Tag Archives: Tasha Shilla

‘Nasuha’ Cinta Si Gadis Buta

Nasuha 3

Drama Satu Hari lakonan Remy Ishak dan Sara Ali telah pun berakhir pada 28 Januari lalu. Cinta Sabrina dan Isfahan akhirnya bersatu. Sarajevo menjadi saksi cinta mereka dan kini slot Ratu bakal dihiasi dengan drama menyayat hati Nasuha bermula 10 Februari ini. Drama Nasuha ini diarahkan oleh Suhaimi Lua dan diterbitkan oleh Zeel Production Sdn. Bhd.

Nasuha 4Drama Nasuha mengisahkan mengenai gadis manis, Nasuha lakonan Tasha Shilla dibesarkan dalam sebuah keluarga yang daif. Dia dibesarkan oleh kedua ibu-bapa, Salima (Amyza Aznan) dan Nasrun (Azhan Rani). Nasrun merupakan seorang nelayan tetapi membuat keputusan untuk bekerja di darat dengan menjual sayur-sayuran di pasar kerana tidak mahu berjauhan dengan isteri dan anaknya. Nasuha bersahabat baik dengan Zahid lakonan Shah Iskandar. Mereka sangat rapat dan Zahid juga sering membela Nasuha jika dia diejek oleh kanak-kanak yang lain. Zahid juga sanggup mencuri untuk menggembirakan hati Nasuha. Malangnya perbuatan Zahid telah diketahui oleh ayahnya Imran (Roy Azman) lalu bertindak memukul Zahid dan kerana itu juga Nasuha telah dilanggar ketika ingin memulangkan pensel warna yang dicuri Zahid. Nasuha mengalami kecederaan serius di bahagian mata dan membuatkannya tidak lagi dapat melihat.

TV9_NASUHA_POSTER_2Pada mulanya, Nasuha yang masih kecil tidak dapat menerima keadaanya yang buta. Nasrun seringkali mengingatkan Nasuha, bahawa ini adalah ujian dan takdir yang harus dia terima. Malang sekali lagi menimpa, apabila Nasrun telah hilang dilaut dan mayatnya tidak dijumpai. Persahabatan Zahid dan Nasuha masih kekal erat. Semakin dewasa, Zahid mula mencintai Nasuha. Namun, takdir sekali lagi menduga Nasuha, apabila Zahid pula hilang di laut ketika mahu menyelamatkan Nasuha yang tergelincir daripada bot dinaiki mereka. Nasuha bersedih dengan kehilangan Zahid kerana dalam diam dia juga rupanya mencintai Zahid.

nasuha 2Setahun kemudian, muncul pula Irfan (Fattah Amin), anak orang kaya di kawasan perkampungan Nasuha. Irfan tertarik melihat Nasuha tanpa dia ketahui Nasuha sebenarnya buta. Setelah mengetahui kekurangan Nasuha itu, Irfan merasa simpati dan mula jatuh cinta pada Nasuha dan telah menimbulkan kemarahan Marina (Miera Liyana), tunang kepada Irfan. Marina yang sememangnya mahu memiliki Irfan membuat rencana untuk membunuh Nasuha dengan bantuan Zack tanpa diketahui Zack sebenarnya adalah Zahid. Adakah Zack atau Zahid akan membunuh seorang yang paling disayangi dalam hidupnya? Ikuti perjalanan penuh cabaran Nasuha menerusi slot Ratu, pada setiap hari Selasa dan Rabu, jam 8.30 malam di TV9. Untuk maklumat lanjut sila layari www.tv9.com.my dan ikuti juga laman sosial TV9 iaitu facebook/TV9DiHatiku, twitter dan instagram tv9Malaysia.

Konflik Cinta Imran Dalam ‘Kasih Berbisik’

Kasih Berbisik (1)

Sambutan ulang tahun TV3 yang ke 30 diteruskan lagi dengan siaran drama eksklusif ‘Kasih Berbisik’. Lebih unik, drama bersiri 13 episod ini merupakan kerjasama antara TV3, Primeworks Studio dan Media Corp. (Singapura) yang menggandingkan pelakon – pelakon dari 3 negara iaitu Malaysia (Remy Ishak, Keith Foo, Tasha Shilla, Normah Damanhuri), Singapura (Nurul Aini, Nick Mikhail) dan Indonesia (Demmy Febriana) buat julung kalinya.

Berlatarkan kehijauan Malaysia, kota metropolitan Singapura, dan Bali yang eksotik, Kasih Berbisik yang diarahkan oleh Jamal Khan akan disiarkan bermula 1 Oktober 2014 menerusi TV3 dan Media Corp. Di TV3, siri drama ini disiarkan pada setiap hari Rabu pukul 9.00 malam manakala di Media Corp. pula disiarkan pada 9.30 malam.

Poster Kasih Berbisik

Kisahnya bermula di Bali, Indonesia apabila Imran (Remy Ishak), seorang arkitek mengikut kawan baiknya, Andi (Nick Mikhail) ke Bali untuk mencari idea baharu serta peluang kerjasama di sana. Andi, seorang juru gambar profesional tertarik dengan keindahan seni pulau itu termasuk wanita dan seni tariannya. Andi obses dengan kelembutan dan gemalai tari Sulastri (Demmy Febriana). Pertama kali melihat Sulastri, Imran juga terkesima dengan keindahan dan kehalusan seni tari yang dipersembahkan.

Ketika itu, Sulastri berhadapan dengan konflik cinta apabila kekasihnya, Dharma (Keith Foo) didakwa atas tuduhan jenayah rasuah dan bakal dipenjarakan. Dharma berasa kesal dan berjanji akan berubah sebaik dibebaskan. Dia juga bersumpah akan kembali mendapatkan cinta Sulastri.

Kasih Berbisik (5)

Imran dan Andi mula rapat dengan Sulastri. Cinta telah hadir antara Imran dan Sulastri. Sebenarnya Imran telah berkahwin dengan Nora (Nurul Aini) di Singapura. Mereka berdua bahagia walaupun tidak dikurniakan anak. Imran tidak mahu mengkhianati Nora tetapi dia tidak dapat melupakan Sulastri. Akhirnya, Imran berkahwin dengan Sulastri di Bali tanpa memberitahu Nora.

5 tahun telah berlalu. Imran menyimpan rapi rahsia daripada Nora dan Sulastri. Kehadiran Eka, puteri mereka semakin mengikat kasih sayang antara Imran dan Sulastri. Malangnya, kematian tragis Sulastri telah mencetuskan huru hara dalam hidup Imran. Imran tertekan dan membawa Eka pulang ke Singapura.

Kasih Berbisik (2)

Nora kecewa dengan penjelasan Imran dan tidak menyangka Imran akan mengkhianatinya. Nora mula menjauhkan diri dan berubah menjadi seorang yang panas baran. Imran pula menjadi murung selepas kematian Sulastri. Lebih merumitkan keadaan lagi apabila Imran terlibat dalam kemalangan dan mengalami trauma. Imran telah dibawa balik ke Perlis oleh ibunya, Mak Jah (Normah Damanhuri) untuk merawat. Nora hanya akur kerana dia juga mahu masa untuk bersendiri.

Di Perlis, sepupu Imran, Tina (Tasha Shilla) yang belajar dalam jurusan perubatan mengambil kesempatan ini untuk membuktikan cintanya kepada Imran. Bekas teman lelaki Sulastri, Dharma yang sudah dibebaskan, berdendam dengan Imran dan akan melakukan apa sahaja untuk memusnahkan hidupnya. Andi pula bertemu dengan Lily yang wajahnya persis Sulastri. Apakah misteri kematian Sulastri bakal terungkai? Apakah kesudahan bagi kemelut rumah tangga Imran dan Nora?

Kasih Berbisik (4)

Saksikan Kasih Berbisik pada setiap hari Rabu pukul 9.00 malam bermula 1 Oktober ini di TV3. Untuk mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini, penonton boleh melayari laman sesawang TV3 di www.tv3.com.my serta laman sosial Facebook, Instagram & Twitter TV3Malaysia.

Selain itu, penonton yang terlepas menyaksikan drama ini boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my.

GALAKSI Tampil Dengan Dua Pengacara Baru

Ikhwan & Shiro (3)

Galaksi, program informasi hiburan sensasi di TV9 kini akan menampilkan dua pengacara baru pada Jumaat ini (4 Julai) bagi menggamatkan malam Jumaat anda. Setelah empat tahun bersama Galaksi, tempat Ikhwan kini diganti dengan pelakon jelita dan sensasi, Tasha Shilla (Natasha Sheila Abd Razak) dan juga pelawak terkenal tanahair Ajak Shiro (Shahrul Azizie Bin Azmi).

Ketiadaan Ikhwan bermula Julai ini, pasti dirasai oleh hampir 800,000 peminat setia Galaksi. Apatah lagi  Ikhwan berjaya menggalas tanggungjawab sebagai pengacara sensasiselaam empat tahun berturut-turut. Walaupun pada awalnya beliau kekok mengendalikannya, namun bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan oleh penerbit berpengalaman, Nas Ahmad, berjaya memberi keyakinan untuk Ikhwan menjadi pengacara yang disanjungi dan disayangi peminat Galaksi.

Terdahulu, Galaksi juga pernah diserikan oleh beberapa artis terkenal tanahair seperti Irma Hasmie, Sazzy Falak, Nadia Shahrul Anuar, Sharifah Shahirah, Nana Mahazan serta pengacara jemputan seperti Awal Ashaari, Sarimah Ibrahim dan Serina Redzuawan.

Tasha Shila & Ikhwan (4)

Industri seni tanahair kita dilihat semakin berkembang apabila artis sensasi mempelbagaikan lagi kemahiran mereka ke bidang lain. Ini terbukti apabila kedua pengacara baru ini datang dari latarbelakang yang berlainan, bukannya pengacara! Tentunya kemunculan mereka dalam Galaksi yang kini memasuki tahun ketujuh ini dinantikan oleh penonton.

Walaupun pengacara silih berganti, Galaksi yang disiarkan setiap Jumaat, pada jam 8.30 malam ini akan tetap memberikan liputan dunia hiburan secara telus dan profesional lebih daripada sekadar mensensasikan isu-isu menarik yang menggegar dunia hiburan tanahair. Malahan, pembaharuan perlu sentiasa dilakukan agar sesebuah program itu sentiasa tampil menarik dan kekal mantap.  Suntikan pengisian adalah bersesuaian dengan tagline program iaitu ‘Ini bukan program sepi, Ini Galaksi – medan sensasi!’

Tentu ramai tertanya tentang keserasian kedua pengacara baru ini! Jika dahulu Ikhwan seorang sahaja mengemudikan program siaran langsung selama sejam, bagaimana pula kali ini? Sebenarnya, pihak pengurusan termasuk penerbitan telahpun mengadakan ujibakat secara tidak langsung apabila menjemput beberapa artis tanahair menjadi tetamu studio.

Jika diimbas semula, Ajak Shir dan Tasha Shilla pernah beraksi sebagai artis tamu hos Galaksi sekitar bulan Mac hingga Mei lepas. Penerbit sememangnya telah menjemput silih berganti artis sebagai tetamu studio. Mereka juga bukan sekadar tetmu, malahan secara tidak langsungnya kami mengendalikan juga ‘ujibakat live’ terhadap mereka untuk memilih siapa yang sesuai diambil sebagai hos baru Galaksi. Memang ramai yang layak dan berbakat tapi ternyata rezeki lebih memihak kepada Ajak Shiro dan Tasha Shila.  Kami yakin dan menaruh penuh harapan agar kedua mereka mampu meneruskan kehebatan Galaksi sebagai pengacara Galaksi.

nas1

Selain pertukaran pengacara baru, penerbit Nas Ahmad turut mencipta sebuah segmen baru iaitu ‘Sesuatu yang….Alamak!’. Segmen berupa sendagurau atau usikan spontan terhadap artis dan selebriti tanahair ini akan dikendalikan oleh Noradillah Abdullah atau ‘Adeed’ iaitu salah seorang dari wartawan Galaksi.

Terdahulu, Galaksi telah sedia punyai beberapa segmen tetap, antaranya segmen ‘Rock Kiah Propa’ dikendalikan wartawan Rock Kiah sendiri, segmen popular ‘Terjah!’ dikendalikan Nas Ahmad, dan segmen ‘DJ Pool Galaksi FM’ dikendalikan wartawan DJ Pool.

Satu lagi keistimewaan atau keunikan program ini ialah setiap cerita atau paparan yang disiarkan akan diselitkan dengan klip video lagu yang liriknya punyai kaitan dengan paparan tersebut.

Pastikan anda semua tidak ketinggalan menyaksikan keletah dua pengacara baru Galaksi bermula Jumaat ini, 4 Julai 2014 secara langsung pada jam 8.30 malam.