Tag Archives: Tauke

Super Spontan Superstar Ganding 16 Bintang Terkenal

Super Spontan Superstar Ganding 16 Bintang Terkenal | Program realiti komedi spontan popular, Super Spontan kembali dengan musim terbarunya, menampilkan 16 bintang yang tidak asing lagi! Lebih istimewa tahun ini, dua personaliti media sosial terkenal bakal menghangatkan gelanggang SuperSpontan dan memberi saingan hebat kepada pemain SuperSpontan Superstar lain yang terdiri daripada para selebriti dan pelawak popular tanahair. Jika sebelum ini, Zizan Razak pernah dinobatkan sebagai juara musim pertama dan musim keempat selain Jep Sepahtu untuk musim kedua, edisi kali ini turut menyaksikan kembalinya juara musim ketiga, Johan Raja Lawak bagi memburu kejuaraan keduanya!

Masih mengekalkan format asal, program realiti Super Spontan Superstar bakal bersiaran secara langsung dari Pusat Kebudayaan & Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (UPM), Serdang pada setiap hari Jumaat, jam 10.00 malam mulai 5 Ogos 2016 secara eksklusif menerusi Astro Warna (Saluran 132) dalam pakej Mustika dan ditayangkan serentak di Mustika HD (Saluran 134).

Sekitar sidang media
Sekitar sidang media

Ketua Pengisian dan Saluran Komedi Astro; Encik Bob Azrai berkata, “Super Spontan merupakan satu program yang dinanti-nantikan peminat saban tahun sejak ia mula diperkenalkan empat tahun lalu. Jadi tahun ini, selain membawakan barisan pelawak dan selebriti pujaan tanahair, kami turut menampilkan personaliti media sosial popular ke dalam skuad Super Spontan Superstar. Kebolehan mereka menampilkan pelbagai idea menarik di akaun media sosial masing-masing amat sesuai digabungkan dengan permainan SS yang bersahaja, menarik dan mencuit hati”.

Sama seperti musim terdahulu, Super Spontan Superstar meneruskan konsep berhibur sambil beramal apabila setiap pasukan yang memenangi pusingan mingguan berpeluang menyumbangkan wang tunai RM 5,000 kepada selebriti veteran terpilih ataupun para seniman yang memerlukan pembiayaan perubatan, sesuai dengan konsep ‘Superstar’ untuk mengangkat jasa insan-insan seni yang telah pun berbakti kepada dunia hiburan tanahair.

Johan Raja Lawak & Ozlynn
Johan Raja Lawak & Ozlynn

Selain Johan Raja Lawak, Super Spontan Superstar turut menyaksikan penyertaan isteri pemenang Anugerah Top Top Meletop ini iaitu Ozlynn di samping Kamal Adli, Julia Ziegler, Altimet, Waris, Amyza Adnan, serta Jamal dan Zukiee. Mereka akan melontarkan idea bernas masing-masing bersama-sama barisan pelawak negara yang cukup dikenali iaitu Abam Bocey, Fad Bocey, Achey, Tauke, Syuk Joras, Ali Puteh dan Zulin Aziz.

Jamal & Zukiee
Jamal & Zukiee

Berbeza berbanding musim sebelum ini, setiap pasukan tidak akan mempunyai pengurus sebaliknya seorang selebriti dilantik mengetuai kumpulan masing-masing. 16 selebriti ini akan dipecahkan kepada dua kumpulan seperti biasa, di mana Johan Raja Lawak dan Tauke Raja Lawak dipilih memimpin barisan peserta yang lain. Mereka akan diundi sama ada menyertai kumpulan Harimau Hipster ataupun Monyet Mafia pada sidang media yang diadakan hari ini. Program yang akan bersiaran selama 10 minggu ini akan menyaksikan penyingkiran dilakukan minggu ke minggu di mana pada akhirnya, seorang pemain akan dijulang sebagai juara Super Spontan Superstar.

Menyedari akan kehebatan Dato’ AC Mizal yang sememangnya tidak boleh disangkal lagi, disertakan pula dengan nama beliau yang begitu sinonim dengan jenama Astro Warna, beliau sekali lagi ditugaskan untuk mengemudi program ini. Dato’ AC Mizal bakal ditemani pelawak genit, Amir Raja Lawak yang akan muncul menghangatkan suasana selaku pengacara bersama. Pelopor komedi tanahair, Adflin Shauki pula bakal memegang amanah selaku komentator, berpasangan dengan seorang selebriti jemputan yang akan diundang setiap minggu bagi melontarkan komen-komen bernas tentang persembahan peserta yang bertanding. Para peserta akan diuji dengan pelbagai permainan spontan menarik yang pastinya membuatkan anda semua tidak kering gusi!

Gelagat para peserta ketika cabutan undian kumpulan

Kumpulan yang mendapat markah terendah perlu menyingkirkan salah seorang peserta kumpulan mereka. Musim ini, elemen ‘rantai kebal’ diperkenalkan di mana peserta terbaik berpeluang mendapatkan kelebihan ini. Rantai kebal mampu menyelamatkan peserta daripada tersingkir minggu tersebut dan juga boleh diberikan kepada peserta lain seandainya pemenang rantai kebal yakin akan kekebalan hakikinya. Namun begitu, di minggu ke berapa rantai kebal ini akan diberikan masih menjadi rahsia. Persembahan mingguan akan diadili berdasarkan format permarkahan yang ditentukan sepenuhnya melalui undian SMS daripada penonton dan menerusi laman web rasmi di www.superspontan.com.my. Talian untuk menghantarkan undian akan mula dibuka pada 5 Ogos 2016. Cara-cara untuk mengundi akan diumumkan dari semasa ke semasa.

Juara Super Spontan Superstar akan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 100,000.00. Manakala Naib Juara dan pemenang tempat ketiga masing-masing akan memenangi RM 50,000.00 dan RM 25,000.00. Sementara pemenang tempat keempat, kelima dan keenam turut membawa pulang wang tunai RM 5,000.00 setiap seorang. Super Spontan turut mendapat tajaan minuman tenaga Drive M7 dan Go Shop yang menaja baucer membeli-belah bernilai lebih RM 10,000 sebagai hadiah mingguan serta hadiah utama Peraduan Kata Kunci Super Spontan Superstar untuk dimenangi penonton di rumah.

Amyza Adnan
Amyza Adnan

15 minit sebelum bermulanya siaran langsung, dua penyampai popular radio rasmi Super Spontan, Era FM iaitu Jaa dan Hani akan muncul bagi mengacarakan ‘Era Spontan’ yang akan mengupas perkara hangat yang berlaku di belakang pentas selain membuat ramalan bintang mana yang berpotensi meninggalkan serta menyerlah di pentas Super Spontan pada setiap minggu. Astro Gempak pula berperanan selaku portal digital rasmi Super Spontan Superstar!

Jangan lupa temujanji anda untuk menyaksikan Super Spontan Superstar pada setiap hari Jumaat, jam 10.00 malam bermula 5 Ogos 2016 secara eksklusif menerusi Astro Warna (Saluran 132) dalam pakej Mustika dan ditayangkan serentak di Mustika HD ( Saluran 134).

150 saluran percuma di rangkaian Astro selama 10 hari mulai 22 hingga 31 Ogos 2015

150 saluran percuma di rangkaian Astro selama 10 hari mulai 22 hingga 31 Ogos 2015 | Bersiap sedia untuk menikmati lebih dari 150 saluran percuma di rangkaian Astro selama 10 hari mulai 22 hingga 31 Ogos 2015 ini. Ia turut termasuk dengan saluran berunsurkan informasi, hiburan dan sukan serta saluran-saluran berdefinisi tinggi (HD). Selain daripada menonton di televisyen, pelanggan Astro juga boleh menikmati tawaran istimewa ini dengan menggunakan aplikasi dalam talian iaitu Astro on the Go melalui telefon pintar dan gajet mereka. Ini merupakan tanda penghargaan Astro kepada pelanggannya yang selama ini setia bersamanya.

Di dalam tempoh 10 hari tersebut, pelanggan Astro bakal menikmati hiburan tanpa batasan dari dalam dan luar negara yang mana ia hanya dapat dinikmati oleh pelanggan Astro sahaja. Saksikan filem-filem terhebat dari Hollywood dan Bollywood, rancangan dokumentari di dalam kejelasan berdefinisi tinggi (HD), dan kepelbagaian filem indie hasil ciptaan pembikin filem terkemuka di saluran Sundance dan A-List. Saksikan juga drama bersiri televisyen paling popular yang disiarkan secara serentak dengan waktu tayangan di UK dan USA. Selain dari itu pelanggan Astro turut berpeluang untuk menonton drama bersiri Korea, program realiti seperti Maharaja Lawak dan siaran langsung acara sukan terhebat dari seluruh dunia.

Penghargaan dan tanda terima kasih ini adalah dikhaskan buat semua yang telah memilih Astro sebagai syarikat Media dan Hiburan Terbaik Malaysia seterusnya melayakkan Astro untuk menerima pengiktirafan di Putra Brand Awards bagi tahun ke-enam berturut-turut. Selain dari itu, ERA fm dan hitz fm di bawah Astro Radio turut telah menerima anugerah Emas dan Perak dalam kategori yang sama. ERA fm adalah radio nombor satu di Malaysia dengan jumlah pendengar sejumlah 4.8 juta pada setiap minggu, manakala hitz fm pula adalah antara rangkaian radio paling popular di Malaysia dengan mencatat sejumlah 1.2 juta pendengar pada setiap minggu.

Putra Brand Awards merupakan sebuah jenama anugerah tersohor di Malaysia yang dianjurkan oleh Association of Accredited Advertising Agents Malaysia dengan kerjasama Malaysia’s Most Valuable Brands. Penerima anugerah bagi kategori Emas, Perak dan Gangsa di Putra Brand Awards ditentukan oleh 6,000 orang pengguna di seluruh Malaysia.

Nota: Mulai 22 hingga 31 Ogos 2015, lebih dari 150 saluran percuma akan ditawaran kepada semua pelanggan Astro, namun saluran-saluran yang berbayar dan dibeli secara a la carte seperti Astro First, Astro Best, Golf HD, Astro Cricket, WWE Network dan Setanta Sports HD adalah dikecualikan.

Selection of Content Highlights from 22 to 31 August 2015

FOX Movies Premium HD (CH 433) & FOX Movies Premium (CH 413)

The Maze Runner (Premiere)

29 August, 2015, 10:00PM

Cast: Dylan O’Brien, Kaya Scodelario, Will Poulter

Directed by: Wes Ball

When Thomas wakes up trapped in a massive maze with a group of other boys, he has no memory of the outside world other than strange dreams about a mysterious organization known as W.C.K.D. Only by piecing together fragments of his past with clues he discovers in the maze can Thomas hope to uncover his true purpose and a way to escape.

HBO HD (CH 431) & HBO (CH 411)

Brick Mansions (Premiere)

29 August 2015, 9:00PM

Cast: Paul Walker, David Belle, Rza

A cop and an ex-criminal join hands to bring down a notorious drug kingpin. 

Astro Warna (CH 132) & Astro Mustika HD (CH 134)

Super Spontan All Stars (Premiere)

28 August 2015, 10:00PM

Cast: Johan, Zizan Razak, Pak Yus, Tauke, Rahim R2, Shahrol Shiro, Ajak Shiro, Along Cham, Achey, Abam, Uqasha Senrose, Jihan Muse, Yasmin Hani and Nana Mahazan.

Super Spontan is back with a bigger bang! Presenting Super Spontan All Stars, with the first episode going live on 28th August 2015. Two teams (Kungfu Kipidap and Silat Dongibap) will compete against each other to bag home cash prize of RM150,000.

Celestial Movies (CH 322)

Sweet Alibis (Premiere)

30 August 2015, 9:00PM

Cast: Ariel Lin, Alec Su

Chocolate as murder weapon? A cowardly cop is paired with a saucy rookie and must work together as they are drawn deeper into a series of mysterious murders in this amusing Taiwanese action-comedy.

Zee Variasi (CH 108)

Dance Singapore Dance

29 August 2015, 8:30pm (Every Sat & Sun)

Dance Singapore Dance, Zee TV’s first reality dance competition in Singapore, is ready to catapult local dancers into fame by providing them with a platform to showcase their talent on international television. The winner of the competition stands to win a grand prize of SGD $10,000 cash. Dance Singapore Dance will have the spirit of and showcase a similar look and feel to Dance India Dance.

Lingaa

31 August 2015, 1:30pm

After being turned down by the ruling Britons, the rightful heir to a famous dynasty inspires local villagers to build a dam for themselves. An action – dramatic movie directed by K S Ravikumar. The movie starring with Superstar Rajinikanth, Sonakshi Sinha and Anushka in lead roles.

Vinmeen HD (CH 231)

I Movie

31 August 2015, 11.00 am

A body builder turned supermodel, who after being deformed, exacts revenge upon those who turned him into a hunchback. Starring: Vikram and Amy Jackson.

International Superstar Grand Final

31 August 2015, 2.00 pm

The Grand Final of the first ever International Superstar from PICC, Putrajaya.

Contestants participating from 5 countries namely Canada, Mauritius, Singapore, India and Malaysia. For the very first time, Malaysia’s number one singer, Datuk Siti Nurhaliza will be singing the world famous music composer AR Rahman’s Song in Tamil!

Astro Box Office Movies Tayangan Hebat (CH 130)

JSA (Joint Security Area)

Genre : Drama | Thriller | War

Language : Korean | English | German

Country of Origin : South Korea

Duration : 110 min

Director : PARK Chan-wook

Cast : Yeong-ae Lee, Byung-hun Lee, Kang-ho Song

Synopsis : In the DMZ separating North and South Korea, two North Korean soldiers have been killed, supposedly by one South Korean soldier. But the 11 bullets found in the bodies, together with the 5 remaining bullets in the assassin’s magazine clip, amount to 16 bullets for a gun that should normally hold 15 bullets. The investigating Swiss/Swedish team from the neutral countries overseeing the DMZ suspects that another, unknown party was involved – all of which points to some sort of cover up. The truth is much simpler and much more tragic.

Wah Lai Toi HD (CH 310) & Wah Lai Toi (CH 311)

(LIVE) Miss Hong Kong Pageant 2015 (FINAL)

30 August 2015, 9:00PM

Language: Cantonese

Programme Description: Beauty competition

Find out which beauties stay and who is sent home, as the finals of the Miss Hong Kong Final loom closer.

Astro Hua Hee Dai (CH 333 & HD CH 332)

(LIVE) Hua Hee Karaoke 2015 Finals

23 August 2015, 8:00PM

Language: Hokkien

Programme description: Singing competition

Catch the best Hokkien sensations as the eight finalists square off to vie for the coveted championship.

Astro Quan Jia HD (CH 308)

Dad, Where are We Going? S3

Every Friday, 10:00PM (Same Time As China)

Language: Mandarin

Programme description: Five fathers and children head out on fun-filled adventures in the Chinese countryside.

 

Astro on Demand (CH 361 & HD CH 350)

The Fixer

Every Monday to Friday, 9:30PM

Language: Cantonese

Balance the scales of justice with The Fixer, an underground organization whose members employ unconventional methods to help those who have been wronged.

Astro Ria (CH 104) & Ria HD (CH 123)

Plan Cinta Tak Jadi (Series)

Setiap Isnin, 24 August 2015, 10PM

Language : Malay

Duration : 60 min Director : Azmi Hata

Cast : Fattah Amin, Nur Fatiha Latif, Ramona Zamzam, Arja Lee, Kaka, Gbob, Mark Adam

Synopsis : Plan Cinta Tak Jadi mengisahkan tentang pertolongan yang dihulur atas dasar persahabatan akhirnya membuahkan rasa cinta.

Astro Prima (CH 105)

Memori Cinta Suraya

Isnin – Jumaat, 6.30PM

Language : Malay

Duration : 60 min

Cast : Hisyam Hamid, Anzalna Nasir, Kay Khidir, Marisa Yasmin, Liza Abdullah

Synopsis : Rayyan yang tercedera akibat tehempas dari kapal terbang telah diselamatkan oleh seorang gadis kampung bernama Suraya. Dia yang telah hilang penglihatan serta ingatannya itu telah dijaga oleh Suraya dan sepanjang tempoh itu mereka akhirnya jatuh cinta.

ONE HD (CH 393)

Pinocchio

30 August 2015, 5:45PM

Programme description: A sweet, feel-good coming-of-age romantic comedy from the writer-director team behind the drama I Hear Your Voice, this series centers around young adults getting their first jobs as broadcast news reporters. Park Shin-hye stars as the heroine with fictional “Pinocchio syndrome,” where she can’t tell a lie without hiccupping, and Lee Jong-seok co-stars as her fake adopted uncle. It’s not as weird as it sounds. They grow up together and face the challenges of investigative journalism as rivals for different stations, forging friendships and finding love along the way.

ASTRO SUPERSPORTS HD (CH831)

Football: Barclays Premier League 2015/16:

Manchester United vs. Newcastle Live

22 August 2015, 7PM

Arsenal vs Liverpool Live

25 August 2015, 2:30AM

Newcastle vs Arsenal Live

29 August 2015, 7PM

ASSP 2 HD (CH833)

Tennis: ATP World Tour 250 Series: Winston Salem Open 2015

28 August 2015, 7PM – Men’s singles Quarter Finals Live

29 August 2015, 3AM – Men’s singles Semi Final 1 Live

29 August 2015, 7AM – Men’s singles Semi Final 2 Live

30 August 2015, 1AM– Men’s singles Final Live

ASSP 4 (CH 817)

Badminton: BWF Vietnam Grand Prix Open

29 August 2015, 3PM – Semifinals Live

30 August 2015, 2PM – Finals Live

FOX Sports (CH 812) & FOX Sports HD (CH 832)

2015 Formula 1 Shell Belgian GP (Live)   

22 August 2015, 7.30PM – Qualifying

23 August 2015, 7PM – Main Race