Tag Archives: U MOBILE

U Mobile Memperkenalkan Game-Onz Pelan Data Tanpa Had Untuk Permainan Komputer

U Mobile Sdn Bhd, telco yang memiliki rangkaian mudah alih terpantas di Malaysia, mencipta sejarah sekali lagi, kini sebagai telco pertama di negara ini untuk membolehkan pelanggan prabayar menikmati pekej data tanpa had untuk bermain permainan komputer. Pelan baharu ini dinamakan Game-OnzTM, dan membolehkan pelanggan nikmati permainan komputer terpilih daripada penerbit seperti STEAM, Garena dan Playone Asia, pada bila-bila masa dan di mana jua, tanpa perlu risau akan kehabisan data.

U Mobile berharap pelan ini dapat meredakan kekecewaan yang dialami pemain tegar yang sebelum ini tidak mampu menikmati permainan komputer sepenuhnya dengan kerana  isyarat WiFi yang lemah atau hubungan broadband tetap yang lembab. Game-OnzTM membolehkan pelanggan prabayar U Mobile menikmati permainan komputer, tanpa perlu risau, dengan menukarkan telefon pintar masing-masing menjadi WiFi Hotspot mudah alih.

“U Mobile bangga kerana dapat memperkenalkan satu lagi perkhidmatan yang pertama di negara ini, iaitu Game-OnzTM. Pelanggan prabayar yang tidak pernah dapat menikmati d data tanpa had, kini mampu menikmati permainan komputer tanpa had dengan Game-OnzTM. Ini bermakna, pelanggan Game-OnzTM U Mobile boleh menikmati permainan komputer sebaik terhubung dengan telefon pintar pada bila-bila masa, dan di mana jua tanpa risau kehabisan data.”

jasmine-lee-chief-marketing-officer-of-u-mobile-ramona-azween-professional-gamer_final

Dengan Game-OnzTM U Mobile, pelanggan boleh menikmati data tanpa had bagi permainan komputer berikut daripada STEAM, Garena dan Playone Asia:

  • Dota 2, Counter-Strike: Global Offensive dan Team Fortress 2, terbitan STEAM
  • League of Legends dan FIFA Online 3, terbitan Garena
  • BlackShot dan Echo of Soul, terbitan Playone Asia

Selain memperolehi data tanpa had untuk permainan komputer, para pelanggan Game-OnzTM, akan turut menikmati Music-OnzTM yang menawarkan striming muzik tanpa had daripada 19 rakan kongsi, secara percuma tanpa menggunakan data. Antara rakan kongsi yang terbabit ialah Spotify, JOOX, Tidal, KKBOX, Raku, BFM 89.9, ERA fm, MY FM, hitz fm, MIX fm, LiteFM, Sinar FM, THR Raaga, THR Gegar, MELODY FM, Fly FM, Hot FM, One FM dan Kool FM.

Mulai hari ini, pelanggan pascabayar dan prabayar juga boleh membeli STEAM Wallet Codes, sama ada menggunakan kredit prabayar atau dimasukkan dalam bil pascabayar.

Game-OnzTM U Mobile dilancarkan sempena MSI MGA Pacific Championship, iaitu salah satu kejohanan eSports terbesar Malaysia.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk dan perkhidmatan U Mobile, sila layari u.com.my.

U MOBILE Memberi Ganjaran Menerusi Program Kesetiaan U SPECIAL

U Mobile Sdn Bhd, telco yang memiliki rangkaian mudah alih terpantas di Malaysia, mengumumkan inisiatif terbarunya yang merupakan ganjaran istimewa kepada pelanggan prabayar dan pascabayar. Dikenali sebagai U Special Loyalty Programme (Program Kesetiaan U Special), program ini bertujuan memberi ganjaran kepada pelanggan paling setia dengan tawaran dalam bentuk jaminan, detik istimewa, kejutan dan pelancongan.

Bermula 26 Ogos 2016, pelanggan U Mobile yang layak menyertai U Special Loyalty Programme, boleh menikmati ganjaran berupa manfaat pelancongan lengkap. Sebelum berangkat ke destinasi, mereka akan diberikan e-baucer makanan secara percuma yang boleh digunakan di Starbucks cawangan KLIA atau KLIA2; apabila mereka melancong, mereka dijamin oleh insurans pelancongan secara percuma; dan mereka juga dapat menikmati kadar eksklusif penginapan di Berjaya Hotel Resorts terpilih. Sepanjang tempoh pelancongan, pelanggan U Mobile yang melanggan pelan pascabayar terpilih boleh mengambil kesempatan untuk menikmati manfaat perkhidmatan Data BackpackTM U Mobile di mana pelanggan boleh menggunakan data mereka secara percuma semasa merantau di 12 destinasi kunjungan.

Screen Shot 2016-09-05 at 1.31.59 PM

Untuk meraikan pelancaran program kesetiaan yang baharu ini, pelanggan U Mobile telah dijemput menghadiri majlis makan malam eksklusif dan menikmati sajian bufet serta beramah mesra dengan Chef Malcom, iaitu personaliti jurumasak popular dalam program sukaramai seperti ‘Great Dinners of the World’ dan ‘Back to the Streets’ di saluran Asian Food Channel (AFC). Para tetamu juga berpeluang beramah mesra dengan warga U Mobile.

Ketua Pegawai Pemasaran U Mobile, Jasmine Lee berkata, usaha yang gigih telah dilakukan untuk mencipta U Special Loyalty Programme; oleh kerana tidak mahu hanya menyampaikan program kesetiaan yang biasa, U Mobile menggunakan pendekatan yang komprehensif untuk memberi tawaran yang relevan kepada pelanggan.

U Special Club Infographic

“Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pelanggan kami kerana sentiasa setia bersama U Mobile; namun kami tidak hanya ingin memberi tawaran yang biasa sahaja, bahkan kami mahu memberi ganjaran yang lebih menyeluruh. Oleh itu, contoh terbaik adalah sajian percuma yang kami sediakan buat pelanggan kami ketika berada di KLIA dan KLIA2 sebelum berlepas ke destinasi kunjungan masing-masing, insurans pelancongan percuma termasuk perlindungan peranti, jaminan terhadap ketidakselesaan perjalanan dan manfaat tanggungan hospital serta diskaun istimewa di Berjaya Hotel Resort terpilih,” jelas Jasmine. Beliau berkata manfaat yang disediakan ini cuma beberapa contoh yang ditawarkan oleh U Mobile semata-mata untuk menambah baik gaya hidup pelanggan yang setia. U Mobile sentiasa berusaha untuk menambah lebih banyak hadiah istimewa bagi melengkapi program kesetiaan U Special demi memberi manfaat yang maksimum kepada pelanggannya.

Screen Shot 2016-09-05 at 1.32.08 PM

U Special Loyalty Programme adalah PERCUMA dan pelanggan U Mobile yang berkelayakan akan didaftar secara automatik ke program ini. Keahlian program kesetiaan ini akan diperbaharui setiap enam (6) bulan. Pelanggan U Mobile boleh log masuk portal Self Care U Mobile atau app MyUMobile bagi menyemak kelayakan masing-masing. U Mobile akan menghubungi pelanggan yang layak secara langsung menerusi SMS dan/atau emel.

Untuk keterangan lanjut dan maklumat terkini mengenai keistimewaan ahli, sila kunjungi laman web U Mobile di www.u.com.my/rewards/uspecial