Tiga Selebriti Popular Indonesia Murtad?

Salah seorang daripadanya, Pinkan Ratnasari Mambo aka Pinkan Mambo yang popular dengan lagu Kekasih Yang Tak Dianggap. Khabarnya, Pinkan sebelum ini sudah dua kali menukar agama. Perkara tersebut telah disahkan sendiri oleh ibunya, Deetje. Deetje yang kecewa dengan tindakan yang dibuat oleh anaknya itu memberitahu meskipun buat masa ini dia belum pernah melihat Pinkan ke gereja. Namun dia mengesahkan bahawa anaknya itu sudah mula belajar agama lain.

Artis kedua pula adalah pelakon-pengacara yang terkenal dengan watak Aisha dalam filem Ayat-Ayat Cinta, Rianti Rhiannon Cartwright. Dia turut dikatakan telah menukar ke agama kristian apabila berkahwinan dengan Alfoncius Dapot Parulian Nainggolan atau lebih dikenali dengan Cas. Perkahwinan mereka dilangsungkan di Gereja Old St Patrick, New York Amerika Syarikat. Berita ini diketahui apabila risalah gereja tersebut tersebar dan memperlihatkan wajah bintang pengacara MTV itu.

Seterusnya selebriti paling terbaru yang didakwa murtad adalah Happy Salmah atau nama sebenarnya Jero Happy Salma Wanasari. Dia dikatakan telah memeluk agama Hindu kerana mahu berkahwin dengan teman lelakinya, Tjokorda Bagus yang berketurunan raja. Happy yang merupakan seorang model dan pelakon filem dikatakan telah menjalani satu upacara pindah agama Hindu dimana dalam upacara yang dinamakan Sudhi Wadani.

Upacara yang diadakan di Villa Ibah, Ubud Indonesia adalah sebagai pengesahan ucapan atau janji seseorang yang secara tulus ikhlas menyatakan menganut agama Hindu. Upacara itu adalah antara syarat yang harus dituruti apabila seseorang mahu berkahwin mengikut adat Hindu. Mereka kemudiannya telah melangsungkan perkahwinan di Puri Saren Kauh, Ubud yang kemudiannya diikuti dengan majlis di Sukabumi.

Check Also

Artis terkenal <NIGHT DANCER> imase akan datang ke Kuala Lumpur Untuk 1st Asia Tour “Shiki”

“𝘋𝘰𝘶 𝘥𝘦𝘮𝘰 𝘪𝘪 𝘺𝘰𝘶 𝘯𝘢 𝘺𝘰𝘳𝘶 𝘥𝘢𝘬𝘦𝘥𝘰”, anda pasti pernah mendengar lagu ini! Lagu popular …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *