Tag Archives: The Wonderland+

PENTATONIX The On My Way Home Tour in Malaysia 2015

PENTATONIX-poster20x30in-v3BlackCat Live bersama The WonderLand+ dengan bangganya akan membawa kumpulan acapella, PENTATONIX ke Malaysia sempena PENTATONIX “The On My Way Home” Tour in Malaysia 2015. Konsert ini akan berlangsung pada hari Sabtu, 30 Mei 2015 di Stadium Negara jam 8 malam.

PENTATONIX atau lebih dikenali sebagai PTX telah ditubuhkan pada tahun 2011. Kumpulan ini dianggotai 5 penyanyi accapella iaitu Scott Hoying, Mitch Grassi, Kirstie Maldonado, Avi Kaplan dan Kevin Olusola. PENTATONIX diberi nama berdasarkan skala muzik atau mode yang terdiri lima nada untuk setiap oktaf. Kumpulan ini percaya nota skala lima ini bersesuaian dengan keahlian mereka berlima. Berasal dari Arlington, Texas, PENTATONIX banyak menghasilkan muzik berentak pop yang mengandungi lagu cover version dan kadang kala dinyanyikan dalam bentuk medley sama ada mengikut rentak asal lagu tersebut. Lagu mereka menjadi luar biasa dengan susunan muzik mengikut citarasa mereka dan juga kekuatan low bass vokal dengan kepelbagaian jenis suara dalam setiap lagu.

PENTATONIX merupakan salah satu kumpulan muzik yang berjaya menakluki dunia internet dan media sosial terutamanya YouTube. Kini lagu mereka di YouTube mempunyai 7.8 juta pelanggan dan secara purata ia telah ditonton lebih daripada 880 juta kali. Buat masa kini, laman web rasmi YouTube (PTX official You Tube) muzik channel mereka menduduki tempat ke 12 yang sering dilanggan dan menduduki kedudukan muzik channel tangga ke 42 yang sering dilanggan di seluruh dunia. Bukan itu saja, pada 24 Disember 2014, album Christmas mereka “That’s Christmas to Me’’ telah menerima anugerah platinum kerana jualannya melebihi 1 juta unit di Amerika Syarikat. Album ini juga menduduki kedudukan teratas dalam carta lagu musim perayaan yang pernah dicapai oleh satu kumpulan sejak tahun 1962 serta menduduki tangga keempat bagi jualan album terlaris di Amerika Syarikat pada tahun lepas. PENTATONIX dengan kerjasama produser muzik, Ben Bram melalui lagu “Daft Punk” telah memenangi “Susunan Muzik Terbaik, Instrumental A Cappella” di 57th Grammy Awards.

Untuk persembahan pertama mereka di Asia Tenggara, PENTATONIX hanya memilih Malaysia bagi lokasi persembahan sulong mereka pada hari Sabtu nanti. PENTATONIX menjanjikan sebuah sebuah persembahan yang mantap, bertenaga melalui dendangan lagu-lagu mereka serta lagu cover version yang telah berjaya menaikkan nama PENTATONIX di persada seni. Konsert julung-julung kali ini bakal menjanjikan kelainannya, nantikan persembahan PENTATONIX yang bakal mengegarkan serta membuai perasaan setiap penonton.

Konsert anjuran BlackCat Live dan The WonderLand+ ini mendapat kerjasama Sony Music Malaysia selaku Record Label; Fly FM selaku Stesen Radio Rasmi; Ticket Charge selaku Agen Penjualan Tiket, Sega Irama selaku Sokongan Teknikal, konsert ini turut disokong oleh one FM stesen radio. Tiket PENTATONIX “The On My Way Home” Tour in Malaysia 2015 dikategorikan mengikut harga bermula RM120 (tempat duduk bebas), RM170 (tempat duduk bebas), RM280 (PTX Zone – tempat berdiri bebas) dan RM300 (VIP – tempat duduk bernombor), semua harga tiket termasuk cukai GST 6% dan RM4 yuran pemprosesan.

Print

Pembeli terawal akan mendapat diskaun sebanyak 10% untuk semua jenis tiket bermula daripada 11 hingga 19 April ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari facebook.com/onlyblackcat. Bagi mereka yang ingin menempah dalam talian sila hubungi TicketCharge Hotline +603 9222 8811 atau belian secara online www.ticketcharge.com.my

 

 

 

Dua Persembahan Tambahan Untuk Hi-5 House Hits 2014

Hi4-poster20x30

Kumpulan muzik kanak-kanak paling laris, Hi-5 diakui sangat popular di seluruh dunia dan Malaysia tidak terkecuali. Sejak tarikh persembahan. Hi-5 House Hits 2014 Live in Malaysia diumumkan penghujung September lalu, sambutan yang diterima daripada peminat tempatan sangat menggalakkan dan mencetuskan fenomena.

Bagi memenuhi permintaan mereka yang ingin mendapatkan tiket persembahan kumpulan berkenaan, penganjurnya, Hi-5 Operations telah menambah dua lagi persembahan iaitu pada jam 11 pagi, 11 Disember dan 6 petang untuk persembahan 14 Disember dan menjadikannya 11 persembahan untuk tontonan khalayak. Ini merupakan sebuah berita yang sangat menggembirakan dan melegakan buat kanak-kanak dan juga ibu bapa mereka apabila mempunyai peluang keemasan untuk merasai sendiri pengalaman dihiburkan dengan persembahan unik dan muzikal yang penuh ekstravaganza.

Bersempena dengan pengumuman dua tarikh ini, peminat Hi-5 di Malaysia yang masih belum mendapatkan tiket bolehlah merebut peluang itu untuk mendapatkan tiket dua persembahan itu. 100 pembeli pertama untuk mana-mana kategori dua persembahan yang diumumkan itu bakal menikmati diskaun sebanyak 10 peratus daripada harga asal.

Jualan tiket dikendalikan oleh tiket agensi, Ticketpro dan kesemua tiket untuk dua persembahan tambahan itu boleh didapati menerusi laman web berkenaan serta lokasi persembahan berkenaan iaitu The Kuala Lumpur Performing Arts Centre (klpac) mulai jam 10 pagi, hari Jumaat, 31 Oktober 2014. Hi-5 House Hits 2014 dibawakan bersama oleh UOB Bank dan Hi-5 Learning House, penaja bersama Yakult, Stesen TV Rasmi Disney Junior, Stesen Radio Rasmi Mix FM dan Lite FM, klpac sebagai lokasi rasmi serta Pengurus Acara, The Wonderland+. Hi-5 House Hits 2014 Live in Malaysia bermula pada hari Rabu, 10 Disember 2014 di The Kuala Lumpur Performing Arts Centre (klpac) dan berlangsung sehingga hari Ahad, 14 Disember 2014.

Tiket semakin laris dan jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan sendiri persembahan lima warga Australia ini iaitu Stevie, Ainsley, Mary, Dayen dan anggota baru mereka, Tanika yang akan menyarung sepatu tarian mereka sekali gus menyinar di atas pentas dengan persembahan yang sangat berkesan di hati peminat mereka. Untuk maklumat selanjutnya, sila layari www.ticketpro.com.my atau hubungi talian hotline +603 4047 9000 (klpac) or +603 7880 7999 (Ticketpro).

Maklumat Tiket: Nama Acara : Hi-5 House Hits 2014 Tarikh : 10-14 Disember 2014 (Rabu hingga Ahad) Tempat : klpac, Pentas Satu Masa :10 Disember – 6pm 11 Disember – 11am (Slot Baharu), 2.30pm, 6pm 12 Disember – 2.30pm, 6pm 13 Disember -11am, 2.30pm 14 Disember – 11am, 2.30pm, 6pm (Slot Baharu) Tiket : Kategori 1 – RM 283 (Mosh Pitt) Kategori 2 – RM 203 (tempat duduk bernombor) Kategori 3 – RM 113 (tempat duduk bernombor) Talian Hotine : +603 4047 9000 (klpac) atau +603 7880 7999 (Ticketpro)
* Harga di atas termasuk RM3 untuk yuran pengendalian oleh ejen jualan tiket, Ticket Pro.

Pelancaran Jualan Tiket ‘HI-5 HOUSE HITS 2014 LIVE IN MALAYSIA’

 Hi4-poster20x30

Hi-5 kembali ke Malaysia dengan sebuah persembahan terbaru yang lebih mempesona dan memukau. Hi-5 House Hits 2014 ini akan berlangsung pada 10 hingga 14 Disember depan di Kuala Lumpur Performing Arts Centre (klpac) dengan sembilan buah persembahan keseluruhannya. Kumpulan muzik kanak-kanak ini dijamin mampu memberi persembahan berbentuk nyanyian dan tarian yang dapat dinikmati kanak-kanak bersama ibu bapa mereka.

Selepas konsert yang laris bagai pisang goreng panas tahun lalu, mereka kembali tahun ini dengan rangkaian lagu popular klasik seperti “L.O.V.E”, “Ready or Not” dan “Give 5” termasuk lagu baru yang mudah menangkap telinga. Kumpulan yang berasal dari Australia ini dianggotai oleh Stevie, Ainsley, Mary, Dayen dan ahli baru, Tanika dan kesemua mereka akan menyarung sepatu tarian mereka sekali gus menyinar di atas pentas.

Untuk kali ini, penonton berpeluang untuk berhibur dengan sepuasnya dengan gerak tari yang mudah ditiru, lagu yang mudah dihafal serta pesta permainan yang dapat merapatkan lagi diri mereka bersama peminat serta pengalaman peribadi yang lebih hebat berbanding dari melihat mereka di kaca TV.

Jangan dilupa dua boneka rakan baik mereka, Chats dan Jup Jup yang akan turut serta dalam persembahan berkenaan. Chats juga akan memberi kejutan kepada penonton sehingga sering menjadi bintang dalam rancangan hiburan itu manakala penampilan Jup Jup dalam Hi-5 House Hits 2014 turut memberi keseronokan kepada setiap keluarga yang menyaksikannya.

Operasi Hi-5 mengalu-alukan semua kanak-kanak dan juga ibu bapa untuk sama-sama menyertai keseronokan persembahan Hi-5 House Hits 2014. Untuk meredakan perasaan teruja itu, penganjur dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran pembelian awal tiket akan dilakukan pada 27 dan 28 September (Sabtu & Ahad) di Rock Corner, The Gardens (Aras 3) dari jam 12pm hingga 6pm. Kepada semua pemegang kad kredit UOB Bank, anda layak menikmati potongan harga sebanyak 15% semasa pelancaran pembelian awal tiket. 300 pembeli tiket awal untuk beberapa kategori akan berpeluang menerima barangan Hi-5, poster dan pelbagai lagi. Seterusnya, semua pembeli tiket pada dua hari berkenaan berpeluang memenangi pas untuk bertemu anggota kumpulan Hi-5.

Print

Semua pemegang kad kredit UOB Bank masih layak menikmati potongan harga sebanyak 15% untuk semua tiket categori dari 29 September hingga 20 Oktober melalui semua saluran Ticketpro. Bagaimanapun ia terhad kepada 2,000 orang yang membeli menggunakan kad kredit berkenaan sahaja. Untuk maklumat selanjutnya, sila layari www.ticketpro.com.my atau hubungi talian hotline +603 4047 9000 (klpac) or +603 7880 7999 (Ticketpro). Tunggu apa lagi? Jumpa anda di sana!

Hi-5 House Hits 2014 dibawakan bersama oleh UOB Bank dan Hi-5 House of Learning, penaja bersama Yakult, Stesen TV Rasmi Disney Junior, Stesen Radio Rasmi Mix FM dan Lite FM, klpac sebagai lokasi rasmi serta Pengurus Acara The WonderLand+.

Maklumat Tiket: Nama Acara : Hi-5 House Hits 2014 Tarikh : 10-14 Disember 2014 (Rabu hingga Ahad) Tempat : klpac, Pentas Satu Masa : 10 Disember – 6pm 11 & 12 Disember – 2:30pm, 6pm 13 & 14 Disember – 11am, 2:30pm Tiket : Kategori 1 – RM 283 (Moss Pitt) Kategori 2 – RM 203 (tempat duduk bernombor) Kategori 3 – RM 113 (tempat duduk bernombor)

Talian Hotine : +603 4047 9000 (klpac) atau +603 7880 7999 (Ticketpro)

* Harga di atas termasuk RM3 untuk yuran pengendalian oleh ejen jualan tiket, Ticket Pro.

A GREAT BIG WORLD LIVE IN MALAYSIA 2014 Concert Cancelled

Show Pic

It is with much regret that The WonderLand+ hereby announces the cancellation of the A Great Big World Live in Malaysia 2014 which is supposed to be held this coming 7th August at KL Live, Kuala Lumpur.

In view of the recent fatal tragedy of MH17, The WonderLand+ and Artist with heavy heart, have reached a mutual decision to cancel the show as part of our respect to the nation who is mourning over the unfortunate tragedy that has hit us all. The show, as part of a routed tour in Asia, could not be postponed to a later date within the near future period, as a result, opted to be cancelled. Full refunds shall be made to fans who have purchased tickets after the Raya holiday, from Monday, 4th August onwards through TicketPro. For more info, kindly contact TicektPro at +603-78807999.

Penny Tai Raih Anugerah Berganda Di Taiwan Golden Melody Awards 2014

Penny Tai Won Golden Melody Awards Pic

Penyanyi dan komposer kelahiran Malaysia, Penny Tai Pei Nee raih kemenangan berganda apabila memenangi dua anugerah utama iaitu Penyanyi Terbaik Wanita dan Penerbit Terbaik pada majlis berprestij Taiwan Golden Melody Awards, menjadikan beliau rakyat Malaysia pertama meraih gelaran itu.

Berasal dari Johor Bahru dan menetap Taipei buat masa ini, Penny Tai telah diambil oleh penerbit Taiwan, Eric Chan untuk bernaung di bawah syarikatnya sekali gus menghasilkan jenama muzik rock / folk / pop sendiri sejak 12 tahun yang lalu dan mendapat pujian kritis.

Beliau memenangi Anugerah Penyanyi Terbaik Wanita dari album terbarunya, Unexpected dan Anugerah Penerbit Terbaik untuk album bakat baru dari China, Kaola Liu yang buat pertama kali menyaksikan Penny sebagai penerbit album.

Diuruskan oleh The Wonderland+ di Malaysia, Penny tidak pernah gagal untuk memberi sokongan terhadap industri muzik tempatan. Malah, sewaktu pembikinan album yang memenangi dua anugerah itu, Penny menggunakan khidmat penulis lagu Malaysia dan juga ramai pemuzik tempatan. Kemenangan besar Penny itu melambangkan betapa hebatnya bakat rakyat Malaysia dalam muzik.