Tag Archives: Ungu

KONSERT TERUNGGUL AFGAN & UNGU

Buat julung kalinya, Popcorn Studio akan membawakan bukan satu, tetapi dua gandingan sensasi genre ‘pop/balada’ dan ‘rock/balada’ Indonesia di dalam satu konsert yang pastinya mengegarkan dan ditunggu-tunggu peminat muzik tempatan.

Konsert Terunggul Afgan & Ungu akan diadakan pada 6 Oktober 2017 (Jumaat), pukul 8.30 malam bertempat di Stadium Malawati, Shah Alam bakal menampilkan Afgansyah Reza atau Afgan sebagai bintang utama dan kumpulan Ungu sebagai pembuka tirai.

Kali ini dan berbeza dengan konsert sebelum ini, Afgan akan membuai perasaan peminat dengan persembahan melalui seleksi lagu-lagu hits miliknya selain rantaian lagu popular masa kini.

Konsert bertemakan rock dan jazz balada dijangka mengambil masa dua (2) jam akan menyenaraikan lagu-lagu terkenal Afgan seperti Terima Kasih Cinta, Padamu Ku Bersujud, Jodoh Pasti Bertemu, Katakan Tidak, Untukmu Aku Bertahan dan lain-lain termasuk Pesan Cinta dan Bukan Cinta Biasa yang melodinya digubah semula.

Tidak dilupakan persembahan Kumpulan Ungu yang pastinya akan mencipta mood ‘cinta’ pada pembukaan tirai konsert dengan alunan lagu-lagu rock balada popular mereka seperti Tercipta Untukku, Demi Waktu, Kekasih Gelapku, Cinta Dalam Hari dan Aku Tahu.

Tiket konsert dijual pada harga RM130 (Bronze), RM150 (Silver), RM200 (Gold), RM200 (Rock Zone), RM250 (VIP) dan RM350 (Platinum) boleh didapati melalui www.ticketpro.com.my dan diskaun sebanyak 20% ditawarkan sehingga 31 Ogos 2017 kepada pembeli terawal tiket Platinum dan VIP.

Ini merupakan langkah pertama Popcorn Studio Sdn Bhd yang mula beroperasi pada tahun 2009 untuk meluaskan empayar dan meneroka persembahan muzik peringkat antarabangsa melalui penganjuran konsert ini. Popcorn Studio berpengalaman dalam menganjurkan beberapa persembahan seperti Konsert Raya @Oasis yang menampilkan artis lokal seperti Anuar Zain, Ella dan Man Kidal serta Laugh Die You – sebuah ‘stand up’ komedi menampilkan artis komedi ternama tanah air dan luar negara dalam satu pentas. Antara artis yang pernah membuat persembahan di Laugh Die You ialah Gurmit Singh, Kumar, Douglas Lim dan lain-lain mendapat sambutan luar biasa penggemar ‘stand up’ komedi di Malaysia dan juga Singapura.

Penganjuran konsert ini diharap dapat membawa peminat muzik tanah air menikmati alunan muzik dari sisi yang berbeza dan meluaskan jalinan kerjasama industri muzik serantau selain meninggalkan momen indah buat penonton dan peminat yang hadir.

Ungu Yakin Konsert Malam Raya Haji Dapat Sambutan

Ungu Yakin Konsert Malam Raya Haji Dapat Sambutan | Band popular Indonesia, Ungu yakin konsert yang bakal diadakan pada 23 September ini akan dipenuhi peminat setia mereka meskipun hari konsert berkenaan jatuh pada malam raya Aidiladha. Konsert yang diberi nama Konsert Ungu Mozaik Tour 2015 itu akan berlangsung di Mega Star Arena Kuchai Lama, Kuala Lumpur jam 8 malam.  

Bercakap pada sidang media sempena konsert tersebut, Pasha berkata, setelah dua tahun tidak mengadakan konsrt di Malaysia, mereka kembali dan teruja untuk menghiburkan peminat.

“Kami yakin, peminat akan memenuhi konsert kami meskipun malam itu malam raya. Saya harap konsert kami ini nanti akan berjalan lancar. 

“Sudah 10 tahun kami aktif di Malaysia dan ia bukan sesuatu yang senang untuk kami bermain muzik dan berkarya jika tiada sokongan daripada pihak syarikat rakaman dan juga peminat-peminat kami di sini. 

“”Mengadakan konsert di Malaysia adalah saat yang kami sentiasa nanti-nantikan. Kali terakhir kami adakan konsert pada dua tahun lalu. Kali ini kami teruja untuk kembali menghiburkan peminat,” katanya yang mewakili anggota lain iatu terduri daripada Enda, Onci, Makki dan Rowman.

Menjanjikan persembahan lebih daripada 15 lagu, termasuk lama dan baharu, selain itu Ungu akan turut berduet bersama Stacy mendedangkan lagu berjudul Berteman Sepi. Juga lagu Ku Pinang Kau Dengan Bismillah berduet dengan pendatang baru Wanie Kayrie.

12028743_10154053730836509_8163867190849077811_o

Selain di Kuala Lumpur, Ungu juga akan menemui peminat menerusi showcase di CityOne Mall, Kuching, Sarawak dan South Autrium One Borneo Hypermall, Kota Kinabalu, Sabah.

Sementara itu, mengulas mengenai dakwaan ungu bakal dibubarkan ekoran Pasha kini sudah terjun ke dunia politik, salah seorang lagi anggotanya iaitu Makki berkata, dakwaan itu sama sekali tidak benar. 

“Bukan pembubaran. Kami sudah bersama-sama dalam dunia muzik hampir 20 tahun. Tetapi dalam tempoh itu ada di antara kami yang punya agenda dan keinginan tersendiri.

“Jadi sekarang, Ungu hanya melaksanakan hal-hal yang belum pernah kami lakukan sebelum ini.

“Pasha dengan dunia politiknya, sementara Enda dan Onci juga punya projek berdua. Ungu pula baru menubuhkan produksi dan merancang untuk mengambil artis-artis Malaysia juga Indonesia sebagai artis naungan kami, kelak,” katanya. 

Penampilan Khas Artis SRC Di Konsert Ungu

UNGU_Flyers_Front

Kemunculan UNGU pada penghujung bulan Februari ini sememangnya dinantikan oleh ramai peminat.  Bertempat di Star Stage, Kenanga Wholesale City, Fashion Mall, Kuala Lumpur pada 28 Februari 2014, kita akan menyaksikan persembahan hebat daripada mereka.  UNGU yang terdiri daripada, Pasha (vokalis), Makki (bass), Enda (Guitaris), Onci (Guitaris), Rowman (Drummer) akan menyanyikan lagu-lagu seperti  “Melayang”, “Cinta Pertama”, “Demi Waktu”, “Andai Ku Tahu” dan banyak lagi.

Ungu Wallpapers 16

Sebelum Ungu tampil menggegarkan pentas, empat artis SRC bakal menghangatkan penonton sebagai pembuka tirai persembahan selama satu jam.  Empat artis yang dimaksudkan adalah Qierra, Snapshot, Hazman dan Twinnies. Mereka akan membawakan single terbaru mereka yang sudah mula diputarkan dicorong radio dan juga youtube, seperti “Sepi”, “Kau Yang Satu”, “Cinta Jangan Pergi” dan “You Marah I Love You”.

Bagi mereka yang belum dapatkan lagi tiket ke konsert ini, sila layari www.ticketcharge.com.my .  Harga tiket RM 98, RM 138, RM 188.  Apa yang lebih menarik lagi seperti yang dijanjikan oleh pihak penganjur, mereka akan memberikan 22% diskaun dengan setiap pembelian dua keping tiket sahaja sehingga 27 Februari 2014. Untuk maklumat lebih lanjut sila layari www.facebook.com/enfeventresources pelbagai kejutan menarik menanti anda.

Konsert UNGU “LIVE” Di Malaysia “TERCIPTA UNTUKKU”

DSC03616 copy

Kumpulan dari Indonesia yang popular menerusi lagu “Demi Waktu” UNGU, bakal menemui peminat di Malaysia pada 28 Februari 2014 bertempat di Kenanga Wholesale City, Star Stage, Kuala Lumpur.

Kumpulan yang ditubuhkan pada tahun 1996 ini dianggotai oleh Pasha (vokalis/Guitaris), Makki (bass), Enda (guitaris), Onci (guitaris) dan Rowman(drummer). Setelah mengharungi pelbagai rintangan, pada tahun 2002 UNGU telah mengeluarkan album pertama mereka bertajuk LAGUKU yang menyelitkan dua buah lagu iaitu “Hasrat” dan “Bunga”.

Mereka juga telah mengeluarkan album yang bertajuk “Melayang” yang menampilkan lagu “Demi Waktu” sebagai lagu hits dan seterusnya merangkul anugerah double platinum di Indonesia dan menembusi pasaran tanah air melalui syarikat rakaman Suria Records Sdn Bhd (SRC). Dari situlah mereka berjaya menempatkan nama dihati peminat menerusi lagu-lagu seperti “Andai Kutahu”“Tercipta Untukku” “Kekasih Gelapku” “Cinta Dalam Hati”. Pada tahun 2013 pulamereka mengeluarkan single terbaru bertajuk “BILA TIBA” yang kini sudah pun dimainkan di corong-corong radio.

Anugerah yang pernah dirangkul oleh UNGU adalah “Album Religi” “Lagu Paling Ngetop” “Video Klip Paling Ngetop” menerusi lagu “Andai Kutahu”, dan “Album Pop Rock Duo / Kumpulan” untuk lagu “Tercipta Untukku di dalam “SCTV Music Award 2007”.

Konsert UNGU “Tercipta Untukku” dianjurkan oleh E & F Event Resources, ASL Masterpiece Sdn Bhd dan Offshore Entertainment Production. “Konsert ini adalah bersempena tahun melawat Malaysia, jadi kami memilih UNGU kerana melihat kepada sambutan kedatangan mereka pada tahun 2012 yang cukup memberangsangkan, kami berharap agar pelancong-pelancong dari negara jiran dapat bersama-sama menyaksikan UNGU secara “live” di Malaysia” Fendi Hassan,Pengerusi E & F Event Resources dan Hadi, Pengerusi Offshore Entertainment Production.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan tiket, boleh layari www.ticketcharge.com.my dengan harga RM 98, RM 138, RM 188 dan RM 238. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai konsert ini sila layari www.facebook.com/