Thursday , February 2 2023

Temui HYPPTV DI HYPPCARNIVAL

hyppCarnival-EDM-BM copy

Telekom Malaysia Berhad (TM) menerusi perkhidmatan IPTV yang pernah memenangi anugerah, HyppTV – terus menawarkan kepada rakyat Malaysia kandungan hiburan eksklusif dan menarik bertaraf antarabangsa di mana orang ramai boleh merasai semua ini di acara yang julung kali diadakan, iaitu HyppCarnival, acara selama dua (2) hari yang akan diadakan di Upper Atrium, Aras UG, Paradigm Mall, Kelana Jaya pada 24 dan 25 Januari 2015.

Selain memberi peluang kepada pengunjung untuk merasai sendiri pengalaman yang ditawarkan HyppTV dari segi kandungan tempatan, Asia, berita, sukan dan hiburan bertaraf antarabangsa, HyppTV turut akan memperkenalkan Pek-pek Nilai baru pada acara tersebut, dalam usahanya untuk terus memberikan para penonton lebih pilihan dan pengalaman tontonan yang dipertingkatkan untuk hiburan seisi keluarga.

Selain itu, terdapat juga pelbagai aktiviti menarik seperti permainan, persembahan tarian dan nyanyian, uji bakat penyampai TV, demonstrasi masakan dan banyak lagi.

Nantikan penampilan istimewa dari Teletubbies, Dora The Explorer dan Diego, sesi ramah mesra bersama aktor Noah Yap, Maxi Lim dan Charlie Goh dari filem ‘From Ah Boys To Men’ dari Singapura, serta penampilan hos program-program HyppTV seperti Mira Filzah, Ammar, Farish Aziz, Fendi Dapur Bujang dan Chef Eddie. Juga, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan dari artis Indonesia yang kian mencipta nama, Citra Scholastika – dalam penampilan pertama beliau di Kuala Lumpur!

hyppCarnival-EDM-BM

Selebriti-selebriti tempatan dari telemovie dan siri drama terbaru HyppTV seperti Faizal Hussein, Farahdhiya, Razali Hussain, Shima Anuar, Amaris, Julia Ziegler, Sari Yanti, Shah Iskandar, Ryzal Jaafar, Zalif Sidek, Ika Nabila dan ramai lagi akan turut membuat penampilan dan mengambil bahagian dalam acara-acara permainan menarik.

Anda juga berpeluang memenangi hadiah-hadiah cabutan bertuah harian serta rebutlah peluang untuk memenangi cenderamata eksklusif dari HyppTV.

Jadi jangan lupa, bawalah keluarga anda ke HyppCarnival pada 24 dan 25 Januari 2015 untuk menikmati hujung minggu yang penuh dengan aktiviti menyeronokkan. Jumpa anda di sana!

Untuk maklumat lanjut mengenai HyppTV, layari www.tm.com.my/hypptv atau lawati laman media sosial kami di www.facebook.com/hyppworld (Facebook), www.twitter.com/hypptv (Twitter) dan www.instagram.com/hyppworld (Instagram).

Check Also

Galaxy Buds2 Pro: Taking Immersive Sound Deeper with Earbuds Built for Comfort

Samsung Electronics’ new Galaxy Buds2 Pro are set to take your everyday listening experiences to …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *