Tag Archives: Sweden

THULE CONCEPT STORE RASMI DIBUKA DI MID VALLEY MEGAMALL

Jenama premium dari Sweden, Thule, terus mengukuhkan kehadirannya di Malaysia menerusi pembukaan Thule Concept Store terbaharu di Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur.

Terletak di Lot S-079, Aras 2, konsep kedai baharu ini mengetengahkan falsafah “Active Life, Simplified”, sekali gus menawarkan pengalaman membeli-belah yang lebih interaktif kepada pengguna yang menggemari aktiviti luar, pengembaraan dan gaya hidup aktif.

Thule Concept Store di Mid Valley Megamall mempamerkan rangkaian produk premium untuk gaya hidup aktif.

Reka bentuk kedai yang diinspirasikan daripada elemen Scandinavia turut membolehkan pelanggan meneroka keseluruhan ekosistem produk Thule dalam suasana yang lebih selesa dan praktikal.

THULE TAWAR PENGALAMAN MEMBELI-BELAH BERBEZA

Menurut Pengurus Jualan Thule Group Malaysia, Eugene Wong, konsep kedai ini dibangunkan bukan semata-mata untuk meningkatkan jualan, sebaliknya memberi peluang kepada pelanggan melihat dan mencuba sendiri pelbagai kategori produk yang ditawarkan.

Thule Concept Store di Mid Valley Megamall mempamerkan rangkaian produk premium untuk gaya hidup aktif.
Pengurus Jualan Thule Group Malaysia, Eugene Wong

“Apa yang kami tekankan bukan sekadar transaksi, tetapi pengalaman pelanggan. Kami mahu setiap pengunjung datang ke Thule Concept Store untuk melihat sendiri keseluruhan kategori produk seperti beg galas, stroller, kerusi keselamatan kanak-kanak dan pelbagai lagi sebelum membuat keputusan pembelian,” katanya ketika ditemui pada majlis pembukaan kedai tersebut.

Beliau berkata, konsep ini membolehkan pelanggan memahami fungsi, reka bentuk dan kelebihan setiap produk dengan lebih dekat.

Thule Concept Store di Mid Valley Megamall mempamerkan rangkaian produk premium untuk gaya hidup aktif.

PROMOSI VALUE BUY DAN BUNDLE DEAL SEMPENA PEMBUKAAN

Bersempena pembukaan rasmi Thule Concept Store, pelanggan boleh menikmati pelbagai promosi eksklusif sepanjang tempoh pelancaran.

Berbeza dengan kebanyakan jenama lain yang menawarkan diskaun dalam bentuk peratusan, Thule memilih pendekatan value buy dan bundle deal bagi memberikan nilai yang lebih baik kepada pengguna.

Thule Concept Store di Mid Valley Megamall mempamerkan rangkaian produk premium untuk gaya hidup aktif.

Menurut Eugene, antara tawaran yang disediakan ialah pakej bundle bermula sekitar RM599, berbanding nilai asal kira-kira RM899, melibatkan beberapa kategori produk terpilih.

Selain itu, pelanggan yang berbelanja mengikut nilai tertentu turut berpeluang menerima hadiah eksklusif berupa aksesori Thule sepanjang tempoh promosi.

Thule Concept Store di Mid Valley Megamall mempamerkan rangkaian produk premium untuk gaya hidup aktif.

LEBIH 180 PRODUK PREMIUM UNTUK GAYA HIDUP AKTIF

Pengunjung Thule Concept Store boleh mendapatkan pelbagai produk premium yang direka untuk memenuhi keperluan harian mahupun aktiviti lasak.

Antara kategori yang ditawarkan termasuk backpack, travel luggage, roof box, bike rack, car seat, stroller, travel organiser serta pelbagai aksesori lain.

Thule Concept Store di Mid Valley Megamall mempamerkan rangkaian produk premium untuk gaya hidup aktif.

Menurut Eugene, ketika ini Thule Group Malaysia menawarkan kira-kira 180 SKU yang merangkumi pelbagai kategori produk.

Thule Concept Store di Mid Valley Megamall mempamerkan rangkaian produk premium untuk gaya hidup aktif.

Katanya, semua produk Thule dibangunkan dengan memberi penekanan terhadap aspek ketahanan, fungsi dan inovasi bagi memastikan pengguna memperoleh pengalaman terbaik sama ada untuk kegunaan harian mahupun aktiviti luar.

BACKPACK KEKAL PRODUK PALING MENDAPAT SAMBUTAN

Dalam pada itu, Eugene berkata backpack terus menjadi produk paling laris dalam pasaran Malaysia.

Beliau berkata, permintaan terhadap beg galas Thule sentiasa konsisten kerana reka bentuknya yang moden, tahan lasak dan sesuai digunakan sama ada untuk bekerja, melancong mahupun aktiviti luar.

Thule Concept Store di Mid Valley Megamall mempamerkan rangkaian produk premium untuk gaya hidup aktif.

Selain backpack, kategori small organiser dan travel luggage turut menerima sambutan yang menggalakkan daripada pengguna tempatan.

WARANTI DAN KUALITI JADI KEUTAMAAN

Sebagai jenama premium dari Sweden, Thule turut menitikberatkan aspek jaminan produk bagi memberikan keyakinan kepada pelanggan.

Menurut Eugene, beberapa produk didatangkan dengan jaminan sehingga lima tahun, manakala kategori backpack pula menikmati waranti selama dua tahun.

Thule Concept Store di Mid Valley Megamall mempamerkan rangkaian produk premium untuk gaya hidup aktif.

Tambah beliau, bagi produk backpack, syarikat mengamalkan polisi one-to-one exchange sekiranya berlaku kecacatan produk, berbanding melakukan kerja-kerja pembaikan.

“Kami mahu pelanggan benar-benar yakin terhadap kualiti produk yang dibeli. Sebab itu kami memberi tumpuan kepada kualiti premium, ketahanan dan perkhidmatan selepas jualan yang terbaik,” katanya.

THULE RANCANG LUASKAN RANGKAIAN DI MALAYSIA

Mengulas mengenai perancangan masa depan, Eugene berkata Thule Group Malaysia sentiasa menilai peluang untuk membuka lebih banyak cawangan di lokasi strategik di seluruh negara.

Bagaimanapun, beliau mengakui pemilihan lokasi memerlukan penelitian memandangkan persaingan mendapatkan ruang runcit premium di pusat beli-belah utama agak sengit.

Thule Concept Store di Mid Valley Megamall mempamerkan rangkaian produk premium untuk gaya hidup aktif.

Dalam masa sama, syarikat optimis mampu mencapai sasaran jualan tujuh angka menerusi pembukaan Thule Concept Store serta peningkatan permintaan terhadap produk gaya hidup premium di Malaysia.

Thule Concept Store di Mid Valley Megamall mempamerkan rangkaian produk premium untuk gaya hidup aktif.

Pembukaan Thule Concept Store di Mid Valley Megamall turut membolehkan pelanggan menikmati pengalaman membeli-belah yang lebih menyeluruh dengan akses kepada koleksi terkini seperti Thule Urban Glide 3, Thule Sleek 2, Thule Subterra 2 dan Thule Chasm, sekali gus mengukuhkan lagi kedudukan jenama itu dalam pasaran tempatan.