Tag Archives: Tahun Melawat Malaysia 2014

WWE® Kembali Ke MALAYSIA

IMG_7476

WWE (NYSE:WWE) dan Astro berbesar hati mengumumkan hari ini bahawa WWE LIVE™ akan kembali ke Malaysia buat julung kalinya sejak 2002, dengan dua persembahan dijadualkan pada Oktober 2014. Dua persembahan ini akan dilangsungkan di Stadium Putra Stadium di Kuala Lumpur pada Jumaat, 10 Oktober dan Sabtu, 11 Oktober 11. Tiket akan mulai dijual Sabtu, 31 Mei 2014 pada 10:00 pagi.

Peminat akan dapat menyaksikan Superstars WWE secara langsung, termasuk John Cena®, Bray Wyatt™ dan Wyatt Family™, The Shield™, Intercontinental Champion Bad News Barrett™ dan ramai lagi.*

WWE LIVE disokong oleh Malaysia Major Events, divisyen di bawah Malaysia Convention and Exhibition Bureau (MYCEB), salah satu agensi bernaung di bawah Kementerian Pelancongan dan Budaya Malaysia.

Fenomena WWE menjadi kegilaan ramai di Malaysia menerusi rancangan Monday Night Raw®, AfterBurn™, Vintage™, BottomLine™, NXT™, Superstars™, Main Event™ dan WWE Presents™ disiarkan di saluran Astro SuperSport 3 dan kesemua rancangan Pay-Per-View di saluran Astro Box Office Sport.

“Astro gembira dapat bekerjasama dengan WWE untuk membawa masuk hiburan bertaraf dunia, WWE LIVE, kepada peminatnya di rantau Asia Tenggara. Peminat WWE pastinya disajikan acara menarik yang padat dengan aksi Oktober ini. Kami gembira kerana dapat membawa pengalaman WWE daripada TV ke pentas sebenar,” kata Ketua Pegawai Operasi Astro, Henry Tan.

“WWE Live dijangka akan menarik pelancong daripada rantau Asia Tenggara dengan jumlah perbelanjaan dianggarkan mencecah sekitar RM33 juta sepanjang dua hari. WWE sentiasa menjadi salah satu rancangan yang paling digemari di rantau ini dan Malaysia berbangga dipilih untuk menganjurkan WWE Live, menambah kepada senarai acara berprestij yang dianjurkan sempena Tahun Melawat Malaysia 2014,” kata Pengurus Besar, Malaysia Major Events, Tony Nagamaiah.

“Kami teruja dengan kepulangan acara WWE Live ke Malaysia pada 2014,” kata Naib Presiden & Pengurus Besar WWE Asia Pasifik, Sweesin Wu. “Acara ini melambangkan komitmen WWE terhadap usaha untuk meluaskan pasaran mereka di Malaysia dan untuk menjalinkan kerjasama yang lebih erat dengan Astro, salah satu kumpulan media yang terkemuka di rantau ini. WWE juga mahu mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada MME atas visi mereka dalam membawa masuk WWE dan tahap profesionalisme tinggi MME dan usaha tidak mengenal penat lelah dalam proses rundingan yang membawa kepada penganjuran ‘WWE Live Malaysia 2014’,” tambahnya.

Tiket akan mulai dijual pada Sabtu, 31 Mei 2014 pada 10:00 pagi dan mula dibeli daripada www.ticketpro.com.my atau dengan menghubungi +603 7880 7999. Harga tiket adalah dalam lingkungan RM128 – RM1230.

*Barisan penggusti tertakluk kepada perubahan
# WWEKualaLumpur
www.wwelive.stadiumastro.com

HABIB TRULY MALAYSIA Di Suria KLCC

Photo 1

Malaysia adalah sebuah negara yang bukan sahaja kaya dengan pelbagai pilihan makanan, pengembaraan dan keajaiban semula jadi, ia juga adalah salah sebuah syurga membeli-belah yang terkemuka di benua Asia.

Bersempena dengan sambutan Tahun Melawat Malaysia 2014, syarikat barang kemas tempatan terkemuka, HABIB, akan melancarkan pameran dan jualan bertemakan ‘HABIB Truly Malaysia’ yang akan berlangsung di Pusat Membeli Belah, Suria KLCC. Dengan kedatangan pelancong asing dan juga tempatan ke Suria KLCC, pameran tersebut menjadi lokasi yang ideal untuk acara pameran dan jualan ‘HABIB Truly Malaysia’ ini.

Acara pameran dan jualan ‘HABIB Truly Malaysia’ yang telah dilancarkan pada hari ini, dimeriahkan lagi dengan kehadiran artis dan jelitawan tempatan, yang menjadi pelengkap kepada permata-permata berharga yang dipamerkan. Kehadiran artis dan jelitawan yang lengkap dengan pakaian tradisional yang menunjukkan kepelbagaian budaya di Malaysia, turut memperagakan koleksi HABIB, yang diinspirasikan oleh sumber flora dan fauna yang ada dalam negara ini.

Photo 2

Antara koleksi HABIB yang diperagakan oleh Yasmin Hani, Thanuja Ananthan, Lee Yvonne, Zara Zya, Kaka dan Hunny Madu adalah keronsang, cucuk sanggul dan tali pinggang traditional emas yang merupakan sebahagian daripada koleksi warisan kebanggaan HABIB. Koleksi tersebut,yang sesuai disarungkan dengan pakaian tradisional, telah mendapat sentuhan kontemporari untuk menemani koleksi klasik intan HABIB.

Pengarah urusan HABIB, Dato’ Meer Habib, berkata, “Suri    a KLCC merupakan salah satu pusat membeli-belah terkemuka di Malaysia adalah lokasi yang amat strategik untuk Pameran danJualan ini dan memandangkan tahun ini adalah Tahun Melawat Malaysia, HABIB ingin mengambil peluang mempamerkan koleksi yang tidak dapat dilupakan kepada pelancong luar negara dan juga dalam negara menerusi koleksi barangan kemas emas dan permata yang unik.”

“Sebagai jenama yang telah membangun bersama Malaysia selama 56 tahun, HABIB berbangga untuk memainkan peranan dalam mempromosikan keindahan negara di mata dunia. Jika Malaysia adalah Negara yang melambangkan keunikan Asia atau seperti tema ‘Malaysia Truly Asia’, HABIB pula adalah jenama yang jelas mewakili keunikan Malaysia’ tambah Dato’ Meer lagi. Turut dipamerkan pada majlis pelancaran itu adalah replika emas bangunan kebanggan Negara iaitu  Menara Berkembar Petronas buatan HABIB.

Photo 3

“Replika emas tersebut, yang bersaiz 1/1000 daripada saiz sebenar yang diperbuat daripada emas, berlian dan permata adalah seberat 6 kg dinilai RM1 juta pada masa ia diperkenalkan buat pertama kali pada tahun 2001. Pada hari ini, replika ini dianggarkan mempunyai nilai yang mencecah sehingga RM 2 juta mengikut harga semasa emas. Ini menunjukkan, peningkatan nilai emas yang telah meningkat sebagai satu pelaburan yang masih relevan dan menguntungkan”. katanya.

Pameran dan jualan ‘HABIB Truly Malaysia’ di Suria KLCC ini menawarkan pelbagai diskaun istimewa dan tawaran menarik, termasuk diskaun sehingga 70% ke atas semua koleksi berlian dan batu permata akan berlangsung dari 26 Februari 2014 hingga 11 Mac 2014 ini akan di buka dari jam 10 pagi hingga 10 malam setiap hari.