‘Tanda Putera’ Ditunda Kerana PRU13?

Datin Paduka Shuhaimi Baba atau lebih mesra disapa dengan panggilan Shumi tidak dapat menyembunyikan perasaan kecewa apabila diberitakan filem terbarunya, Tanda Putera terpaksa ditangguhkan sehingga diberitahu tarikh baru.

Filem patriotik itu sepatutnya dijadual berada dipawagam seluruh Malaysia pada 13 September depan. Namun tayangan filem kesembilannya itu terpaksa ditangguhkan dan didakwa atas sebab kerana pilihan raya umum (PRU13) yang kononya dijangka akan dilaksanakan dalam bulan tersebut.

Meskipun terkilan Shumi bagaiamanapun menyangkal dakwaan penangguhan tersebut berpunca kerana bahang PRU13. Sebaliknya menjelaskan beliau tiada sebarang bantahan. Malah akur dengan berita penundaan itu kerana yakin karya tersebut mampu diterima ramai tidak kiralah bila ia ditayangkan.

“Masa nak buat filem ni kita memang target nak tayangkan pada bulan September. Saya akui kecewa bila dapat tahu ia ditangguhkan kerana segala tarikh promosi yang dirancang sudah ditetapkan. Hal ini sedikit sebanyak mengganggu kerja-kerja lain.

“Tapi saya percaya, mungkin pihak Finas mempunyai strategi dan perancangan tersendiri bagi menarik perhatian semua masyarakat untuk menyaksikan filem ini,” katanya yang turut memberitahu beliau mendapat khabar tersebut kelmarin (sehari sebelum tayangan media dan sidang akhbar). Shumi ditemui di majlis berkenaan yang bertempat di Cineleisure @ Curve, petang semalam.

“Tanda Putera mengisahkan tentang bagaimana Perdana Menteri kedua negara, Tun Abdul Razak dan timbalannya Tun Dr Ismail memulihkan keadaan Negara ekoran peristiwa pergaduhan kaum pada 13 Mei 1969.

“Walaupun filem ini berkaitan dengan hal negara, namun ia tiada kena mengena dengan pilihan raya yang bakal diadakan nanti. Saya pun tak tahu bila pilihan raya akan diadakan,”

“Bukan senang untuk kita tarik semua golongan masyarakat untuk menyaksikan filem yang dianggap berat sebegini. Kami juga ingin menceritakan kejadian sebenar kepada generasi muda yang hanya mengikuti peristiwa 13 Mei itu menerusi buku sejarah di sekolah supaya mereka lebih faham betapa pentingnya perpaduan kaum itu,”

“Apabila mempunyai hasil karya filem yang bagus, takkan kita nak sia-siakannya. Justeru pelbagai acara dan aktiviti bakal diadakan sempena bulan kemerdekaan pada Ogos depan selain sambutan Hari raya Aidilfitri yang akan mengganggu promosi filem tersebut. Sebab itu kita tidak mahu tergesa-gesa untuk menayangkannya,” jelasnya dengan panjang lebar.

Menelan kos RM4.8 juta, Tanda Putera dibarisi pelakon hebat Rusdi Ramli, Zizan Nin, Faezah Elai, Linda Hashim, Norman Hakim, Kavita Sidhu dan Riezman Khuzaimi. Filem ini diterbitkan Pesona Pictures Sdn Bhd dan Finas dengan kerjasama Multimedia Development Corporation (MDeC).

Check Also

Artis terkenal <NIGHT DANCER> imase akan datang ke Kuala Lumpur Untuk 1st Asia Tour “Shiki”

“𝘋𝘰𝘶 𝘥𝘦𝘮𝘰 𝘪𝘪 𝘺𝘰𝘶 𝘯𝘢 𝘺𝘰𝘳𝘶 𝘥𝘢𝘬𝘦𝘥𝘰”, anda pasti pernah mendengar lagu ini! Lagu popular …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *