The Iron Maidens Bakal Gegar Malaysia Disember Ini

Bagi peminat muzik ekstrem tempatan, anda seharusnya berbangga kerana bakal menyaksikan kehebatan pelantun muzik Iron Maiden.  Biarpun The Iron Maidens dibarisi oleh pemuzik wanita namun corak persembahan mereka mirip kepada kumpulan Iron Maiden.sekadar

Bukan sekadar tribute band, The Iron Maidens yang dibarisi oleh Kirsten Rosenberg (Bruce Chickinson), Nita Strauss (Mega Murray), Courtney Cox (Adriana Smith), Wanda Ortiz (Steph Harris), dan Linda McDonald (Nikki McBurrain) juga tampil dengan imej serta nama-nama anggota yang membarisi band Iron Maiden.

Pastinya The Iron Maidens bakal mendendangkan rangkaian lagu-lagu popular yang terdapat dalam album Iron Maiden seperti The Trooper, Run To The Hill, Fear Of The Dark, 2 Minutes 2 Midnight, Number Of The Beast, Aces High, Hellowed Be Thy Name dan sebagainya.

Berita kedatangan mereka ke Malaysia telah mula tular di laman sosial Facebook bermula selepas kumpulan Helloween mengadakan persembahan di disini.  Pelbagai desas desus telah di bincangkan oleh peminat muzik ekstrem di Malaysia mengenai kehadiran mereka.

Segala persoalan telah terjawab apabila pihak penganjur malah kumpulan The Iron Maidens sendiri telah berkongsi berita mengenai persembahan mereka di Malaysia yang akan di adakan pada 15 Disember di Dewan Wawasan PGRM, Kuala Lumpur.

Peminat yang berminat untuk menyaksikan persembahan “The Iron Maidens Live In Malaysia” anjuran Panggung Asia boleh mendapatkan tiket yang berharga RM130 (pembelian awal) Rock Corner dan RM180 (pembelian awal) Cat 1. Selepas tarikh 1November harga tiket akan dijual RM200 (Rock Corner) dan RM250 (CAT 1).

Tiket-tiket kini boleh di dapati di www.ticketpro.com.my atau dengan mengunjungi Victoria Music Centre, The Guitar Store dan  cawangan Rock Corner.  Sebarang pertanyaan boleh hubungi 03-7880 7999.

Check Also

BLUES GANG APO NAK DIKATO DI KUALA LUMPUR RAIKAN KEMBARA 5 DEKAD

Selepas 50 tahun, Blues Gang akhirnya muncul solo dalam persembahan berskala besar pada malam eksklusif …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *