tickets are sold, no exchanges or cancellations will be entertained.
RM25 re-printing fee will be charged for damaged tickets.
Strictly NO photography, video and audio recording is allowed.
Ticketing terms and conditions as stipulated on the ticketing website and on the rear side of printed tickets shall apply at all times. Please read and understand the Conditions of Sale before purchasing ticket.
Sejak kebelakangan ini, tabiat makan telah berubah seiring dengan gaya hidup yang semakin sibuk, menjadikan rakyat Malaysia lebih mengambil tahu tentang apa yang mereka makan. Menurut Kajian Pemakanan Orang Dewasa Malaysia (MANS) 2014, hampir separuh daripada rakyat dewasa Malaysia kerap makan di luar, sebahagian besarnya disebabkan gaya hidup yang sangat sibuk dan jadual kerja yang ketat. Tabiat makan luar bermakna memilih cara yang menyenangkan dan kurang sihat berbanding pengambilan makanan seimbang yang disediakan dengan rapi.
MAGGI kini menawarkan penyelesaian untuk menangani dilema rakyat Malaysia dengan pelancaran Mi MAGGI OatMee. Buat pertama kali di Malaysia*, MAGGI memperkenalkan kepingan mi kukus yang diperbuat daripada 51% oat bijian penuh dan 49% gandum protein tinggi dari Australia, dalam perisa kari sangat digemari dengan adunan 12 rempah ratus sebenar. Produk ini adalah satu-satunya mi segera yang membekalkan 15% daripada pengambilan serat harian yang disyorkan untuk orang dewasa, lantas membawa kemajuan besar dalam pasaran Mi Segera Malaysia.
Memandangkan Mi MAGGI dengan perisa kari sudah sekian lama menjadi kegemaran rakyat Malaysia dan peneraju pasaran sejak 1971, sememangnya wajar untuk melancarkan Mi MAGGI OatMee dengan perisa Mi Goreng Kari baru. Kini rakyat Malaysia boleh mendapat sebahagian daripada keperluan serat harian mereka dalam mi segera dengan perisa kari yang mereka gemari. Mereka yang menitikberatkan makanan seimbang kini boleh bertukar kepada Mi MAGGI OatMee, dan menambah bahan makanan segar kegemaran mereka untuk menyediakan sajian yang lazat dan berkhasiat dalam masa yang singkat.
Rosalyn Simba, Pengurus Eksekutif Perniagaan Makanan, Nestlé Malaysia dan Singapura, berkata, “Kami sangat teruja dengan Mi MAGGI OatMee kerana pengalaman menikmati makanan yang lazat dan seimbang kini lebih menyeronokkan. Sebagai ibu, saya sendiri memahami dilema yang dihadapi oleh ibu-ibu lain untuk memastikan anak-anak mereka dapat menikmati makanan yang seimbang. Saya percaya Mi MAGGI OatMeeyang lazat dan sihat saling memanfaatkan bagi ibu-ibu dan juga keluarga mereka.”
Menerangkan wawasan Nestlé, Rosalyn Simba berkata, “Nestlé adalah Syarikat Pemakanan, Kesihatan dan Kesejahteraan global. Kami menambah baik kehidupan dengan penyelesaian pemakanan dan kesihatan untuk semua peringkat hidup, membantu pengguna menjaga kesihatan dan kesejahteraan diri mereka sendiri dan keluarga mereka. Mi MAGGI OatMeemembolehkan kami mencapai wawasan ini untuk pasaran Malaysia.”
Menyedari pentingnya serat makanan dalam diet kita, Cik Cher Siew Wei, Pengurus Kesejahteraan Korporat Nestlé dan Encik Georgen Thye, Ahli Majlis Persatuan Dietitian Malaysia (MDA) berkata, “Kajian Pemakanan Orang Dewasa Malaysia 2014 menunjukkan bahawa 94% daripada rakyat dewasa Malaysia tidak mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran dengan secukupnya. Kekurangan pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran dan bijian penuh, serta kekerapan makan di luar menunjukkan bahawa rakyat Malaysia tidak mendapat cukup serat makanan daripada diet mereka. Hasil penyelidikan mendapati pengambilan serat di kalangan rakyat Malaysia hanya kira-kira 13g – 16g. Ini tidak memenuhi keperluan pengambilan 20g – 30g sehari. Oleh sebab serat makanan penting untuk menjaga kesihatan, terdapat keperluan segera untuk menjadikan pengambilan serat lebih relevan dan menyenangkan.”
Mi MAGGI OatMee membawa transformasi yang menjadikan semangkuk oat sajian makanan yang lazat, dan berjaya menyediakan cara baru yang menarik untuk pengguna menikmati sajian makanan yang lazat dan berkhasiat. Setiap hidangan membekalkan 15% daripada pengambilan serat harian yang disyorkan, membolehkan semua orang menikmati khasiat kebaikan oat dengan perisa mi goreng kari MAGGI kegemaran ramai yang lazat.
Mi MAGGi OatMee kini boleh didapati di semua pasar raya, pasar raya besar dan gedung runcit di seluruh Malaysia pada harga pengenalan RM6.99 untuk pek empat bungkusan. Jadi, jika anda belum lagi mencuba kelazatannya, segeralah ke kedai yang berhampiran.
Untuk maklumat lanjut tentang MAGGI®, sila kunjungi laman web www.maggi.com.my atau www.facebook.com/MaggiMalaysia, atau hubungi Perkhidmatan Telefon Percuma Pengguna Nestlé di 1-800-88-3433 antara 8 pagi dan 8 malam dari Isnin hingga Jumaat.