TIPS KOREA: Masa Terbaik Untuk Beli Produk Korea Dengan Harga Murah | Seperti yang semua sedia maklum, trend fesyen di Korea begitu cepat seperti juga Industri Muzik K-POP. Dalam masa setahun, lebih 100 kumpulan K-POP ditubuhkan. Begitu juga, industri fesyen Korea, ada lebih 100 rekaan baru dihasilkan dalam masa sebulan saja.
Bagi mereka yang gemar memakai pakaian jenama dari Korea, anda bolehlah datang di sini untuk shopping sakan. Seandainya anda mahu membeli pakaian fesyen dengan harga borong, anda boleh datang ke Dongdaemon pada hari Sabtu dan Ahad pada jam 8 pagi sehinggalah 4 petang.
Pada waktu ini, pakaian dijual pada harga borong saja. Seandainya anda membeli pada hari dan waktu yang lain, harganya lebih mahal. Bahkan, ia boleh menjadi terlalu mahal buat pelancong mengikut negara.
Pada waktu ini, kebanyakkan Shopping Mall di sini tidak beroperasi dan mereka menjualnya di kawasan Dongdaemon yang telah ditetapkan. Terus-terang, Dongdaemon adalah syurga buat mereka yang gemar memakai pakaian trendy dan berkualiti.
Dalam pada itu, sudah menjadi tren di Korea untuk setiap seorang mempunyai MIST SPRAY. Ini bertujuan untuk membuatkan kulit wajah sentiasa segar dan tidak kusam.
Sejak menggunakan produk tersebut, kulit wajah Oppa sentiasa segar dan tidak kering. Seandainya anda berminat untuk mendapatkannya, anda boleh menghantarkan emel ke myday0718@naver.com .
Untuk mengetahui lebih lanjut segala tips tentang korea, anda bolehlah menghubungi Oppa dengan menghantarkan email ke hi@selebritionline.com.