“Tanda Putera” Akhirnya Di Pawagam Pada 15 November 2012

Filem patriotik bikinan sutradara tersohor, Datin Paduka Shuhaimi Baba yang berjudul Tanda Putera akhirnya diumumkan bakal menerjah pawagam seluruh negara pada 15 November 2012.

“Tarikh ini telah diberi kepada kami oleh FINAS. Tarikh penundaan sebelum ni tidak menjadi isu kepada kami dan kami setuju dengan tarikh baru ini. Tarikh ini dikira paling sesuai kerana bersempena dengan permulaan cuti sekolah hujung tahun ini dan memberi ruang dan masa bagi FINAS dan kami merancang promosi filem ini. Kami harap ini akan meredakan kekeliruan atas filem ini”, kata Shumi sewaktu di sesi sidang media bertempat di Hotel Eastin, Petaling Jaya, sebentar tadi.

Turut hadir Pengarah Eksekutif Pesona Picture Sdh Bhd, Aida Fitri Buyong serta barisan pelakon filem ini iaitu Rusdi Ramli yang melakonkan watak Tun Abdul Razak, Zizan Nin sebagai Dr Ismail dan Kavita Sidhu.

Sebelum ini, filem yang sepatutnya dijadual berada dipawagam seluruh Malaysia pada 13 September ini terpaksa ditangguhkan. Filem kesembilan pengarah yang mesra dengan panggilan Shumi itu terpaksa ditangguhkan gara-gara didakwa atas sebab kerana pilihan raya umum (PRU13) yang kononya dijangka akan dilaksanakan dalam bulan tersebut.


Dalam masa yang sama Shumi juga telah menjawab dakwaan juga menjelaskan segala  kontroversi yang tercetus menerusi komen pihak pembangkang mengatakan bahawa filem kesembilannya ini boleh mencetuskan insiden pecah-belah rakyat Malaysia ekoran filem ini banyak memfokuskan tentang peristiwa hitam negara, peristiwa 13 Mei 1969.

“Adegan tersebut merupakan latar belakang kepada cerita iaitu tentang Perdana Menteri Malaysia kedua, Tun Abdul Razak dan Timbalanya Tun Dr. Ismail, persahabatan dan perjuangan mereka memulihkan negara daripada trauma 13 Mei dan kematian mereka yang tidak diduga. Tanda Putera juga telah pun diluluskan tayangan oleh LPF dengan dengan sijil PG13”,

Shumi turut menafikan dakwaan mengenai watak seorang pemimpin DAP telah digambarkan dalam filem ini.

“Lim Kit Siang tidak ada kena mengena dalam filem ini. Adegan berkaitan peristiwa 13 Mei pula memakan masa hanya selama 10 minit daripada filem berduarsi 115 minit ini.

Menurut Shumi, sejak treler filem ini yang hanya berdurasi 90 saat diedarkan di internet, terlalu banyak tuduhan palsu dan dakwaan yang membingugkan serta tidak berasas telah dilemparkan oleh mereka yang jelas belum lagi menyaksikan filem ini. Mereka juga bukan dari kalangan peminat filem tempatan biasa. Malah ada di antara mereka yang tergamak cuba mempengaruhi rakyat Malaysia supaya memboikot filem yang belum mereka saksikan ini.

“Kami tidak akan tunduk kepada mana-mana pihak yang nak boikot filem ni!”, tegasnya.

Shumi juga menyeru agar segala ugutan dan serangan peribadi ke atas penerbit, pengarah dan pelakon filem ini dihentikan.

“Saksikan dulu filem ini dan buatlah keputusan sendiri”, ujarnya lagi

Menelan kos RM4.8 juta, Tanda Putera dibarisi pelakon hebat Rusdi Ramli, Zizan Nin, Faezah Elai, Linda Hashim, Norman Hakim, Kavita Sidhu dan Riezman Khuzaimi. Filem ini diterbitkan Pesona Pictures Sdn Bhd dan Finas dengan kerjasama Multimedia Development Corporation (MDeC).

*Credit mD

Check Also

Bekas Anggota Dolla, Syasya Selamat Bernikah

Susulan pengumuman pengunduran Syasya daripada kumpulan DOLLA, Universal Music Malaysia dengan sukacitanya berkongsi khabar gembira …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *