Tag Archives: Sunway Pyramid

SUDIO & SUBTLE KEMBALI KE MALAYSIA DENGAN PROMOSI HUJUNG TAHUN YANG BERBALOI

Jenama audio premium dari Sweden, Sudio, kini rasmi kembali ke pasaran Malaysia bersama pelancaran Subtle, jenama beg gaya hidup urban yang semakin mendapat perhatian generasi muda.

Booth promosi Sudio dan Subtle di GF Event Space Sunway Pyramid

Kedua-dua jenama ini dipertemukan menerusi sebuah pop-up eksklusif sempena musim perayaan yang berlangsung di GF Event Space, Sunway Pyramid, bermula 22 Disember 2025 hingga 4 Januari 2026.

Booth promosi Sudio dan Subtle di GF Event Space Sunway Pyramid

Kemunculan semula ini menandakan langkah strategik baharu untuk memperkenalkan produk berkualiti tinggi dengan harga lebih mesra pengguna, selari dengan permintaan pasaran tempatan yang semakin mementingkan nilai dan fungsi.


PROMOSI ISTIMEWA SEMPENA PELANCARAN

Sepanjang tempoh promosi, pengunjung berpeluang menikmati pelbagai tawaran menarik:

Booth promosi Sudio dan Subtle di GF Event Space Sunway Pyramid
  • Diskaun 10% untuk pembelian satu item
  • Diskaun 20% untuk pembelian dua item dan ke atas
  • Peluang cabutan bertuah bagi pembelian RM300 ke atas
  • Percuma pembalutan hadiah khas untuk semua produk Subtle

Promosi ini bukan sahaja memberi nilai tambahan kepada pengguna, malah menjadikan produk Sudio dan Subtle sebagai pilihan hadiah ideal sempena musim perayaan.


SUDIO: AUDIO BERKUALITI DENGAN HARGA MAMPU MILIK

Sudio merupakan jenama audio dari Sweden yang telah berada dalam industri lebih sedekad. Dikenali dengan rekaan minimalis Scandinavia, Sudio menekankan keseimbangan antara kualiti bunyi, keselesaan dan harga mampu milik.

Booth promosi Sudio dan Subtle di GF Event Space Sunway Pyramid

Selepas melalui fasa penjenamaan semula, Sudio kini kembali dengan strategi harga yang lebih relevan untuk pasaran Malaysia, tanpa mengorbankan mutu audio.

Antara produk tumpuan termasuk:

  • Earbuds bermula serendah RM99
  • Model premium sehingga RM299
  • Rekaan ergonomik berinspirasikan batu ‘pebble’
  • Kualiti audio seimbang dengan bass yang jelas

Model seperti Sudio R4, serta pembesar suara F4, F5 dan F5 Pro, dilihat mampu menyaingi jenama audio antarabangsa pada harga jauh lebih kompetitif.


SUBTLE: GAYA URBAN UNTUK GENERASI MODEN

Subtle pula tampil sebagai jenama gaya hidup yang mengetengahkan konsep urban outdoor dan mainstreet culture. Reka bentuknya lebih santai, moden dan praktikal — sesuai untuk kegunaan harian, kerja mahupun perjalanan.

Booth promosi Sudio dan Subtle di GF Event Space Sunway Pyramid

Antara kelebihan utama produk Subtle:

  • Material tahan lasak dan kalis air
  • Rekaan ringan dengan banyak kompartmen
  • Sesuai untuk golongan muda dan aktif
  • Penampilan moden yang tidak terlalu formal
Booth promosi Sudio dan Subtle di GF Event Space Sunway Pyramid

Pendekatan ini menjadikan Subtle pilihan ideal bagi mereka yang mahukan beg bergaya tanpa mengorbankan fungsi.


Menurut Jayden Luo, Sales & Merchandising Executive, MBase Marketing (Kumpulan CenturyX Malaysia), kehadiran semula Sudio dan pelancaran Subtle adalah sebahagian daripada strategi jangka panjang untuk menembusi pasaran tempatan dengan lebih berkesan.

Booth promosi Sudio dan Subtle di GF Event Space Sunway Pyramid

“Kami mahu membawa produk yang bukan sahaja berkualiti tinggi, tetapi juga mudah diakses oleh pengguna Malaysia. Sudio menawarkan kualiti audio yang sangat baik pada harga yang realistik, manakala Subtle pula memenuhi keperluan gaya hidup generasi muda yang mahukan rekaan moden dan praktikal. Pop-up ini adalah langkah pertama untuk memperkenalkan semula jenama ini secara dekat kepada pengguna,” katanya.

Beliau turut menambah bahawa pendekatan fizikal melalui pop-up memberi peluang kepada pengguna untuk merasai sendiri kualiti produk sebelum membuat pembelian.


HALA TUJU & PERANCANGAN SETERUSNYA

Buat masa ini, tumpuan diberikan kepada:

  • Pengenalan jenama secara langsung kepada pengguna
  • Pengukuhan kehadiran runcit
  • Pengumpulan maklum balas pasaran
  • Persediaan untuk pengembangan ke saluran e-dagang dan rakan peruncit

Pendekatan ini dilihat lebih mampan dalam membina kepercayaan pengguna terhadap jenama baharu atau yang diperkenalkan semula.

Booth promosi Sudio dan Subtle di GF Event Space Sunway Pyramid

Kehadiran semula Sudio bersama pelancaran rasmi Subtle menandakan satu nafas baharu dalam pasaran audio dan gaya hidup Malaysia. Dengan kombinasi reka bentuk premium, harga berpatutan dan promosi menarik, kedua-dua jenama ini berpotensi menjadi pilihan utama pengguna moden.

Bagi mereka yang mencari hadiah hujung tahun atau ingin menaik taraf aksesori harian, inilah masa terbaik untuk mencuba sendiri produk Sudio dan Subtle di Sunway Pyramid.

PURREVER HEALTHY ROYAL CANIN MERIAHKAN SUNWAY PYRAMID 2025

PETALING JAYA, 7 OGOS 2025Purrever Healthy Royal Canin mencatat sejarah sebagai acara awam sulung Royal Canin Malaysia, berlangsung dari 7 hingga 10 Ogos 2025 di Orange Concourse, Sunway Pyramid. Program empat hari ini menyatukan pemilik kucing dan pencinta haiwan untuk memahami kepentingan nutrisi tepat, pemilikan haiwan bertanggungjawab dan penjagaan pencegahan dari awal usia.

selebritionline portal hiburan

Acara ini menampilkan aktiviti interaktif seperti Pick Your Breed yang mempamerkan 26 baka kucing, Love Letter To Your Cat untuk luahan kasih kepada si bulus, serta Cat Discovery Centre yang mendidik pengunjung mengenai rumah mesra anak kucing, tingkah laku haiwan dan peranan pemakanan dalam imuniti. Lebih 40 ekor kucing daripada 10 baka dipamerkan oleh pembiak rasmi rakan kerjasama Royal Canin.

selebritionline portal hiburan

Menurut Teh Meng Li, Ketua Pasaran Royal Canin Malaysia, penganjuran ini bertujuan membuka mata masyarakat terhadap kesedaran awal dalam memilih diet pemakanan yang tepat dan persekitaran selamat untuk haiwan peliharaan. “Kami mahu setiap pemilik memahami bahawa keputusan kecil di awal hidup haiwan memberi kesan sepanjang hayat,” jelasnya.

Pengunjung menerima Mission Stamp Card untuk melengkapkan empat zon aktiviti sebelum menebus hadiah eksklusif. Terdapat juga sesi konsultasi veterinar percuma hujung minggu, selain sumbangan tambahan 10% hasil jualan produk kepada pusat perlindungan haiwan.

selebritionline portal hiburan

Acara ini bukan sekadar pameran, tetapi perjalanan ilmu berasaskan sains yang menyeronokkan untuk semua peringkat umur. Royal Canin turut memperkenalkan saluran jualan di TikTok Shop dengan tawaran eksklusif dan penghantaran terus ke rumah.


Maklumat lanjut: Laman Rasmi Royal Canin Malaysia

Raikan Krismas dengan PUBG MOBILE di Sunway Pyramid! Berpeluang untuk memenangi 100,000 UC!

PUBG MOBILE bakal memberi “Airdrop” kepada para peminat PUBG MOBILE untuk memenangi 100,000 UC dan pelbagai hadiah menarik!Panggilan untuk semua peminat PUBG MOBILE di seluruh Malaysia! Watak-watak dalam PUBG MOBILE akan membuat penampilan dii Sunway Pyramid, Kuala Lumpur bermula jam 5 petang sehingga 10 malam. Aktiviti ini berlangsung selama tiga hari, iaitu 24,25 dan 26 Disember 2021.

Para peminat PUBG MOBILE boleh bertemu dengan watak-watak kegemaran di dalam PUBG MOBILE secara langsung. Peminat juga boleh mengambil gambar bersama watak-watak PUBG MOBILE lalu muat naik ke laman FB atau IG persendirian dengan tanda pagar seperti #WinnerWinnerHappyNewYear #PUBGMOBILE #PUBGMXChristmas #PUBGMXNewYear #PUBGMXSpiderman dan berpeluang memenangi hadiah menarik dan pelbagai barangan kekal di dalam PUBG MOBILE.Laman rasmi PUBG MOBILE akan mengumumkan para pemenang yang bertuah pada Januari 2022 nanti.

Lebih menarik, watak terkenal sedunia Spiderman turut membuat penampilan berikutan kerjasama filem Spiderman: No Way Home bersama PUBG Mobile. Jenama makanan ringan Taokaenoi juga disediakan untuk anda merasai kesitimewaannya dan berpeluang untuk mendapat hadiah dalam permainan PUBG Mobile.

Persembahan ‘Flash Mob’ juga akan diadakan pada 25 Disember di Sunway Pyramid,bermula jam 5 petang sehingga 10 malam, bertempat di Sunway Pyramid (TBD).Selain itu, kepada semua peminat PUBG MOBILE, anda juga berpeluang untuk berjumpa pencipta kandungan idola dan pemain e-sukan PUBG MOBILE. Mereka akan membuat penampilan semasa Flash Mob di Sunway Pyramid. Jangan lepaskan peluang untuk hadir dan sama-sama memeriahkan sambutan bersama PUBG MOBILE!

Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan acara tersebut, sila layari laman sosial PUBG

MOBILE

● Facebook: PUBG MOBILE Malaysia

● Facebook: PUBG MOBILE Esports Malaysia

● YouTube: PUBG MOBILE Malaysia

● Instagram: @pubgmobilemyofficial